FAKTA RUMAH IBADAT DI SELANGOR

Dr. Mohd Ridhuan Tee  menulis dalam http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm     saya petik sebahagian tulisan beliau :

Helen Ang juga mempertikaikan fakta yang saya tulis akan bilangan rumah ibadat bukan Islam seperti kuil Hindu, tokong Cina dan gereja Kristian melebihi bilangan surau dan masjid. Di sini saya pamerkan statistik tersebut untuk pengetahuan beliau akan nasib Melayu di bumi Melayu.

Contohnya di Selangor mempunyai penduduk berjumlah 4.8 juta.

Daripada jumlah itu orang Melayu mewakili 2.5 juta dengan kapasiti 259 masjid dan 939 surau.

orang Cina Buddha berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015 tokong,

orang India berjumlah 647,000 dengan 810 kuil berdaftar (bilangan ini belum dicampurkan dengan tokong dan kuil yang tidak berdaftar).

Manakala, bilangan gereja Kristian biarlah Helen Ang yang cari untuk menampung jumlah 50,000 penganut Kristian.

Statistik

Berdasarkan kepada statistik ini, jelas kepada kita, setelah dicampur semua rumah ibadat bukan Islam, kedudukan masjid surau sebenarnya jauh ketinggalan. Ini baru perbandingan satu negeri, bayangkan negeri- negeri lain. Adakah nisbah antara bilangan penduduk dengan bilangan rumah ibadat itu adil? Begitu besar bezanya. Sila rujuk Wikipedia, walaupun ia bukanlah sumber yang outentik dalam akademik. Tetapi saya yakin statistik ini tidak jauh bezanya.

Jangan kita bercakap kosong tanpa melakukan penyelidikan. Helen Ang mungkin terkejut bila saya paparkan statistik seluruh negara. Kenapa dalam sebuah negara majoriti Melayu boleh berlaku demikian? Inilah tolak ansur orang Melayu. Hormatilah tolak ansur ini. Jangan terlalu kiasu.

About these ads

2 thoughts on “FAKTA RUMAH IBADAT DI SELANGOR

  1. Jangan salahkan orang agama lain, mereka bersungguh dalam beribadat kerana iblis syaitan senantiasa memberi semangat kepada mereka untuk syirik pada Allah, orang Islam tak bersungguh dalam ibadat kerana syaitan akan menghalang umat Islam dari beribadat dan mendapat keredaan Allah. Apa guna masjid dan surau banyak kalau jemaah hanya satu saf. Kerajaan membina masjid bukan atas dasar keimanan, tapi atas dasar projek semata. Cuba kita lihat masjid yang dibina atas dasar takwa yang tidak mengharapkan dari wang kerajaan sentiasa penuh dengan jemaah seperti masjid batu di permatang pauh.
    Sedangkan masjid papan binaan umno hanya berapa ela dari masjid batu, tak ramai jemaah sebab tiada takwa di kalangan umno.

  2. Knape harus iri kepada pembangunan rumah ibadah kafir? Jadikanlah contoh kenapa mereka mampu dan sanggup? Melayu hanya menunggu bantuan kerejaan untuk membangun masjid,kite melayu malas berusaha,malas keja.Rajin solat tapi malas keja.Sifat ini apakah mampu membawah perubahan dlm hidup kalau tidak di ubah?jangan sakit hati kalau kaum lain di msia kehidupan mereka lebih baik dari pada kita.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s