Dr. Sayid Husain Al-Musawi Al-Husaini : Kenapa Aku Meninggalkan Syiah

Kenapa Aku Meninggalkan Syiah

Tulisan berikut adalah pengakuan seorang Ulama Syiah  dipetik dari buku beliau

Suatu pengakuan dan pengiktirafan Ulama Syiah terhadap Allah dan sejarah – suatu pembongkaran rahsia yang terpendam dan pembersihan diri Imam-imam yang athaar  “

 

atau buku terjemahannya  Kenapa Aku Meninggalkan Syiah

Karangan Al-Syeikh Al-Allamah Dr. Sayid Husain Al-Musawi Al-Husaini.

Buku ini sebenarnya satu lagi pendedahan secara akademik yang sekali gus membongkar beberapa perkara pokok pegangan Syiah Imamiah. Yang penting bagi setiap pembaca ialah dapat membezakan antara pegangan Imam-imam Dua Belas yang tulen dan penyelewengan yang dilakukan oleh beberapa orang tokoh Syiah khususnya selepas tahun 329 H.

Ikuti pengakuan beliau mengenai Syiah :

Aku dilahirkan di Karbala. Membesar dalam suasana ajaran Syiah di bawah jagaan kedua ibu bapa yang berpegang teguh dengan agama. Aku belajar di madrasah-madrasah di Kota Karbala sehingga aku bergelar seorang pemuda.

Kemudian bapa ku menghantar ku ke Al-Hauzah Al-Ilmiah Al-Najafiah iaitu sebuah pusat pengajian terbesar di dunia untuk aku mencedok ilmu daripada ulama-ulama Syiah yang besar dan masyhur ketika ini seperti Samahah Al-Imam Al-Sayid Muhammad Al-Hussain Kasyif al-Ghito’. Beliau mengajar kami di al-Hauzah Al-Ilmiah Al-‘Aliyyah. Cita-cita ku ialah untuk menjadi pakar rujuk dalam agama dan mengetuai Al-Hauzah serta berkhidmat kepada agama dan umat seterusnya memajukan umat Islam.

Impian ku ialah untuk melihat umat Islam bersatu padu dan dipimpin oleh seorang Imam dalam keadaan aku mampu melihat negara-negara kafir hancur di hadapan Umat Islam. Terdapat banyak lagi impian para pemuda Islam yang cemburu untuk agamanya yang tidak tertulis di sini. Saat itu aku tertanya-tanya; Apakah yang mengheret kita sehingga berada dalam keadaan yang amat rendah dan hina. Kita ketinggalan dan berpecah belah?

Selain itu aku juga tertanya-tanya tentang banyak lagi perkara lain yang terlintas di lubuk hati ku sebagaimana pemuda Islam yang lain akan tetapi persoalan tersebut aku tidak temui jawapannya.

Allah memudahkan dan membuka jalan kepada ku untuk belajar dan menuntut ilmu. Sepanjang tahun pengajian, aku mendapati beberapa nas-nas dan isu-isu yang meruntun dan mengusutkan fikiran ku. Terdapat juga peristiwa-peristiwa yang menghairankan ku. Namun begitu aku terus sahaja menghilangkan keserabutan tersebut dengan menuding jari ke atas diri sendiri mengatakan bahawa aku yang bersalah kerana salah faham dan kurang berpengetahuan.

Pernah sekali aku cuba menyelesaikan masalah ini dengan bertanya kepada salah seorang guru Al-Hauzah Al-Ilmiah. Beliau amat bijak menangani masalah ini dengan mencantas daripada akar umbi menggunakan beberapa patah perkataan sahaja.

Katanya:

“Apakah yang kamu belajar di Al-Hauzah?”

Jawab ku:

“Mazhab Ahli Bait a semestinya.”

Katanya:

“Adakah kamu meragui Mazhab Ahli Bait a?”

Maka jawab ku:

“Ma’azallah. Tidak sama sekali.”

Beliau berkata lagi:

“Oleh itu jauhkanlah waswas ini daripada diri mu kerana kamu merupakan pengikut Ahli Bait a dan Ahli Bait menerima ajaran daripada Nabi Muhammad s. Nabi Muhammad pula menerima ajaran wahyu daripada Allah ”

Aku diam seketika sehingga jiwa ku tenang kemudian aku berkata kepadanya:

“Semoga Allah memberkatimu. Kamu telah menghilangkan waswas daripada diriku.”

