Kisah Cinta Zulaikha Dan Yusuf a.s.

Oleh : Aburedza

Akibat konsprirasi saudara-saudara nabi Yusuf a.s , di negeri Kanaan ,  baginda terjual di negeri Mesir.

Maka Allah berfirman :

ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ

 

Maksudnya

Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir) berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan anak. Dan demikianlah caranya kami berikan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk Kami mengajarnya sebahagian dari ilmu menta’bir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkan-Nya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Yusuf 21)

Ahli-ahli tafsir sepakat mengatakan orang yang membeli Yusuf a.s. adalah  al-Aziz seorang pegawai tinggi atau Wazir kerajaan Mesir dan isterinya adalah Zulaikha , yang diharap menjadi ibu angkat kepada Yusuf a.s.

Siapakah Zulaikha ?

Maulana Abdullah Yusuf Ali didalam Terjemahan al Quran memetik tulisan karya sastra Zulaikha dan Yusuf oleh Jami r.h  ( 817 H – 898 H ):

Zulaikha adalah seorang puteri raja sebuah kerajaan di barat (Maghrib) negeri Mesir. Beliau seorang puteri yang cantik menarik. Beliau bermimpi bertemu seorang pemuda yang menarik rupa parasnya dengan peribadi yang amanah dan mulia. Zulaikha pun jatuh hati padanya. Kemudian beliau bermimpi lagi bertemu dengannya tetapi tidak tahu namanya. Kali berikutnya beliau bermimpi lagi , lelaki tersebut memperkenalkannya sebagai Wazir kerajaan Mesir.

Kecintaan dan kasih sayang Zulaikha kepada pemuda tersebut terus berputik menjadi rindu dan rawan sehingga beliau menolak semua pinangan putera raja yang lain. Setelah bapanya mengetahui isihati puterinya, bapanya pun mengatur risikan ke negeri Mesir sehingga mengasilkan majlis pernikahan dengan Wazir negri Mesir.

Memandang Wazir tersebut atau al Aziz bagi kali pertama, hancur luluh dan kecewalah hati Zulaikha. Hatinya hampa dan amat terkejut, bukan wajah tersebut yang beliau temui di dalam mimpi dahulu. Bagaimanapun ada suara ghaib berbisik padanya : “ Benar , ini bukan pujaan hati kamu. Tetapi hasrat kamu  kepada kekasih kamu yang sebenarnya akan tercapai  melaluinya. Janganlah kamu takut kepadanya . Mutiara kehormatan engkau sebagai perawan selamat bersama-sama dengannya”.

Perlu diingat sejarah Mesir menyebut , Wazir diraja Mesir tersebut adalah seorang kasi, yang dikehendaki berkhidmat sepenuh masa kepada baginda raja. Oleh yang demikian Zulaikha terus bertekat untuk terus taat kepada suaminya kerana ia percaya ia selamat bersamnya.

Demikian masa berlalu, sehingga suatu hari al-Aziz membawa pulang Yusuf a.s. yang dibelinya di pasar. Sekali lagi Zulaikha terkejut besar, itulah Yusuf a.s yang dikenalinya didalam mimpi . Tampan, segak, menarik dan menawan.

Betullah sabda nabi yang diriwayatkan oleh Hammad dari Tsabit bin Anas bahawa Rasullah bersabda maksudnya :

Yusuf dan ibunya telah diberi oleh Allah separuh kecantikan dunia.

Kisah Zulaikha dan Yusuf dirakamkan di dalam Al Quran bermula surah Yusuf ayat 21 sehinggalah Yusuf a.s di penjarakan pada ayat  36 surah yang sama,  kerana fitnah kononnya Yusuf a.s mengoda Zulaikha , isteri al-Aziz. Bagaimanapun pada ayat 51 surah yang sama Allah berfirman, maksudnya :

Isteri Al Aziz pun berkata: Sekarang ternyatalah kebenaran, akulah yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan sesungguhnya adalah ia dari orang yang benar. ( Yusuf 51 )

Selepas ayat tersebut Al Quran tidak menceritakan kesudahan hubungan Zulaikh dengan Yusuf a.s.

Bagaimanapun Ibn Katsir didalam Tafsir Surah Yusuf memetik :

Muhammad bin Ishak  berkata bahawa kedudukan yang diberikan kepada Yusuf a.s  oleh raja Mesir adalah kedudukan yang dahulunya dimiliki oleh suami Zulaikha yang telah dipecat. Juga disebut-sebut bahwa Yusuf telah beristrikan Zu­laikha sesudah suaminya meninggal dunia, dan diceritakan bah­wa pada suatu ketika berkatalah Yusuf kepada Zulaikha setelah ia menjadi isterinya,

“Tidakkah keadaan dan hubungan kita se­karang ini lebih baik dari apa yang pernah engkau inginkan?”

