Imam Bukhari: Hadis Aisyah r.a Akil Baligh Petunjuk Umur Semasa Berkahwin

Imam Bukhari: Aisyah r.a Akil Baligh Sejak Abu Bakar r.a  Memeluk Islam.

Scan Halaman 173

Scan Halaman 173

Semasa menekuni kitab  Terjemahan Hadis Sahih Bukhari Jilid 1 , Penerbit Klang Book Center, Halaman 173, ada sesuatu yang menarik pada hadis nombor 283, terjemahannya seperti berikut:

283. ‘Aisyah r.a, isteri Nabi saw. berkata:

“Semenjak aku tahu kedua orang tuaku telah memeluk Islam, semenjak aku mulai akil balightiada satu hari pun kami lewati, melainkan Rasulullah saw. datang mengunjungi kami di kedua tepi siang, maupun petang. Kemudian ayahku, Abu Bakar, teringat hendak mendirikan sebuah mesjid, maka dibuatnya di halaman rumah kami. Ayahku shalat dan membaca Qur’an di mesjid itu. Мака para wanita musyrik dan anak-anak mereka berdiri di sekitarnya, mereka tercengang melihat ayahku dan memperhatikannya. Abu Bakar, ayahku, seorang laki-laki yang mudah mcnangis dan tidak dapat menguasai air matanya apabila beliau membaca A1 Quran. Hal itu menyebabkan para bangsawan musyrikin Quraisy gempar karenanya.”

 Berapakah umur Ibunda kita Aisyah r.a. ketika itu? Tahun berapakah berlaku kisah itu?

Kamus Pelajar DBP menyebut akil baligh sebagai:

 “cukup umur atau dewasa (mengikut pandangan Islam, biasanya apabila mencapai umur antara 9 – 12 tahun bagi perempuan dan 12 – 15 tahun bagi lelaki)”.

Tahun berapakah ketika itu?

Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w berada 13 tahun di Makkah selepas kerasulan, lalu berhijrah ke Madinah. Baginda berada di Madinah selama 10 tahun sebelum wafat pada umur 63 tahun.

Abu Bakar r.a adalah diantara sahabat rapat paling awal memeluk Islam. Ini bermakna Abu Bakar r.a masuk Islam pada tahun pertama kerasulan atau pada tahun 13 Sebelum Hijrah.

Berapakah umur Ibunda Aisyah r.a  ketika berkahwin dan tinggal bersama serumah dengan Nabi s.a.w? Riwayat sejarah menyebut mereka tinggal serumah selepas hijrah. Ada menyebut pada bulan Syawal tahun pertama Hijrah dan ada menyebut bulan Syawal tahun kedua Hijraah. Jika riwayat mereka mula tinggal serumah selepas berkahwin pada tahun pertama Hijrah, bermakna umar Ibunda Aishah r.a ialah 9 + 13 = 22 tahun, dengan mengambil kira umur paling rendah pada masa akil baligh.

Daripada hadis di atas saya yakin  dan berkesimpulan Ibunda Aisyah tidak berkahwin dengan Nabi s.a.w pada umurnya 6 atau 8 atau 9  tahun tetapi pada umur lebih 20 tahun,

Ikuti  polimik pemurnian usia Ibunda Aisyah r.a  ketika berkahwin dengan nabi  s.a.w di link berikut:

http://aburedza.wordpress.com/2011/07/16/mohammad-habibur-rahman-kandhalwi-umur-saidatina-%E2%80%98aishah-sewaktu-bernikah-dengan-rasulullah-s-a-w/

Peperangan Yang Dipimpin Rasullullah s.aw. Dalam Bulan Syawal


Sekarang masih di dalam bulan Syawal 1432, bulan puasa Enam. Bulan Syawal adalah di antara bulan yang banyak berlaku peperangan yang dipimpin sendiri oleh Rasullulah s.a.w. Disenaraikan peperangan tersebut mengikut tahun Hijrah Rasullullah s.a.w :

Tahun 2 Hijrah

1. Perang Bani Sulaim.

2. Perang Bani Qainuqa

Tahun 3 Hijrah

1. Perang Uhud

2. Perang Hamra’ al-Asad

Tahun 5 Hijrah

1. Perang Al-Ahzab

2. Perang Bani Quraizhah

Tahun 8 Hijrah

1. Perang Hunain

2. Perang Tha’if

3. Perang Tabuk  – perang terakhir dipimpin baginda Rasul s.a.w

20 Ramadan Tahun 8 Hijrah : Pembukaan Kota Mekah

Pembukaan Kota Mekah adalah lanjutan dari Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 6 Hijrah. Apabila perjanjian tersebut di mungkiri, maka serangan keatas Kota Makah perlu di buat.

