Memakan Daging Korban Sesudah Tiga Hari

Seseorang yang melakukan ibadat korban, bolehkah ia menyimpan daging tersebut lebih tiga hari, selepas itu baru ia memakannya?

Jawapan tersebut diberi melalui dua hadis riwayat Imam Muslim seperti berikut:

Halaman 188

Halaman 188

Ini bermakna hadis pertama yang melarang   telah di mansuhkan melalui hadis yang kedua. Oleh yang demikian biasa kita mendengar orang melarang seseorang menyimpan lebih dari 3 hari kerana ia tidak membaca hadis yang kedua berikutnya.

Jld 1 Terjemahaan Hadis Sahih M<uslim

Jld 1 Terjemahaan Hadis Sahih M<uslim

Rujukan: Terjemah Hadis Shahih Muslim, Fachruddin HS, Penerbit Bulan Bintang, cetakan tahun 1978, pada halaman 188 Jilid 1

Jom Puasa Arafah Isnin 14 Oktober

Jom kita pakat pakat puasa Arafah hari Isnin ini 14 Oktober.

 

Halaman 223 Kitab Ringkasan Riyadhus Shalihin

Halaman 223 Kitab Ringkasan Riyadhus Shalihin

Imam Nawawi meriwayatkan daripada Abu Qatadah r.a, beliau berkata  Maksudnya:

” Rasullulah s.a.w  pernah ditanya  tentang (keutamaan) puasa hari Arafah. Baginda menjawab, ia daapat menghapuskan dosa tahun lalu dan tahun yang akan datang.”

- Di petik daripada halaman 223 Kitab Ringkasan Riyadhus Shalihin, Imam Nawawi     karangan Syeikh Yusuf bin Ismail An Nabhani, Penerbit Telaga Biru.

- Imam Nawawi Lahir 631 H dan wafat 676 H

Allah menyeru : Mohon dan mintalah padaKU

Imam Nawawi melalui kitabnya Al Azkar memetik sebuah hadis riwayat Imam Muslim, dari Abu Dzar, dari Nabi s.a.w dari Jibril, Allah berfirman , maksudnya:

Wahai hamba-hambaKu!

Sesungguhnya Aku telah mengharamkan penganiayayaan atas diriKu,

dan Aku pun menjadikannya haram di antara sesama kamu,

maka janganlah hendaknya kamu aniaya-menganiayai.

 

Wahai hamba-hambaKu!

Kamu sekalian membuat kesalahan pada waktu malam dan siang,

dan Aku sajalah yang akan mengampunkan segala dosa,

maka mohonlah istighfar (pengampunan) daripadaKu,

niscaya Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu.

 

Wahai hamba-hambaKu!

Kamu sekalian lapar,

melainkan sesiapa yang Aku berikan makan,

maka hendaklah kamu sekalian minta makan daripadaKu,

niscaya Aku akan beri kamu makan.

 

Wahai hamba- hambaKu!

Kamu sekalian telanjang,

melainkan sesiapa yang Aku beri pakaian,

maka mintalah daripadaKu pakaian,

niscaya Aku akan beri kamu pakaian.

 

Wahai hamba-hambaKu!

Andaikata orang-orang yang terdahulu

dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu,

sama ada dari manusianya ataupun jinnya,

semuanya berhati jahat

seperti jahatnya hati seorang manusia yang paling jahat di antara kamu,

tidak akan mengurangkan barang sedikit pun dari kerajaanKu.

 

Wahai hamba-hambaKu!

Andaikata orang-orang yang terdahulu

dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu,

sama ada dari manusianya ataupun jinnya,

semuanya bertaqwa

seperti taqwanya hati seorang manusia yang paling taqwa di antara kamu,

tidak juga akan menambah barang sedikit pun di dalam kerajaanKu.

 

Wahai hamba-hambaku!

