Ustaz Hussein Yee: Bukan Islam Tak Boleh Sentuh Dan Baca Quran?

 

Firman Allah:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ

 

Bulan Ramadan  , bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia …..

- Al Baqarah 185

 

إِنَّهُ لَقُرْآنٌ كَرِيمٌ

فِي كِتَابٍ مَكْنُونٍ

لا يَمَسُّهُ إِلا الْمُطَهَّرُونَ

sesungguhnya Al Qur’an ini adalah bacaan yang sangat mulia,

pada kitab yang terpelihara (Lohmahfuz),

tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan.

- al Waqiah 77-79

 

 

About these ads

2 thoughts on “Ustaz Hussein Yee: Bukan Islam Tak Boleh Sentuh Dan Baca Quran?

  1. Bukan Islam Boleh Baca Al-Quran – Nik Aziz

    Nik Abdul Aziz berkata orang bukan Islam boleh membaca al-Quran dan beliau menganggap tidak salah jika bacaan tidak betul.

    Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata sesiapa sahaja boleh membaca al-Quran, soal betul atau tidak dari segi tajwid atau sebutannya boleh diperbaiki supaya menepati hukumnya.

    “Sesiapapun boleh baca al-Quran sama ada orang Islam atau bukan Islam, dan al-Quran bukan hak orang Melayu atau orang Arab, Cuma bahasa al-Quran kebetulannya bahasa Arab, maka kelihatan ganjil jika ia dibaca oleh orang bukan Islam yang biasanya tidak tahu bahasa Arab,” katanya
    Nik Abdul Aziz berkata orang Melayu sendiripun kadang-kadang tidak betul bacaan al-Quran kerana tidak belajar dari segi hukum bacaannya.

    “Malah zaman Nabi Muhammad dulupun orang-orang kafir turut membaca al-Quran. Abu Jahal yang menentang Islam sendiripun boleh baca al-Quran, soal persenda atau tidak itu terletak kepada perspektif atau pandangan masing-masing,” katanya.

    Jangan Salah Guna Al-Quran Untuk Politik – Mufti

    Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia memutuskan tindakan orang bukan Islam yang membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi tujuan kempen politik merupakan cubaan mempersenda kesucian dan keagungan kitab suci itu.

    Pada masa yang sama, semua umat Islam terutama ahli-ahli politik juga dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan kitab suci al-Quran semata-mata untuk kepentingan politik.

    Apa Kata Fuqaha

    Dr Ahmad Salim dalam buku beliau “ Faidhu al-Rahman Fi al-Ahkam al-Fiqhiyyah al-Khassah Bi al-Quran” menyatakan terdapat 2 pendapat berkenaan hukum orang kafir membaca al-Quran.

    Pendapat pertama : Haram bagi orang kafir zimmi atau yang lainnya untuk membaca al-Quran. Ini kerana mereka yang lebih patut ditegah daripada orang yang berjunub. Ini pendapat mazhab Hambali

    Pendapat kedua : Pendapat mazhab Syafi’e adalah harus bagi orang kafir membaca al-Quran kerana dia belum percaya kepada kehormatannya.
    Pengarang kitab Hasyiah al-Bujairimi mensyaratkan supaya orang kafir yang membaca al-Quran itu diharapkan untuk memeluk Islam.

    Syeikh Ramli dalam kitabnya ‘Ihaayatu al-Muhtaj berkata orang kafir tidak ditegah untuk membaca al-Quran kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya.

    Syeikh Muhammad as-Syarbini menulis dalam kitabnya berkata adapun orang kafir tidak ditegah membaca al-Quran kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya seperti yang disebut oleh al-Mawardi.

    Sumber: http://celahgelegar.blogspot.com/2010/12/boleh-ke-bukan-islam-baca-quran.html

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s