UMUR SAIDATINA ‘AISHAH SEWAKTU BERNIKAH DENGAN RASULULLAH S.A.W.

Seorang teman mempertikaikan tulisan saya pada NOTA di Facebook saya. Saya catitkan semula di bawah ini apa yang saya tulis:

Menerangkan Umur Baligh
pada 06hb Jun 2010 pukul 11.39 ptg
Hadis Ibnu Umar r.a katanya:
Aku pernah mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w untuk sama-sama berperang dalam peperangan Uhud. Pada saat itu aku baru berumur empat belas tahun, namun baginda tidak memperkenankan aku. Aku kemukakan lagi cadangan tersebut untuk sama-sama bertempur dalam peperangan Khandaq, lalu baginda memperkenankan. Pada saat itu aku sudah berumur lima belas tahun

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 3473

Catitan: Perang Badar berlaku pada tarhun 2 Hijrah. Isteri nabi saw Aishah r.a dilapor menyertai Badar. Jadi tentu umurnya sekitar lebih 15 tahun – bukan 9 – 10 tahun!


Yang dipersolakan bukan hadis tetapi catitan hujung yang bertulis biru. Teman tersebut berkata TIDAK WAJAR saya mempertikaikan umur Aishah r.a semasa berkahwin dengan nabis s.a.w.
Punca masalah ini ialah : berdasarkan kepada riwayat Hisham,  Saidatina ‘Aishah r.a. telah berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. ketika berumur enam tahun dan mereka mulai tinggal bersama semasa umurnya sembilan tahun, iaitu selepas Hijrah ke Madinah; dan beliau membawa bersama-sama anak patungnya ke rumah suaminya (Nabi s.a.w.).

Bagi menghurai masalah ini elok ditekuni kertas kerja oleh Allama Mohammad Habibur Rahman Kandhalwi, seorang ulama India bertajuk :
PEMURNIAAN SEJARAH : UMUR SAIDATINA ‘AISHAH SEWAKTU BERNIKAH DENGAN RASULULLAH S.A.W.
Dalam kertas kerja ini penulis telah memberi 24 hujah menolak  pendapat Saidatina ‘Aishah r.a. telah berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. ketika berumur enam tahun dan mereka mulai tinggal bersama semasa umurnya sembilan tahun.

Untuk menjawab komen sahabat tersebut saya catitkan 2 hujah yang berkaitan sahaja, iaitu hujah ke 10 dan ke 11 :

HUJAH KESEPULUH – UMMUL MU’MININ R.A. TURUT SERTA DI DALAM
PEPERANGAN BADAR

Di dalam ‘Saheh’nya Imam Muslim melalui Urwah bin Zubair, telah meriwayatkan daripada Saidatina ‘Aishah r.a. bahawa beliau (Saidatina ‘Aishah r.a.) berkata Nabi Muhammad s.a.w. mara ke medan pertempuran Badar dan semasa tiba di Harratul Wabrah, seorang lelaki yang terkenal dengan kegagahan dan keberanian datang kepadanya. Para Sahabat r.a. teramat gembira melihat kedatangan lelaki tersebut . Beliau berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w., “Saya telah datang kepadamu dengan tujuan untuk menyertai peperangan, dan saya ingin menanggung kesukaran ini bersama kamu.” Baginda s.a.w bertanya, “ Adakah kamu beriman kepada Allah dan Nabi-Nya?” Pemuda itu menjawab, “Tidak”. Lalu Baginda s.a.w. berkata, “Pergi, baliklah. Saya tidak memerlukan sebarang bantuan daripada seorang musyrik.”
Ummul Mu’minin r.a. berkata bahawa pemuda tersebut pun berlalu dari situ. Tetapi apabila mereka sampai di Shajarah, orang yang sama telah datang semula. Baginda s.a.w. sekali lagi menanyakan soalan yang sama iaitu sama ada beliau beriman kepada Allah dan Nabi-Nya. Sekali lagi pemuda itu menjawab tidak.
Kemudian Rasulullah s.a.w. telah berkata bahawa baginda s.a.w tidak memerlukan sebarang pertolongan daripada seorang musyrik. Maka pemuda itu pun sekali lagi berlalu pergi. Ummul Mu’minin r.a. menceritakan bahawa apabila mereka tiba di sebuah tempat bernama Baida’, pemuda yang sama muncul kembali. Sekali lagi Nabi Muhammad s.a.w. bertanyakan soalan yang serupa, “Adakah kamu beriman kepada Allah dan Nabi-Nya?” Pemuda tersebut mengiyakannya. Lalu Baginda s.a.w. berkata, “Bagus! Kamu boleh turut serta.” (‘Sahih Muslim’, Jilid II, m/s 118)
Bagaimanapun pensyarah-pensyarah hadis telah mentakwilkan bahawa perkataan ‘kami’ yang digunakan oleh Ummul Mu’minin r.a. mungkin telah bermaksud ‘para sahabat ’ r.a. dan beliau (‘Aishah r.a.) sendiri sebenarnya tidak termasuk dalam ungkapan ‘kami’ itu. Dan Ummul Mu’minin r.a. mungkin telah pergi hingga ke Baida’ untuk mengucapkan selamat jalan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Namun, kami tidak dapat menerima takwilan ini. Daripada hadis imam Muslim ini, kami membuat kesimpulan bahawa Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. telah turut serta dalam peperangan Badar, dan ‘Aishah r.a. adalah satu-satunya wanita yang menyertai peperangan Badar. Ahli-ahli sejarah dan para penulis sirah Nabi Muhammad s.a.w. yang mengatakan bahawa Baginda s.a.w. mula tinggal bersama ‘Aishah r.a. di bulan Syawal, tahun ke-2 H mungkin dipengaruhi golongan Syiah.
Yang tepatnya, Ummul Mu’minin r.a. telah mulai hidup bersama Baginda s.a.w. pada bulan Syawal, tahun pertama selepas hijrah, dan hadis Muslim di atas adalah benar.

Di samping membuktikan bahawa Ummul Mu’minin r.a. turut serta dalam Peperangan Badar dan hidup bersama Nabi s.a.w. mulai bulan Syawal di tahun pertama hijrah, hadis ini juga membuktikan bahawa ‘Aishah r.a. telah hidup bersama Rasulullah s.a.w. selama sepuluh tahun. Dakwaan ahli sejarah yang mengatakannya sembilan tahun ataupun Riwayat Hisham yang menyatakan tempoh
sembilan tahun, adalah salah.