Ibn al-Qaiyim telah menyebut[1]:

“lanya satu pembukaan teragung yang dengannya Allah memuliakan agamanya, RasulNya, tenteraNya dan partiNya yang beramanah, dengannya juga Allah telah menyelamatkan negeri-negeriNya dan rumahNya yang telahpun ditetapkan sebagai tempat hidayah untuk seluruh alam, menyelamatkan dari tangan-tangan kafir dan musyrikin, ianya pembukaan yang turut bergembira olehnya penghuni-penghuni langit, lanjutan kemuliaannya melimpah ke angkasa cakerawala hingga dengannya maka berduyun-duyunlah manusia menganut agamaNya, hingga denganNya wajah bumi terukir seribu senyuman mekar”.

Nabi s.a.w melantik Abu Dzar  al-Ghifari[2]  atau Kultsum ibn Husain[3]  atau Abu Rahm al-Ghaffari[4]  atau lebih lengkapnya Abu Rahm, Kultsum bin Husain bin ‘Utbah bin Khalaf Al-Ghifari[5]   sebagai pengantinya di Madinah.

Jumlah tentera kaum muslimin : 10,000 orang

Pemimpin kaum musyrikin Mekah ialah Abu Sufian Bin Harb.

Rasullullah s.a.w memasuki kota Mekah dengan berpecah kepada 5 pasukan tentera yang dipimpin oleh Baginda s.a.w sendiri, Khalid bin Walid, Qais bin Saad bin Ubadah, Zubair bin al Awam dan Abu Ubadah bin Al Jarah.

Rasullullah s.a.w memasuki Kota Mekah dan Masjidil Haram, lalu menuju ke Hajar Aswad dan tawaf di kelililing kaabah. Di kaabah terdapat 360 berhala dan Baginda menghancurkannya.

Maksud Firman Allah:

Dan katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.” Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap – QS al Isra 17:81

Katakanlah: “Kebenaran telah datang dan yang batil itu tidak akan memulai dan tidak (pula) akan mengulangi[6] – QS Saba 34:49

Baginda s.a.w kemundian mengambil kunci Kabah daripada Utsman bin Thalhah dan memasukinya, membersihkan lalu sembahyang di dalamnya.

Selanjutnya kaum Muslimin pun membersikan seluruh Masjidil Haram, dan kaum Muslimin menguasai sepenuhnya …. dan berbondong-bondong pula penduduk Makah mengucapkan sahadah.

Maksud firman Allah:

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,

dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,

maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.[7]  – QS an-Nashr 110:1-3

Rasullullah menetap selama 15 hari di Makah sebelum berangkat pulang ke Madinah.

 

Rujukan dan Nota Kaki:


[1] Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy – al Raheeq al Makhtum

[2]  Atlas Perjalanan Hidup Rasullah – Sami Abdullah al Maghluts

[3]  Fiqh al Sirah –Ramadan al Buti

[4]  Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy – al Raheeq al Makhtum

[5]  Biografi Rasullah S.A.W – Dr. Ali Muhamad As-Salabi

[6]  Maksudnya ialah apabila kebenaran sudah datang maka kebatilan akan hancur binasa dan tidak dapat berbuat sesuatu untuk melawan dan meruntuhkan kebenaran itu.

[7]  Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa ketika Rasulullah saw. masuk kota Makkah pada waktu Fathu Makkah, Khalid bin Walid diperintahkan memasuki Makkah dari jurusan dataran rendah untuk meggempur pasukan Quraisy (yang menyerangnya) serta merampas senjatanya. Setelah memperoleh kemenangan maka berbondong-bondonglah kaum Quraisy masuk Islam. Ayat ini (S.110:1-3) turun berkenaan dengan peristiwa itu sebagai perintah untuk memuji syukur dengan me-Maha Sucikan Allah atas kemenangannya dan meminta ampunan atas segala kesalahan.
Diriwayatkan oleh Abdurrazzaq di dalam kitab al-Mushanaf dari Ma’mar yang bersumber dari az-Zuhri.)