Andaikata orang-orang yang terdahulu

dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu,

sama ada manusianya ataupun jinnya,

semuanya berkumpul berdiri di atas sekeping tanah,

lalu mereka memohonKu,

niscaya Aku akan mengabulkan tiap-tiap seorang ара yang dimintanya,

tidak akan terkurang sedikit pun dari ара yang Aku miliki,

melainkan seperti terkurangnya air laut

apabila dicelupkan sebatang jarum di dalamnya dengan sekali celup.

 

Wahai hamba-hambaKu!

Sebenarnya semua itu adalah amalan- amalan kamu sekalian,

kelak di kemudian hari akan Aku balas kamu atas tiap-tipa satu daripadanya.

 

Oleh itu, barangsiapa menerima yang baik,

maka hendaklah ia bersyukur kepada Allah.

Dan barangsiapa menerima sebaliknya,

maka janganla ia menyalahkan orang lain, selain diri sendiri.

 

(Riwayat Muslim)

Sumur Habhab dan Sumur Jubbu Al-Huzni : Untuk penzalim dan pengampunya.

Disediakan untuk penzalim dan pengampunya.

Sumur Habhab

Ibn Katsir di dalam kitabnya  An-Nihayah fil fitani wal malahim mencatatkan : Abu Bakar bin  Ad-Dunya meriwayatkan, dari Muhammad bin Wasi’ berkata,

“ Aku menemui bilal bin Abu Burdah dan berkata kepadanya, “ Wahai Bilal, sesungguhnya ayahmu meriwayatkan kepadaku dari ayahnya, dari Nabi s.a.w, bahawa baginda  bersabda:

“Sesungguhnay di neraka Jahanam terdapat sebuah lembah ( atau sumur)  yang disebut Habhab. Allah memastikan akan menempatkan di dalamnya  setiap penindas ( pemimpin yang zalim) . Berhati-hatilah engkau Polan, janganlah engkau menjadi salah seorang dari orang yang menempatinya”

Sumur Jubbu Al-Huzni

Di dalam kitab yang sama, dengan merujuk hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah ,  Ibn Katsir menambah:

Ali bin Harb meriwayatkan, dari Abu Hurairah r.a  bahawa  Nabi s.a.w. bersabda :

“ Berlindunglah kamu kepada Allah dari Jubbu Al-Huzni”

Para sahabat bertanya: “ Apakah Jubbu Al-Huzni itu?”

Baginda bersabda:

“ Lembah di dalam Jahanam yang Jahanam itu sendiri pun berlindung daripadanya setiap hari empat ratus kali. Ia disediakan untuk orang-orang yang berilmu namun riya dengan perbuatan mereka. Sesungguhnya orang berilmu yang paling Allah benci  adalah orang-orang  yang  mencari muka kepada penguasa-penguasa yang jahat”

Jangan Marah

Zaid bin Sa`nah telah berjumpa dengan Nabi s.a.w. sebelum beliau memeluk Islam dengan tujuan untuk menguji tentang sifat Baginda sebagai seorang Nabi, iaitu lemah lembut yang mengatasi sifat marah dan  bila berdepan dengan orang yang  terlalu jahil   melainkan akan bertambah lemah lembut baginda, Zaid telah menuntut hutangnya dari Baginda Nabi s.a.w.yang belum sampai masanya dengan sikap yang kasar dan keras, lalu disambut  oleh Baginda dengan lapang dada dan senyum manis, sebaliknya Umar telah memarahi lelaki tersebut, kemudian Nabi s.a.w. telah menunjukkan kepada mereka berdua sebagai mengajar dan mendidik dengan sabdanya;

” أنا وهو كنا أحوج الى غير هدا يا عمر ، تأمرنى بحسن القضاء ، وتأمره بحسن التقاضى”

Ertinya; Aku dan dia, kami sebenarnya lebih berhajat kepada selain daripada ini wahai Umar! Kamu sepatutnya menyuruh aku  supaya melakukan pembayaran dengan baik dan menyuruhnya supaya menuntut hutang dengan cara yang baik”.

 Lepas itu Nabi s.a.w. membayar hutang dan lelaki tersebut terus memeluk Islam.