Apabila Saidina Umar r.a. telah memperuntukkan sejumlah elaun untuk para Sahabat r.a. sewaktu beliau menjadi Khalifah, beliau telah memberikan elaun yang lebih kepada mereka yang telah menyertai Perang Badar, berbanding dengan mereka yang tidak menyertai Peperangan Badar. Dan, apabila elaun untuk isteri-isteri Rasulullah s.a.w dibahagikan, jumlah elaun Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. adalah yang tertinggi yang mana menurut ahli sejarah disebabkan beliau adalah isteri yang paling disayangi oleh Rasulullah s.a.w. Alasan ini mungkin juga benar.
Akan tetapi, sebabnya yang sebenar pada pandangan kami ialah beliau (‘Aishah r.a.) telah turut serta di dalam Perang Badar, dan isteri yang lain tidak memiliki kelebihan ini, malah tiada wanita lain di muka bumi ini yang memiliki penghormatan ini. Semoga Allah S.W.T. melimpahkan rahmat-Nya ke atas Imam Muslim yang telah menyampaikan riwayat ini dengan sanad yang paling sahih sehingga tiada perawinya dipertikaikan. Beliau telah membuktikan Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. turut serta di dalam Peperangan Badar, dan menjalani kehidupan sebagai isteri kepada Nabi s.a.w. pada tahun 1 (selepas hijrah), dan terus kekal sebagai isteri Nabi s.a.w. selama sepuluh tahun (sehingga kewafatannya) ; maka tempoh selama sembilan tahun. sebagaimana yang disebut di dalam Riwayat Hisham, adalah tidak benar.
Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan terhadap Imam Muslim di dalam taman-taman syurga, kerana dengan meriwayatkan peristiwa ini telah membuktikan Ummul Mu’minin r.a. tidaklah bermain dengan anak patung tetapi bermain dengan pedang; bahkan beliau telah dibesarkan di bawah bayang-bayang pedang. Ini merupakan sifat semulajadinya, kerana seorang kanak-kanak yang senantiasa melihat permainan pedang, tidak bermain dengan anak patung. Bermain dengan anak patung adalah kebiasaan orang Ajami (Iran), bukannya permainan orang Arab. Para Perawi Iraq ini mahu mengatakan Ummul Mu’minin Aishah r.a. suka bermain dengan anak patung sebagaimana kegemaran wanita-wanita di sana.
Berkemungkinan, tujuan mereka ialah ingin mengatakan ‘bagaimanana mungkin seorang kanak-kanak perempuan yang menghabiskan masanya dengan bermain anak patung dapat memahami maksud al-Qur’an dan Sunnah’.
Riwayat ini juga telah membuktikan bahawa Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. bukanlah seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun ketika itu. Jika beliau adalah seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, apakah tujuannya untuk pergi ke medan perang? Ini kerana, tugas wanita yang berada di medan perang ialah untuk berperang dan memberikan khidmat ketenteraan. Aspek ini akan dijelaskan dalam halaman-halaman seterusnya.
Di dalam Peperangan Badar, sudah termasyhur bahawa bendera yang disediakan pada hari itu, adalah diperbuat daripada kain tudung yang digunakan oleh wanita Islam untuk menutup kepala dan badan. Sekiranya peristiwa ini benarbenar terjadi, ia merupakan bukti yang lebih kukuh, bahawa Ummul Mu’minin r.a. mulai hidup bersama Rasulullah pada tahun pertama Hijrah dan beliau (‘Aishah) menyertai Peperangan Badar. Ini kerana, adalah tidak masuk akal untuk mengambil kain tudung kanak-kanak perempuan yang belum berkahwin lagi. Begitu juga agak sukar dipercayai bahawa Baginda s.a.w. membawa kain tudung seorang pengantin baru dan mara ke medan Badar, dan ia juga tidak mungkin bahawa beliau (Saidatina ‘Aishah) pergi hingga ke Baida’ semata-mata untuk mengucapkan selamat jalan kepada Rasulullah s.a.w., dan telah meninggalkan kain tudungnya di sana. Ini bukan sebuah kisah cinta !!
Yang sebetulnya, keadaan peperangan yang datang secara mengejut menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan kain bendera. Kemungkinannya, tidak terdapat kain di dalam khemah untuk dijadikan bendera. Kemudiannya Ummul Mu’minin r.a. memberikan kain tudungnya dan meletakkan sehelai kain sapu tangan di atas kepalanya dan beliau r.a. telah bersedia untuk berperang. Namun perawiperawi Iraq menggambarkannya sebagai sebuah kisah cinta yang romantik!!
Juga perhatikan bahawa bendera-bendera tersebut telah disediakan di tempat yang bernama ‘Rawja’ yang jauhnya 40 batu dari Madinah. Sehelai bendera telah dibuat untuk orang Ansar dan yang sehelai lagi untuk Muhajirin. Bendera Muhajirin telah diberi kepada Mus’ab bin Umair r.a., akan tetapi Waqidi (seorang perawi Syiah) berkata ia telah diberi kepada Saidina Ali r.a. Riwayat
ini, kemudiannya telah dikutip oleh ulama ahli sunnah yang menganggap setiap riwayat perlu dikutip untuk memenuhi kewajipan agama . Maka timbullah cerita sehelai bendera telah diberi kepada Mus’ab r.a. dan sehelai lagi diberi kepada Ali r.a.
Kemudian daripada itu ahli-ahli sejarah Syiah telah memotong nama Mus’ab r.a. dan memasyhurkan nama Ali r.a. sebagai satu-satunya pembawa bendera. Pada hari ini ‘sejarah’ yang kita miliki, adalah sejarah yang diputarbelit dan diselewengkan. Semua kaki dan tangannya sudahpun dipotong oleh pembohongpembohong Syiah. Untuk menyambungkan kembali tangan dan kakinya yang dipotong ini hanya mungkin apabila kita mendapatkan ‘anggota’ yang sebenar. Kebanyakan orang sibuk untuk mengorek dan menggali sejarah. Kita geledah di mana-mana untuk mencari ‘anggota-anggota’ yang hilang itu. Walaupun kita menjumpai anggota-anggota ini kita sebenarnya tidak dapat memastikan bahawa ianya bukan organ palsu. Malah adalah dibimbangi kita mungkin kehilangan tubuh yang sedia pincang ini setelah mendapat anggota yang kononnya ‘asli’ tetapi pada hakikanya adalah palsu.
Sebagai contoh, pada awal abad ini, jenazah, yang dikatakan milik Saidina Huzaifah dan Saidina Jabir bin Abdullah telah ditemui.
Menurut ahli sejarah dan ulama hadis, Jabir r.a. telah dikebumikan di perkuburan Baqi’ di Madinah. Mungkin kubur palsu ini, yang siap dengan ukiran, telah di bina pada zaman Bani Buwaihah ataupun selepas kematian sahabat besar ini mereka telah menggali satu terowong yang panjang dan berjalan sampai ke Baghdad!; sebagaimana empat orang anak perempuan Saidina Husin r.a. yang telah sampai ke Lahore, dan kubur mereka yang terkenal dengan nama ‘Nik Bibiyun” (Anak-anak perempuan yang baik) hingga ke hari ini, atau Saidina Ali r.a. mungkin telah dikebumikan di Najaf (Iraq), di Koh Mawla, Baluchistan (Pakistan) dan di Koh Mawla, Deccan (India) pada satu masa. Sebenarnya , ini semua kerja puak-puak Bathiniah ( salah satu ajaran Syiah) . Kita tidak mampu meneropong rahsia dan konspisrasi di balik tabir. Halangan yang paling besar yang kita hadapi sekarang ini ialah kurangnya ‘ilmu’ di kalangan kita . Sekiranya kita membuang buku-buku ke dalam sungai seperti yang dilakukan oleh al-Ghazali , al-Rumi, Junaid dan Shibli, maka, kita akan dikuasai oleh orang-orang jahil dan jahat.
HUJAH KE-11 – AISHAH R.A. MENYERTAI PERANG UHUD SEDANGKAN KANAKKANAK LELAKI BERUMUR EMPAT BELAS TAHUN TIDAK DIBENARKAN MENYERTAI PERANG

Peperangan Uhud adalah satu peperangan di mana Nabi Muhammad s.a.w. telah tercedera parah. Menurut Hadis Bukhari, hanya dua orang sahabat yang tinggal bersamanya iaitu Sa’ad bin Abi-Waqas dan Talhah bin Ubaidullah r.a. Sebahagian sahabat kebingungan, sebahagiannya berjuang bersendirian dan terputus hubungan dengan yang lain. Sebahagian yang lain pula telah memanjat bukit untuk menyelamatkan nyawa; dan telah tersebar dengan luas kabar angin bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah syahid.
Pada hari itu, Abu Talhah Ansari r.a. iaitu ayah tiri Anas r.a., telah mempertahankan Nabi s.a.w. dengan sepenuh jiwa dan tenaganya. Beliau berkali-kali merayu kepada Rasulullah s.a.w. sambil berkata , “Saya korbankan ibubapa ku demi keselamatanmu! Jangan tinggalkan tempatmu kerana saya takut anda akan dipanah”.
Inilah satu-satunya peperangan semasa hayat Rasulullah s.a.w. di mana orang Islam telah ditewaskan dan seramai 70 orang sahabat r.a. telah syahid. Dan, barangkali tiada seorang pun yang tidak mendapat kecederaan . Beberapa orang wanita juga turut serta dalam pertempuran ini.
Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang siapakah wanita yang turut serta dalam peperangan ini, dan apakah tanggungjawab mereka, perlu dijelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. menyedari akan bahaya yang akan dihadapi.
Itulah sebabnya mengapa Baginda s.a.w. tidak membenarkan kanak-kanak lelaki yang berumur 14 tahun ke bawah untuk mengambil bahagian dalam peperangan ini. Di kalangan kanak-kanak bawah umur ini termasuklah Samrah bin Jundub, Bara’ bin Azib, Anas bin Malik, Zaid bin Thabith dan Abdullah bin Umar r.a. . Ibn Umar r.a. tidak dibenarkan menyertai Perang Uhud kerana beliau berumur 14 tahun ketika itu dan peperangan pertama yang disertainya ialah Perang Ahzab atau dikenali dengan nama Perang Khandak. Oleh itu, had umur untuk menyertai satu-satu peperanganialah 15 tahun. Angka ini amat penting sehingga sesetengah ahli feqah, dengan berdasarkan riwayat Ibn Umar ini, telah menetapkan had kematangan ( baligh ) adalah sekurang-kurangnya 15 tahun.
Sekarang perhatikan sekiranya Rasulullah s.a.w. hanya membenarkan mereka yang berumur 15 tahun ke atas untuk mengambil bahagian dalam peperangan, bagaimana mungkin seorang kanak-kanak perempuan bawah umur dibenarkan untuk turut serta dalam peperangan?
Perlu diingat bahawa wanita yang mengambil bahagian di dalam peperangan mempunyai pelbagai tanggungjawab seperti mengangkat dan merawat mujahidin yang tercedera di medan pertempuran, memberi minum kepada mujahidin yang tercedera, bahkan mengangkat senjata bila diperlukan. Adalah jelas bahawa tidak semua wanita mampu melakukan tugas-tugas ini . Bagaimana mungkin tanggungjawab sebegitu penting diserahkan kepada seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia sembilan atau sepuluh tahun? Seorang wanita mampu melaksanakan tugas yang sebegitu penting sekiranya dia memiliki kemahiran dalam teknik bertempur , dan boleh mempertahankan dirinya sendiri apabila perlu, dan yang utamanya dia mestilah mempunyai keberanian untuk menyertai pertempuran apabila diperlukan.
Dengan mempertimbangkan hal ini dengan cermat, kita terpaksa mengakui bahawa tanggungjawab seperti itu tidak boleh diserahkan kepada seorang kanakkanak perempuan bawah umur. Sekiranya, pemuda yang berusia 14 tahun tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian di dalam pertempuran, kaum wanita yang ingin menyertai peperangan mestilah seorang yang cukup matang dan
berpengalaman yang faham akan risiko yang bakal ditanggung. Di antara wanita yang pernah berperang bersama Rasulullah s.a.w. ialah :
1. Ummu Ammarah r.a. :

