Siapa Paulus

Paulus

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Paulus ialah tokoh penting dalam agama Kristian. Nama asalnya ialah ‘Saul’ , merupakan hawari bagi agama Kristian. Paul atau Paulus adalah gelarannya.

Michael H. Hart dalam dalam buku 100 Orang Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah meletakkan Paulus di tempat ke-6 selepas Nabi Muhammad dan Jesus/Nabi Isa.[1]

Biodata

Paulus adalah seorang Yahudi dan lahir di Tarsus , di tanah Kilikia, berguru dengan Gamaliel. Gamaliel ialah seorang fakih yang dihormati segenap kaum itu dan ia seorang Farsi. Paulus sendiri menyatakan dirinya keturunan Rom. Paulus mati pada 64 m , di zaman Kaisar Nero . ( []Kisah Rasul-Rasul]] 22;2-3 ; 5:43 ; 22: 28 ; 7 : 55 ). Tarsus terletak di Istanbul / Constantinople ,Turki kini.

Riwayat hidup Paulus diceritakan panjang lebar dalam Kisah Rasul-Rasul. Isi Kitab Rasul-Rasul ini menceritakan segala ajaran dan kisah yang berhubungan dengan Paulus dan hal-hal ajaib yang telah dikerjakannya.

Sarjana Kristian menyatakan Kisah Rasul-Rasul ini dikarang oleh Lukas , seorang pengikut Paulus. Lukas adalah tabib yang disayangi oleh Paulus. Injil Lukas juga ditulis oleh Lukas. Oleh itu, tidak hairan jika pengikut Paulus memuji -muji Paulus. [2]

Paulus memasukkan ajaran Philo

Paulus telah menyelit dan memasukkan fahaman dan ungkapan baru ke dalam gereja. Antaranya ialah ‘Anak sulung Tuhan , Pengantara antara Tuhan dan manusia , Gembala yang baik, Bayang-bayang Tuhan, Roti kehidupan , Yang suci , Kurnia Tuhan kepada manusia selaku penebusan dosanya , Imam Besar, Tuhan yang kedua , Pemberi air hidup yang kekal , Yang duduk di sebelah kanan Tuhan , Tuhan satu yang bersifat tiga, Yang anak itulah yang kedua daripada tiga-tiga yang suci.

Semua ungkapan baru ini amatlah nyaman dan aneh didengar tetapi ramai tidak memahaminya .

Philo ialah ahli falsafah yang hidup 100 tahun lebih awal daripada penulis-penulis Injil. Paulus dikatakan murid Philo dan Plato , bukan murid Jesus. [3].

Ajaran Paulus menjadi sumber Ajaran Jesus

Paulus dikatakan banyak menulis surat kepada pelbagai pihak. 14 surat-surat Paulus telah ditetapkan sebagai kanon . 2 kitab iaitu Injil Lukas dan Kisah Rasul-Rasul dijadikan kanon juga. Oleh itu jadilah ajaran-ajaran yang bersumberkan Paulus menjadi ajaran-ajaran agama Kristian yang selanjutnya disebut ajaran-ajaran Jesus.

Paulus menyelewengkan ajaran Jesus

Paulus adalah seorang yang amat memusuhi agama yang diajarkan oleh Jesus dan para pengikutnya. Dia tidak belajar kepada Jesus sendiri. Kemudian tiba-tiba dia mengaku bertaubat dan mengaku pula menjadi rasul Jesus. Paulus mendakwa berjumpa dengan Jesus di pertengahan jalan ke Damsyik lalu bertaubat dan dilantik sebagai rasul. Damsyik ialah ibu negara Syria kini.

Akhirnya bagi orang Kristian , Paulus diakui sebagai rasul Jesus yang dipenuhi Roh Kudus. Empat belas surat keterangannya dimasukkan dalam golongan kitab-kitab Perjanjian Baru dan dianggap sebagai kanon dan kitab suci.

Ramai pengakaji mendakwa Paulus sebagai penyeludup ke dalam agama Kristian dan mengaku menjadi pengikut Jesus untuk menyelewengkan Kristian dari dalam, ,mengubah isi dan bentuk ajaran Kristian yang asli. Pengkaji mendakwa dasar-dasar Kristian sekarang adalah hasil bikinan Paulus , bukan ajaran Jesus.