8. Terjemahan al Quran Depag RI

17 Ramadan: Memperingati Badar al Qubra

Pada 12 Ramadan Tahun 2 Hijrah, Rasullullah s.a.w berangkat bersama para sahabat menuju Badar. Ekspedisi ini  berakhir dengan peperangan Badar al Kubra pada 17 Ramadan.

Perang Badar al Kubra adalah peperangan yang terkenal didalam sejarah Islam. Perang ini juga di kenali  Perang Badar al Uzhma, Perang Badar al Qital dan Perang Badar al Furqan. Peperangan ini adalah peperangan yang membedzakan antara yang benar dan yang batil, iaitu diantara yang beriman dengan yang menyegutukan Allah.

Badar terletak di laluan Syam-Mesir berdekatan  pantai Laut Merah , 155 km dari Madinah dan 310 km dari Makah.

Lokasi Badar juga di kaitkan dengan Peperangan Badar Pertama (Perang Safwan) pada pada Jamadil Akhir 2Hijrah dan Peperangan Badar al Mauid pada Dzul Qaedah 4 Hijrah, iaitu lanjutan peperangan Uhud tahun 3 Hijrah.

Peperangan Badar terjadi selepas pihak perisik Rasullah s.a.w mendapat khabar Kafilah Dagang Abu Sufian dalam perjalan pulang dari Syam ke Mekah. Kafilah ini perlu dipintas dan disekat. Abu Sufian pula apabila melalui berhampiran Madinah juga membuat risikan keselamatan perjalanan. Apabil ia mengetahui rancangan kaum Muslimin akan membuat sekatan, ia pun menghantar berita dan memohon pertolongan musryikin Mekah.

Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy India Pemenang Hadiah Pertama Pertandingan Seerah Rabitah Alam Islam, Mekkah, di dalam kitabnya al Raheeq al Makhtum, menceritakan tentang kafilah Abu Sofian ini:

Kafilah Abu Sufian itu sarat dengan harta dan barangan penduduk Makkah, terdiri dari seribu ekor unta penuh dengan muatan dan harta benda, dianggarkan tidak kurang dari lima puluh ribu dinar emas, pengawal hanya empat puluh orang sahaja. Inilah peluang keemasan yang harus diambil kesempatan untuk tentera Madinah, dan pukulan tepat pada sasaran ketenteraan, politik dan ekonomi terhadap musyrikin sekiranya semua harta ini dapat dirampas dari tangan mereka. Dengan itu Rasulullah mengisytiharkan kepada kaum muslimin dengan sabdanya yang bermaksud: “Ini dia kafilah Quraisy yang penuh dengan harta mereka, ayuh keluarlah kamu semoga Allah menjadikannya sebagai harta rampasan untuk kamu.”

Rasulullah melantik Ibnu Ummi Maktum sebagai pengantinya untuk mengendali urusan di Madinah dan solat. Tetapi setibanya Rasulullah di suatu tempat, Rasulullah menghantar balik Abu Lubabah bin al-Munzir untuk mengendalikan urusan pentadbiran Madinah. Dalam ekspidisi ini baginda telah melantik Mus’ab bin Umair untuk membawa Panji Rasullah.

Jumlah tentera kaum Muslim ialah seramai  tiga ratus tiga belas orang (313 atau 314 atau 317 orang) 82 Muhajirin (83 atau 86 orang) al-Aws seramai 61 orang dan 170 orang al-Khazraj. Gambaran persediaan tentera kaum muslimin oleh  di dalam Kitab Sirah al Raheeq al Maktum seperti berikut:

… mereka tidaklah begitu bersiap sangat dan tidaklah membawa peralatan yang selengkapnya, tunggangan mereka hanya dua ekor kuda, kuda al-Zubair bin al- Awwam dan kuda al-Miqdad bin al-Aswad al-Kindi, manakala unta bersama mereka hanya tujuh puluh ekor yang ditunggang secara bergilir untuk dua atau tiga orang, Rasulullah bergilir dengan Ali dan Mirthad bin Abi Mirthad al-Ghanawi dengan seekor unta.

Abu Sofian, apabila mengetahui kaum Muslimin akan membuat serangan telah mengelak dari bertembung dengan kaum Muslimin. Kemudian apabila beliau merasa selamat, beliau telah memberitahu tentera Makah supaya berpatah balik.