Baca selanjutnya TIP MERAWAT KEMARAHAN DI:

http://masjidassyakirin.wordpress.com/2011/04/30/jangan-marah-bagi-kamu-syurga/

Duduk Di Perkuburan

Duduk Di Perkuburan

 

Ringkasan Shahih Bukhari – M. Nashiruddin Al-Albani – Gema Insani Press

 

647. Anas bin Malik r.a. berkata, “Kami menyaksikan putri Rasulullah. Ia berkata, ‘Rasulullah duduk di atas kubur. Lalu aku melihat kedua mata beliau berlinang. Beliau bersabda, ‘Apakah di antara kalian ada orang yang tidak mencampuri istrinya tadi malam? Abu Thalhah berkata, ‘Aku.’ Beliau bersabda, ‘Turunlah (ke dalam kuburnya 2/93).’ Kemudian ia turun di kuburnya, lantas menguburnya.'” Ibnul Mubarak berkata, “Fulaih berkata, ‘Aku menganggapnya, yakni dosa.’ Abu Abdillah (Imam Bukhari) berkata, “Kata liyaqtarifuu berarti hendaklah mereka berusaha.”

 

681. Ali r.a. berkata, “Kami berada pada suatu jenazah di tanah pekuburuan Gharqad. Kemudian Nabi datang kepada kami, lalu beliau duduk dan kami pun duduk di sekitar beliau. Beliau membawa tongkat panjang (dalam satu riwayat: ranting pohon 7/212) lalu memukul-mukulkannya (ke tanah 6/85) kemudian bersabda, ‘Tidak ada seorang pun di antara kamu, tidak ada jiwa yang diciptakan, kecuali telah ditulis tempatnya di surga atau neraka, kecuali telah ditulis celaka atau bahagia.’ Seseorang berkata, ‘Wahai Rasulullah, apakah tidak sebaiknya kita berserah diri saja atas catatan kita dan meninggalkan amal? Karena barangsiapa di antara kita yang termasuk ahli kebahagiaan, maka ia akan mengerjakan amal ahli kebahagiaan. Sedangkan, orang yang termasuk ahli celaka, maka akan mengerjakan perbuatan orang-orang yang celaka?’ Beliau bersabda, ‘Jangan, (beramallah, karena masing-masing akan dimudahkan kepada sesuatu yang untuk itu ia diciptakan 6/86). Adapun yang ahli bahagia, mereka akan dimudahkan untuk melakukan amal ahli bahagia. Orang yang ahli celaka, maka akan dimudahkan kepada amalan orang yang celaka.’ Kemudian beliau membaca ayat, ‘fa ammaaa man a’thaa wattaqaa’ ‘Adapun yang mendermakan dan bertakwa’.”

 

Kitab Hadits Bulughul Maram Min Adillatil Ahkam, Oleh : Al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Ashqolani.

Hadits ke-60.
Anas Radliyallaahu ‘anhu berkata: Aku menyaksikan putri Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam dimakamkan, Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam duduk di sisi kuburan, aku melihat kedua belah matanya meneteskan air mata. Riwayat Bukhari.

 

Sumber:   HaditsWeb 3.0  – Oleh  Sofyan Efendi

Bagi rakan-rakan yang memerlukannya, boleh  langsung download pada SALAH SATU link sebagai berikut:

  1. http://www.sendspace.com/file/588jtb
  2. http://www.savefile.com/files/880974
  3. http://www.axifile.com/?5830425
  4. http://rapidshare.com/files/42418416/HaditsWeb3_Setup.zip

Nama File: HaditsWeb3_Setup.Zip
Size: 4.7 MB

KEBAIKAN ITU ELOK BUDIPEKERTI DOSA ITU GETARAN PADA HATI

KEBAIKAN ITU ELOK BUDIPEKERTI DOSA ITU GETARAN PADA HATI

Maksudnya hadis :

Dari al-Nawwas bin Sim ‘an radiyallahu ‘anh dari Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam sabdanya: Kebaikan itu ialah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa di lihat oleh manusia kepadanya. Diriwayatkan oleh Muslim.