Di antara wanita yang telah menyertai peperangan Uhud ialah Ummu Ammarah r.a.yang turut melindungi Rasulullah s.a.w. . Pada hari itu, beliau mendapat 13 luka dan Nabi s.a.w. sendiri telah membalut lukanya sambil berdiri. Ummu Ammarah r.a. berhadapan dengan Ibn Qamayyah yang melemparkan batu kepada Rasulullah s.a.w. Beliau (Ummu Ammarah r.a.) menyerang menggunakan
sebatang kayu (sedangkan Ibn Qamayyah bersenjatakan sebilah pedang) , mengakibatkan Ibn Qamayyah jatuh tersungkur dan pecah kepalanya.
Beliau r.a. juga telah menyertai Peperangan Yamamah menentang Musailamah al-Kazzab dan telah berjuang dengan sepenuh hati dan telah mendapat 12 luka sehingga menyebabkan tangannya tidak boleh digunakan .
2. Ummu Sulaim r.a. :

Ibn Sa’ad telah meriwayatkan bahawa Ummu Sulaim r.a. membawa bersamanya pisau belati pada hari Peperangan Uhud. Anas r.a. telah menceritakan bahawa Ummu Sulaim r.a. membawa pisau belati bersamanya sewaktu Pertempuran Hunain. Abu Talhah r.a. mengadu kepada nabi s.a.w., “Wahai Rasulullah., ini Ummu Sulaim dan beliau membawa pisau belati bersamanya”. Mendengarkan kata-kata itu, Ummu Sulaim r.a. berkata, “Wahai Rasulullah., saya menyimpan pisau ini kerana jika ada orang kafir datang mendekati saya, saya akan menikam perutnya”. (Tabaqat Ibn Sa’ad, Jilid VIII, m/s 425)
Wanita yang tidak menyertai pertempuran secara langsung juga turut dilengkapi dengan senjata. Keterangan ini jelas menunjukkan bahwa menyertai peperangan bukanlah tugas seorang kanak-kanak bawah umur. Ummu Sulaim r.a., ibu kepada Anas r.a., adalah seorang wanita yang dewasa dan berpengalaman. Beliau telah mengambil bahagian dalam beberapa peperangan bersama Nabi Muhammad s.a.w.
3. Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. :

Kami telah membuktikan bahawa Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. telah menyertai Peperangan Badar sebagai wanita dewasa dan bukan sebagai kanakkanak bawah umur. Beliau r.a. juga telah mengambil bahagian di dalam Pertempuran Uhud bersama-sama dengan Ummu Sulaim r.a. Anas r.a. mengatakan bahawa beliau telah melihat ‘Aishah binti Abu Bakar r.a. dan Ummu Sulaim r.a. menyinsingkan kaki seluar mereka dan sebahagian daripada buku lali mereka telah terlihat olehnya (Anas r.a.). Kedua-dua mereka bertugas mengangkat gereba air dan memberi minum kepada tentera Islam. Mereka berulangalik mengisi air dan memberi minum kepada Mujahidin. (Bukhari, Jilid I, m/s 403)
Tugas menyediakan air adalah proses yang berterusan di medan perang. Tugas ini hanya boleh dilakukan oleh wanita yang bersenjata dan berpengalaman, dan bukan seorang gadis mentah berumur sepuluh tahun. Sedangkan untuk mengangkat gereba air pun suatu tugas yang berat untuknya ( sekiranya beliau r.a. berumur sepuluh tahun pada masa itu) bagaimana mungkin beliau sama-sama memikul tanggungjawab bersama Ummu Sulaim r.a., seorang wanita dewasa? Berganding bahu dengan Ummu Sulaim r.a. itu sendiri membuktikan bahawa Ummul Mu’minin r.a. sekali-kali bukan seorang kanak-kanak di bawah umur pada masa itu . Dan juga, apabila diakui bahawa kanak-kanak lelaki yang berumur 14 tahun tidak dibenarkan menyertai peperangan, bagaimana mungkin Ummul Mu’minin r.a. yang berumur 10 tahun dibebankan dengan tugas berat ini Saudara, perbincangan di atas adalah dari sudut hadis. Sekarang mari kita bincangkan tajuk ini dari aspek sejarah, yang mana akan terus menyokong pendapat bahawa Ummul Mu’minin tidak berumur enam tahun semasa beliau r.a. mengahwini Rasulullah s.a.w. ………
About these ads

6 thoughts on “UMUR SAIDATINA ‘AISHAH SEWAKTU BERNIKAH DENGAN RASULULLAH S.A.W.

  1. Sumber : http://www.facebook.com/pages/Umur-Aishah-Ketika-Berkahwin-dgn-Rasulullah-19-Tahun-bkn-9-Tahun/120391634667207?ref=share#!/pages/Umur-Aishah-Ketika-Berkahwin-dgn-Rasulullah-19-Tahun-bkn-9-Tahun/120391634667207?v=app_2347471856

    Aisyah r.a. merupakan anak kepada Abu Bakar As-Sidiq hasil perkahwinannya dengan isteri kedua iaitu Umm Ruman. Beliau merupakan isteri ke-3 Nabi s.a.w dan merupakan satu-satunya isteri yang dikahwini Nabi ketika masih perawan. Beliau merupakan seorang yang bijak dan tinggi daya fahamannya serta banyak meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

    KRONOLOGI ASAL MENGIKUT SEJARAH:

    570 M – Nabi lahir.
    610 M – Nabi diangkat menjadi Rasul.
    **614 M – Aisyah lahir.
    619 M – Khadijah r.a meninggal dunia.
    **620 M – Nabi s.a.w meminang Aisyah r.a.
    622 M – Hijrah ke Madinah.
    **623-624 M / 2 H – Nabi s.a.w menikah / tinggal dengan Aisyah r.a.
    632 M / 10 H – Nabi wafat.
    672 M / 50 H – Aisyah r.a. meninggal dunia.

    Menurut sejarah, Aisyah r.a. lahir pada 614M, berusia 6 tahun (620M) ketika dipinang Nabi, 9 tahun (623-624M) ketika tinggal bersama Nabi, 18 tahun (632M / 10H) ketika Nabi wafat, dan meninggal dunia ketika berusia 58 tahun (672M / 50H).

    Ini berdasarkan pada kenyataan Ibn Sa’d di dalam “Tabaqat”, bahawa Aisyah lahir pada tahun keempat ke-Rasulan (614M). Ini bertepatan dengan dua hadis didalam Al-Bukhari:

    5.43. 234. Narrated Aishah: The Prophet engaged me when I was a girl of six (years). We went to Madinah and stayed at the home of Bani-al-Harith bin Khazraj. Then I got ill and my hair fell out. Later on my hair grew (again) and my mother, Umm Ruman, came to me while I was playing in a swing with some of my girl friends. She called me, and I went to her, not knowing what she wanted to do to me. She caught me by the hand and made me stand at the door of the house. I was breathless then, and when my breathing became normal, she took some water and rubbed my face and head with it. Then she took me into the house. There in the house I saw some Ansari women who said, “Best wishes and Allah’s Blessing and a good luck.” Then she entrusted me to them and they prepared me (for the marriage). Unexpectedly Allah’s Messenger came to me in the forenoon and my mother handed me over to him, and at that time I was a girl of nine years of age.

    5.43. 236. Narrated Hisham’s father: Khadijah died three years before the Prophet departed to Madinah. He stayed there for two years or so and then he married Aishah when she was a girl of six years of age, and he consummated that marriage when she was nine years old.

    Bagaimanapun, fakta-fakta sejarah ini setelah dikaji, didapati terdapat beberapa percanggahan berdasarkan hujah-hujah berikut.

    HUJAH 1 : SUMBER HADIS

    Hadis-hadis di dalam al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, an-Nisa’I and Ibn Majah mencatatkan bahawa Aisyah menikah ketika berumur 6 tahun dan tinggal bersama Nabi ketika berumur 9 tahun.

    Namun, kesemua hadis tersebut menggunakan riwayat daripada Hisham dalam perkara ini. Hisham adalah cucu kepada Asma (kakak Aisyah). Hisham banyak mendapat maklumat daripada bapanya, Urwah.

    Kebanyakan ulamak seperti Ajurri, Uqayli, Abu al-Aswad and Imam Malik mengatakan bahawa semua riwayat daripada Hisham daripada bapanya berkaitan Aisyah tidak boleh dipercayai, kerana semuanya riwayat tersebut berasal dari Iraq.

    Yaqub ibn Abi Shaybah, Ibn Kharash dan Imam Malik, Ajurri, Uqayli dan Abu al-Aswad, semua bersepakat bahawa riwayat Hisham dari Iraq tidak boleh dipercayai, kerana langsung tidak pernah diketahui oleh ulamak-ulamak Madinah.

    Imam Malik dan Imam al-Shafie mengatakan: ‘Setiap riwayat yang tiada sumber dari Hijaz tiada asasnya, dan tidak boleh dipercayai’.

    Tehzibu’l-Tehzib, salah satu buku yang cukup terkenal yang berisi catatan para periwayat hadis, menurut Yaqub ibn Shaibah mencatat : ”Hisham sangat boleh dipercayai, riwayatnya dapat diterima, kecuali apa-apa yang dia ceritakan setelah berpindah ke Iraq ” (Tehzi’bu’l-tehzi’b, Ibn Hajar Al-`asqala’ni, Dar Ihya al-turath al-Islami, 15th century. Vol 11, p.50).