St Barnabas dalam Injil Barnabas mendakwa Paulus termasuk golongan sesat . Dia melihat ramai orang yang mengajarkan pengajaran yang mengkafirkan, mengatakan Al Masih sebagai anak Allah, menghapuskan bersunat yang diperintahkan oleh Allah untuk selama-lamanya dan menghalalkan semua daging yang najis. (Barnabas Pendahuluan 1-9 ; pasal 222:1-6).

Paulus menzalimi pengikut Kristian

Paulus mulanya sangat memusuhi agama yang dibawa oleh Jesus dan pengikutnya.

Saul / Paulus menyebarkan ugutan bunuh terhadap sesiapa yang menganut agama Kristian. Paulus mendapat surat-surat kuasa daripada Imam Besar Yahudi di negeri Damsyik . Jika ditemui lelaki dan perempuan berugama Kristian akan diikat dan dibawa ke Jerusalem. ( Kisah Rasul-Rasul 9:1-2)

Paulus mendakwa dirinya telah bertaubat

Tiba-tiba Paulus mendakwa dirinya bertaubat ketika dalam perjalanan ke Damsyik untuk menangkap dan memenjara pengikut Kristian .

Ini kerana Paulus telah berjumpa dengan Jesus orang Nazaret berhampiran kota Damsyik. Di sana, Ananias seorang yang percaya kepada Yesus mencadangkan Paulus dibaptiskan, menyucikan diri dan menyeru nama Jesus. ( Kisah Rasul-Rasul pasal 22: 6-21).

Paulus mengaku menjadi rasul

Setelah kejadian bertemu Jesus seperti di atas, Paulus mengaku menjadi rasul Jesus. Sedangkan Jesus tidak pernah diketahui orang telah melantik/mengangkat Paulus menjadi rasul. Hanya Paulus menyatakan dirinya telah diangkat Jesus menjadi rasul.

Dirinya tidak kurang daripada rasul-rasul yang utama. Selepas kejadian di atas, Paulus cuba hendak berkawan dengan murid-murid Jesus tetapi mereka takut kepadanya dan tidak percaya Paulus adalah murid Jesus. Mereka tahu Paulus dari Tarsus itu amat bencikan Jesus dan murid-muridnya.

Tetapi St Barnabas mendekatinya dan membawa Paulus kepada murid-murid Jesus. Namun selepas itu Paulus berselisih pendapat dengan Paulus. (Korintus 11:5 ; Kisah Rasul-Rasul 9: 22-27 ; 15:39 )

Paulus mendakwa Injil yang diajarnya diterima langsung dari Jesus

Paulus sebenarnya tidak pernah berguru kepada Jesus dan tidak pernah berbicara dengan Jesus. Akan tetapi dia mengajar suatu Injil yang disebutnya diterima langsung daripada Jesus. ( Galatia 1:11-120)

Paulus sendiri mendakwa Injil yang diajarnya tidak diterima daripada rasul-rasul dan murid-murd Jesus. Tetapi diterima langsung daripada Jesus dengan perantaraan wahyu, sedangkan Jesus tidak ada lagi di kalangan mereka.

Bagi orang Islam, Jesus atau Nabi Isa hanyalah seorang Nabi bukan Tuhan.

Injil Paulus berbeza dengan injil-injil lain

Paulus menyatakan Injil yang dibawanya berlainan daripada Injil yang dibawa oleh guru-guru lain. ( Galatia 1:6-9) . Paulus amat marah melihat pengikut-pengikutnya berpaling kepada Injil lain.

Jesus pada Paulus sangat berbeza

Pada ketika itu ada guru-guru lain menceritakan riwatat Jesus yang berlainan daripada gambaran oleh Paulus .(2 Korintus 11:4-5). Paulus menyatakan dirinya tidak terkurang daripada ‘rasul-rasul yang utama’. Ini bermakna Paulus rasa tercabar dan dicabar oleh guru-guru lain yang turut mengajar tentang Injil.

