KITAB-KITAB SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W

KITAB-KITAB SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W

Oleh :  Dr. Mustafa as-Syibaie

( Di petik dari bukunya SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W. PENGAJARAN & PEDOMAN  – http://www.mykonsis.org )
Pada mulanya kisah dalam Sirah Nabi s.a.w. hanya merupakan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat r.a. kepada generasi selepas mereka. Sesetengah sahabat memberikan perhatian khusus terhadap setiap peristiwa yang berlaku dalam sirah Nabi s.a.w. dan pendetailannya. Kemudian, para tabien menukilkan riwayat-riwayat ini dan mencatatnya dalam lembaran simpanan mereka. Sesetengah mereka memberi perhatian khusus terhadap usaha ini, contohnya: Aban bin ‘Othman bin ‘Affan r.a (32-105H) dan ‘Urwah bin az-Zubair bin al-‘Awwam (23-93H). Contoh di kalangan tabien kecil pula iulah, Abdullah bin Abu Bakar al-Ansori (meninggal dunia pada 135H), Muhammad bin Muslim bin Syihab az-Zuhri (50-124H) yang mengumpulkan sunnah pada zaman ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz hasil perintahnya, juga ‘Asim bin ‘Umar bin Qatadah al-Ansori (meninggal dunia 129H).
Kemudian keprihatinan terhadap Sirah telah berpindah kopada generasi selepas mereka, sehingga generasi ini menulis sirah dalam penulisan yang khusus (diasingkan daripada bidang yang lain).

Di antara pengarang awal Sirah yang paling terkenal ialah Muhammad bin Ishaq bin Yasar (Ibnu Ishaq) (meninggal dunia 152H). Jumhur ‘ulama dan para ahli hadis bersepakat mengatakan beliau thiqah, kecuali Malik dan Hisyam bin ‘ Urwah bin az-Zubair.

Diriwayatkan bahawa Malik dan Hisyam mempertikaikan beliau. Namun, kebanyakan ‘ulama muhaqqiqin menafsirkan tindakan kedua-dua orang ‘alim besar ini mempertikaikan kethiqahan Ibnu Ishaq adalah disebabkan persengketaan peribadi yang berlaku di antara mereka.
Ibnu Ishaq pula telah menulis kitab al-Maghazi. Kitab ini mengandungi hadis-hadis dan riwayat-riwayat, yang (didengarnya sendiri di Madinah dan Mesir. Dukacitanya, kitab ini tidak sampai kepada kita. la telah hilang bersama kitab-kitab lain yang hilang daripada warisan ilmu kita yang kaya. Akan tetapi, kandungan kitab itu masih kekal terpelihara. Kerana Ibnu Hisyam telah meriwayatkannya dalam kitab sirah beliau daripada jalan riwayat gurunya, al-Bakka-ie, salah seorang murid Ibnu Ishaq yang terkenal.
Sirah Ibnu Hisyam
Beliau ialah Abu Muhammad Abdul Malik bin Ayyub al-Himyari (dikenali dengan Ibnu Hisyam). Membesar di Basrah dan meninggal dunia pada tahun 213 atau 218H mengikut perbezaan riwayat. Ibnu Hisyam telah menulis kitab as-Sirah an-Nabawiyah. Kitab ini mengandungi peristiwa sirah yang diriwayatkan oleh gurunya, al-Bakka-ie daripada Ibnu Ishaq, di samping peristiwa sirah yang beliau riwayatkan sendiri daripada guru-gurunya. Iaitu riwayat yang tidak disebut oleh Ibnu Ishaq dalam kitab sirahnya. Beliau telah menyebut riwayat Ibnu Ishaq yang tidak menepati citarasa ilmunya dan yang dikritiknya. Kitab ini muncul sebagai sumber Sirah Nabi s.a.w. yang paling amanah, paling sahih. dan paling teliti. Ia diterima oleh orang ramai menyebabkan mereka terus menamakan kitab itu dengan nama beliau; Sirah Ibnu Hisyam. Kitabnya ini telah disyarahkan oleh dua orang ‘alim diri Andalus: as-Suhaili (508-581H) dan al-Khusyani (535-604H)
Tobaqot Ibnu Saad
Beliau ialah Muhammad bin Saad bin Mani’ az-Zuhri (dikenali dengan Ibnu Saad). Lahir di Basrah pada 168H dan meninggal dunia di Baghdad pada 230H. Beliau adalah seorang penulis kepada Muhammad bin ‘Umar al-Waqidi (130-207HJ, ahli sejarah yang terkenal dalam bidang kisah-kisah peperangan dan sirah. Ibnu Saad menyusun tulisannya dalam kitabnya, at-Tobaqot (selepas menulis tentang Sirah Rasul a.s. dengan menyebut nama-nama sahabat dan tabien mengikut lapisan generasi (tobaqot), kabilah dan kawasan mereka. Kitab beliau, at-Tobaqot dianggap antara sumber awal sirah yang paling dipercayai dan faktanya paling terpelihara dengan dinyatakan latar belakang sahabat dan tabien.

