Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Perlis: Hukum Ajaran Atau Fahaman Syiah

Imej

Mesyuarat ke 5/2012 Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Perlis , pada 20/2/2012 mengambil perhatian bahawa terdapat keputusan majority dan minority  bagi pekara ini. Keputusan majoriti bersetuju dengan keputusan berikut:

“ Ajaran dan fahaman Syiah adalah suatu ajaran yang bercangah dan menyalahi ajaran Islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar dari Islam. Fahaman ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang.

Orang-orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedar filem, rakaman audio, pamphlet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambing, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran atau fahaman Syiah dengan ajaran Islam yang sebenar.”

Namun, mesyuarat juga bersetuju untuk memasukkan pandangan Yang Berbahagia Sahibul Fadhilah Dato Alim Setia Ustaz Ahmad Bin Jusoh dengan penambahan sighah pada perengan pertama, dicatat sebagai pandangan minority (pandangan kedua) seperti berikut:

“ Ajaran dan fahaman Syiah Rafidah adalah suatu ajaran yang bercangah dan menyalahi ajaran Islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar dari Islam. Fahaman ini perlu disekat keseluruhannya daripada berkembang.”

- Sumber: Irsyad Hukum, Jabatan Mufti Negeri Perlis Bil 10/2012

Sekadar catitan: JAUHI HIBURAN MELAMPAU

Selesai sembahyang Jumaat kelmarin, seorang jemaah bersunggut, mengapa khutbah tadi disajikan kepada kita? Ya, betul! Mengapa khutbah ini ditujukan kepada kita? Khutbah tersebut  bertajuk MENJAUHI HIBURAN MELAMPAU . (Baca di bawah catitan ini). Sebelum ini telah beberapa  kali disentuh masalah yang sama di dalam khutbah yang lain.

Kamikah anak Jamaah yang menyediakan Hiburan Melampau tersebut? Kamikah yang mebawa masuk konsert, membuat filem, menyedia program realiti di TV, segala program melampau di TV, kamikah meluluskan permit semua program-program tersebut, kamikah penguatkuasa jualan CD hiburan melampau? Kamikah lembaga penapis filem? Tidak! Yang bertangung jawab bukan kami!

Yang bertanggung jawab tentunya kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. YAB MB dan YAB PM tentu lebih arif dan patut mendengar khutbah tersebut. YAB  MB Perlis tak dengar ka? Pemimpin-pemimpin Umno tak perasan ka?

Soalnya mengapa Jabatan Mufti Perlis menyajikan Khutbah ini kepada penduduk Perlis. Daripada kandungan khutbah dan tajuknya aku menduga ada sebabnya. Ini tentunya pemerintah tidak makan nasihat Jabatan Mufti. Bila nasihat tidak dipeduli jabatan Mufti pun berpaling beralih menasihat kepada rakyat : Jauhilah Hiburan Melampau yang disediakan kerajaan. Maksudnya boikot Hiburan Melampau,  yang disediakan kerajaan. Atau lebih tepat boikot kerajaan itu dalam PRU akan datang!

Sebelum ini kerajaan Perlis biasa tidak mengikut Fatwa Cuti Ahad yang dikeluarkan oleh Jabatn Mufti dengan kekal berdegil  bercuti pada hari Ahad. Baca di sini. Sungguh rakyat perlis telah lupa.

BERIKUT TEKS KHUTBAH JUMAAT 24 DISEMBER 2010:

MENJAUHI HIBURAN MELAMPAU

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Antara matlamat utama manusia ini dicipta oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya seperti firman Allah SWT dalam surah Az- I Zariyyat, ayat 56, yang bermaksud :

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat  kepadaKu”

Маkа menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap  aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada dalam ruang lingkup yang  diizinkan oleh Allah SWT. Kesemua ini bertujuan untuk memberi panduan  kepada para penganjur atau peminat hiburan agar program hiburan yang dijalankan tidak menyalahi syarak dan tersasar dari tujuan beribadah kepada Allah SWT. Hiburan adalah perbuatan, aktiviti atau sebagainya  bertujuan untuk menghiburkan, menyenangkan, dan mententeramkan hati dan jiwa. Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Selain itu, Islam juga bukan agama antihiburan dan seni. Cuma setiap perkara dalam Islam, ada batasan dan disiplinnya.

Dalam sahih Al-Bukhari, Al-Rubaiyi’ binti Mu’awwiz menceritakan bahawa Rasulullah SAW datang ke majlis perkahwinannya dan mendengar beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa Peperangan Badar sehingga salah seorang daripada mereka berkata:

“Di sisi kami ada nabi yang mengetahui ара yang akan  berlaku pada hari esok.” Baginda bersabda: Jangan engkau kata begitu, katakanlah apa yang engkau katakan sebelum itu”

Dalam hadis tersebut baginda tidak melarang hiburan pada hari keramaian seperti perkahwinan. Cuma baginda melarang ungkapan atau lirik yang salah dan bertentangan dengan asas agama , yang mengetahui ара yang akan berlaku esok hari hanyalah Allah. Маkа baginda membetulkannya. Baginda bertindak bagaikan lembaga penapisan dan penilaian seni atau hiburan, agar tidak menyanggahi batasan agama yang murni ini. Islam tidak jumud sehingga menjadikan hidup ini kaku dan tidak ada langsung hiburan dan keseronokan dengan kadar yang tidak melampaui batas sehingga boleh menghilangkan matlamat hidup yang sebenar. Hiburan yang melampau telah disepakati akan keharamannya dan larangan untuk umat Islam menyertainya. Kerana perbuatan ini tidak mendatangkan manfaat, bahkan sia-sia dan membawa keburukan. Bukankah Islam menggalakkan umatnya menjauhkan diri dari perkara sia-sia dan perkara yang mendatangkan kecelakaan?

