Sepintas Lalu Tentang Ibnu Ishak

Namanya Muhamad bin Ishaq . Hidup sezaman dengan Imam Malik dan pernah berjumpa dengan Anas bin Malik dan Said ibnu Musayyab.

Beliau tidak rasminya diangkat sebagai ‘bapa sirah’ dan cerita-cerita sirah yang bersumber dari beliau banyak bertebaran dalam kitab-kitab sirah kemudiannya . Malah dalam sukatan pelajaran Universiti Al-Azhar terdapat cerita-cerita yang bersumber dari beliau.

 

Salah seorang anak muridnya Ibnu Hisham telah mengutip secara bebas ( ataupun dengan tapisan yang ringan) cerita-cerita dari Ibnu Ishaq dan memuatkannya di dalam kitabnya yang termasyhur Sirah Ibnu Hisham, sebuah kitab rujukan sirah yang utama masakini.

Ibnu Ishaq ialah seorang penganut Syiah . Anutannya telah mempengaruhi cara beliau berfikir dan telah banyak diabadikan di dalam kitab-kitab yang beliau nukilkan atau dalam siri pengajiannya.

Banyak cerita-cerita ganjil berkenaan kehidupan dan suasana awal Islam yang bersumber hanya dari beliau seorang. Cerita-cerita ini banyak untuk menyokong fahaman syiahnya iaitu samada mengangkat Saidina Ali ra atau keluarganya, mengurangkan sumbangan atau memburuk-burukkan sahabat yang lain terutama Saidina Muawiyah serta sahabat-sahabat utama seperti Abu Bakar , Umar ra

Di antara cerita yang diriwayatkan oleh beliau yang dipertikaikan oleh Ulamak ialah:

a) Kisah Hindun ra , ibu kepada saidina Muawiyah, yang dikatakan memakan jantung Saidinia Hamzah. Cerita ini tidak pernah diceritakn oleh orang lain malah dalam Shahih Bukari , Wahsyi ra yang membunuh Saidina Hamzah tidak pernah menyebut tentang kisah ini. Motif utama ialah mencacatkan Hindun, ibu kepada Muawiyah , musuh utama golongan Syiah.

b) Kekarutan dalam cerita-cerita tentang Muawiyah ra dengan menggambarkan beliau sebagai seorang pemutar belit dan suka mengambil kesempatan. Motifnya ialah untuk mencederakan peribadi sahabat besar ini kerana dengan tercederanya beliau bermakna Quran yang ada hari ini berkemungkinan tercedera juga, kerana beliau adalah salah seorang jurutulis wahyu nabi.

c) Cerita hijrah nabi saw dari rumah beliau saw pada waktu malam dengan Saidina Ali menggantikan tempat tidur baginda saw. Pada mata kasarnya ianya menunjukkan keberanian, kepatuhan dan pengorbanan Saidina Ali. Tetapi dalam kitab hadis paling sahih, Sahih Bukhari , mengatakan nabi saw berhijrah dari rumah Saidina Abu Bakar di waktu siang hari .

Dalam Sahih Bukhari dinyatakan dengan jelas peranan keluarga Abu Bakar seperti Abd Rahman, Asma’ dan lain-dain dalam peristiwa hijrah ini. Tidak lain cerita yang dibawa oleh Ibnu Ishak ialah untuk menutup sumbangan dan pengorbanan besar Abu Bakar ra sekeluarga sesuai dengan akidah Syiah yang mengkafirkan sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan seterusnya.

d) Kisah Isra’ nabi dari rumah Ummu hani’ . Ummu Hani ialah kakak kepada Saidina Ali dan masa ini masih lagi belum Islam . Secara sepintas lalu dapat diperhatikan Ibnu Ishak cuba mengaitkan setiap peristiwa besar dengan Saidina Ali sekeluarga. Tetapi dalam kes ini beliau sebenarnya cuba mencederakan maruah Rasullullah saw sendiri . Kalau cerita ini benar, kita akan mengatakan bahawa nabi saw bersunyi-sunyi ( atau tidur) di rumah isteri orang tanpa kehadiran suaminya. Alangkah dahsyatnya fitnah yang ingin dilemparkan oleh Ibnu Ishaq terhadap nabi saw.

e) Kisah mempersaudarakan Ali ra dengan nabi saw. Suatu kisah yang tidak masuk akal bila dipandang dari tujuan ‘mempersaudarakan’ itu sendiri, kerana sememangnya Ali adalah saudara kepada nabi saw dan beliau ra adalah sama-sama dari Mekah. Tidak lain ini adalah untuk menaikkan martabat Ali ra dari yang sepatutnya untuk merasionalkan hujjah bahawa beliaulah yang sepatutnya dilantik menjadi khalifah selepas wafatnya nabi saw.