    Sebagai makluman, Hisham tinggal di Madinah dan berpindah ke Iraq ketika berusia 71 tahun.

    Dalam pernyataan lebih lanjut bahawa Malik ibn Anas menolak riwayat Hisham yang dicatat dari orang-orang Iraq: ”Saya pernah diberitahu bahawa Malik menolak riwayat Hisham yang dicatat dari orang-orang Iraq” Tehzi’b u’l-tehzi’b, IbnHajar Al- `asqala’ni, Dar Ihya al-turath al-Islami, Vol.11, p. 50).

    Mizanu’l-ai`tidal, buku lain yang berisi uraian riwayat hidup pada periwayat hadis Nabi s.a.w mencatat: “Ketika masa tua, ingatan Hisham mengalami kemunduran yang teruk” (Mizanu’l-ai`tidal, Al-Zahbi, Al-Maktabatu’l-athriyyah, Sheikhupura, Pakistan, Vol. 4, p. 301)

    Jadi, kerana semua hadis berkaitan dengan pernikahan Aisyah berasal dari Iraq dan tidak diketahui langsung oleh ulamak Madinah, maka ianya tidak boleh dipercayai walaupun hadis tersebut memenuhi syarat-syarat di dalam Sihah Sitah.

    Ulamak-ulamak hadis amat berhati-hati dengan hadis dari Iraq, kerana banyak direka-reka dan diseleweng oleh puak Syiah. Puak Syiah amat membenci Aisyah r.a dan tidak mustahil mereka mengubahsuai hadis atau mereka-reka hadis berkaitan umur Aisyah untuk memalukan beliau.

    Satu-satunya riwayat bukan dari Iraq ialah riwayat Muhammad ibn Shihab al-Zuhri dengan matan yang sama, juga dengan sanad dari bapa Hisham, Urwah. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan samaada al-Zuhri mendengar sendiri dari Urwah. Ibn Hajar dalam menghuraikan al-Bukhari, mengatakan:

    “Tiada bukti bahawa Muhammad ibn Shihab sendiri berjumpa Urwah secara langsung, namun dibuktikan bahawa beliau ada mendapat maklumat dari sumber yang lain, lebih dari Urwah.”

    KESIMPULAN: Semua hadis berkaitan perkahwinan Aisyah hanya bersumber dari satu sumber sahaja iaitu Hisham ibn Urwah di Iraq, dan tidak pernah diketahui oleh ulamak Madinah. Kebanyakan ulamak hadis menolak riwayat Hisham yang berasal dari Iraq.

    HUJAH 2 : PEMINANGAN AISYAH

    Menurut Tabari (juga menurut Hisham ibn `Urwah, Ibn Hunbal and Ibn Sad), Aisyah dipinang pada usia 7 tahun dan mulai berumah tangga (tinggal bersama Nabi) pada usia 9 tahun.

    Tetapi, di bahagian lain, Al-Tabari mengatakan: “Semua anak Abu Bakr (4 orang) dilahirkan pada masa jahiliyah dari 2 isterinya.” (Tarikhu’l-umam wa’l-mamlu’k, Al-Tabari (died 922), Vol. 4,p. 50, Arabic, Dara’l-fikr, Beirut, 1979).

    Jika Aisyah dipinang pada 620M (Aisyah umur 7 tahun) dan berumah tangga (tinggal bersama Nabi) pada tahun 623/624M (usia 9 tahun), ini bererti bahawa Aisyah dilahirkan pada 613M (selepas zaman jahiliah). Al-Tabari bercanggah dalam penulisannya sendiri, bahawa Aisyah sepatutnya dilahirkan ketika zaman jahiliah, iaitu sebelum tahun 610M.

    Jika kita tetap mengunapakai penyataan Al-Tabari bahawa Aisyah memang lahir di zaman jahiliah iaitu sebelum 610M, ertinya Aisyah ketika tinggal bersama Nabi mesti paling kurang telah berusia 13 tahun, bukannya 9 tahun.

    KESIMPULAN: Periwayatan Al-Tabari mengenai umur Aisyah adalah tidak konsisten.

    HUJAH 3 : UMUR AISYAH BERBANDING KAKAKNYA ASMA

    Menurut Abda’l-Rahman ibn abi zanna’d: “Asma lebih tua 10 tahun dibanding Aisyah” (Siyar A`la’ma’l-nubala’, Al-Zahabi, Vol. 2, p. 289, Arabic, Mu’assasatu’l-risalah, Beirut, 1992).

    Menurut Ibn Kathir: “Asma lebih tua 10 tahun dari adiknya [Aisyah]” (Al-Bidayah wa’l-nihayah, IbnKathir, Vol. 8, p. 371,Dar al-fikr al-`arabi, Al-jizah, 1933).

    Menurut Ibn Kathir: “Asma melihat pembunuhan anaknya pada tahun 73 H, dan 5 hari kemudian Asma meninggal. Menurut riwayat lainya, dia meninggal 10 atau 20 hari kemudian, atau beberapa hari lebih dari 20 hari, atau 100 hari kemudian. Riwayat yang paling kuat adalah 100 hari kemudian. Pada waktu Asma Meninggal, dia berusia 100 tahun” (Al-Bidayah wa’l-nihayah, Ibn Kathir, Vol. 8, p. 372, Dar al-fikr al-`arabi, Al- jizah, 1933)

    Menurut Ibn Hajar Al-Asqalani: “Asma hidup sampai 100 tahun dan meninggal pada 73 atau 74 H.” (Taqribu’l-tehzib, Ibn Hajar Al-Asqalani,p. 654, Arabic, Bab fi’l-nisa’, al-harfu’l-alif, Lucknow).

    Menurut sebahagian besar ahli sejarah, Asma, saudara tertua Aisyah, berbeza umur sebanyak 10 tahun. Jika Asma wafat pada usia 100 tahun iaitu tanggal 73 H / 695M, Asma seharusnya berusia 27 ketika hijrah (622M).

    Jika Asma berusia 27 ketika hijrah (622M), Aisyah pula seharusnya berusia 17 tahun ketika hijrah kerana beza umur mereka 10 tahun. Dan mengikut kronologi asal diatas, Aisyah mula tinggal bersama-sama Nabi s.a.w pada tahun 623-624M/2H sekaligus membuktikan Aisyah berusia 19 atau 20 tahun ketika mula tinggal serumah bersama Nabi s.a.w., dan bukannya 9 tahun.

    Berdasarkan Hajar, Ibn Katir, and Abda’l-Rahman ibn abi zanna’d, terbukti usia Aisyah ketika beliau berumah tangga dengan Rasulullah adalah 19 atau 20 tahun.

    Namun pada HUJAH 4 berikutnya Ibn Hajar akan menyanggahi sendiri kenyataannya itu.

    HUJAH 4 : UMUR AISYAH BERBANDING FATIMAH

    Menurut Ibn Hajar, “Fatima dilahirkan ketika Ka`bah dibangunkan semula, ketika Nabi s.a.w berusia 35 tahun. Fatimah 5 tahun lebih tua dari Aisyah.” (Al-isabah fi tamyizi’l-sahabah, Ibn Hajar al-Asqalani, Vol. 4, p. 377, Maktabatu’l-Riyadh al-haditha, al-Riyadh,1978).

    Jika kenyataan Ibn Hajar adalah fakta, bererti Aisyah dilahirkan ketika Nabi berusia 40 tahun. Jika Aisyah dinikahi Nabi s.a.w pada saat usia Nabi 52 tahun, maka usia Aisyah ketika menikah adalah 12 tahun.

    KESIMPULAN: Ibn Hajar, Tabari, Ibn Hisham, dan Ibn Humbal bercanggah antara satu sama lain. Jelasnya riwayat mengatakan Aisyah menikah pada usia 9 tahun tidak berasas sama sekali.

    HUJAH 5 : PERTUNANGAN AISYAH

    Menurut sejarah, sebelum berkahwin dengan Nabi s.a.w, Aisyah merupakan tunangan kepada Jubayr ibn Mut‘im ibn Adi, seorang kafir. Setelah datangnya Islam, ibubapa Jubayr bimbang anaknya akan dipaksa memeluk Islam jika mahu meneruskan perkahwinan kerana Aisyah telah memeluk Islam. Justeru, ibubapa Jubayr telah mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan anak mereka, yang mana Aisyah kemudiannya dikahwinkan dengan Nabi s.a.w.

    Satu fakta disini, ialah pertunangan Aisyah dan Jubayr terjadi sebelum kedatangan Islam (jahiliah), kerana setelah Islam datang dan Aisyah memeluk Islam, perkara itu dijadikan alasan oleh ibubapa Jubayr untuk memutuskan pertunangan mereka. Dengan erti kata lain, pertunangan mereka berlaku di zaman jahiliah.

    Tetapi, jika dirujuk kronologi asal sejarah seperti diatas, Aishah didapati lahir pada 614M, iaitu selepas kedatangan Islam (610M). Jadi mana mungkin Aisyah boleh lahir pada 614M iaitu selepas kedatangan Islam, sedangkan fakta kukuh mengatakan beliau telah pun bertunang sejak zaman jahiliah lagi?