Apakah hiburan melampau? la adalah sesuatu perkara yang mengembirakan dan menyenangkan tetapi dilakukan secara berlebihan dan luar dari batasan syariat Islam yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Sekiranya diamati, hiburan melampau datangnya dari pengaruh golongan kafir yang jauh dari tuhan dan mencari jalan untuk mengembirakan diri den­gan hiburan. la juga sebagai agenda Yahudi dan Nasrani untuk merosakkan akhlak umat Islam dan ара yang lebih membimbangkan adalah merosakkan akidah umat Islam . Melihat kepada perkembangan masyarakat pada hari ini, secara terang-terangan telah membawa keruntuhan dan akhlak umat Islam, juga mendorong kepada masalah sosial. Dapat kita buktikan dengan isu-isu yang berlaku baru-baru ini seperti kes pembuangan dan pembunuhan anak kecil уаng tak berdosa sudah tentu berpunca dari perbuatan zina, kes berkaitan Menyalah gunaan dadah dan meminum arak dan sebagainya. Semua ini ber punca dari hiburan yang tidak terkawal yang mendorong kepada zina dan dosa-dosa besar, walaupun sebahagian orang melihatnya kecil.

Selain itu, ramai dalam kalangan masyarakat hari ini menganggap menonton rancangan reatiti di kaca tv, sebagai perkara biasa, tetapi malangnya mereka tidak tahu kesannya terhadap akhlak dan moral. Antara keburukan lain adalah adanya unsur-unsur khurafat, bidaah dan syirik dalam sesetengah hiburan, juga percampuran antara lelaki dan perempuan, pendedahan aurat dan sebagainya dalam nyanyian atau lakonan dalam filem atau drama.

Secara ringkasnya, banyak keburukan dan kesan yang negatif melalui hiburan yang melampau, termasuklah merosakkan agama, bangsa dan budaya I orang Islam itu sendiri. Manakala bagi remaja yang asyik dalam alam hiburan, kesannya amat membimbangkan seperti keciciran dalam pelajaran dan  rosak akhlak sebagai seorang pelajar. Masalahnya, apakah kita mahu pemimpin masa depan ini adalah orang yang telah rosak agama dan akhlaknya dari peringkat awal dan siapakah yang akan membimbing agama dan negara pada masa akan datang?

Begitu juga, pada masa kini hiburan melampau terus dihidupkan sehingga banyak masa umat Islam dihabiskan untuk berbincang perkara berkenaan gosip artis dan filem, sedangkan masalah yang besar bagi membangunkan  umat diabaikan. Umat Islam berasa senang hati untuk hadir program hiburan tetapi pada masa yang sama merasakan satu seksaan dan deraan bila diminta menghadiri majlis keagamaan dan program-program yang menggerakkan kerja-kerja Islam.

Mimbar Jumaat pada hari ini mengingatkan bahawa, kita sedang berdepan dengan budaya berhibur yang luar biasa dan boleh memusnahkan umat Islam. Hiburan yang dikategorikan oleh Islam sebagai hiburan melampau iaiah:

  • Hiburan yang bercanggah dengan ajaran Islam, terutamanya hiburan yang mempunyai unsur-unsur khurafat, syirik dan bidaah.
  • Hiburan yang tidak membataskan atau mengamal percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu tempat berlakunya hiburan tersebut. Ini akan menyebabkan berlakunya pergaulan bebas terlampau antara lelaki dan perempuan tanpa ada segan silu, duduk berlaga bahu, sentuh menyentuh dan sebagainya yang kita lihat pada setiap konsert atau persembahan muzikal. Ini semua pasti membawa kepada zina dan dosa besar.
  • Hiburan yang tidak menitikberatkan masa atau waktu ibadat seperti diadakan program ketika waktu azan atau hampir dengan waktu beribadat. la juga membuang masa untuk jangka waktu yang yang panjang.
  • Hiburan yang tidak ada di dalamnya unsur-unsur kebaikan atau nilai tambah melainkan kelalaian dan kelekaan sehingga sanggup berada di depan televisyen berjam-jam tanpa rasa jemu atau bosan, dan mereka juga rela menghabiskan wang untuk mengirim sms bagi mengundi bintang-bintang pujaan mereka.

Kesimpulan khutbah pada hari ini ialah :

  • Islam tidak melarang hiburan selagi ia tidak melalaikan dan tidak ber canggah dengan syarak.
  • Kekosongan jiwa perlu diisi dengan ibadat.
  • Kemuncak bagi segala ketenangan adalah dengan mengingati Allah SWT dan berjuang menegakkan syiar Islam.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Ra’du, ayat 28, yang bermaksud :

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (banyak mengingati Allah). Ketahuilah dengan zikrullah itu, maka tenang tenteramlah hati manusia”.

- Jabatan Mufti Perlis

BACA PANDUAN HIBURAN  DI SINI:

http://aburedza.wordpress.com/2011/06/26/jabatan-mufti-perlis-garis-panduan-acara-persembahan-konsert-hiburan-tarian-pengiklanan-produk-dan-permainan-dalam-islam/

Panduan di atas patut diamalkan oleh kerajaan negeri dan persekutuan, lebih-lebih lagi RTM dan semua TV Swasta. Panduan ini menjawab masalah HIBURAN MELAMPAU.