Kemenangan Suriah Kunci Menuju Pembebasan Al-Aqsa


Tabligh akbar “Kemenangan Suriah Kunci Menuju Pembebasan Al-Aqsa.” Acara ini diselenggarakan oleh: Forum Indonesia Peduli Suriah(FIPS), Hilal Ahmar Society Indonesia (HASI) dan Situs Berita bumisyam.com, bekerja sama dengan Komite Indonesia untuk Solidaritas Palestina (KISPA) dan Aksi Cepat Tanggap (ACT) di Masjid Baitul Ihsan, Bank Indonesia, Jakarta, Ahad 24/03/13.
Para Pembicara:
Moderator: Ust. Umar Makka, Lc
1. Ust. Bambang Sukirno (Hilal Ahmar Society indonesia/HASI)
2. Imam Akbari (Vice Presiden Aksi Cepat Tanggap/ACT)
3. Ust. Muhendri Mukhtar (Komite Indonesia untuk Solidaritas Palestina/KISPA)
4. Ust. Dr. Saiful Bahri, Lc, MA (Asia Pasific Community for Palestine/ASPAC for Palestina)
5. Ust. Bachtiar Nasir, Lc, MM (Sekjen Majelis Intelektual & Ulama Muda Indonesia/MIUMI)

Kesimpulan:
1. Jika para mujahidin dan rakyat di Suriah memenangkan peperangan ini, menjadi kunci suksesnya merebut kembali Al-Aqsa.
2. Tetapi, untuk menuju kemenangan rupanya jalan panjang masih menghadang. Hal ini mengingat banyak sekali negara yang ingin berkepentingan untuk mengambil peran demi keuntungan masing-masing. Alhasil kemungkinan akan terjadi chaos/kerusuhan besar-besaran yang bisa menyulut terjadinya perang dunia ke-3. Kalau dalam istilah non-Islam disebut perang Armageddon. Kemungkinan terjadi chaos sangat besar karena negara super power yang selama ini doniman, yaitu Amerika Serikat, sekarang sudah mulai bangkrut ekonominya, atau sudah tidak punya pamor/wibawanya telah jatuh. Di satu sisi sekarang ini para mujahidin di seluruh dunia semakin berkembang dan semakin memberikan perlawanan yang sengit. Perkembangan para pejuang Islam yang sangat cepat ini di luar dugaan bagi sebagian banyak kalangan. Sehingga, sekarang ini kekuatan yang bersengketa secara umum terbagai menjadi dua: yaitu kekuatan mujahidin (pejuang-pejuang Islam) yang akan menegakkan syariat Islam dan kekuatan negara-negara yang tidak rela Islam akan bangkit. Intinya perang antara yang haq dan yang bathil.
3. Mengingat sekarang sedang genting-gentingnya perjuangan umat Islam, terutama di Suriah atau di negeri Syam, untuk memenangkan peperangan ini, hendaklah setiap kita memiliki kontribusi, baik secara langsung maupun tidak langsung.
Sebarluaskan informasi ini kepada keluarga dan teman-teman Anda, semoga bermanfaat untuk membangkitkan semangat perjuangan Islam. Allohu Akbar …!

Lihat kajian-kajian lainnya, baik dalam bentuk video, audio, maupun tulisan artikel di http://www.alislamu.com (Pusat Kajian Islam). Lihat pula chanel baru kami, yaitu di http://www.alislamu.tv

IKUTI FORUM BERIKUT DALAM 3 FAIL

Kemenangan Suriah Kunci Menuju Pembebasan Al-Aqsa (Ke-1)

Kemenangan Suriah Kunci Menuju Pembebasan Al-Aqsa (Ke-2)

Kemenangan Suriah Kunci Menuju Pembebasan Al-Aqsa (Ke-3)

Jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang

Maksud Firman Allah swt:

(Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah; jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.) QS 49:9-10

QS 49:9-10

QS 49:9-10

Menekuni ayat ini, boleh difahamkan bahawa dikalangan orang beriman boleh berlaku salah faham di dalam sesuatu pekara yang menyebabkan mereka berkelahi atau berperang. Sekalipun mereka berperang, mereka masih dikalangan orang beriman. Contoh kepada permasalahan ini ialah pertikaian antara Muawiyah r.a dengan Ali r.a. Muawiyah r.a menuntut pembunuh Usman ra di adili, sedangkan Ali r.a  berhajat menangguhkannya buat sementara, buka menolaknya. ASWJ berpendapat Ali r.a adalah dipihak yang benar. Walaupun begitu Muawiyah r.a  tidak dikeluarkan dari golongan orang beriman.Ini berdasarkan firman Allah:”… jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang ...” . Nyata kedua-dua golongan tersebut disebut mukmin atau orang beriman.