Kisah Paulus taubat sangat berbeza-beza

Drs M.E Duyverman menyatakan terdapat pertentangan nyata antara Galatia pasal 1 dan 2 dengan Kisah Rasul-Rasul. Skar sekali menacari titik kesesuaian.[4]

Paulus dimusuhi oleh orang Yahudi

Paulus akhirnya menjadi orang yang amat dimusuhi oleh orang Yahudi dan mereka mahu membunuhnya. ( Kisah Rasul-Rasul 9:20-25). Sewaktu Paulus di Damsyik , Di dalam rumah sembahyang di Damsyik , Paulus menyebarkan berita bahawa Jesus itu anak Allah dan Jesus itu Kristus. Selang beberapa hari, orang-orang Yahudi berpakat mahu membunuhnya. Tetapi Paulus diselamatkan oleh murid-mujridnya dan dibawa ke Jerusalem.

Terjadi lagi perselisihan pendapat antara Paulus dan St Barnabas sehingga mereka berpisah. ( Kisah Rasul-Rasul 15:39). Paulus cuba berdamping dengan orang-orang kafir iaitu orang tidak berbangsa Israel.

Paulus mengaku dirinya rasul kepada orang-orang kafir

Jesus hanya disuruh mengembangkan Kristian kepada bangsa bani Israel yang ‘sesat’ ( Injil Matius 15:24, ). Jesus melarang murid-muridnya pergi mengajar kepada orang-orang kafir dan janganlah kamu masuk ke negeri Samaria.( Injil Matius 10:5-6).

Ayat yang menyatakan Jesus menyuruh mengajar juga kepada bukan bangsa Israel adalah ‘ayat tambahan’.(ms 61)

Akan tetapi Paulus mengakui dirinya sebagai pengikut Jesus telah pergi mengajar kepada orang-orang kafir ( Galatia 2:7-80. Bani Israel yang menganut agama Yahudi mengamalkan amalan bersunat. Sementara orang yang tidak bersunat dianggap sebagai kafir.

Paulus menghapuskan bersunat

Amalan bersunat amat penting dalam agama Yahudi. St Barnabas menyatakan Paulus telah menghapuskan amalan bersunat untuk selama-lamanya. Sedangkan amalan bersunat patut dikekalkan sebagai perjanjian kekal dengan Tuhan.( Kejadian 17:9-14).Sesiapa yang tidak bersunat dianggap cuba mengubah perjanjian Tuhan. Perintah ini dilakukan oleh anak cucu Nabi Ibrahim hingga ke hari ini. Jesus sendiri mengamalkan amalan bersunat .

Tetapi Paulus membatalkan amalan bersunat ( Galatia 5;20 , Lukas 2;21 , 1 Korintus 7:18-19). Paulus menyatakan hal itu kepada sidang rasul-rasul di Jerusalem pada tahun 48. ( Kisah Rasul-Rasul pasal 15). Paulus mencadangkan sunat digantikan dengan baptis dan kekal hingga ke hari ini. ( Kol 2:11,12)

Paulus menghalalkan daging yang najis

St Barnabas telah menceritakan Paulus telah menghalalkan daging yang najis ( Barnabas 6). Sebelumnya ada beberapa binatang yang najis dan tidak boleh dimakan seperti babi, bangkai dan lain-lain. ( Imamat pasal 11 dan Jchezkiel 4;14).

Tetapi Paulus telah menghalalkan babi , bangkai dan lain-lain ketika menghantar surat kepada orang-orang Rom.( Rom 14:4 dan 20 , Titus:1:15, 1 Korintus 6:12)

Jadi Paulus telah menghalalkan segala sesuatu yang najis dan dilarang makan dalam Perjanjian Lama. Golongan Kristian Adventis mempunyai pendapat tersendiri dalam hal ini.

Paulus membatalkan Taurat Musa

Jesus datang tidak hendak merombak hukum Taurat tetapi hendak menyempurnakannnya Sesiapa yang merombak hukum Taurat akan dipandang kecil di dalam kerajaan syurga ( Injl Matius 5:17-19).

