PERANG DALAM SIRAH RASULLAH S.A.W

Peperangan yang berlaku di dalam bulan Ramadan ialah peperangan:

1. Badar al Kubra berlaku pada 17 Ramadan pada tahun 2 Hijrah

2. Fathul Makah berlaku pada 20 Ramadan Tahun 8 Hijrah

Selepas Rasullah di zalimi dan di aniaya di Makkah, baginda lalu berhijrah ke Madinah. Setelah Nabi s.a.w berhijrah turunlah perintah mengizinkan peperangan, melalui ayat berikut, maksudnya:

39. Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, karena sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu,

40. (yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali karena mereka berkata: “Tuhan kami hanyalah Allah.” -  Al Hajj 22:39-40

Keizinan tersebut sesuai pula dengan ayat berikut, bermaksud:

9. Hai Nabi, perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah jahannam dan itu adalah seburuk-buruknya tempat kembali. – At Tahrim (66):9

216. Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. – Al Baqarah(2): 216

Di dalam sirah nabi, para ahli sejarah menyebut 2 istilah berkaitan dengan perang di zaman Nabi s.a.w, iaitu Ghazwah dan Sariyyah. Ghazwah ialah perang yang dipimpin oleh Nabi s.a.w sendiri, dan Sariyyah perang yang tidak dipimpin oleh Nabi s.a.w.

Ahli sejarah berbedza pendapat tentang jumlah peperangan di zaman Rasullah. Sami Bin Abdullaah al Maghluts di dalam Al Athlas at Tarikhi Sirah ar Rasul berkata mengikut an Nawawi didalam Syarah Sahih Muslim, menjelaskan:

                Para sejarawan Islam  berbedza pendapat mengenai jumlah perang yang pernah diikuti dan tidak diikuti Nabi s.a.w  cukup jelas. Ibnu Saad dan lainnya menyebutkan peperangan yang diikuti Nabi s.a.w berjumlah 27 sedangkan peperangan yang tidak diikuti beliau berjumlah 56.

Sami Bin Abdullaah al Maghluts juga menyebut Ibnu Saad juga menulis :

“Para sejarawan nenyebutkan bahawa peperangan yang di seratai nabi s.a.w berjumlah Sembilan iaitu, Badar, Uhud, Muraisi, Khandak, Quraizah, Khaibar, Fathu Mekah, Hunaian dan Thaif”.

Bagaimanapun  Sami Bin Abdullaah al Maghluts sendiri berkata peperangan yang diikuti Nabi s.a.w berjumlah 28 , dimulai dengan Abwa’ dan diakhiri perang Tabuk.

Berikut adalah senarai peperangan yang dipimpin  oleh Rasullah s.a.w mengikut tahun 1-11 Hijrah :

Tahun 1 Hijrah Hijrah nabi , memulakan pemerintahan Islam d Madinah.

Tahun 2 Hijrah

1.  Abwa’  atau Waddan bermaksud 2 lembah. Jumlah Tentera Muslimin: 200 orang

2.  Buwath. Jumlah Tentera Muslimin: 200 orang

3.  Usairah. Jumlah Tentera Muslimin: 200 orang

4.  Shafwan  atau Badar Pertama: Jumlah Tentera Muslimin:200 orang

5.  Badar Kubra; Jumlah Tentera Muslimin: Jumlah Tentera Muslimin: 314 orang

6.  Bani Sulaim: Jumlah Tentera Muslimin: 200 orang

7. Bani Qainuqa

8.  Suwaiq: Jumlah Tentera Muslimin: 200 orang

Tahun 3 Hijrah

9.  Dzu Amar: Jumlah Tentera Muslimin: 450 orang

10. Bahran: Jumlah Tentera Muslimin: 300 orang

11. Uhud: Jumlah Tentera Muslimin: 700 orang

12. Hamra al Asad: Jumlah Tentera Muslimin: 630 orang

Tahun 4 Hijrah

13. Bani Nadhir: Jumlah Tentera Muslimin: 200 orang

14. Badar Mau’id  atau perang Badar Akhir: Jumlah Tentera Muslimin: 1500 orang

Tahun 5 Hijrah

15. Daumatul Jandal; Jumlah Tentera Muslimin: 1000 orang

16. Bani Musthaliq: Jumlah Tentera Muslimin: 700 orang

17. Ahzab: Jumlah Tentera Muslimin: 3000 orang

18. Bani Quraizah: Jumlah Tentera Muslimin: 3000 orang

Tahun 6 Hijrah

19. Bani Lihyan: Jumlah Tentera Muslimin: 200 orang

20. Hudaibiyah: Jumlah Tentera Muslimin: 1400 orang

Tahun 7 Hijrah

21. Ghabah:Jumlah Tentera Muslimin: 500 orang

22. Khaibar: Jumlah Tentera Muslimin: 1400-1600 orang

23. Dzatur Riqa’: Jumlah Tentera Muslimin: 400 orang

24. Umratul Qadha’: Jumlah Tentera Muslimin: 1400-2000

Tahun 8 Hijrah

25. Fathul Mekah: Jumlah Tentera Muslimin: 10,000 orang

26. Hunain: Jumlah Tentera Muslimin: 12,000 orang

27. Tha’if: Jumlah Tentera Muslimin: 12,000

Tahun 9 Hijrah

28. Tabuk: Jumlah Tentera Muslimin: 30,000 orang

Tahun 10 Hijrah – Rasullah mengerjakan Haji Wada’

Tahun 11 Hijrah – Rasullah wafat.

Peperangan yang berlaku di dalam bulan Ramadan ialah peperangan:

1. Badar al Kubra berlaku pada 17 Ramadan pada tahun 2 Hijrah

2. Fathul Makah berlaku pada 20 Ramadan Tahun 8 Hijrah

Berikut Video berkaitan:

______________________

Rujukan:

1.  Sami Bin Abdullaah al Maghluts di dalam Al Athlas at Tarikhi Sirah ar Rasul

2. Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi di dalam As Sirah An Nabawiyah

3. Dr. Ali Muhamad As Salabi di dalam Biografi Rasullah S.A.W

4. Ibnu Hisyam di dalam Sirah Nabawiyah

About these ads

2 thoughts on “PERANG DALAM SIRAH RASULLAH S.A.W

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s