 

Imam Bukhari: Hadis Aisyah r.a Akil Baligh Petunjuk Umur Semasa Berkahwin

Imam Bukhari: Aisyah r.a Akil Baligh Sejak Abu Bakar r.a  Memeluk Islam.

Scan Halaman 173

Scan Halaman 173

Semasa menekuni kitab  Terjemahan Hadis Sahih Bukhari Jilid 1 , Penerbit Klang Book Center, Halaman 173, ada sesuatu yang menarik pada hadis nombor 283, terjemahannya seperti berikut:

283. ‘Aisyah r.a, isteri Nabi saw. berkata:

“Semenjak aku tahu kedua orang tuaku telah memeluk Islam, semenjak aku mulai akil balightiada satu hari pun kami lewati, melainkan Rasulullah saw. datang mengunjungi kami di kedua tepi siang, maupun petang. Kemudian ayahku, Abu Bakar, teringat hendak mendirikan sebuah mesjid, maka dibuatnya di halaman rumah kami. Ayahku shalat dan membaca Qur’an di mesjid itu. Мака para wanita musyrik dan anak-anak mereka berdiri di sekitarnya, mereka tercengang melihat ayahku dan memperhatikannya. Abu Bakar, ayahku, seorang laki-laki yang mudah mcnangis dan tidak dapat menguasai air matanya apabila beliau membaca A1 Quran. Hal itu menyebabkan para bangsawan musyrikin Quraisy gempar karenanya.”

 Berapakah umur Ibunda kita Aisyah r.a. ketika itu? Tahun berapakah berlaku kisah itu?

Kamus Pelajar DBP menyebut akil baligh sebagai:

 “cukup umur atau dewasa (mengikut pandangan Islam, biasanya apabila mencapai umur antara 9 – 12 tahun bagi perempuan dan 12 – 15 tahun bagi lelaki)”.

Tahun berapakah ketika itu?

Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w berada 13 tahun di Makkah selepas kerasulan, lalu berhijrah ke Madinah. Baginda berada di Madinah selama 10 tahun sebelum wafat pada umur 63 tahun.

Abu Bakar r.a adalah diantara sahabat rapat paling awal memeluk Islam. Ini bermakna Abu Bakar r.a masuk Islam pada tahun pertama kerasulan atau pada tahun 13 Sebelum Hijrah.

Berapakah umur Ibunda Aisyah r.a  ketika berkahwin dan tinggal bersama serumah dengan Nabi s.a.w? Riwayat sejarah menyebut mereka tinggal serumah selepas hijrah. Ada menyebut pada bulan Syawal tahun pertama Hijrah dan ada menyebut bulan Syawal tahun kedua Hijraah. Jika riwayat mereka mula tinggal serumah selepas berkahwin pada tahun pertama Hijrah, bermakna umar Ibunda Aishah r.a ialah 9 + 13 = 22 tahun, dengan mengambil kira umur paling rendah pada masa akil baligh.

Daripada hadis di atas saya yakin  dan berkesimpulan Ibunda Aisyah tidak berkahwin dengan Nabi s.a.w pada umurnya 6 atau 8 atau 9  tahun tetapi pada umur lebih 20 tahun,

Ikuti  polimik pemurnian usia Ibunda Aisyah r.a  ketika berkahwin dengan nabi  s.a.w di link berikut:

http://aburedza.wordpress.com/2011/07/16/mohammad-habibur-rahman-kandhalwi-umur-saidatina-%E2%80%98aishah-sewaktu-bernikah-dengan-rasulullah-s-a-w/

ISU-ISU KONTROVERSI DALAM SEJARAH PEMERINTAHAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN

khulafa_rasyidin

ISU-ISU KONTROVE RSI DALAM SEJARAH PEMERINTAHAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN   oleh Profesor Madya Dr. Marzuki Haji Mahmood ialah pensyarah di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau yang berkelulusan Ph. D. dari Universiti al-Azhar, Mesir, merupakan salah seorang pakar Sejarah dan Tamadun Islam, di Malaysia. BUKU INI TIDAK BOLEH DI COPY HANYA UNTUK DI BACA.Lebih baik lagi bila anda membeli buku aslinya. Bahagian pertama buku ini membicarakan latar belakang dan konsep Khilafah Islamiyah menurut mazhab-mazhab dalam Islam, termasuk juga bidang kuasa para khalifah.
Bahagian kedua menghuraikan isu perlantikan Abu Bakar al-Siddiq r.a. menjadi khalifah yang pertama. Ini berdasarkan pandangan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama’ah dan al-Syi’ah yang disusuli dengan penilaian dan analisis.
Manakalah bahagian ketiga pula berkisar di sekitar isu-isu yang ditimbulkan pada zaman Khalifhah ‘Uthman bin ‘Affan r.a. dan disusuli dengan penjelasan sebenar kedudukan fakta yang berkaitan.
Sementara bahagian keempat pula, perbincangan tertumpu kepada situasi dalam pemerintahan Khalifah Ali bin Abu Talib k.w., khususnya kontroversi yang berpunca dari Perang Jamal, Perang Siffin dan peranan golongan al-Saba’iyah sebagai unsur perosak, serta penilaian terhadap tokoh-tokoh yang terlibat sebagai jalan melihat
kebenaran siapakah sebenarnya mereka.