Tetapi Paulus menganggap hukum Taurat itu telah dibatalkan kerana sangat lemah dan tidak berguna kepada manusia. ( Ibrani 7:18-19 ; Ibrani 8:7)

Pastor Rifai menyatakan Taurat itu terbahagi 2 :

Taurat Allah yang diucap dan ditulis Allah sendiri ( Keluaran 24:12, 31:18) . Dan Taurat Musa yang diucapkan dan ditulis oleh Nabi Musa sendiri ( Ulang 31: 1,2 9). Taurat Allah diletakkan dalam peti perjanjian ( Keluaran 25 : 16, 21, Ibrani 9: 2, 4). Dan Taurat Musa diletakkan di luar peti perjanjian . ( Ulangan 31:25,26). Taurat Musa sudah dihapuskan (Ibrani 10:1-6 . Taurat Allah ( 10 hukum ) itu kekal. (Matius 5 ; Mazmur 119:14, 165).

Paulus mengajarkan dosa waris

Paulus mengajarkan bahawa semua manusia adalah berdosa iaitu dosa yang diwariskan kepada mereka dari Adam , kerana Adam telah berdosa sebab memakan buah yang terlarang. (surat kiriman Paulus kepada orang Rum 5:12 dan 5:18) .

Tebus dosa manusia dengan darah dan pengorbanan Jesus

Paulus mengajarkan bahawa kematian Jesus di atas kayu salib adalah untuk penebusan dosa manusia. ( Surat Paulus kepada Epesus 1:7, Surat Paulus kepada orang Kolosi 1:140 , Surat Paulus kepada orang Ibrani 9:28, Epesus 5:2 , Galatia 1:-4).

Paulus mengajarkan Jesus sebagai pengantara

Paulus menyatakan jawatan Jesus adalah menjadi pengantara. ( Ibrani 8:6 ; 12:24 ).

Paulus mengajarkan Jesus bayangan Tuhan

Paulus mengajarkan bahawa Jesus menjadi bayangan Tuhan dan ia terlebih dahulu dari segala makhluk dan ia menjadikan segala sesuatu di langit dan di bumi. ( Kolose 1:15-17).

Ajaran Paulus berkembang di kalangan orang kafir

Akhirnya ajaran Paulus berkembang di kalangan orang kafir, bukan di kalangan bangsa bani Israel. Ini kerana Paulus telah bekerja sungguh-sungguh dan pergi jauh ke pedalaman dan luar daerah. Paulus dikatakan telah berjalan kaki sejauh 7800 km – 9000 km. Perjalanannya tanpa kapal terbang atau apa-apa kenderaan. [5]

Paulus menghalalkan cara demi tujuan

Paulus membenarkan seseorang menjadi Yahudi agar akhirnya orang Yahudi itu menjadi Kristian. Jika dia berhadapan dengan Yahudi, dia akan menjadikan dirinya seperti orang Yahudi. Jika dia berhadapan dengan orang yang mengamalkan hukum Taurat, dia akan berpura-pura mengamalkan hukum Taurat.. “Maka segala sesuatu halal bagiku”. ( I Korintus 9: 20-22 ; 6:12 ; Rum :7). Paulus mengangap berdusta itu tidak salah jika dengan dusta itu kebenaran Allah melimpah kepada kemuliaan.

Falsafah ini diamalkan oleh Machiavelli.

Paulus mampu melakukan perkara pelik

Paulus dianggap rasul kerana telah melakukan perkara pelik umpama mukjizat atau dianggap mukjizat..

Tetapi Injil Matius sendiri menyatakan ada Kristus palsu dan nabi palsu akan muncul dengan mengadakan perbuatan dan pertunjukan yang pelik-pelik. Perkara yang pelik-pelik tidak dapat dijadikan bukti akan kebenaran seseorang rasul. ( Injil Matius 24:24).

Perlu diingat Kisah Rasul-Rasul dikarang oleh Lukas iaitu seorang pengikut Paulus. Lukas tidak melihat semua yang dilakukan oleh Paulus dan tidak mengikut perjalanan Paulus sejauh 7800 km itu. Mungkin Paulus mereka-reka cerita akan kehebatannnya . Yang pasti Lukas banyak mengunakan cerita-cerita lisan untuk tulisannya khususnya dari Paulus yang dikutinya hingga ke penjara. [6]

Paulus setanding Abdullah bin Sabak

Zaman Nabi Muhammad juga muncul orang Yahudi berpengaruh bernama Abdullah bin Sabak. Dia menyamar sungguh-sungguh sebagai seorang Islam yang alim. Beliau seorang pendeta Yahudi . Beliau turut menghidupkan api perang antara Ali Abi Talib dengan Muawiyah. Abdulah bin Sabak memihak kepada Ali , membela Ali dan kaum kerabat Nabi Muhamad. Dengan itu ramai orang tertarik kepadanya.