Setelah aku kembali belajar, persoalan-persoalan tersebut kembali menghantui diri. Semakin banyak belajar semakin banyak persoalan yang tak terjawab dan isu yang menghairankan.

Apa yang penting, aku menamatkan pengajian dengan cemerlang dan mendapat Ijazah Akademik bagi mencapai tahap Ijtihad daripada ulama ulung zaman ini daripada Samahah al-Sayid Muhammad Al-Hussain Kasyif al-Ghito’ yang merupakan Ketua Al-Hauzah Ilmiah Al-Najafiah.

Semenjak daripada itu aku berfikir semula secara serius mengenai perkara ini. Kami mempelajari Mazhab Ahlul Bait a tetapi di dalam mazhab tersebut aku mendapati beberapa tohmahan terhadap Ahlul Bait a. Kami mempelajari syariat untuk beribadat menyembah Allah akan tetapi di dalamnya terdapat nas-nas yang jelas kufur kepada Allah . Ya Rabbi! Apakah yang telah kami pelajari ini? Apakah benar ini merupakan mazhab Ahli Bait a?!. Perkara seperti ini akan menyebabkan seseorang menjadi berbelah bahagi. Bagaimana dia menyembah Allah dalam keadaan dia kufur pada-Nya? Bagaimana dia mengikut jejak Rasulullah s dalam masa yang sama dia membuat tohmahan terhadap Baginda s? Bagaimana dia menjadi pengikut Ahli Bait a, mengasihi mereka dan mempelajari mazhab mereka sedangkan dia mengutuk dan mencela mereka?

Ya Rabbi! Kasihanilah daku. Berlembutlah dengan ku. Jika Dikau tidak merahmati ku nescaya aku akan sesat malah rugi.

Aku kembali bertanya kepada diri ku sendiri:

 

Apakah pendirian Sayid-sayid, Imam-Imam dan Ulama-ulama besar terdahulu? Apakah pendirian mereka terhadap perkara ini? Adakah mereka tidak nampak apa yang aku nampak? Adakah mereka tidak mempelajari apa yang aku pelajari? Ya. Pasti begitu. Malah banyak daripada kitab-kitab tersebut merupakan karangan mereka sendiri. Merekalah yang mencoretnya dengan pena-pena mereka.

Mengingatkan ini akan lebih melukakan, menambahkan sakit dan kesal di hati ku. Dahulunya aku memerlukan seseorang untuk mengadu masalah dan kesedihan. Akhirnya aku mendapat idea yang lebih baik iaitu membuat satu kajian secara menyeluruh agar ku dapat meneliti semula kandungan akademik ku. Maka dengan itu aku membaca setiap sumber yang muktabar dan juga tidak muktabar, malah membaca semua kitab yang sampai ke tangan ku. Semasa menyelak dan meneliti terdapat beberapa perenggan dan petikan yang aku rasa perlu dikomentari. Petikan tersebut aku salin dan komen berdasarkan apa yang terlintas dalam pemikiran ku. Setelah selesai membaca sumber-sumber muktabar tersebut, terkumpul bagi ku longgokan potongan potongan kertas yang mengandungi petikan daripada kitab-kitab muktabar disertai komen daripada ku. Bahan tersebut aku simpan, moga datang suatu hari yang Allah  kehendaki agar kertas ini dikeluarkan semula.

Hubungan ku selepas itu kekal seperti biasa dengan setiap pakar rujuk agama, ulama dan para sayid yang ku temui. Aku bergaul seperti biasa dengan mereka untuk mencapai satu natijah yang akan membantu ku tatkala aku mengambil keputusan yang sukar  bagi membuat pendedahan. Banyak perkara yang ku temui menyebabkan akhirnya aku mengambil keputusan sukar tersebut tetapi aku masih menanti peluang terbaik untuk itu. Sebelum itu aku melihat sahabat ku Al-‘Allamah As-Sayid Musa Al-Musawi  merupakan contoh terbaik ketika beliau mengisytiharkan menolak penyelewengan yang terdapat dalam manhaj Syiah. Beliau membuat banyak usaha serius bagi membetulkan manhaj tersebut. Kemudian selepas itu terbit Kitab

تطور الفكر الشيعي

karangan al-Sayid Ahmad Al-Katib.