SILA KLIK LINK BERIKUT MEMBACA/DOWNLOAD ; http://aburedza.wordpress.com/e-book-pdf/isu-isu-kontroversi-dalam-sejarah-pemerintahan-khulafa-ar-rasidin/   KEMUDIAN KLIK SEKALI LAGI LINK BERTULIS MERAH UNTUK MEMBACA ATAU UNTUK DOWNLOAD.

Ramadan: Bulan Kewafatan Khadijah, Kaitan Usia Kewafatan Dengan Usia Ketika Berkahwin Dengan Rasullah s.a.w

Ahli sejarah menyebut Siti Khadijah r.a wafat pada bulan Ramadan pada tahun kesepuluh kerasulan. Syiah menyebut beliau wafat pada 10 Ramadan, pada usia 65 tahun. Bagaimanapun Hafiz Ibn Kathir mengatakan usia Khadijah r.a. pada masa kewafatannya, sebagaimana berikut: “Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar.”

Siti Khadijah Binti Khuwailid r.a  adalah isteri Rasulullah s.a.w, wanita pertama beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Kepada kita umat Islam beliau adalah Ummul Mu’minin pertama. Nama penuhnya ialah Siti Khadijah binti khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai, dari golongan pembesar Mekah. Dijuluki ath-Thahirah yakni yang bersih dan suci.

Pada mulanya beliau dinikahi oleh Abu Halah bin Zurarah at-Tamimi yang melahirkankan dua orang anak yang bernama Halah dan Hindun ( ada menyebut sebagai Hind) . Selepas Abu Halah wafat, beliau dinikahi oleh Atiq bin ‘A’id bin Abdullah al-Makhzumi dan mendapat dua orang anak,  hingga akhirnya mereka bercerai.

Ibnu Ishak berkata, semua anak Rasullah s.a.w  dilahirkan oleh Khadijah kecuali Ibrahim al Qasim. Anak-anak baginda dengan Khadijah  adalah Abdullah at Tahir, at Tayyib, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kulthum dan Fatimah. Ibnu Ishak juga berkata semua putera baginda wafat zaman jahiliah sementara putrid-putri baginda hidup sehingga zaman Islam, masuk islam dan ikut berhijrah.

Berapakah umur Rasullah s.a.w dan umur Khadijah r.a semasa perkhwinan terjadi? Apakah Khadijah yang dikatakan berumur 40 tahun ketika berkahwin mampu melahirkan ramai anak kepada Rasullah s.a.w? Bagaimana alasan Syiah tidak mengiktiraf , Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kulthum sebagai putri-putri nabi s.a.w dari Khadijah? Sila ikuti perbincangan berikut, yang dipetik dari  http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=669

Perbahasan Tentang Usia Sebenar Khadijah R.A. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah S.A.W.

 

 (Adaptasi dari terjemahan Bahasa Inggeris kertas kerja hasil kajian oleh Maulana Habibur Rahman Siddiqui Kandhalawi. Beberapa pindaan dari teks asal dibuat untuk tujuan menjelaskan fakta.)

Dikatakan bahawa Ummul Mu’minin Saidatina Khadijah r.a. berumur 40 tahun ketika beliau berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ia adalah suatu riwayat yang yang tidak berasas tetapi telah disebarkan sebegitu rupa dan digarap seolah-olah sebahagian daripada ugama. Ini adalah percubaan untuk membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah melalui zaman mudanya bersama-sama dengan seorang wanita tua. Dalam usia lanjut, beliau r.a telah melahirkan empat orang anak perempuan iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah r.a.; dan tiga orang anak lelaki yang dinamakan Qasim, Tayyab and Tahir. Menurut sesetengahnya pula, beliau r.a. telah melahirkan empat orang anak lelaki; ada seorang yang bernama Abdullah, sedangkan setengah yang lainnya pula menyatakan bahawa yang sebenarnya Abdullah telah dipanggil sebagai Tayyab dan Tahir.

Saidatina Khadijah r.a. telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Perkahwinan pertamanya adalah dengan Abu Halah Hind bin Banash bin Zararah. Daripadanya, beliau telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Nama anak lelakinya ialah Hind dan anak perempuannya bernama Halah. Setelah kematian Abu Halah, Khadijah r.a. berkahwin dengan Atiq bin ‘Aid Makhzumi. Daripadanya dia mendapat seorang anak perempuan yang juga bernama Hind. Inilah sebabnya mengapa Saidatina Khadijah r.a. mendapat kunniyah sebagai Ummu Hind. Anak lelaki Saidatina Khadijah, Hind, telah memeluk Islam. (Seerat-un-Nabi, Jilid II, m/s 402).