Abdullah bin Sabak akhirnya mengatakan dalam ajarannya bahawa Ali Abu Talib itu Tuhan. Menurut ajarannya , roh Allah bertempat dalam tiap-tiap Nabi. Setelah Muhamad wafat, roh itu pindah kepada Ali Abi Talib. Kemudian pindah lagi kepada anak-anaknya yang menjadi Imam.

Ketika Abdullah bin Sabak dan pengkutnya bertemu Ali, beliau berkata ‘Engkau Tuhan’, ‘Engkau Dia’. Ali amat gelisah dan menghidupkan api untuk membakar mereka. Tetapi mereka menyambut dengan ‘Kini nampaklah kepada kami kebenaran bahawa dia Allah , kerana yang menghukum orang dengan Api hanya Allah’.

Semasa Ali menjadi Khalifah , pernah hendak menghukum mati ke atas Abdullah bin Sabak. Terapi ramai menghalang kerana jasanya membela keluarga Nabi Muhamad. Jadi Abdullah diasingkan ke Madain .Usaha Abdulah bin Sabak masih berterusan tapi berjaya dibendung .

Rujukan

  • HM Arshad Talib Lubis, Perbandingan Agama : Kristen dan Islam , Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur , 1982, hlm 369
  1. http://www.adherents.com/adh_influ.html Religious Affiliation of History’s 100 Most Influential People
  2. Dr S Van Der Linder , Tafsiran Rum , Badan penerbitan Kristian , Jakarta, 1960)
  3. Khawaja Kmaludin, BA, LLB, Mata Aliran Kekristianan, 64-65
  4. Drs M.E. Duyverman – Pembimbing ke Dalam Perjanjian Baru , Badan Penerbit Kristian, Jakarta, 1966, hlm 87
  5. Drs M.E Duyverman, Pembimbing ke dalam Perjanjian Baru , Badan Penerbit Kristian , Jakarta, 1965)
  6. Dr H Van Den Brick – Tafsiran Kisah Rasul-Rasul , Badan Penerbit Kristian, Jakarta, 1960, hlm 5

 

Abdullah Bin Saba’ Dari Sumber Syiah

Abdullah Bin Saba’ Dari Sumber Syiah

Rata-rata tersebar dan diketahui umum pengikut Syiah bahawasanya Abdullah bin Saba’ ialah suatu identiti khayalan yang tidak wujud pada hakikatnya. Golongan Ahli Sunnah di tuduh sengaja mereka-reka identiti ini untuk menghentam kepercayaan Syiah. Mereka menggelarnya sebagai pengasas Syiah untuk menjauhkan orang ramai daripada Syiah dan Mazhab Ahli Bait. Apakah orang Syiah tidak sedar atau tidak membaca pengakuan ulama kanan Syiah sendiri mengakui keujudannya ?

Berikut saya petik sebahagian tulisan Al- Syeikh Al-Allamah Dr. Sayid Husain Al-Musawi Al-Husaini dari Buku Terjemahan Mengapa Aku Tinggalkan Syiah.

Berkata al-Naubakhti [1] Mengenai Abdullah bin Saba :

(Golongan al-Saba’iyyah mengatakan Ali a.s. berhak menjadi Imam selepas Nabi s.a.w dan ia merupakan satu kewajipan daripada Allah . Mereka itu merupakan puak Abdullah bin Saba’. Dialah antara orang yang memfitnah dan memburukkan nama Abu Bakar, Umar, Usman dan para Sahabat. Beliau berlepas diri daripada mereka dan berkata: Sesungguhnya Ali a.s yang menyuruhnya berbuat begitu”. Maka Ali menangkap dan bertanyakan tentang kata-katanya. Dia mengakui perkara tersebut lalu Ali a mengarahkan supaya dia dibunuh, maka orang ramai berteriak: “Wahai Amirul Mukminin! Adakah kamu mahu membunuh orang yang menyeru kepada mencintai mu, Ahli Bait, penguasaan mu dan berlepas diri daripada musuh-musuh mu?” Maka beliau membuang Ibnu Saba’ ke luar negeri.

