Arafah 9 Zulhijah : Selamat Berpuasa dan Selamat Berwukuf Di Padang Keampunan

Hari ini Sabtu, 9 Zuljijah 1432 adalah hari wukuf di Arafah.  Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji. Maksud wukuf ialah berada di Arafah walaupun seketika dalam sebarang keadaan seperti duduk, berbaring atau tidur, bermula dari tergelincir matahari ( masuk waktu zohor) 9 Zulhijjah sehingga seketika sebelum terbit fajar (masuk waktu subuh) 10 Zulhijjah.

Jarak Makkah-Arafah

Kata tok guru Arafah adalah gambaran Padang Masshyar di bumi. Ia terletak 21.9 km ketimur Makkah. Di antara Makkah dan Arafah terletak Mina dan Mudzlifah.

Kata tok guru berwukuf di Arafah akan mengingat kembali peristiwa di mana Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali! Di mana mereka bertemu? Tidak lain dari Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah. Maka, Padang Arafah ini menjadi tempat kita menyesali segala dosa yang pernah kita lakukan dan di situlah kita boleh memohon pengampunan daripada Allah mudah-mudahan  permintaan kita diterima.

Hari ini 9 Zulhijah akan mengenangkan kita kepada peristiwa Khutbah Wida’ oleh Nabi s.a.w pada tahun 10 Hijrah.

Dari Google Earth

Mengikut catitan sejarah, selepas khutbah tersebut azan dikemundangkan diikuti iqamah dan solat zohor. Kemudian bangun lagi iqamah lalu bersolat Asar. Kemudian Rasulullah s.a.w menunggang untanya sehingga ke tempat wukuf, lalu untanya Al-Qaswa’ diletakkan di batu-batu di bawab bukit Rahmah (iaitu bukit yang terletak di padang bumi ‘Arafah) dan orang ramai berkumpul di hadapannya dan menghadap kiblat.  Kemudian baginda terus berwukuf sehingga matahari terbenam dan hilang cahaya kuning.

Ketika Rasulullah s.a.w selesai bersolat baginda berdoa hingga terbenam matahari.  Di dalam doanya baginda menadah tangan ke dadanya dengan berkata:

Yа Allah, sesungguhnya Engkau mendengar perkataanku,

melihat tempatku,

mengetahui yang tersembunyi dan terang-terangan padaku,

tidak ada sesuatu yang tersembunyi daripada urusanku,

aku orang yang susah lagi fakir,

meminta pertolongan dan perlindungan,

bimbang dan takut,

yang mengakui dosa-dosanya,

aku meminta kepada-Mu seperti permintaan orang miskin

dan berdoa kepada- Mu

seperti doa orang yang berdosa lagi hina dan ketakutan,

tunduk kepada-Mu,

mengalir air matanya,

hina tubuhnya dan menyungkurkan hidungnya kepada-Mu.

Ya Allah s.w.t janganlah Engkau hampakan doaku

dan kasihanilah aku wahai Tuhan yang sebaik-baik tempat meminta

dan sebaik-baik pemberi.

Selesai berdoa, ketika itulah turun kepada baginda s.a.w Al Maidah ayat 3:

… pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.

Ketika turun ayat tersebut sebahagian sahabat menangis termasuk Umar r.a, kerana mereka memahami perpisahan dengan Rasullullah akan berlaku. Ketika Umar r.a di Tanya mengapa menangis, jawabnya:

“ Sesungguhnya tidak ada lagi setelah kesempurnaan melainkan kekurangan”

- Rujukan :

1. Dr Ali Muhamad As Salabi , Biografi Rasulullah s.a.w

2. Ibnu Hisham , Sirah Nabawiyah

3. Panduan Haji, Umrah  dan Ziarah

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s