Selepas membaca kitab tersebut aku mendapati giliran ku telah tiba untuk menyatakan kebenaran dan memberi kesedaran kepada saudara-saudara ku yang tertipu. Kedudukan kami sama seperti ulama yang bertanggungjawab ke atas mereka dan akan dipersoalkan oleh Allah   pada Hari Kiamat kelak. Kami wajib menyedarkan mereka kepada kebenaran walaupun pahit.

Mungkin gaya bahasa yang ku gunakan berbeza dengan al-Sayid al-Musawi dan al-Sayid Al-Katib dalam melemparkan natijah-natijah ilmiah. Ini kerana ia datang secara berasingan daripada kajian-kajian yang dibuat oleh penulis yang pelbagai. Mungkin juga persekitaran yang berasingan yang dilalui setiap penulis membawa perbezaan kerana kedua-dua mereka telah meninggalkan Iraq dan menetap di negara Eropah dan memulakan kerja di sana. Adapun aku sendiri masih lagi menetap di Iraq betul-betul di Najaf. Kelengkapan yang ku miliki mungkin saja tidak sebagaimana yang dimiliki oleh mereka berdua. Ini kerana selepas berfikir panjang sama ada meninggalkan Iraq atau kekal menetap di sini, aku mengambil keputusan untuk kekal dan bekerja di sini dengan sabar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah . Aku yakin bahawa masih terdapat banyak daripada mereka yang merasa ragu-ragu disebabkan mereka diam dan merelakan apa yang mereka lihat dan  perhatikan1, juga daripada apa yang mereka baca daripada rujukan induk yang ada. Aku memohon kepada Allah agar menjadikan kitab ku ini sebagai pendorong kepada mereka untuk kembali menilai diri, meninggalkan jalan kebatilan dan menempuh jalan kebenaran. Usia itu amat singkat, hujah kebenaran tidak akan menyebelahi mereka, maka tidak ada lagi ruang untuk berdolak-dalik.

Alhamdulillah terdapat beberapa Sayid yang mempunyai hubungan dengan ku menyahut seruan daripada ku setelah melihat hakikat-hakikat yang ku temui. Mereka juga telah mula menyeru orang lain. Maka sama-samalah kita memohon kepada Allah supaya membuka jalan untuk memperlihatkan kebenaran kepada manusia dan mengingatkan mereka daripada terjebak dalam kebatilan. Sesungguhnya Dia sebaik-baik tempat yang patut diminta sesuatu. Sesungguhnya kitab ini pasti akan ditolak, didustakan serta ditohmah sebagai batil. Biarkanlah, sesungguhnya ia tidak memudaratkan ku dan aku juga telah menjangkakannya. Mungkin juga mereka akan menuduh ku tali barut Israel dan Amerika atau menuduh bahawa aku menjual agama dan jiwa raga ku demi mata benda dunia. Ini tidak mustahil dan ganjil.

Sebelum ini mereka telah menuduh Al-‘Allamah al-Sayid Musa al-Musawi seumpama ini juga sehinggakan As-Sayid Ali al-Ghurawi pernah berkata:

“Sesungguhnya Raja Saudi Fahad bin Abd Aziz telah menundukkan hati Dr. al-Musawi dengan menawarkan seorang wanita cantik daripada keluarga Sa’ud dan menjanjikan hidup senang dengan memasukkan sejumlah wang di dalam salah sebuah bank Amerika sebagai bayaran kemasukannya dalam Mazhab Wahabi”.

 

Kalau inilah nasib Dr. al-Musawi dengan segala tuduhan dusta, rekaan dan publisiti murahan ke atasnya, apakah pula nasib ku selepas ini dan apakah yang akan ditujukan kepada ku nanti? Mungkin mereka akan mencari dan membunuh ku sebagaimana mereka membunuh orang yang menyatakan kebenaran sebelum ku. Sebagaimana diketahui mereka telah membunuh anak lelaki Maulana Ayatullah al-‘Udzma al-Imam al-Sayid Abu Al-Hasan Al-Asfahani Imam terbesar Syiah selepas zaman Al-Ghaibah Al-Kubra  sehingga sekarang.