Sebahagian Ahli Ilmu meriwayatkan bahawa Abdullah bin Saba’ dahulunya ialah seorang Yahudi dan memeluk Islam. Dia menjadi pengikut dan penyokong Ali a. Semasa di dalam Agama Yahudi dia berkata pada Yusya’ bin Nun selepas Nabi Musa a.s dengan ucapan sebegini. Maka di dalam Islam dia mengatakan pada Ali bin Abu Talib. Dia merupakan orang

berlepas diri daripada musuh-musuhnya, sebab itulah orang yang bertentangan dengan Syiah mengatakan: Sesungguhnya asal al-rafdhu[2] itu diambil daripada Yahudi.”)

}فرق الشيعة{ m/s 32-44

Catitan Hujung Aburedza  :

  1. Kenyataan al-Naubakhti ini menunjukkan ulama Syiah sendiri mengakui keujudan Abdullah Bin Saba. Ulama Syiah yang lain yang mengakui keujudan Abdullah bin Saba  seperti Al-Kisyi , al-Mamqani[3], Sa’ad bin Abdullah al-‘Asy’ari al-Qummy[4],  al-Saduq[5], al-Hadid[6] dan al-Sayid Ni’matullah al-Jazairi[7]. Semua sumber-sumber ini mengukuhkan kewujudan identiti Abdullah bin Saba’.
  2. Maka dengan itu kita tidak lagi boleh selepas ini menafikan keujudannya apatah lagi Ali r.a sendiri telah mengenakan hukuman ke atas Ibnu Saba’ terhadap katanya bahawa Amirul Mukminin Ali r.a itu Tuhan.  Ini bermakna Amirul Mukminin r.a pernah bertemu dengan Abdullah bin Saba’. Cukuplah dengan Amirul Mukminin r.a sebagai hujah maka tidak boleh selepas ini untuk mengingkari kewujudannya.
  3. Candiki Repantu  (Seorang Syiah ) dalam bedah buku Mengapa Aku Tinggalkan Syiah menulis:

(Keberadaan Abdullah bin Saba’ disebutkan baik oleh buku2 syiah maupun buku2 sunni. Jika ditelusuri sumber buku2 syiah ttg Abdulah bin Saba’ terdapat pada karya An-Naubakhti, Firaq al-Syiah dan al-Asyari al-Qumi, al-Maqqalat wal Firaq. Dan setelah kita periksa maka ternyata karya an-Naubakhti dan al-Qummi ini tidak menyebutkan sanadnya dan sumber pengambilannya...shg dianggap bahwa mereka hanya menuliskan cerita populer tersebut yg beredar dikalangan sunni.)

Demikian sikap orang Syiah bila menolak sesuatu yang tidak disukai. Penolakkan tersebut  juga sekaligus mendedahkan apakah demikian sikap ulama besar Syiah, yang sungguh tidak cermat didalam penulisan kitab mereka .

Kita mengambil contoh , An-Naubakhti menyebut bahawa Ja’far bin Muhammad Al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai imam secara nas semasa hidupnya lagi. Tetapi ternyata kemudiannya Ismail meninggal dunia, sedangkan bapanya Ja’far bin Muhammad al-Baqir masih hidup, katanya:

Terjemahannya:

“An-Naubakti menyebut bahawa Jafar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai imam semasa beliau masih hidup. Tiba-tiba Ismail mati Iebih dahulu daripadanya, maka Jafar berkata, “Tidak ternyata kepada Allah mengenai sesuatu perkara sebagaimana tersembunyi kepada-Nya mengenaiperistiwa anakku Ismail”.

(Kenyataan ini dipetik daripada kitab Fatawa Min Aqaid al-Syiah oleh Muhamad Umar Ba Abdillah hal. 15)

Ringkasnya An Naubakhti menyebut Allah tidak tahu Imam akan mati dahulu atau anak imam akan mati dahulu!