Di sini, timbul satu persoalan, iaitu Saidatina Khadijah r.a. telah melahirkan empat orang anak sahaja di usia mudanya, namun semasa usia tuanya beliau telah melahirkan tujuh atau lapan orang anak, yang mana ia agak bertentangan dengan logik akal. Sebabnya, menurut Sains Perubatan, seorang wanita menjadi tidak subur untuk melahirkan anak, biasanya apabila melewati usia 45 tahun. Bagaimana pula boleh dipercayai bahawa lapan orang anak telah dilahirkan setelah melepasi usia 40 tahun?

Pihak Orientalis dan musuh-musuh Islam telah memberi perhatian khusus terhadap riwayat ini, kerana peristiwa ini jelas bertentangan dengan akal. Dengan mendedahkan peristiwa seperti ini, mereka mengambil kesempatan untuk mencemuh Islam.

Namun begitu, ulama kita sebaliknya menganggap kejadian ini sebagai ‘satu mukjizat’ Rasulullah s.a.w. Tambahan lagi mereka menganggap inilah keistimewaan nabi s.a.w. kerana sanggup mengahwini wanita yang tua sedangkan baginda s.a.w. sendiri muda belia.

Di pihak yang lain golongan Syiah mendakwa adalah tidak mungkin melahirkan sebegitu ramai anak di usia tua. Oleh itu, Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kalthum tidak diiktiraf sebagai anak nabi s.a.w.

Golongan Syiah mengatakan bahawa umur Khadijah r.a. ialah 40 tahun semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Meskipun mereka amat mahir bermain dengan angka, mereka telah melakukan kesilapan bodoh bila mendakwa bahawa Fatimah r.a. dilahirkan lima tahun selepas kenabian. Dalam hal ini, Khadijah sudah berumur 60 tahun semasa melahirkan Fatimah r.a.. Dengan ini tidak mungkin Ruqayyah dan Kalthum adalah anak kepada Khadijah kerana mereka adalah lebih muda dari Fatimah.

Kita akan membuktikan bahawa empat orang anak perempuan ini adalah dilahirkan oleh Saidatina Khadijah r.a. dari Rasulullah s.a.w. Tetapi sebelum itu orang Syiah perlu membuktikan bahawa seorang wanita yang berusia 60 tahun boleh melahirkan anak. Dan apabila mereka membuktikannya, mereka mesti juga membuktikan bahawa Fatimah r.a. adalah anak kepada Khadijah r.a.

Sebenarnya terdapat perbezaan pendapat tentang usia sebenar Khadijah r.a bila berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ada yang berkata umurnya 40 tahun. Ada yang berpendapat usianya 35 tahun. Yang lain pula mengatakan 30 tahun, dan sesetengah pula mengatakan 27 tahun, manakala ada pula yang menyatakan bahawa usianya 25 tahun. Ahli-ahli sejarah Syiah sependapat mengatakan umurnya 40 tahun, dan mereka menolak pendapat lain. Dan mereka riuh rendah menyebarkan pendapat ‘40 tahun’ ini seolah-olah pandangan lain tidak pernah wujud. Ulama kita dan ahli-ahli sejarah yang terkemudian juga terpengaruh dengan daayah ini dan menyangkakan bahawa pendapat golongan Syiah inilah yang ‘tepat’.

Hafiz Ibn Kathir menulis:

“Baihaqi telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadijah r.a., baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah r.a. berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua puluh lima tahun.” (al-Bidayah, Jilid II, m/s 295)

Dengan lain perkataan, Baihaqi dan Hakim menyatakan bahawa Saidatina Khadijah r.a. berusia tiga puluh lima tahun pada waktu itu. Bersama-sama dengan itu, mereka juga turut mengatakan bahawa ada pendapat bahawa beliau r.a. berusia dua puluh lima tahun.

Di tempat lain, Hafiz Ibn Kathir mengatakan usia Saidatina Khadijah r.a. pada masa kewafatannya, sebagaimana berikut: “Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar.” (al-Bidayah wan Nihayah, Jilid II, m/s 294)

Ulama Hadis dan ahli sejarah bersetuju bahawa Saidatina Khadijah r.a. menjalani hidup sebagai isteri Rasulullah s.a.w. selama 25 tahun dan beliau r.a. meninggal dunia pada tahun ke-10 Kerasulan. Hafiz Ibn Kathir berkata; ‘pendapat yang benar adalah usianya mencecah 50 tahun’ telah membuktikan bahawa usia Saidatina Khadijah pada masa perkahwinannya ialah 25 tahun. Dan juga, Hafiz Ibn Kathir juga telah membuktikan bahawa ‘maklumat’ yang diterima pada hari ini (iaitu umur Khadijah r.a. 40 semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.) adalah salah dan tidak benar sama sekali..