    Jika beliau telah pun lahir sejak zaman jahiliah lagi, ertinya umur beliau pastilah melebihi 6 tahun ketika dipinang Nabi dan melebihi dari 9 tahun ketika tinggal bersama Nabi. Apatah lagi jika sejak zaman jahiliah itu pun beliau sudah bertunang, pastilah umurnya ketika menikah dengan Nabi jauh lebih dewasa lagi.

    KESIMPULAN: Aisyah bukan berumur 6 tahun ketika dipinang Nabi dan bukan juga 9 tahun ketika tinggal bersama Nabi, bahkan lebih dewasa dari itu.

    HUJAH 6 : KEBIMBANGAN ABU BAKAR

    Setelah Hijrah, Nabi s.a.w masih belum juga mengambil Aisyah menjadi isterinya sepenuhnya. Ini membimbangkan Abu Bakar, lantas terus bertanya kepada Nabi sebab penangguhan. Nabi menjawab bahawa dia tidak mempunyai belanja kahwin yang mencukupi untuk diberi kepada Aisyah. Mendengar itu, Abu Bakar lantas membayar sendiri masa kahwin tersebut bagi pihak Nabi serta mengahwinkan Aisyah.

    Jika difikir secara logik, apa sangat yang perlu dibimbangkan oleh seorang ayah berkaitan perkahwinan jika anak gadisnya masih muda berusia 9 tahun? Namun berdasarkan kebimbangan Abu Bakar tersebut, lebih munasabah untuk menganggap bahawa Aisyah ketika itu sudah jauh dewasa dan bersedia untuk menikah, mungkin dalam usia 19 tahun, berbanding jika baru berusia 9 tahun.

    HUJAH 7 : TAHUN KEWAFATAN AISYAH

    Kebanyakan ahli sejarah bersetuju bahawa Aisyah wafat ketika berusia 67 tahun. Bahkan menurut Hisham ibn Urwah, cucu kepada Asma, tahun kewafatan Aisyah adalah pada 50H / 672M.

    Khalifa ibn al-Khayyat al-Usfuri dan Imam Ahmad ibn Hanbal juga memaklumkan tarikh yang sama.

    Dengan kata lain, jika dipersetujui beliau berusia 67 tahun pada 50H/672M, ertinya beliau telah lahir pada tahun 605M, dan pada Hijrah 622M beliau berusia 17 tahun. Ini sekali lagi membuktikan bahawa beliau berusia 19 tahun ketika bernikah dan tinggal bersama Nabi pada 2H/624M, bukannya 9 tahun.

    KESIMPULAN: Aisyah berusia 19 tahun ketika menikah dan tinggal bersama Nabi s.a.w.

    HUJAH 8 : SURAH AL-QAMAR

    Menurut beberapa riwayat, Aisyah dilahirkan pada tahun kelapan sebelum Hijrah. Tetapi menurut sumber lain dalam Bukhari, Aisyah tercatat mengatakan hal ini: “Saya seorang gadis muda (jariyah dalam bahasa arab)” ketika Surah Al-Qamar diturunkan(Sahih Bukhari, kitabu’l-tafsir, Bab Qaulihi Bal al-sa`atu Maw`iduhum wa’l-sa`atu adha’ wa amarr).

    Surat ke-54 dalam al-Quran diturunkan pada tahun kelapan sebelum Hijrah (Bounteous Koran, M.M. Khatib, 1985), menunjukkan bahwa surah tersebut diturunkan pada tahun 614 M. jika Aisyah memulai berumahtangga dengan Rasulullah pada usia 9 di tahun 623/624M, ertinya Aisyah masih bayi yang baru lahir (sibyah dalam bahasa Arab) pada saat Surah Al-Qamar diturunkan.

    Menurut riwayat diatas, secara jelas dimaklumkan bahawa Aisyah adalah gadis muda, bukan bayi yang baru lahir ketika pewahyuan Al-Qamar. Jariyah bererti gadis muda yang masih suka bermain. Jadi, Aisyah, telah menjadi jariyah bukan sibyah (bayi), jadi telah berusia 6-13 tahun pada saat turunnya surah Al-Qamar, dan oleh kerana itu sudah pasti berusia 14-21 tahun ketika dinikahi Nabi.

    KESIMPULAN: Riwayat ini juga bercanggah dengan sejarah Aisyah berkahwin pada usia 9 tahun.

    HUJAH 9 : RAKAN-RAKAN AISYAH

    Hadis dari Aisyah r.a:

    “Sedang aku bermain dengan permainanku, bersamaku ada kawan-kawanku, dan datang baginda Rasulullah kepadaku, lalu mereka akan keluar meninggalkanku, akan tetapi Rasulullah keluar mendapatkan rakan-rakanku itu dan membawa mereka kembali kerana baginda senang denganku bermain dengan mereka. Kadangkala baginda berkata, “Tinggal di situ, wahai Aisyah,” dan sebelum sempat rakan-rakanku meninggalkanku, baginda akan turut serta dalam permainan kami.”(al-Bukhari and Muslim).

    Jika Aisyah dan rakan-rakanya adalah kanak-kanak ketika itu, agak tidak munasabah jika mereka berhenti bermain apabila Rasullulah datang. Ini kerana kanak-kanak tidak tahu erti segan atau malu ketika bermain.

    Bahkan, Rasulullah terkenal sebagai seorang yang sukakan kanak-kanak, bahkan terdapat riwayat yang menyatakan apabila Rasulullah keluar, kanak-kanak mengerumuni baginda dan menarik tangan baginda untuk diajak bermain.

    Jika Aisyah dan rakan-rakannya masih kanak-kanak ketika itu, pasti mereka akan suka dengan kehadiran Nabi, dan bukannya merasa malu lalu menyorok. Ertinya Aisyah pada ketika itu sudah dewasa atau remaja barangkali.

    KESIMPULAN: Aisyah bukanlah kanak-kanak kecil ketika tinggal bersama Nabi s.a.w.

    HUJAH 10 : TENUNAN AISYAH

    Terdapat beberapa hadis mengenai Aisyah menenun langsir dan hamparan yang mana ditegur oleh Nabi kerana mengandungi gambar di atasnya. Kerja-kerja tenunan dan jahitan ini tidak mungkin dilakukan oleh seorang kanak-kanak, malah lebih sesuai sebagai pengisi masa lapang oleh seorang gadis dewasa.

    HUJAH 11 : ISRAK DAN MIKRAJ

    Antara hadis berkaitan Israk dan Mikraj salah satunya diriwayatkan oleh Aisyah. Peristiwa Israk Mikraj terjadi pada 619M. Jika menurut kronologi asal sejarah, Aisyah lahir pada 614M dan berusia 5 tahun ketika peristiwa itu berlaku. Adalah kurang munasabah bagi kanak-kanak seawal usia itu untuk dapat memberikan gambaran hadis yang jelas dan terperinci berkaitan peristiwa besar Israk Mikraj.

    Jika kita bersetuju dengan teori bahawa Aisyah lahir pada 605M, ertinya Aisyah berumur 14 tahun ketika peristiwa Israk Mikraj, dan lebih sesuai dengan kematangannya dalam meriwayatkan hadis tersebut.

    HUJAH 12 : PERANG BADAR DAN UHUD

    Sebuah riwayat mengenai penglibatan Aisyah dalam perang Badar dikhabarkan dalam hadis Muslim, (Kitabu’l-jihad wa’l-siyar, Bab karahiyati’l-isti`anah fi’l-ghazwi bikafir): Aisyah, ketika menceritakan salah satu moment penting dalam perjalanan selama perang Badar, mengatakan: “ketika kita mencapai Shajarah”. Dari pernyataan ini nampak jelas, Aisyah merupakan anggota perjalanan menuju Badar.

    Sebuah riwayat mengenai penglibatan Aisyah dalam Uhud tercatat dalam Bukhari (Kitabu’l-jihad wa’l-siyar, Bab Ghazwi’l-nisa’ wa qitalihinnama`a’lrijal): “Anas mencatat bahawa pada hari Uhud, orang-orang tidak dapat berdiri dekat Rasulullah. [pada hari itu,] Saya melihat Aisyah dan Umm-i-Sulaim dari jauh, Mereka menyingsingkan sedikit pakaiannya [untuk mencegah halangan gerak dalam perjalanan tersebut.”

    Di dalam perang Uhud, Aisyah bertugas mengangkut air minuman dari Madinah ke bukit Uhud untuk diberikan kepada para pejuang. Perang Uhud terjadi pada 2H/625M.

    Diriwayatkan oleh Bukhari (Kitabu’l-maghazi, Bab Ghazwati’l-khandaq wa hiya’l-ahza’b): “Ibn `Umar menyatakan bahwa Rasulullah tidak mengizinkan dirinya menyertai dalam perang Uhud, pada ketika itu, Ibnu Umar berusia 14 tahun. Tetapi ketika perang Khandaq, ketika berusia 15 tahun, Nabi mengizinkan Ibnu Umar ikut dalam perang tersebut.”

    Berdasarkan riwayat diatas, (a) kanak-kanak lelaki berusia dibawah 15 tahun akan dipulangkan dan tidak diperbolehkan ikut dalam perang, dan (b) Aisyah ikut dalam perang badar dan Uhud.

    KESIMPULAN: Aisyah ikut dalam perang Badar dan Uhud jelas menunjukkan bahawa beliau tidak berusia 9 tahun ketika itu, tetapi pasti melebihi 15 tahun. Ini kerana kanak-kanak lelaki pun hanya dibenarkan menyertai perang jika telah melebihi umur 15 tahun.