Tarikh at-Tobari
Abu Jaafar Muhammad bin Jarir at-Tobari (224-310H). Seorang imam, faqih, ahli hadis dan pengasas mazhab fiqh yang kurang tersebar. Penulisan beliau di bidang sejarah, tidak terbatas kepada Sirah Rasul a.s., bahkan sejarah umat-umat sebelumnya. Beliau menyediakan bahagian yang khusus untuk Sirah Baginda a.s., seterusnya menyambung perbicaraan tentang sejarah negara-negara Islam sehingga beliau hampir meninggal dunia. Apa yang diriwayatkan oleh at-Tobari boleh dijadikan hujah dan dipercayai.

Walau bagaimanapun, banyak riwayat dhaif atau batil yang beliau sebut, beliau berpada dengan menyandarkan riwayat tersebut kepada perawinya. Ini kerana pada zaman beliau, orang ramai mengenali perawi tersebut. Contohnya, apa yang diriwayatkan daripada Abu Mikhnaf. Abu Mikhnaf adalah seorang pengikut Syiah yang taksub. Namun begitu at-Tobari banyak memasukkan riwayat beliau ke dalam tulisannya dengan cara menyandarkan riwayat tersebut kepada Abu Mikhnaf. At-Tobari seolah-olah melepaskan tanggungjawab riwayat tersebut dan meletakkannya ke bahu Abu Mikhnaf.
Perkembangan penulisan Sirah
Kemudian, penulisan Sirah terus berkembang. Sesetengah aspek telah ditulis secara khusus dan berasingan seperti, Dala-il an-Nubuwwah (Tanda-tanda Kenabian) oleh al- Asbahani, Syama-il al-Muhammadiyyah (Perwatakan Muhammad) oleh at-Tirmizi, Zadul Ma’ad (Bekalan ke Tempat Kembali) oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, as-Syifa’ (Kesembuhan) oleh Qadhi ‘Iyadh dan al-Mawahib al-Ladunniyah (Bakat-bakat Kurniaan Tuhan) oleh al-Qastoluni. Ia disyarah dalam lapan jilid oleh az-Zarqani yang meninggal pada tahun 1122H.

Demikianlah, ‘ulama masih terus menulis berkenaan Sirah ar-Rasul a.s. dengan cara moden yang diterima oleh citarasa anak-anak masa kini. Di antara kitab paling terkenal pada zaman moden kita ialah kitab Nur al-Yaqin fi Sirah Sayyid al-Mursalin oleh Syeikh Muhammad al-Khudhori rahimahullah. Kitabnya telah mendapat sambutan yang baik dan diputuskan untuk dipelajari di sekolah-sekolah agama di kebanyakan ceruk rantau Alam Islami.