Ini lah konsep al Bada’ yang di percayai Syiah. Mengapa orang Syiah tidak periksa konsep al bada’ sanadnya sampai kepada nabi atau tidak ? Adalah mustahil dan tak masuk akal Nabi s.a.w akan mengatakan Allah tidak berpengetahuan apa yang akan berlaku!

Maksud firman Allah:

“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daunpun melainkan In mengetahuinya dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.”

(Surah al-An’am ayat 59)

4.  Pekara 3 di atas adalah sekali gus menjawap komen pembaca ( Oleh May )pada https://aburedza.wordpress.com/2009/11/11/nikah-mut%E2%80%99ah-pengalaman-bersama-imam-khomeini/


[1] Al-Syeikh Abu Muhammad al-Hasan bin Musa bin al-Hasan al-Naubakhti (kurun ke 3-ke 4 Hijrah). Seorang ulama ilmu kalam, ahli falsafah yang merupakan antara ulama ilmu kalam Syiah yang besar.

[2] Jolokan yang diberikan kepada golongan Syiah bermaksud tolak atau penolakan.

Dikatakan sebab penamaan dengan gelaran ini bahawa mereka mendatangi Zaid bin Ali bin Hussain dan berkata kepadanya: “Kamu hendaklah berlepas diri daripada Abu Bakar dan Umar agar kami boleh mengikut kamu!!” Beliau menjawab: “Mereka berdua merupakan sahabat Datuk ku Rasulullah. Aku malah mentaati dan mengikut mereka.” Mereka berkata: “Jadi kami akan menolak kamu.” Maka dengan sebab itulah mereka dinamakan rafidhah.

Adapun mereka yang bersetuju dengan Zaid bin Ali dan membai’ahnya pula dipanggil Zaidiyyah.

Dikatakan juga kerana mereka menolak peletakan sandaran Imam kepada Abu Bakar dan Umar.

Dikatakan juga kerana mereka menolak agama. Tetapi pendapat ketiga ini jelas tersasar.

Sebaiknya gelaran seperti ini dijauhkan kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan khususnya dalam dialog Sunnah-Syiah.

[3] Al-Syeikh Abdullah bin al-Syeikh Muhammad Hasan bin al-Syeikh Abdullah al-Mamqani. (1290-1351H)

[4] Abu al-Qasim; Saad bin Abdullah bin Abi Khalaf al-Asy’ari al-Qummi (kurun ke 3 – 299H). Sezaman dengan Imam Hasan al-‘Askari. Berkata al-Tusi: “Saad bin Abdullah al-Qummi digelar Abu al-Qasim; tinggi kedudukannya, terkenal, banyak tulisannya, thiqah. Antara karangannya Kitab al-Rahmah.”

[5] Muhammad bin Ali bin al-Hussain bin Musa bin Babawaih; Abu Ja’far yang dikenali sebagai al-Saduq (305-381H). Dilahirkan semasa awal tempoh wakil Imam ke-12 (al-Mahdi) iaitu al-Husain bin Ruh di Kota Qumm al-Muqaddasah. Membesar dalam keluarga yang terkenal dengan ilmu. Antara tulisannya kitab Man La Yahdhuruhu al-Faqih bagi menhimpunkan hukumhakam Syariah. Kata-kata al-Syeikh al-Tusi memujinya: “Al-Syeikh al-Saduq seorang yang tinggi kedudukannya; beliau hafal dan ingat hadis-hadis, celik terhadap sanadnya dan seorang pengkritik riwayat. Tiada antara ulama Qumm yang kuat ingatan dan banyak ilmu sepertinya.” Beliau celik dalam bidang fekah, riwayat dan rijal (perawi-perawi).

[6] Abdul Hamid bin Hibatullah bin Muhammad bin al-Husain bin Abi al-Hadid; Abu Hamid; Izzuddin (meninggal 656H)

[7] Al-Sayyid Ni’matullah bin al-Sayyid Abdullah bin al-Sayyid Muhammad al-Musawi al-Jazairi (1050-1112H). Dilahirkan di sebuah kampung di Basrah, Iraq. Antara gurunya Husain al-Khunsari yang digelar al-Muhaqqiq al-Khunsari dan al-Syeikh Muhammad Baqir al-Majlisi dikenal sebagai al-‘Allamah al-Majlisi.