    HUJAH 13 : KEBIJAKSANAAN AISYAH

    Aisyah terkenal sebagai seorang yang bijak dan mahir dalam beberapa bidang. Antaranya syair, perubatan, salasilah dan ilmu al-Quran.

    Tidak dapat dinafikan bahawa ilmu Aisyah dalam al-Quran adalah hasil tunjuk ajar suami dan guru terbaik iaitu Rasulullah s.a.w. Namun tiada bukti yang menunjukkan bahawa Rasulullah turut mengajar perubatan dan syair kepada Aisyah. Juga tiada bukti bahawa terdapat guru lain di Madinah yang mengajar Aisyah dalam perkara ini.

    Urwah ibn Zubayr ketika dipuji orang kerana bait-bait syairnya, mengatakan bahawa makciknya, Aishah jauh lebih unggul darinya dalam syair.

    Rumusan yang boleh dibuat, Aisyah belajar ilmu-ilmu ini daripada ayahnya, Abu Bakar yang juga pakar dalam bidang salasilah dan juga syair. Ini juga membuktikan bahawa Aisyah tidak mungkin meninggalkan rumah (berkahwin) seawal usia 9 tahun kerana jika begitu beliau pasti tidak sempat untuk belajar semua ilmu tersebut daripada ayahnya. Namun jika diguna teori Aisyah keluar dari rumah pada usia 19 tahun, maka cukup masa untuk beliau belajar.

    KESIMPULAN AKHIR

    Berdasarkan hujah-hujah ilmiah dan percanggahan fakta sejarah yang dibincangkan di atas, maka berikut adalah kronologi yang lebih tepat bagi menggambarkan tahun dan umur Aisyah r.a ketika berkahwin dengan Rasulullah s.a.w:

    570 M – Nabi lahir.
    605 M – Aisyah lahir.
    610 M – Nabi diangkat menjadi Rasul.
    619 M – Khadijah r.a meninggal dunia.
    620 M – Nabi s.a.w meminang Aisyah r.a.
    622 M – Hijrah ke Madinah.
    623-624 M / 2 H – Nabi s.a.w menikah / tinggal dengan Aisyah r.a.
    632 M / 10 H – Nabi wafat.
    672 M / 50 H – Aisyah r.a. meninggal dunia.

    Dengan kata lain, sepatutnya kronologi yang menepati fakta sejarah adalah Aisyah r.a. lahir pada 605M, dipinang Rasulullah pada 620M ketika berusia 15 tahun, berkahwin pada 623-624M/2H ketika berusia 19 tahun dan wafat pada 50H/672M pada usia 67 tahun.

  2. …NABI MUHAMMAD SAW MEMINANG AISYAH…???

    Salam….

    Maaf, numpang lalu dibumi tuan tanah…

    Minta ampon sekali lagi bung… Satu thread yang amat bagos, tetapi kerana kita telah tersalah maklumat, makanya kita dan dunia telah tersalah faham. Jangan sekali2 kita memburuk2kan Penghulu Agung kita itu, yaitu Nabi Muhammad SAW. Kenyataan tersebut bagaikan mencerminkan Baginda SAW itu kemaruk kaki pompuan, hingga sanggup menikahi budak bawah usia. Sejarah dan riwayat hidup Rasulullah SAW banyak dikhabarkan secara yang tersurat, tetapi kita tidak sedar banyak perkhabarannya telah sengaja dipalsukan. Apa yang tersirat dan yang sebenar itu telah dipadamkan dari sejarah sebenar. Oleh kerana kita sendiri percaya sejarah palsu itu dan memperbesar-besarkan masalah sejarah palsu yang tersurat itu. Apa yang kita percaya, maka orang-orang barat yang anti Islam itu juga berfahaman yang sama. Maka tidak heranlah kenapa perkara tersebut telah menjadi senjata utama pihak barat untuk menghina Islam, serta memburuk-burukkan imej Nabi Muhammad SAW.

    Ketahui bahawa kita sekarang sedang berada dalam Fitnah Akhir Zaman. Maka bermulanya itu Fitnah Akhir Zaman adalah didahului dari Fitnah Awal Zaman. Disusuli pula dengan Fitnah Pertengahan Zaman dan diakhiri dengan Fitnah Akhir Zaman. Kapankah bermulanya itu Fitnah Awal Zaman? Bermulanya itu Fitnah Awal Zaman, tatakala telah bermulalah itu anak-anak Dajjal. Siapakah itu anak-anak Dajjal..?? Kami katakan ianya Dajjal kerana salah satu makna Dajjal itu mereka yang menyembunyikan Kebenaran, yakni mereka yang telah mendustakan Agamanya dan Rasulnya. Janganlah kita sangka telunjuk seseorang itu arahnya semestinya lurus, sedangkan kelingkingnya bisa berkait. Janganlah kita mudah terima nasehat seseorang itu, seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan jalannya juga maseh lagi jalan menyenget. Cobalah bertanya : “Apakah muslihat dan konspirasi sulit, disebalik Abu Bakar menikahkan anaknya Aisyah itu, yang usianya maseh bawah umur lagi maseh berhingus itu..??” Perlu diingat Rasulullah SAW itu Nabi Akhir Zaman lagi Insan Kamil terunggul. Tetapi kerana Fitnah Awal Zaman itu nama baik Baginda SAW telah tercemar. Anda telah membuat mengaku bersaksikan Muhammad SAW itu adalah Pesuruh Allah, maka pada andalah untuk membela kemurnian Kenabiannya. Janganlah kita takut menegakkan kebenaran, walau pun terpaksa membuka pekong didada sendiri.

    Cobalah renungkan….

    Wassalam…

  3. Usia Siti Aishah semasa kahwin
    Susunan SITI AINIZA KAMSARI

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm

    DISAMPAIKAN kepada kami (al-Bukhari) oleh Ubaid ibn Ismail yang mendengar daripada Abu Usamah daripada Hisyam daripada ayahnya (yang bernama Urwah) yang berkata: Khadijah meninggal dunia tiga tahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah dan baginda kemudiannya menduda selama dua tahun atau mendekati dua tahun sebelum hijrah (ke Madinah) setelah itu Siti Aishah menikah (dengan Nabi) pada umur enam tahun dan tinggal serumah (dengan Nabi Muhammad) tatkala berumur sembilan tahun.
    Hadis di atas adalah satu-satunya hadis yang dianggap paling kuat mengenai umur sebenar Siti Aishah ketika bernikah dengan Rasulullah s.a.w, iaitu enam tahun.
    Namun hadis inilah yang kesahihannya dipertikaikan walaupun ia dianggap muktabar kerana merupakan salah satu hadis yang terkandung dalam kumpulan hadis Sahih Bukhari.
    Sebabnya, kita maklum bahawa setiap hadis yang dikumpulkan oleh Bukhari di anggap rujukan yang paling utama dalam Islam selepas al-Quran.
    Terutama yang melibatkan soal halal dan haram serta perintah larangan dan suruhan maka segala aspek mengenai sanad dan perawi-perawi hadis akan diperiksa dengan ketat.
    Bagaimanapun, apabila melibatkan riwayat mengenai kisah hidup Siti Aishah terutama umurnya waktu bernikah dengan Nabi Muhammad dikatakan hadis oleh Bukhari ini boleh disemak kembali kesahihannya.
    Ini kerana ia tidak melibatkan soal hukum, halal atau haram maka dianggap kurang penting untuk dipastikan soal ketepatan perawi hadis mengenai Siti Aishah ini.
    Lalu ini dijadikan alasan oleh sesetengah pihak untuk mendapatkan fakta yang sebenar di sebalik ‘nikah 6′ dan ‘kumpul 9 tahun’ – perkahwinan Ummul Mukminin dengan Rasulullah ini.
    Kalau dikatakan Siti Aishah berkahwin dengan Rasulullah pada umur enam tahun dan baginda sendiri berumur 51 tahun ketika itu, maka ini bermakna isteri baginda itu dilahirkan ketika Rasulullah berusia 45 tahun. Iaitu lima tahun selepas baginda diangkat sebagai Rasul, pada usia 40 tahun.
    Sedangkan dikatakan ketika baginda diangkat sebagai Rasul itu pernah disaksikan sendiri oleh Siti Aishah.
    Sebabnya, beliau adalah antara yang golongan yang paling awal memeluk Islam, iaitu menduduki tempat ke-18 sebagaimana yang dicatat oleh Ibnu Ishaq dalam kitab sejarahnya Sirah An Nabawiyyah.
    Dengan lain perkataan Siti Aishah memeluk Islam ketika usia masih kecil lagi (bukannya bernikah ketika usia yang sangat muda).
    Urutan nama-nama sahabat Rasulullah yang awal memeluk Islam (As-Sabiqun al-Awwalun) menurut Ibnu Ishaq;
    1) Ali ibn Abi Talib,
    2) Abu Bakar As Siddiq,
    3) Zaid ibn Haritsah,
    4) Uthman bin Affan,
    5) Zubair ibn Al Awwam,
    6) Abdul Rahman ibn Auf,
    7) Saad ibn Abi Waqas,
    8) Thalhah ibn Ubaidillah,
    9) Abu Ubaidah Al Jarrah,
    10) Arqam ibn Al Arqam,
    11) Utsman ibn Mazh’un,
    12) Quddamah ibn Mazh’un,
    13) Abdullah ibn Mazh’un,
    14) Ubaidah ibn Harits ibn Muththalib,
    15) Said ibn Zaid,
    16) Fathimah binti Umar ibn Al Khattab,
    17) Asma binti Abu Bakar,
    18) Siti Aishah binti Abu Bakar.
    Jadi tidak mungkin semasa Rasulullah diangkat menjadi nabi akhir zaman, Siti Aishah belum lahir.
    Malah dikatakan Siti Aishah memeluk Islam ketika berusia tujuh tahun, satu angka yang dikatakan sesuai bagi seorang kanak-kanak memahami soal agama dan memilih agama yang dianggapnya benar dan boleh diikut.
    Justeru apabila Aishah memeluk Islam berusia tujuh tahun ketika Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul dan menikah dengan baginda ketika baginda berusia 51 tahun ini bererti mereka bernikah ketika Siti Aishah berusia 18 tahun (51-40>11)+7 > 18 tahun.
    Ini bermakna mereka tinggal hidup bersama sebagai suami isteri ketika Siti Aishah berusia 21 tahun ketika Rasulullah sendiri berusia 54 tahun.