Zulaikha menjawab,

“Janganlah engkau menyalahkan aku, hai kekasihku, aku sebagai wanita yang cantik, muda belia bersuamikan seorang pemuda yang berketerampilan dingin, menemui­mu sebagai pemuda yang tampan, gagah perkasa bertubuh indah, apakah salah bila aku jatuh cinta kepadamu dan lupa akan ke­dudukanku sebagai wanita yang bersuami?”

Dikisahkan bahwa Yusuf waktu kawin dengan Zulaikha, ia menemuinya masih gadis (perawan) dan dari perkawinan itu memperoleh dua orang putra: Ifraitsim bin Yusuf dan Misya bin Yusuf.

Rujukan :

  1. Maulana Abdullah Yusuf Ali – Terjemahan al Quran Karim
  2. Tafsir Ibnu Katsier – surah Yusuf
About these ads

12 thoughts on “Kisah Cinta Zulaikha Dan Yusuf a.s.

  1. Pingback: Kisah Cinta Zulaikha Dan Yusuf a.s. « Laman Masjid As Syakirin

  2. Setiap cinta hendaklah ditujukan kepada Allah, sehngga semua makhlua Alam semesta ini cita kepada kita, hendaknya seperti cinta yusuf kepada Allah, cinta kepada Allah, bukan hanya mengharapkan surga, jabatan, tahta dan kekayaan tetapi cinta kepada Allah semata-mata hanya mengharapkan Ridhanya……!!!!!!!!!

  3. Tajuk berkaitan dan pelbagai pendapat mengenai Yusof dan ” zulaikha” ada di sini : http://inspigoblog.wordpress.com/2008/01/05/doa-pengantin-yusuf-dan-zulaikha-mendoakan-isteri-curang/#comment-5315

    dan juga di : http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=1831

    Tidak mengapa tidak mempercayai ” zulaikha” berkahwin atau tidak dengan Yusof a.s kerana tiada ninyatakan dalam Quran. Ambillah iktibar yang mana yang elok. Allah dan nabinya yang maha mengetahui sejarah sebenar …. kita sekadar membaca tulisan-tulisan orang-orang terdahulu .

    Terima kasih

  4. SAYA AMAT SUKA MENDENGAR TENTANG NABI YUSOF DAN ZULAIKHA SEBAB NAMA SAYA POWN SAMA DENGAN ZULAIKHA ISTERI NABI YUSOF ITU.TETAPI X DE SAMA SGT,MNGKIN PERAGAI SAYA LAEN CKIT.ADE LGI X TENTANG NABI YUSOF DAN ZULAIKHA.SAYA HA RAP MSH ADE LGI LA YEW…SALAM

    • Berpegang teguh pada Al-Quran di mana kisah sebenar Nabi Yusuf a.s salam dengan ‘isteri seorang pembesar’ (tidak langsung disebut dgn nama Zulaikha atau dari mana-mana pegangan yang sahih) di mana Baginda ‘digoda’ dan tiada langsung membayangkan apa-apa kisah cinta di antara mereka. Kisah Nabi Yusuf a.s berakhir dgn pertemuan baginda dengan keluarganya semula…itu saja.

      Kalau ada lain versi dari itu maka ia ditulis oleh pakar cerita dongeng dan tidak boleh dijadikan sandaran. Sekarang terlalu banyak cerita diubah dari versi asal yg tertulis di dalam Al-Quran yang tidak ada lansung nas yang sahihnya.

      Yang paling memalukan sekarang ini di kebanyakan majlis perkahwinan si- ‘DJ’ akan menyebut ‘kisah cinta dan Nabi Yusuf” padahal yang sebenarnya adalah ‘kisah Nabi Yusuf digoda isteri seorang pembesar’ sebagaimana pengantin lelaki digoda oleh pengantin perempuan…begitulah yang ingin digambarkan oleh DJ tersebut kiranya.

  5. Ooo barulah saya tahu kisah Zulaikha yang sebenarnya. emmm…kalau saya ditempat Zulaikha mungkin saya juga akan bertindak sedemikian. ceritalah lagi…cari maklumat bebanyak dan kasi lengkap, pas tu edit cerita ni. Walau macam mana handsome Nabi Yusuf a.s , Nabi Muhammad saw I Love U…So Much.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s