Banyak lagi kisah aneh yang dikeluarkan oleh beliau seorang. Maka tidak menghairankan bila ulamak besar mengatakan :

”…..salah seorang dajjal ” , ” Kami telah menghalau Ibnu Ishaq keluar dari Madinah” – Imam Malik

“Dia meriwayatkan hadith-hadith karut dari orang-orang majhul ( orang yang tidak diketahui latarbelakangnya) ” – Ali Ibnu Al-Madini

” Muhammad bin Ishaq adalah di antara perawi-perawi yang tidak menepati syarat-syarat hadith sahih” – Imam Nawawi

“Aku bersaksi bahawa Muhammad bin Ishaq adalah pendusta besar ” – Yahya bin Said al-Qatthan

Mereka yang men’ta’dil’ kannya bersikap demikian kerana tidak mengetahui dengan jelas kedudukan sebenar beliau samada kerana tidak hidup sezaman dengannya atau tidak dapat mengesan sifat sebenar disebabkan oleh sikap “Taqiyah” yang diamalkan sesuai dengan kehendak ajaran Syiah yang dianutinya.

Catatan sejarah perlu diperbetulkan kerana ini akan menjaga keutuhan agama Islam ini sendiri. Kita tidak akan berpuashati menganut agama Islam sekiranya nabinya besekedudukan dengan isteri orang, sahabat-sahabat utama yang meneruskan syiar ini berperangai tidak senonoh malah menjadi kafir selepas peninggalan nabi saw, jurutulis wahyu di mana Quran yang kita pegang hari ini merupakan orang yang tidak boleh dipercayai dan sentiasa mencari peluang untuk habuan dunia malah beliau datang dari keluarga yang tidak bertamaddun.

Sikap yang perlu diambil ialah kita wajib menolak seorang yang bernama Muhammad bin Ishaq secara total untuk menyelamatkan Islam yang kita cintai ini secara total. Wallahua’lam

Sumber : http://alfiqrah.wordpress.com/2007/03/21/sepintas-lalu-tentang-ibnu-ishak/

6 thoughts on “Sepintas Lalu Tentang Ibnu Ishak

  1. Kisah Hindun di sini

  2. Muhammad Ibnu Ishaq : adil atau palsu?

    http://fatwaulama.blogspot.com/2007/01/muhammad-ibnu-ishaq-adil-atau-palsu.html

    penilaian yang sewajarnya tentang Muhammad Ibnu Ishaq : adil atau palsu?

    aljawap:

    Sebenarnya Ibn Ishaaq (w.150H) tersepit antara penilaian madrasah ahli hadith dan madrasah ahli sejarah.

    Ilmu sejarah dan ilmu hadith mempunyai disiplin ilmu yang berlainan dan yang pasti ilmu hadith lebih ketat pensyaratannya berbanding ilmu sejarah kerana hadith digunakan dalam pembinaan hukum-hakam.

    Dari ilmu jarah wa ta’dil, Ibn Ishaaq memang tokoh sejarah yang kontroversi kerana mendapat kritikan parah dari Dua Imam Madinah yang besar: Imam Malik dan Hisham Bin Urwah bin alZubair (cucu Abu Bakar atau anak saudara kepada Aisyah, Ummul Mukminin).

    Namun Ibn Ishaq merupakan perawi semua Imam Hadith yang enam, terutamanya Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadith darinya. Keenam-enam penyusun kitab Sunan Sittah meriwayatkan hadith dari Ibn Ishaq.

    Bagaimana menghadapi kontroversi yang ditimbulkan oleh Imam Malik, Hisham bin Urwah dan laman web al-Kautsar yang menolak total akan ketsiqahan (kewibawaan) Ibn Ishaq?

    Prof al-Imam Dr al-Qardhawi dalam kitabnya Tarikhuna alMuftara alaih (kecelaruan sejarah kita) berpendapat Ibn Ishaq adalah termasuk dalam golongan akhbariyun atau reporter akhbar yang melapurkan apa saja yang ditemuinya tanpa penelitian terlebih dahulu.

    Sebab itu Dr Qardhawi mahukan sejarah Islam terutamanya Seerah Nabawiyah disusun semula dengan memasukkan pendekatan tahqiq dan takhrij sumbernya untuk menapis cerita-cerita yang dibawa oleh Ibn Ishaq terutamanya.

    Pendirian kami:

    1. Ibn Ishaq memang tokoh yang kontroversi menurut ilmu Jarh wa ta’dil, namun seluruh ahli ilmu bersepakat akan ketokohan Ibn Ishaq dalam sejarah terutamanya sejarah Perang (maghazi) dan Imam Ibn Hajar Asqolani menggelarkan beliau sebagai Imam alMaghazi.

    2. Walaupun seteruk mana penilaian orang ke atas kewibawaan Ibn Ishaq, beliau adalah perawi Penyusun Kutub Sittah antaranya Bukhari-Muslim yang meriwayatkan hadith dari Ibn Ishaq. Ini menunjukkan Ibn Ishaq ada makna dalam ilmu hadith. (alBukhari meriwayatkan dari Ibn Ibn Ishaq secara ta’aliq (sanadnya hilang, maka ia jatuh dha’if)

    3. Kecelaruan yang ditimbulkan oleh Ibn Ishaq dalam pengumpulan sejarah bukanlah suatu yang perlu dilihat dengan negatif, malah kita berhutang budi dengan usaha-usaha awal beliau mengumpul bahan bukti sejarah kerana itulah asas yang baik utk kita memulakan projek mega memurnikan sejarah kita sendiri.

    Inilah pendirian yang adil kepada Ibn Ishaq.

Tinggalkan komen