  4. Saya tidak sependapat dengan pernyataan di atas. Ini kerana tiada langsung perselisihan pendapat pada awal ribuan tahun yang lepas tentang Umur Saidatina Aisyah berkahwin dengan Rasulullah. Saya dapat menerima kebenaran fakta bahawa Rasulullah telah berkahwin dengan Saidatina Aisyah ketika Aisyah berumur 6 tahun. Itu membuktikan Rasulullah tidak gila seks dan kaki perempuan. Saya sudah huraikan di kebanyakan website personal seperti ini. Di sini saya cuba nak letakkan huraian yang saya ambil dari website yang lain.

    Oleh : Ustaz Muhammad Husni Ginting

    Seorang ulama di india yang bernama Habibur Rahman Shiddiqi al-Kandahlawi telah menulis sebuah buku tentang umur Sayyidah Aisyah kawin dengan Rasulullah s.a.w. mungkin tujuan orang tersebut baik, tetapi jika dilihat dari efek negatifnya lebih besar dan menghancurkan sendi agama islam, kenapa saya katakan demikian? sebab beliau telah membuat orang islam ragu dengan kesohihan kitab Sohih Bukhari, sebahagian teman yang membaca permasalahan ini hanya memikirkan tentang satu permasalahan akal dan adat kebiasaan, tetapi permasalahannya adalah mencakup keberadaan pembesar-pembesar ulama islam yang telah dipercaya berabad-abad untuk di ikuti, hal ini dianggap mempermainkan sunnah dan menolak kitab Sohih Bukhari, kita masih ingat tentang hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam permasalahan di sihirnya Rasulullah s.a.w. ada sebahagian orang yang tidak mempercayai hal tersebut dan bahkan menolak hadis tentang tersihirnya Rasulullah adalah hadis yang dibuat-buat, tetapi ulama ahli sunnah wal jama`ah telah menolak seluruh dakwaan mereka dan menjelaskan bahwa hadis itu sohih, terlebih-lebih terdapat di dalam sohih Bukhari, yang jelasnya anda perlu melihat kembali kedudukan Sohih Bukhari didalam pandangan ulama ahlu Sunnah wal Jama`ah, Bagaimana pendapat anda jika seorang tidak percaya dengan Sohih Bukhari, saya kira orang tersebut tidak pantas di gelar ahlu sunnah wal jama`ah, mari kita lihat komentar Imam al-Hafizh Ibnu Hajar di dalam kitabnya al-Isobah fi Tamyizi Sohabah :
    Berkata al-hafizh Ibnu Hajar al-Asqalani :

    ” Aisyah binti Abu Bakar as-Shiddiq – telah terdahulu nasabnya didalam biografi ayahandanya Abdullah bin Abu Qahafah r.a, ibunya bernama Ummu Rumman binti `Aamir bin Uwaimir al-Kinaniyyah, dilahirkan setelah diutusnya Rasulullah s.a.w. sebagai Rasul empat tahun atau lima tahun, telah tsabit didalam Sohih al-bukhari bahwa Rasulullah saw telah mengawininya ketika beliau berumur enam tahun, menurut satu pendapat tujuh tahun, dan mungkin dapat digabungkan perselisihan pendapat ini dengan cara bahwa umur beliau telah sempurna enam tahun dan masuk kepada tujuh tahun, dan Rasulullah tinggal serumah dengan Sayyidah Aisyah ketika umurnya sembilan tahun

    ( lihat Isobah fi Tamyizi as-Sohabah : 4 / 478 ).

    lihat juga ungkapan al-hafizh Ibnu Katsir seorang ulama yang sangat benci dengan syi`ah :

    ” adalah umur Sayyidah `Aisyah ketika kawin enam tahun, kemudian Rasul serumah dengannya ketika beliau ( Aisyah ) berumur sembilan tahun”

    . ( lihat Bidayah Wa an-Nihayah : 8 /85 , terbitan Darul Manar Cairo ).

    Lihat juga ungkapan dan nukilan Imam al-Hafizh Ibnu Abdul Bar ( wafat 463 H ) di dalam kitabnya al-Isti`ab :

    ” Aisyah Binti Abu Bakar shiddiq r.a. isteri Nabi Muhammad s.a.w., telah terdahulu kisah ayanya didalam bab yang khusus, ibunya Ummu Rumman binti `Aamir bin Uwaimir bin Abdu Syamsi bin`Attab bin Adzinah bin Saba` bin Dahman bin al-Harits bin Ghanam bin Malik bin Kinanah.

    Rasulullah saw mengawininya di Makkah dua tahun sebelum hijrah, ini adalah pendapat Abu Ubaidah, sementara pendapat yang lainnya mengatakan tiga tahun sebelum hijrahnya nabi, ketika itu beliau ( Aisyah ) masih berumur enam tahun, dalam satu pendapat mengatakan tujuh tahun, dan Rasulullah mulai hidup bersamanya di kota Madinah ketika beliau berumur sembilan tahun, Aku tidak pernah mengetahui adanya perselisihan pendapat diantara ulama dalam permasalahan ini ( permasalan tinggal bersamanya Rasul beserta Aisyah ).

    ( Lihat al-Isti`ab Fi Asma`i al-Ash-Hab :4 /171 , terbitan Maktabah Mesir ).

    Penulis ( Muhammad Husni Ginting ) cukupkan nukilan tiga orang tokoh ahli sejarah dan ahli hadis yang profesional dan terpercaya dalan nukilannya, agar anda melihat siapa yang sebenarnya berbicara dengan fakta yang nyata, tidak perlu menggunakan akal dan adat karena adat berbeda setiap saat, waktu dan tempat, sementara akal membenarkan terjadinya pernikahan Rasulullah.

    Didalam ungkapan Imam al-hafizh Ibnu Abdul Bar sangat nyata sekali bahwa beliau memutuskan tidak adanya perbedaan pendapat didalam masa tinggal bersamanya Rasulullah dengan Aisyah di kota Madinah.

    Setelah itu mari kita lihat hadis-hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari didalam Sohihnya, adapun sebab saya belakangkan riwayat Sohih Bukhari karena kita mesti melihat komentar ulama besar yang hidup setelahnya, adakah disana terdapat kritikan dalam masalah tersebut atau tidak, ternyata seluruh ulama sepakat dengan kesohihan hadis yang terdapat di kitab Sohih Bukhari, perlu kita ketahui bahwa Imam Bukhari telah menyebutkan tentang permasalahan ini didalam kitabnya lebih dari enam tempat diantaranya :

    1- Kitab Manaqib al-Ansor, Bab Tazwiji an-Nabi saw Aisyah Wa Qudumiha Ila al-Madinah Wa Bina`ihi Biha, hadis nomor 3894.

    2 – Kitab Manaqib al-Ansor Bab Tazwiji an-Nabi saw Aisyah Wa Qudumihi Ila al-Madinah Wa Bina`ihi Biha, hadis nomor 3896.

    3 – Kitab an-Nikah , Bab Inkahi ar-Rajul Waladahu as-Shighar, nomor 5133.

    4 – Kitab an-Nikah, bab Tazwiji al-Abi Ibnatahu Min al-Imam, nomor 5134.

    5 – Kitab an-Nikah, bab Man Bana Bi Imara`atihi wahiya binti Tis`a Sinin, nomor 5158.

    Mari kita lihat salah satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari :

    قال البخاري : حدثنا محمد بن يوسف : حدثنا سفيان عن هشام، عن أبيه ،عن عائشة رضي الله عنها : أن النبي صلى الله عليه وسلم تزوجها وهي بنت ست سنين ، وأدخلت عليه وهي بنت تسع، ومكثت عنده تسعا

    Artinya : Berkata Imam Bukhari : Menceritakan kepada kami Muhammad bin yusuf, berkata ia : Menceritakan kepad kami Sufyan dari riwayat Hisyam, dari riwayat ayahnya, dari riwayat Aisyah r.a : Bahwasanya Nabi s.a.w. menikahinya ketika umur beliau enam tahun, dan hidup serumah dangannya ketika umur beliau ( Aisyah ) sembilan tahun, dan beliau hidup beserta Rasul selama sembilan tahun.

    ( H.R Bukhari : 5133 ) .