Mereka membunuh anaknya ketika beliau cuba untuk membetulkan manhaj Syiah dan membuang khurafat yang masuk ke dalamnya. Perkara tersebut tidak disenangi mereka maka mereka menyembelih anaknya bagaikan seekor kibas untuk menghalang beliau daripada berbuat demikian. Mereka juga telah membunuh al-Sayid Ahmad Al-Kisrawi  ketika beliau menyatakan bahawa beliau keluar bebas berlepas diri daripada penyelewengan ini. Beliau mahu membetulkan manhaj Syiah maka beliau dibunuh dan dikerat-kerat.

Ramai lagi yang menemui nasib sebegini atas sebab menolak kepercayaan-kepercayaan batil yang tercemar masuk ke dalam mazhab Syiah. Maka tidak pelik mereka akan berbuat begini ke atas ku. Semua ini tidak penting. Cukuplah aku hanya menyatakan kebenaran, memberi nasihat dan mengingatkan saudara-saudara ku. Jika aku mahukan sesuatu daripada kesenangan hidup dunia sesungguhnya ‘Mut’ah’[i] dan ‘Khumus’[ii] telah cukup untuk itu sebagaimana yang dilakukan oleh orang lain sehingga ada di antara mereka menjadi kaya dan menaiki kereta paling mewah keluaran terbaru. Alhamdulillah aku berpaling daripada semua ini semenjak aku mengetahui hakikat sebenar. Aku sekarang mencari rezeki untuk ku dan ahli keluarga ku dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang mulia.

Di dalam kitab ini aku membincangkan tajuk-tajuk tertentu supaya saudara-saudara ku berdiri di atas hakikat kebenaran dan ianya tidak lagi samar serta kabur dari kaca mata seorang pun daripada mereka. Aku berniat untuk mengarang kitab-kitab lain yang membincangkan tajuk-tajuk selain ini supaya seluruh orang Islam semuanya jelas akan perkara ini dan tidak ada lagi alasan bagi mereka yang lalai atau hujah bagi mereka yang jahil. Sesungguhnya aku yakin bahawa kitab ku ini akan diterima oleh pejuang kebenaran dan mereka ini ramai, alhamdulillah. Adapun mereka yang lebih suka kekal di dalam kesesatan agar tidak hilang kedudukan serta sirna keseronokan Muta’h dan kekayaan Khumus daripada mereka yang terdiri dari kalangan mereka yang memakai serban dan menaiki kereta Mercedes & Super maka kita tidak perlu ada perbincangan dengan mereka. Allah akan menghitung mereka di atas apa yang mereka lakukan pada hari yang tidak bermanfaat padanya harta dan anak pinak kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera.

Puji dan syukur kepada Allah yang memberi hidayah kepada kita. Tanpa hidayah-Nya kita tidak akan terpimpin ke jalan yang bena


[i]Nikah kontrak. Nikah sementara walaupun sekejap. Ia lebih menjurus kepada zina berdasarkan ciri-ciri berikut:

1) Mut’ah tak perlukan saksi.

2) Tidak wajib nafkah ke atas suami.

3) Harus menghimpunkan lebih daripada empat isteri.

4) Isteri tidak mewarisi suami.

5) Tidak perlu persetujuan bapa.

6) Tempoh kahwin boleh jadi sejam atau kurang.

7) Terfasakh akad tanpa saksi.

[ii] Khumus ialah membayar satu per lima harta kepada golongan yang telah disebutkan di dalam Al-Quran. Ia menjadi perselisihan antara Ahli Sunnah dan Syiah. Sunnah berpendapat ia dikeluarkan daripada harta rampasan perang sahaja manakala Syiah mengatakan bahawa ia diambil daripada harta sepanjang tahun

About these ads

One thought on “Dr. Sayid Husain Al-Musawi Al-Husaini : Kenapa Aku Meninggalkan Syiah

  1. nama lain;mtaah itu zina namanya.Itu sebab orang sunni tak boleh bermutaan dengan syiah.Dia tahu ada orang sunni akan ambil kesempatan.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s