Malu Sebahagian Daripada Iman

Pengajian Hadis    (Malu Sebahagian Daripada Iman)

( Di Bentang Kepada Kelas Tafaqquh Guru-Guru Takmir Negeri Perlis Oleh Ustaz Yaali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin Orang Mata Ayer Perlis 6 Mei 2012)

“Ertinya: “Daripda Abu Mas`ud Uqbah bin Amru al-Ansari al-Badri  r.a. berliau berkata: “Rasul Allah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya di antara ajaran yang didapati oleh manusia daripada kalam (perkataan) para Nabi yang terawal ialah: “Apabila kamu tidak malu maka buatlah apa yang kamu suka”. Riwayat al-Bukhari.

Pengajaran hadis;

1    Diantara warisan para nabi. Sifat malu adalah asas kepada akhlak yang mulia mendorong sesaorang untuk mengerjakan kebaikan dan menjauhkan diri dari keburukan, sebab itu sifat ini menjadi warisan para nabi terdahulu yang tidak dimansuhkan dalam syariat mereka. Sifat ini diamalkan sejak dulu dan menjadikan  para Nabi   mashur dikalangan umat manusia.

Sifat malu telah menjadi warisan sehingga Nabi terakhir Muhammad s.a.w.,  telah dijelaskan  dalam al-Quran, dengan itu kita juga diminta berpegang dengan sifat  ini  sebagai  warisan kepada kita, dengan berpegang kepada sifat malu ini akan  mendatangkan kebaikan di dalam kehidupan harian  sebagai hamba Nya yang beriman.

2. Makna Hadis. Ulamak telah menyebut tiga makna bagi hadis ini;

2.1   Perintah dengan ancaman dan janji buruk, seolah-olah Rasul Allah s.a.w. bersabda; “Kalau kamu tidak malu maka buatlah apa sahaja yang kamu suka, Allah akan membalas kamu dengan balasan yang amat pedih”.  Terdapat perintah yang serupa ini ditujukan kepada orang kafir:

Ertinya; “Buatlah apa yang kamu kehendaki”.

 2.2   Perintah dengan makna cerita, seperti sabda Nabi s.a.w.

Erinya; “Maka dia hendaklah menyediakan tempatnya didalam Neraka”.

Difahami dari hadis ini bahawa orang yang tidak ada rasa malu dia akan melakukan sesuatu mengikut kesukaannya, perasaan malu dapat mengawal sesaorang dari melakukan sesutu yang hina dan keji, sebaliknya  siapa yang yang tidak malu akan tenggelam dalam kemunkaran dan kemaksiatan.

2.3  Perintah dengan makna mengharuskan, seolah-olah maknanya, kalau kamu tidak malu kepada Allah dan manusia buatlah mengikut kehendak kamu kerana perbuatan itu adalah harus,  ini bermakna  kalau sesuatu perkara tidak ada tegahan dari hukum syarak adalah harus.

Yang paling benar dari pandangan  diatas ialah makna yang pertama, namun begitu Imam al-Nawawi memilih pandangan ketiga dan ulamak lain seperti Abu Ubaid bin al-Qasim bin Sulaiman, Ibnu Qutaibah dan Muhammad bin Nasr al-Marwadi  memelih pandangan kedua.

BACA SELANJUTNYA DI

http://masjidassyakirin.wordpress.com/2012/08/29/malu-sebahagian-daripada-iman/