Tentera musrikin Makah dibawah pimpinan Abu Jahal, seramai 950 orang, bagaimanapun tidak mahu berpatah balik dan berhajat bertemu pasukan Muslimin. Maka pada 17 Ramadan Tahun 2 Hijrah berlakulah perang Badar al Kubra. Ramadan al Buti di dalam Fiqh al Sirah melukiskan:

Menjelang pagi Jumaat (17 Ramadan) Tahun ke 2 Hijrah peperangan antara Musyrikin dan Muslimin pun bermula. Untuk memulakannya Rasulullah mengambil segenggam  anak-anak batu dicampakkan ke arah Quraisy sambil berkata: Binasa sekelian muka ……… dihembuskan ke arah mereka, kerana itu tidak seorang pun tidak kena malahan mata mereka dipenuhi pasir dan Tuhan pun memberikan pertolongannya dengan saff para malaikat a.s  yang turut berperang di samping mereka.

Peperangan pun selesai dengan kemenangan di pihak Muslimin di mana 70 handalan Musrikin terbunuh dan 70 pula tertawan ke tangan Muslimin berbanding dengan 14 Muslimin yang mati sahid.

Daripada 14 orang sahid tersebut, 6 orang adalah Muhajirin dan 8 dari Anshar ( iaitu 6 adri suku Khazraj dan 2 dari suku Aus )

Maksud Firman Allah:

Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: “Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.”    – Surah al Anfal :9

Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Karena itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya. – Surah Ali Imran: 123

_____________________

Rujukan:

Kitab Sirah al Raheeq al Maktum

Atlas Perjalanan Hidup Rasullah – Sami Abdullah al Maghluts

As Sirah An Nabawiyah – Syikh Muhamad Mutawalli Sya’rawi

Fiqah al sirah – Ramadan al Buti

Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam

Surat Nabi s.a.w Kepada Kisra Parsi

Surat Nabi s.a.w Kepada Kisra Parsi

1. Pada zaman Nabi s.a.w  terdapat dua kerajaan besar dunia, iaitu Parsi dan Rom. Kedua kerajaan tersebut sering bertelagah dan terjadi kalah dan menang. Maksud Firman Allah :

Telah dikalahkan bangsa Rumawi, di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang, dalam beberapa tahun (lagi). Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). Dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman. (QS.Ar Rum 2-4)

2. Selepas perjanjian Hudaibiyah rombongan Nabi s.a.w kembali ke Madinah. Rasullah s.a.w merasai Islam semakin kuat dan berkemampuan untuk menyebar luas dakwah Islam. Akhirnya baginda s.a.w berpendapat akan mengutus orang-orang kepada Heraklius Penguasa Rom, Kisra Parsi, Muqauqis1, Najasyi (Negus) di Abisinia, kepada Harith al-Ghassani dan kepada penguasa Kisra di Yaman.

3. Surat kepada Heraklius itu kemudian dibawa oleh Dihya b. Khalifa, surat kepada Kisra dibawa oleh Abdullah b. Hudhafa, surat kepada Najasyi oleh ‘Amr b. Umayya, surat kepada Muqauqis oleh Hatib b. Abi Balta’a, surat kepada penguasa Oman oleh ‘Amr bin’l-‘Ash, surat kepada penguasa Yamama oleh Salit b. ‘Amr, surat kepada raja Bahrain oleh al-‘Ala bin’l-Hadzrami, surat kepada Harith al-Ghassani, raja perbatasan Syam, oleh Syuja’ b. Wahb, surat kepada Harith al-Himyari, raja Yaman[1], oleh Muhajir b. Umayya.[2]

Surat Nabi s.a.w Kepada Kisra Parsi

Gambar di atas dipetik dari : Surat-Surat Rasullah s.a.w Oleh Sultan Ahmed Qureshi – Jahabersa m.s 77

4. Surat Rasullah s.a.w kepada Kisra Parsi Khusro Perwez seperti berikut :


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dari Muhammad Rasul Allah kepada Kisra, Raja Farsi.