Meskipun dengan fakta yang sebegini jelas, kita masih mempercayai (dan terperangkap) dalam berita yang lebih merupakan khabar angin semata-mata.

Apabila kami mengkaji ‘Al-Bidayah wan-Nihayah’ yang ditulis oleh Ibn Kathir, barulah kami menyedari akan kesilapan kami. Semoga Allah yang Maha Kuasa mengampuni kami, kerana kami adalah mangsa kepada suatu salah faham yang besar. Moga Allah yang Berkuasa mengurniakan kepada kita semua kefahaman akan Kebenaran.

 

Wallahua’lam

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=669

Momokan Sejarah Islam: Si Bayi Menyambut Kelahiran Bidan

Perkembangan Islam di China disorok, penipuan Joseph Needham diiktiraf

“SEPARUH daripada penulisan sejarah adalah dengan menyembunyikan kebenaran.” Pandangan Pemenang Anugerah Nebula 2005 (Skrip Terbaik – Serenity), Joss Whedon pasti tercerna daripada kekaburan yang dibawa pensejarahan Barat mengenai penyimpangan dalam teks, karya atau fakta sejarah.

Apatah lagi penyimpangan, penyelewengan dan penyongsangan fakta wujud secara berleluasa dalam dokumen, teks serta karya sejarah yang ditulis orientalis mahupun pengarang Barat.
Penulis Barat, Joseph Needham, yang diupah oleh orientalis bukan saja mengubah sejarah China, bahkan banyak menyelewengkan fakta. – Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail, Pensyarah Jabatan Matematik UPM

Tujuan orientalis dan pengarang Barat hanyalah satu, iaitu menghilang dan menggelapkan pengaruh Islam khususnya terhadap kebangkitan dan kekuasaan imperialisme mereka, sekali gus mengabsahkan hegemoni mereka.

Lebih menyedihkan pandangan yang kononnya bersifat sejarawi itu, diekori oleh sejarawan dan pengarang dari Asia atau dunia Islam sehingga menerimanya sebagai fakta sejarah yang satu-satunya sah lagi benar.

Hasilnya, sejarah Islam dan tamadun lain di Timur bukan saja ditulis dan dibukukan oleh orientalis serta pengarang Barat, bahkan dibentuk dan dimuatkan berdasarkan kerangka pandangan alam mereka.

Tidak hairanlah banyak sumbangan Islam dan Timur terhadap kebudayaan dan peradaban Barat menjadi wap yang hilang di langit sejarah dunia sehingga yang tinggal adalah sejarah yang dibentuk berdasarkan bekas yang ditinggalkan oleh orientalis dan pengarang mereka.
Gejala minda tertawan ini dikemukakan Pensyarah Jabatan Matematik, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail ketika mengupas Diskusi Intelek: Cheng Ho, Cina, Alam Melayu dan Perkaitannya di Panggung Percubaan UPM, Serdang, baru-baru ini.

Dr Mat Rofa berkata, tiga dinasti di China mempunyai hubungan erat dengan Islam, iaitu Dinasti Song, Yuan dan Ming, tetapi sejarah dinasti itu kurang dicatat dalam teks sejarah China.

“Malah, ramai yang tidak tahu pengaruh Islam dalam pemerintahan dinasti di China sudah sampai kepada tahap menjadi agama yang dianuti maharajanya, apabila Zhu Yuanzhang menjadi Maharaja Islam yang pertama.

“Bagaimanapun, apabila Dinasti Ming kalah di tangan Dinasti Manchu, kerajaan mengharamkan rakyat daripada belajar sejarah dinasti Islam itu,” katanya pada diskusi anjuran Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM itu.

Tidak hairanlah, Dr Mat Rofa berkata, sumbangan besar dunia Islam tidak diketahui oleh umum seperti penciptaan peluru yang dikatakan sebagai sumbangan tamadun China sebenarnya dicipta oleh saintis Islam yang dibawa dari dunia Islam.

“Malah pelayaran Laksamana Cheng Ho atau Zheng He sendiri banyak diselewengkan sehingga ada sejarawan yang menohmah pelayarannya adalah bertujuan untuk membunuh musuh politik maharaja di Asia, meskipun beliau mahu menunaikan haji di Makkah.

“Ia jauh sekali berlawanan dengan fakta Zheng He membawa armada kapal yang sangat besar dalam pelayarannya tetapi tidak membawa balik harta rampasan,” katanya.

Ini kerana, Dr Mat Rofa berkata, China datang ke alam Melayu untuk melindungi kerajaan kecil di Gugusan Kepulauan Melayu seperti amaran Zheng He kepada Raja Siam yang mengganggu Kesultanan Melayu Melaka dengan mengingatkan kesultanan itu umpama adik kandung kepada China.