About these ads

2 thoughts on “KITAB-KITAB SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W

    • Salam
      Tobaqat adalah bermaksud lapisan generasi . Petikan berikut mungkin dapat membantu memahaminya : http://thifalblog.wordpress.com/2011/02/16/thobaqot-para-rowi-hadits/

      Bahwa antara (zaman) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para penulis kitab-kitab sunan kira-kira berjarak antara 200-250 tahun, jarak waktu ini antara Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para penulis kitab-kitab tersebut, kira-kira terbagi menjadi 12 thobaqot :

      1. Thobaqot yang pertama : para shahabat (الصحابة).

      2. Thobaqot yang kedua : thobaqot Kibar Tabi’in (كبار التابعين), seperti Sa’id bin al-Musayyib, dan begitu pula para Mukhodhrom.

      Mukhodhrom (المخضرم) : orang yang hidup pada zaman jahiliyyah dan Islam, akan tetapi ia tidak pernah melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam keadaan beriman. Misalnya : seseorang masuk Islam pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, akan tetapi ia tidak pernah bertemu Rasulullah karena jauhnya jarak atau udzur yang lain. Atau seseorang yang hidup sezaman dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, akan tetapi ia belum masuk Islam melainkan setelah wafatnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

      3. Thobaqot ketiga : thobaqot pertengahan dari tabi’in (الطبقة الوسطى من التابعين), seperti al-Hasan (al-Bashri, pent) dan Ibnu Sirin, dan mereka adalah (berada pada) thobaqot yang meriwayatkan dari sejumlah Shahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

      4. Thobaqot keempat : Tabi’in Kecil (صغار التابعين), mereka merupakan thobaqot yang sesudah thobaqot yang sebelumnya (thobaqot ke-3, pent). Kebanyakan riwayat mereka adalah dari kibar tabi’in (thobaqot ke-1, pent). Rowi yang dalam thobaqot ini contohnya adalah az-Zuhri dan Qotadah.

      5. Thobaqot kelima : Thobaqot yang paling kecil dari tabi’in (الطبقة الصغرى من التابعين), mereka adalah yang lebih kecil dari yang thobaqot-thobaqot tabi’in yang sebelumnya. Dan mereka adalah termasuk tabi’in, mereka melihat seorang atau beberapa orang Shahabat. Contoh thobaqot ini adalah Musa bin ‘Uqbah dan al-A’masy.

      6. Thobaqot keenam : thobaqot yang sezaman dengan thobaqot ke-5 (عاصروا الخامسة), akan tetapi tidak tetap khobar bahwa mereka pernah bertemu seorang Shahabat seperti Ibnu Juraij.

      7. Thobaqot ketujuh : thobaqot Kibar Tabi’ut Tabi’in (كبار أتباع التابعين), seperti Malik dan ats-Tsauri.

      8. Thobaqot kedelapan : thobaqot Tabi’u Tabi’in Pertengahan (الوسطى من أتباع التابعين), seperti Ibnu ‘Uyainah dan Ibnu ‘Ulaiyyah.

      9. Thobaqot kesembilan : thobaqot yang paling kecil dari Tabi’ut Tabi’in (الصغرى من أتباع التابعين), seperti Yazid bin Harun, asy-Syafi’i, Abu Dawud ath-Thoyalisi, dan Abdurrozzaq.

      10. Thobaqot kesepuluh : thobaqot tertinggi yang mengambil hadits dari Tabi’ut Taabi’in (كبار الاخذين عن تبع الاتباع) yang mereka tidak bertemu dengan tabi’in, seperti Ahmad bin Hanbal.

      11. Thobaqot kesebelas : thobaqot pertengahan dari rowi yang mengambil hadits dari Tabi’ut Tabi’in (الوسطى من الاخذين عن تبع الاتباع), seperti adz-Dzuhli dan al-Bukhori.

      12. Thobaqot keduabelas : thobaqot yang rendah dari rowi yang mengambil hadits dari Tabi’ut Tabi’in (صغار الاخذين عن تبع الاتباع), seperti at-Tirmidzi dan para imam yang enam lainnya yang tertinggal sedikit dari wafatnya para tabi’ut tabi’in, seperti sebagian para syaikh-nya an-Nasa’i.

      [diterjemahkan dari kitab "Syarh 'Ilalil Hadits ma'a As-ilah wa Ajwibah fi Mushtholahil Hadits" hal. 74-75, karya asy-Syaikh Mushthofa al-'Adawi]

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s