Semoga salam ke atas mereka yang mengikuti petunjuk, beriman kepada Allah dan NabiNya. Saya bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Allah, yang Maha Esa dan tiada sekutu bagiNya dan Muhammad adalah hamba dan rasulNya. Allah telah menjadikan Saya nabi dan menghantar Saya ke seluruh alam, supaya saya dapat semaikan ketakutan kepada Allah kepada setiap orang. Terimalah Islam dan terselamat. Jika kamu enggan, segala dosa Zaorastrian akan menjadi tanggungjawab kamu. (Sirah Tabari, jilid 3, ms 90 dan Sahih Bukhari) [3]

5. Lanjutan surat tersebut Sultan Ahmed Qureshi dalam kitabnya Surat-surat Rasullah  telah menghuraikan[4]:

…. Khusrau Perwez telah memerintahkan ‘Bazan’ Gabenor Yaman untuk menangkap Nabi s.a.w. dan membawanya ke istananya. Bazan telah menugaskan Baboya dan Khar Khasra ke Madinah untuk menjalankan tugas itu. Keduanya muncul di hadapan Nabi s.a.w. dan dengan hormatnya menyatakan bahawa Maharaja Khusrau telah menghantar untuk membawa baginda ke sana. Beliau seterusnya menerangkan bahawa jika perintah Maharaja tidak ditunaikan, Kisra akan memusnahkan baginda dan negaranya. Kedua-dua utusan Bazan terkejut apabila mereka mendengar Nabi s.a.w. bersabda,

“Nasib telah bertukar bagi raja kamu. Khusro telah dibunuh olah anaknya sendiri, Sheroya. Kamu bawalah mesej kepada tuan kamu. Juga beritahunya bahawa ia akan mengetahui nanti bahawa kerajaan Islam akan berkembang hingga ke ibu negara Kerajaan Kisra”.

Benarlah apa yang diucapkan oleh Baginda s.a.w. bahawa Kaisar Rom ‘telah mengalahkan Khusro dan tumbukan tentera Bizantin telah sampai hampir ke ibu negara Iran. Pada masa itu masalah timbul pada keluarga Khusro yang telah dijadikan tawanan oleh anaknya Sheroya.

Dinyatakan dalam Sirah Tabari bahawa Sheroya telah membunuh bapanya pada malam 13hb. Jamadil Awal 7 Hijrah iaitu 628Masihi. Utusan-utusan Gabenor Yaman sangat terkesan dengan apa yang mereka lihat dari akhlak dan sifat baginda s.a.w. yang suci murni itu, cara hidup baginda yang sangat sederhana dan para saha­batnya. Apabila sampai di Yaman, mereka menyampaikan tanggapan mereka dan ramalan Nabi s.a.w .. Bazan juga amat terpengaruh dengan percakapan ini dan ia pun berkata:

“Dengan cakapnya, beliau kelihatannya bukanlah seorang raja dunia ini, tetapi pastilah seorang Nabi Allah. Kita harus tunggu dan memastikan kenabiannya”.

Apabila Baboya dan Khar Khasra kembali ke Yaman, Bazan telah menerima satu mesej dari Sheroya bahawa Khusro telah dibunuh disebabkan oleh perbuatannya yang sangat zalim. la juga mengarahkan bahawa Nabi Arab s.a.w. itu jangan dicampuri urusannya. Akhirnya, Bazan telah yakin dengan kebenaran Nabi s.a.w. dan beliau telah memeluk Islam, bersama-sama dengan ramai orangnya. (Sirah Tabari, Jilid 3, m.s 91)

Di sebalik hakikat bahawa surat suci itu yang ditujukan kepada Khusrau Perwez dikoyakkan, adalah satu mukjizat bahawa ia bertahan selama seribu tiga ratus tahun. Kelihatan apabila Khusro mengoyak dan mem­buangnya, seseorang telah memungutnya dan perlahan­lahan sampai kepada satu keluarga Kristian di Lebanon dan akhirnya ditemui oleh bekas Menteri Luar Lebanon, Henry Pharaoh. Para pengkaji yang memeriksa surat itu dengan terperinci mengesahkan bahawa ia merupakan surat asli yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w. kepada Khusro Perwez.

6. Az-Zuhri berkata[5]: “Sewaktu berita kematian Kisra sampai ke pengetahuan Bazan, ia pun menghantar utusan kepada Rasulullah (s.a. w.) untuk menyatakan ke Islamannya dan dituruti dengan masuk Islamnya para pengikutnya dari kalangan orang Parsi. Para utusan Bazan dari kalangan orang Parsi tersebut berkata kepada Rasulullah (s.a.w.): “Kepada siapakah kami hendak digolongkan?” Baginda menjawab: “Kalian adalah tergolong dari kami (kaum Muslimin) dan kepada kami Ahli Bait (keluarga Rasulullah).”

_________________________

[1] Saya tidak pasti hubungan raja ini dengan Bazan Gabnor Kisra Parsi, atau mungkinkah ia orang yang sama?