“Bagaimanapun, sejarah sumbangan dan pengaruh Islam di China digelapkan sehingga Islam tidak dianggap memainkan peranan penting dalam peradaban yang sangat besar itu.

“Penulis Barat, Joseph Needham, yang diupah oleh orientalis bukan saja mengubah sejarah China, bahkan banyak menyelewengkan fakta,” katanya.

Needham yang turut dikenali sebagai Li Yuese menghasilkan Science and Civilisation in China yang asalnya mengandungi tujuh jilid pada 1948, berkembang kepada 24 jilid dengan 15 daripadanya ditulisnya sendiri, selain turut menghasilkan Science in Traditional China.

Kerangka yang ditinggalkan Needham itu masih meninggalkan pengaruh yang kuat kepada pensejarahan China, apatah lagi apabila namanya diabadikan sebagai Institut Kajian Needham (NRI), Cambridge, England, yang mengepalai penyelidikan dalam sejarah sains, teknologi dan perubatan di Asia Timur.

Lebih teruk, Dr Mat Rofa berkata, sejarawan China sendiri banyak bergantung kepada Needham dalam penulisan sejarah bangsa dan tamadun mereka.

“Sebenarnya, Zheng He meninggalkan diari hariannya yang dianggap paling asli, sekali gus catatan yang ditulis oleh penulisnya, Ma Huan itu banyak bercanggah dengan tulisan Needham.

“Sepatutnya sebarang penulisan mengenai sejarah di China khususnya Islam perlu berpandukan kepada catatan harian itu berbanding karya yang lebih mutakhir,” katanya.

Beliau mengingatkan banyak pembohongan dalam sejarah diterima sebagai fakta yang sah dan benar seperti Dr David Livingstone yang menjadi orang pertama menemui Sungai Nil atau Singapura yang dibuka oleh Stamford Raffles.

“Lebih melucukan apabila fakta penemuan Dr Livingstone pernah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah di Mesir kerana kalau mahu menipu pun, janganlah sampai keterlaluan.

“Fakta penemuan Dr Livingstone itu umpamanya kita mempercayai bayi menyambut kelahiran bidannya kerana Sungai Nil sudah lama wujud dan Afrika sendiri sudah lama mempunyai penghuni,” katanya.

Penyimpangan, penyelewengan dan penyongsangan sejarah oleh orientalis dan pengarang Barat itu sudah lama dibiarkan bermaharajalela dalam membentuk kerangka kronologi dan pensejarahan dunia Timur khususnya Islam dan alam Melayu.

Sudah sampai masanya sejarawan dan pengarang kita membongkar teks dan sumber sejarah sendiri yang tersisih kesan daripada metodologi pensejarahan dan klasifikasi teks yang dirangka oleh Barat untuk menafikan hakikat sebenar sumbangan dan pengaruh Islam ke atas peradaban dunia.

Sebarang kitab, teks, hikayat, dokumen, catatan dan salasilah yang ditulis ulama dan pendakwah, sejarawan dan pengarang dunia Timur serta Islam perlu dikumpul, disusun dan dicantumkan dalam kerangka ilmu yang sebenar dengan menggunakan kekuatan intelektual untuk mentafsir dan menulis sejarah yang tepat.

Sumber: Berita Harian

Melayu Proto nenek moyang populasi Manusia

INIKAH BENUA SUNDA YANG HILANG?

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Kajian dalam bidang Arkeologi dan Genetik hari ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu-Proto yang mendiami Benua Sunda merupakan nenek moyang kepada populasi manusia hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusi Persidangan Asal Usul Melayu : Induknya Di Alam Melayu, Zaharah Sulaiman yang menjelaskan di dalam tayangan video bagaimana penduduk di Benua Sunda terselamat daripada letusan gunung berapi Toba, kira-kira 75,000 tahun lalu.

Menurut Zaharah, sekumpulan 10,000 yang terselamat daripada letusan terbabit berpindah dari Afrika ke Benua Sunda (Asia Tenggara)

“Mereka terselamat kerana berlindung di kawasan yang Benua Sunda yang tidak dicemari debu radioktif gunung berapi.

“Mereka merupakan asal-usul kepada perjalanan manusia moden hari ini,” menurut video tersebut.

Kumpulan itu bagaimanapun, terpaksa berpindah daripada India, China, Jepun, dan Amerika Syarikat ekoran daripada pemanasan global pada 25,000 tahun lalu yang menyebabkan banjir besar yang merubah Benua Sunda menjadi kepulauan-kepualau, kecil.

Kenyataan tersebut menolak teori sebelum ini yang menyatakan Melayu berasal daripada Yunan atau “express train” yang menyatakan mereka berasal dari Taiwan yang melakukan penghijrahan.

Menyokong teori tersebut adalah Pakar Genetik daripada Oxford Genetic Anthropology, Stephen Oppenheimer yang menyatakan bukti genetik yang menunjukkan orang Melayu dan Orang Asli merupakan penduduk asal Asia Tenggara.