    Adapun pendapat Syeikh Habibur Rahman al-Kandahlawi mengenai hadits yang telah Imam Bukhari sebutkan bukan hadis Rasul sehingga boleh di tolak lihat kata-kata beliau :

    Berkata Habibur Rahman al-Kandahlawi :

    ” Kami telah mengkaji dengan terperinci hadis yang di riwayatkan oleh Hisyam. Untuk kajian ini kami telah mengumpulkan bukti-bukti dari pada kitab Sohih Bukhari, Sohih Muslim , Sunan Abu Daud, Jami` Tirmidzi, Sunan Ibnu Majah, Sunan Darimi dan Musnad al-humaidi, setelah menela`ah kitab-kitab tersebut, sesuatu kemusykilan telah timbul, sebahagian perawi mengatakan riwayat tersebut sebagai kata-kata Aisyah, sedangkan setengah yang lain mengatakannya sebagai kata-kata Urwah. Yang pasti ia bukan kata-kata Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. ia sama ada kata-kata `Aisyah ataupun kata-kata Urwah yang merupakan seorang tabi`in, jika riwayat ini adalah perkataan Urwah , ia tidak mempunyai apa-apa nilai dalam Syari`ah. Dan kita juga tahu bahwa apabila berlaku perbedaan pendapat sama ada suatu riwayat itu Muttashil ( bersambung ) atau Mauquf ( terputus ) ulama hadis pada umumnya akan mengatakan ianya sebagai Mauquf. Berdasarkan prinsif ini bolehlah disimpulkan bahwa riwayat ini adalah cerita sejarah oleh Urwah ( dan bukan hadis ) dan tidak berdosa menolak kata-kata Urwah.

    Komentar penulis ( Muhammad Husni Ginting ) : Hadis ini sebenarnya telah diriwayatkan oleh Urwah dan disandarkan ceritanya kepada Sayyidah `Aisyah sebagimana yang tertulis didalam Sohih Bukhari dan telah diceritakan oleh Urwah juga tanpa menyandarkan cerita itu kepada `Aisyah, cerita yang telah diungkapkan oleh Urwah bukanlah Mauquf tetapi Mursal sebab cerita ini ada kaitannya dengan Rasulullah s.a.w. karena setiap hadis yang bersangkut paut dengan perkataan, perbuatan, keadaan sifat dan sebagainya yang diriwayatkan oleh Tabi`in tanpa menyebutkan sahabat dihukumkan Mursal oleh ulama hadits, sementara didalam riwayat yang lain Urwah telah menyandarkan riwayat tersebut kepada `Aisyah, dengan begitu jadilah riwayat Mursal tadi menjadi Mausul ( bersambung ), sebab itulah Imam Bukhari keluarkan didalam kitabnya, bukan seperti apa yang di ungkapkan oleh Syeikh Habibur Rahman, kalaupun ungkapan itu adalah kata-kata `Aisyah tetap saja hadis itu dihukumkan hadis Marfu` sebab hadis ini menceritakan hal keadaan Rasulullah.

    Anda mesti memahami kaedah yang telah ulama hadis tentukan dalam memahami muttashil atau munqathi`nya tersebut, sebahagian dari kaedah tersebut adalah :

    1 – Jika seorang perawi meriwayatkan hadis yang terdapat didalamnya cerita atau kejadian, maka jika yang diriwayatkan terjadi diantara Nabi s.a.w. dan para sebahagian sahabat, sementara si perawi seorang sahabat dan menyaksikan kejadian tersebut maka hukumnya adalah Muttashil.

    Kaedah ini seperti kejadian diatas, perawinya `Aisyah, kejadian tersebut diantara Nabi dan `Aisyah, dan `Aisyah menyaksikan kejadian tersebut.

    2 – Jika perawinya Sahabat tetapi tidak menyaksikan kejadian tersebut maka dihukumkan Mursal Sahabat, dan mursal sahabat boleh di jadikan hujjah.

    3 – Jika perawinya seorang Tabi`in maka dihukumkan Munqati` (terputus sanadnya).

    4 – Jika perawi seorang Tabi`in meriwayatkan dari pada seorang Sahabat dan ia menyaksikan kejadian tersebut maka dihukumkan Muttashil, jika perawi tidak menyaksikan kejadian tersebut tetapi kejadian tersebut disandarkan kepada seorang sahabat maka hukumnya hukum Muttashil.

    5 – Jika perawi seorang Tabi`in yang tidak menyaksikan kejadian dan tidak menyandarkan kejadian tersebut kepada sebahagian sahabat maka hukumnya hukum Munqati`.

    ( Lihat al-Mulah Min Masa`ili al-Musthalah : 126, DR. Nasir Abdul Aziz al-Kamar ).

    Dari kaedah ini kita mengetahui betapa jauhnya dugaan Syeikh Habibur Rahman al-Kandahlawi.

    Dengan begitu hadis yang telah diriwayatkan oleh Urwah dihukumkan Muttashil sebab beliau telah sandarkan kepada Sayyidah `Aisyah.

    Adapun hujjah Syeikh Abdur Rahman al-Kandahlawi yang menyatakan bahwa yang meriwayatkan dari Hisyam adalah ulama-ulama Kufah, sementara ulama -ulama terkenal dengan aqidah mereka yang Syi`ah maka jawabanya sebagai berikut:

    Penulis ( Muhammad Husni Ginting ) : Adapun ulama yang meriwayatkan hadis ini dari Hisyam adalah :

    1 – Sufyan Bin Unayyah : beliau adalah ulama besar yang agung dan terpercaya seluruh ulama islam memuji dan memulyakannya, berasal dari kufah tetapi tinggal di Makkah, lahir 107 hijriyah meninggal dunia di Makkah tahun 198 hijriyah.

    Berkata Imam Syafi`i : Kalaulah tidak karena Imam Malik dan Imam Sufyan niscaya hilanglah ilmu hijaz. Berkata Imam al-`Ijli : Ahli Kufah yang Tsiqah, Tsabat dalam hadis, bagus hadisnya, dia tergolong orang bijaksana dari golongan ahli hadis. berkata Imam `Ali al-Madini : tidak ada diantara muridnya Imam az-Zuhri yang lebih profisional dari Imam Ibnu Uyainah. Berkata Imam Ahmad : Tidak pernah ku lihat seorang ahli fiqih yang lebih mengetahui al-Qur`an dan sunnah kecuali Beliau . ( Tahdzibu at-Tahdzib : 2 / 721 ).

    2 – Sufyan Bin Said at-Tsauri : Beliau adalah ulama besar dan kepercayaan umat, meninggal dunia pada tahun 161 hijriyah. Berkata Imam Syu`bah, Ibnu Unayyah, Abu `Ashim, Ibnu Ma`in dan selain mereka : ” Sufyan Amirul Mukminin didalam ilmu Hadis. Berkata Imam Ibnu Mahdi : Imam Wahab lebih mengunggulkan Sufyan ats-Tsauri dari Imam Malik dalam hafalan. Berkata Abdullah bin Mubarak : Aku menulis hadis dari seribu seratus Syeikh, tidak ada yang paling afdhol kecuali Sufyan ats-Tsauri. ( Tahdzib at-Tahdzib : 2 / 715 ).

    Berkata al-Hafizh adz-Dzahabi : Beliau seorang Yang Tsiqah, Tsabat dan al-Hafizh ( al-KAsyif : 1 / 379 )

    3 – Ali bin Mushir
    4 – Abu Mu`awiyah al-Farid.
    5 – Waki` bin Bakar .
    6 – Yunus bin Bakar.
    7 – Abu Salamah.
    8 – Hammad bin Zaid.
    9 – Abdah bin Sulaiman.

    Dan lain-lainnya.

    Penulis hanya menyebutkan dua orang ulama saja dengan biografi mereka, sebab mereka berdua adalah ulama umat yang telah sepakat seluruh ulama ahlussunnah dalam keagungan dan ke tsiqahan mereka berdua, bagaimana boleh Syeikh Habiburrahman menuduh mereka dengan pendustaaan dan penipuan, tidak ada satupun ulama islam yang menyebutkan bahwa mereka berdua bermazhabkan syi`ah, bahkan mereka berdua adalah pemimpin ulama ahlussunnah.

    Sampai disinilah dulu pembahasan dalam masalah perkawinan Sayyidah `Aisyah r.a., insyaallah akan saya sambung kepada hujjah yang berikutnya.

    Rujukkan :

    1 – al-Jami` Sohih Bukhari terbitan Darus Salam Riyadh.

    2 – Kasyif karangan Imam adz-Dzahabi, cetakan Darul Kutub Hadisah, Kairo.

    3 – Tahdzibu at-Tahdzib Fi Rijali hadis, karangan al-Hafizh Ibnu Hajar al-Asqalani, Darul Kutubu al-Ilmiyyah Bairut.

    4 – Fathu al-Baari , karangan al-Hafizh Ibnu Hajar al-Asqalani, terbitan Dar al-Manar, Cairo.

    5 – al-Isti`ab Fi Asma`i al-Ash-Hab, karangan al-Hafizh Ibnu Abdul Bar cetakan Maktabah Mesir Kairo.

    6 – al-isobah Fi Tamyizi Sohabah, karangan al-Hafizh Ibnu Hajar al-Asqolani, terbitan Maktabah Mesir Kairo.

    Sumber : http://Allangkati.Blogspot.Com

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s