[2] Sejarah Hidup Muhammad s.a.w – Haekal MS 457

[3] Surat-Surat Rasullah s.a.w Oleh Sultan Ahmed Qureshi – Jahabersa m.s 76

[4] Surat-Surat Rasullah s.a.w Oleh Sultan Ahmed Qureshi – Jahabersa m.s 32

[5] Sirah Nabawiyah  Ibnu Hisyam – Pustaka Dini Jld 1 ms. 94

Jawaban Nabi s.a.w. Kepada Kemarahan Ansar Selepas Perang Hunain

Jawaban Nabi s.a.w. Kepada Kemarahan Ansar Selepas Perang  Hunain

Tindakan Muhammad s.a.w. memberikan rampasan perang yang cukup banyak kepada golongan mualaf penduduk Mekah , setelah Mekah dibebaskan dan sesudah perang Hunain dan Ta’if , telah menjadi bahan pembicaraan kalangan Ansar:

“Rasulullah s.a.w. telah bertemu dengan masyarakatnya sendiri,” kata mereka.

Setelah hal ini disampaikan kepada Nabi, dimintanya Sa’d bin Ubadah — pemimpin Khazraj — mengumpulkan mereka. Sesudah mereka berkumpul kata Nabi s.a.w. kepada mereka:

“Saudara-saudara kaum Ansar. Ada desas-desus disampaikan kepadaku, yang merupakan perasaan yang ada dalam hati kamu terhadap diriku, bukan? Bukankah kamu dalam kesesatan ketika aku datang lalu Allah membimbing kamu? Kamu dalam kesengsaraan lalu Allah memberikan kecukupan kepada kamu, kamu dalam permusuhan, Allah raempersatukan kamu?”

Mendengar itu Ansar hanya menekur, dan jawaban mereka hanyalah:

“Ya benar. Allah dan Rasulullah juga yang lebih bermurah hati.”

Nabi s.a.w. bertanya lagi:

“Saudara-saudara Ansar, kamu tidak menjawab kata-kataku!”

Mereka masih menekur, dan tak lebih hanya mengatakan:

“Dengan apa harus kami jawab, ya Rasulullah? Segala kemurahan hati dan kebaikan ada pada Allah dan Rasul-Nya juga.”

Mendengar jawaban itu Rasulullah berkata lagi:

“Ya, sungguh, demi Allah. Kalau kamu mau, tentu kamu masih dapat mengatakan — kamu benar dan pasti dibenarkan — “Engkau datang kepada kami didustakan orang, kamilah yang mempercayaimu, engkau ditinggalkan orang, kamilah yang menolongmu; engkau diusir, kamilah yang memberimu tempat; engkau dalam sengsara, kami yang menghiburmu.”

Kata-kata itu diucapkan oleh Nabi  s.a.w. dengan jelas sekali dan penuh keharuan. Kemudian katanya lagi:

“Kamu marah, Saudara-saudara Ansar, hanya karena sekelumit harta dunia yang hendak kuberikan kepada orang-orang yang perlu diambil hatinya agar mereka sudi masuk Islam, sedang keislamanmu sudah dapat dipercaya. Tidakkah kamu rela Saudara-saudara Ansar, apabila orang-orang itu pergi membawa kambing, membawa unta, sedang kamu pulang membawa Rasulullah ke tempat kamu?

Demi Dia Yang memegang hidup Muhammad! Kalau tidak karena hijrah, tentu aku termasuk orang Ansar. Jika orang menempuh suatu jalan di celah gunung, dan Ansar menempuh jalan yang lain, niscaya aku akan menempuh jalan Ansar. Allahumma ya Allah, rahmatilah orang-orang Ansar, anak-anak Ansar dan cucu-cucu Ansar.”

Begitu terharu orang-orang Ansar mendengar kata-kata Nabi yang keluar dari lubuk hati yang ikhlas diucapkan dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang, terutama kepada mereka yang dulu pernah memberikan ikrar, pernah memberikan pertolongan dengan satu sama saling memberikan kekuatan — sehingga orang-orang Ansar itu menangis seraya berkata:

“Kami rela dengan Rasulullah sebagai bagian kami.”

Pemberian harta rampasan perang Hunain kepada golongan mualaf bukan yang pertama kali menimbulkan kegelisahan dalam hati orangorang  Ansar. Kegelisahan demikian sudah pernah timbul tatkala Mekah dibebaskan.