Ia sama ada daripada Kepulauan Indonesia mahupun Filipina, atau tanah besar Asia seperti Vietnam, Kemboja, Thailand, dan wilayah IndoChina.

Menurut kajiannya, termasuk ujian DNA terhadap masyarakat Semang, Senoi, dan kumpulan  Orang Asli lain termasuk Melayu, ia menunjukkan 44 peratus mempunyai moyang yang hidup di kawasan ini sejak sebelum 25,000 tahun lagi.

Sementara 36 peratus lagi menunjukkan moyang mereka menetap di kawasan tersebut sejak 5,000 ke 25,000 tahun, manakala hanya sejumlah 6 peratus mempunyai susur galur Taiwan yang berpindah ke sini sejak  5,000 tahun lalu.

Tambahnya, terdapat juga bukti arkeologi yang menyaksikan industry peleburan besi antara 6,500 ke 8,000 tahun lalu yang disebarkan dari Indonesia ke seluruh dunia.

Kenyataan berkenaan turut disokong oleh kajian yang dibuat oleh Saintis Universiti Sains Malaysia, Zafarina Zainuddin.

Menurut Zafarina, kajiannya menunjukkan DNA yang diambil daripada kumpulan yang hidup di kawasan yang sama mempunyai keturunan Melayu asli sekurang-kurangnya untuk tiga generasi.

“Sekiranya dia seorang lelaki daripada Machang, Kelantan dia boleh mengesan keturunannya untuk tiga generasi, dan sekiranya dia berasa was-was, kita asingkan,” katanya.

Tambahnya, dia berterima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi kerana mengeluarkan geran sebanyak RM1.4 juta untuk tujuan kajian tersebut, yang membuktikan masyarakat Melayu merupakan kominiti tertua di rantau ini.

Menurutnya, pencarian “Melayu berasal daripada Tanah Melayu” akan menyemarakkan kembali semangat Melayu dan seterusnya orang Melayu akan berasa bangga menjadi Melayu.