Petunjuk daripada hadis :

  1. Bahawa keelokan akhlaq adalah satu-satunya penilaian kebaikan. Tetapi kebaikan ini menurut falsafah Islam tidaklah terletak pada keseluruhannya atas pandangan manusia. Kerana ada yang baik bagi manusia, tidak bagi agama; tetapi yang baik bagi agama, sudah tentu baik bagi manusia; hanya manusia itu sendiri yang tidak mengerti hakikatnya atau tidak mahu menilai mutunya.
  2. Bahawa hati seorang adalah penunjuk kepada suatu pe­kerjaan yang akan dilakukannya. Kerana ini sudah sepatut­nya ia mengetahui keadaan perasaan atau getaran hatinya atau jiwanya sebelum dikerjakannya. Kalau dirasakan ada ketenteraman atau ketenangan, kerjakanlah; kalau tidak, tidak usahlah.

Menurut riwayat[1] bahawa Nabi Adam a.s. berwasiat kepada anak-anak dengan beberapa wasiat. Di antaranya ia ber­pesan bahawa:

1.Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu geli­sah kerananya, maka janganlah kamu perbuat. Kerana aku sewaktu akan memakan buah kayu, hatiku telah bergon­cang dan gelisah.

2.Jika kamu hendak mengerjakan suatu, lihatlah kesudahan­nya. Kerana kalau aku lihat atau fikirkan tentang kesudah­an dan akibat makan buah tersebut, tentu tidak aku makan.

3.Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang-orang yang tertentu. Kerana kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepada aku supaya aku jangan memakan buah yang terlarang itu.

Petikan : Hadith 40 – Terjemahan dan Syarahnya , Dewan Pustaka Fajar – Hadith no 27


[1] Syarah al-Arba’in al Nawawiyyah

NILAI WAKTU BAGI ORANG BERIMAN

NILAI WAKTU  BAGI ORANG BERIMAN

Maksudnya hadis :

Dari Ibn ‘Umar radiyallahu ‘anhuma katanya: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam memegang bahuku lalu ia bersabda: Hendak­lah engkau berada dalam dunia seolah-olahnya engkau orang berdagang, atau orang yang sedang melalui di jalan (pengem­bara). Dan adalah Ibn ‘Umar radiyallahu ‘anh berkata: Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau me­nunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari.

Saidina Ali radiyallahu ‘anhuma berkata tentang masa :

“Sesungguhnya dunia ini te1ah berangkat membelakangi, dan sesungguhnya akhirat itu berangkat menghadapi (mendatangi) dan bagi tiap-tiap daripada keduanya ada putera-puteranya. Maka jadilah kamu dari putera-­putera akhirat dan janganlah kamu jadi dari putera-­putera dunia. Kerana sesungguhnya hari ini hari amal dan tiada perhitungan, sedang keesokannya hari pehitungan dan tiada amal”

PETUNJUKNYA:

Di antara yang ditunjuki oleh hadith  ini ialah:

  1. Menunjukkan suatu gambaran penghidupan seorang dalam dunia. Dunia ini adalah beredar. Seorang manusia yang hidup di dalamnya adalah sebagai penumpang atau sebagai pengembara yang sedang di dalam perjalanan menuju ke tempat yang tertentu; manakala penghidupannya dalam keadaannya yang demikian adalah bersifat sementara. Namun demikian dia tidak boleh lupa akan bekalan peng­hidupannya dimasa akan datang, iaitu amalannya yang jujur yang telah ditunaikan dengan penuh tanggungjawab sewaktu di dalam dunia.
  2. 2. Menunjukkan kepada nilai waktu bagi seorang yang hidup di dalam dunia. Seorang yang berhasrat bahagia hidupnya wajiblah memelihara waktunya itu dari ter­buang dengan percuma. Kerana waktu atau masa adalah perjalanan hidupnya yang mesti dipenuhi dengan perbuat­an yang bermanfa’at.

Petikan : Hadith 40 – Terjemahan dan Syarahnya , Dewan Pustaka Fajar – Hadith no 40