Mereka melihat Rasulullah berdiri di Safa sambil berdoa, dan ketika mereka melihatnya sedang menghancurkan berhala-berhala, yang dalam suatu hari berhasil diselesaikannya apa yang diserukannya selama dua puluh tahun. Sekarang terbayang oleh mereka bahwa ia pasti meninggalkan Medinah, kembali ke tempat tumpah darah semula.

Mereka berkata satu sama lain:

“Bagaimana pendapatmu, setelah Allah memberi kemenangan, akan menetapkah Rasulullah di negerinya sendiri?”

Setelah Muhammad mengetahui rasa kekhawatiran itu, ia langsung berkata:

“Berlindunglah kita kepada Allah! Hidup dan matiku akan bersama kamu.”

Peristiwa di atas dirakamkan oleh  Dr. Muhammad Husain Haekal di dalam Bukunya Abu Bakar as Sidiq adalah  bersesuaian dengan hadis berikut :

  • Hadis riwayat Abdullah bin Zaid ra.:
    Bahwa Rasulullah saw. membagi-bagikan harta rampasan perang ketika memenangkan perang Hunain . Beliau memberi orang-orang yang hendak dibujuk hatinya (orang yang baru masuk Islam). Lalu sampai berita kepadanya bahwa orang-orang Ansar ingin mendapatkan seperti apa yang diperoleh oleh mereka. Maka Rasulullah saw. berdiri menyampaikan pidato kepada mereka. Setelah memuji dan menyanjung Allah, beliau bersabda: Hai orang-orang Ansar, bukankah aku temukan kalian dalam keadaan sesat, lalu Allah menunjuki kalian dengan sebab kau? Bukankah aku temukan kalian dalam keadaan miskin, lalu Allah membuat kalian kaya dengan sebab aku? Bukankah aku temukan kalian dalam keadaan terpecah-belah, lalu Allah mempersatukan kalian dengan sebab aku? orang-orang Ansar menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih berhak mengungkit-ungkit. Kemudian beliau bersabda: Mengapa kalian tidak menjawabku? Mereka berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih berhak mengungkit-ungkit. Beliau bersabda: Kalian boleh saja berkata begini dan begini pada masalah begini dan begini. (Beliau menyebutkan beberapa hal. Amru, perawi hadis mengira ia tidak dapat menghafalnya). Selanjutnya beliau bersabda: Tidakkah kalian rela jika orang lain pergi dengan membawa kambing-kambing dan unta dan kalian pergi bersama Rasulullah ke tempat kalian? Orang-orang Ansar itu bagaikan pakaian dalam dan orang lain seperti pakaian luar (maksudnya orang Ansarlah yang paling dekat di hati Nabi saw.) Seandainya tidak ada hijrah, tentu aku adalah salah seorang di antara golongan Ansar. Seandainya orang-orang melalui lembah dan lereng, tentu aku melalui lembah dan celah orang-orang Ansar. Kalian pasti akan menemukan keadaan yang tidak disukai sepeninggalku. Karena itu, bersabarlah kalian hingga kalian bertemu denganku di atas telaga (pada hari kiamat). (Shahih Muslim No.1758)
  • Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra., ia berkata:
    Ketika hari perang Hunain , Rasulullah saw. mengutamakan beberapa orang dalam pembagian. Beliau memberi Aqra` bin Habis seratus ekor unta, memberikan kepada Uyainah dan beberapa para memuka Arab. Ketika itu beliau saw. mengutamakan mereka dalam pembagian. Lalu seseorang berkata: Demi Allah, sungguh ini adalah pembagian yang sama sekali tidak adil dan tidak dikehendaki Allah. Aku (Abdullah) berkata: Demi Allah, aku pasti akan menyampaikannya kepada Rasulullah saw. Aku datang kepada Rasulullah saw. dan memberitahu beliau tentang ucapan orang tersebut. Mendengar itu, wajah beliau berubah kemerah-merahan, kemudian bersabda: Siapa lagi yang dapat berbuat adil, jika Allah dan Rasul-Nya tidak berbuat adil? Kemudian beliau melanjutkan: Semoga Allah memberikan rahmat kepada Nabi Musa. Dia telah disakiti hatinya (oleh kaumnya) lebih banyak dari ini, tetapi ia tetap sabar. Aku berkata: Sesudah ini aku tidak melaporkan pembicaraan apapun kepada beliau. (Shahih Muslim No.1759)