Persidangan itu telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

CATITAN: GAMBAR HIASAN BUKAN DARI ARTIKAL ASAL

Garis Masa Pemerintahan Khalifah

BIL NAMA KHALIFAH TAHUN MASIHI TAHUN HIJRAH*
Khulafa’ur Rosyidin di Madinah 632 10
1 Abu Bakar (632 – 634) 632 10
2 Umar bin Khattab (634 – 644) 634 12
3 Utsman bin Affan (644 – 656) 644 23
4 Ali bin Abi Talib (656 – 661) 656 35
Kekhalifahan Bani Umayyah di Damaskus 661 40
1 Muawiyah I bin Abu Sufyan, 661-680 661 40
2 Yazid I bin Muawiyah, 680-683 680 60
3 Muwaiyah II bin Yazid, 683-684 683 63
4 MarwanI bin al-Hakam, 684-685 684 64
5 Abdul-Maluk bin Marwan, 685-705 685 65
6 Al-Walid I bin Abdul-Malik, 705-715 705 86
7 Sulaiman bin Abdul-Malik, 715-717 715 96
8 Umar II bin Abdul-Aziz, 717-720 717 98
9 Yazid II bin Abdul-Malik, 720-724 720 101
10 Hisyam bin Abdul-Malik, 724-743 724 105
11 Al-Walid II bin Yazid II, 743-744 743 125
12 Yazid III bin al-Walid, 744 744 126
13 Ibrahim bin al-Walid, 744 744 126
14 Marwan II bin Muhammad (memerintah di Harran, Jazira) 744-750 744 126
Kekhalifahan Bani Abbasiyah di Baghdad 750 132
1 Abu’l Abbas As-Saffah – 750 – 754 750 132
2 Al-Mansur – 754 – 775 754 136
3 Al-Mahdi – 775 – 785 775 158
4 Al-Hadi- 785 – 786 785 168
5 Harun ar-Rasyid – 786 – 809 786 169
6 Al-Amin – 809 – 813 809 193
7 Al-Ma’mun – 813 – 833 813 197
8 Al-Mu’tasim Billah – 833 – 842 833 218
9 Al-Watsiq – 842 – 847 842 227
10 Al-Mutawakkil – 847 – 861 847 232
11 Al-Muntashir – 861 – 862 861 246
12 Al-Musta’in – 862 – 866 862 248
13 Al-Mu’tazz – 866 – 869 866 252
14 Al-Muhtadi – 869 – 870 869 255
15 Al-Mu’tamid – 870 – 892 870 256
16 Al-Mu’tadhid – 892 – 902 892 278
17 Al-Muktafi – 902 – 908 902 289
18 Al-Muqtadir – 908 – 932 908 295
19 Al-Qahir – 932 – 934 932 320
20 Ar-Radhi – 934 – 940 934 322
21 Al-Muttaqi – 940 – 944 940 328
22 Al-Mustakfi – 944 – 946 944 332
23 Al-Muthi’ – 946 – 974 946 334
24 Ath-Tha’i’ – 974 – 991 974 363
25 Al-Qadir – 991 – 1031 991 381
26 Al-Qa’im – 1031 – 1075 1031 422
27 Al-Muqtadi – 1075 – 1094 1075 467
28 Al-Mustazhir – 1094 – 1118 1094 487
29 Al-Mustarsyid – 1118 – 1135 1118 512
30 Ar-Rasyid – 1135 – 1136 1135 529
31 Al-Muqtafi – 1136 – 1160 1136 530
32 Al-Mustanjid Billah – 1160 – 1170 1160 555
33 Al-Mustadhi’ – 1170 – 1180 1170 565
34 An-Nashir – 1180 – 1225 1180 575
35 Azh-Zhahir – 1225 – 1226 1225 622
36 Al-Mustanshir – 1226 – 1242 1226 623
37 Al-Musta’shim – 1242 – 1258 1242 639
Kekhalifahan Bani Abbasiyah di Kairo 1261 659
1 Al-Mustanshir II – 1261 1261 659
2 Al-Hakim I – 1262 – 1302 1262 660
3 Al-Mustakfi I – 1302 – 1340 1302 701
4 Al-Wathiq I – 1340 – 1341 1340 740
5 Al-Hakim II – 1341 – 1352 1341 741
6 Al-Mu’tadid I – 1352 – 1362 1352 753
7 Al-Mutawakkil I – 1362 – 1383 1362 763
8 Al-Wathiq II – 1383 – 1386 1383 785
9 Al-Mu’tashim – 1386 – 1389 1386 788
10 Al-Mutawakkil I (pengangkatan kedua) – 1389 – 1406 1389 791
11 Al-Musta’in – 1406 – 1414 1406 809
12 Al-Mu’tadid II – 1414 – 1441 1414 817
13 Al-Mustakfi II – 1441 – 1451 1441 845
14 Al-Qa’im bi Amrillah – 1451 – 1455 1451 855
15 Al-Mustanjid – 1455 – 1479 1455 859
16 Al-Mutawakkil II – 1479 – 1497 1479 884
17 Al-Mustamsik – 1497 – 1508 1497 902
18 Al-Mutawakkil III – 1508 – 1517 1508 914
Kekhalifahan Turki Utsmani 1512 918
1 Selim I – 1512 – 1520 (scara aktif menggunakan gelar khalifah) 1512 918
2 Mustafa I (Pengangkatan Pertama) – 1617 – 1618 1517 923
2 Suleiman I (Suleiman yang Agung) – 1520 – 1566 1520 926
3 Selim II – 1566 – 1574 1566 974
4 Murad III – 1574 – 1595 1574 982
5 Mehmed(Muhammed) III – 1595 – 1603 1595 1003
6 Ahmed I – 1603 – 1617 1603 1012
8 Osman II – 1618 – 1622 1618 1027
9 Mustafa I (Pengangkatan Kedua) – 1622 – 1623 1622 1031
10 Murad IV – 1623 – 1640 1623 1032
11 Ibrahim I – 1640 – 1648 1640 1050
12 Mehmed (Muhammed) IV – 1648 – 1687 1648 1058
13 Suleiman II – 1687 – 1691 1687 1098
14 Ahmed II – 1691 – 1695 1691 1102
15 Mustafa II – 1695 – 1703 1695 1107
16 Ahmed III – 1703 – 1730 1703 1115
20 Abd-ul-Hamid I – 1774 – 1789 1714 1126
17 Mahmud I – 1730 – 1754 1730 1143
18 Osman III – 1754 – 1757 1754 1167
19 Mustafa III – 1757 – 1774 1757 1170
21 Selim III – 1789 – 1807 1789 1203
22 Mustafa IV – 1807 – 1808 1807 1222
23 Mahmud II – 1808 – 1839 1808 1223
24 Abd-ul-Mejid I – 1839 – 1861 1839 1255
25 Abd-ul-Aziz – 1861 – 1876 1861 1278
26 Murad V – 1876 1876 1293
27 Abd-ul-Hamid II – 1876 – 1909 (secara aktif menggunakan gelar khalifah) 1876 1293
Catatan: Sejak 1908 sistem pemerintahan Islam berakhir. 1908 1326
1 Mehmed(Muhammed) V – 1909 – 1918 1909 1327
2 Mehmed (Muhammed)VI – 1918 – 1922 1918 1337
3 Abdul Mejid II – 1922 – 1924; hanya sebagai khalifah (Kepala negara: Gazi Mustafa Kemal Pasha Ataturk) 1922 1341
CATITAN * TAHUN HIJRAH DIKIRA SECARA  KASAR MENGIKUT FORMULA = (TAHUN y  -622)BAHAGI(32 DARAB 33)