TEKNOLOGI PEMBAJAAN TEPAT TANAMAN PADI

Pakej Teknologi Pertanian Tepat (Precision Farming)

Teknologi yang mengamalkan penggunaan input mengikut keperluan tanaman, masa, lokasi dan kadar yang bertepatan.

Di antara bahan input berupa baja yang dibekalkan kepada pesawah adalah seperti berikut :

1. Penggalak Percambahan Benih – ZAPPA

2. Tonik Tanaman – ROBUST

3. Baja Semburan Daun- VITA GROW

4. Baja Tambahan NS  ( Nitrogen 20% dan Sulfur 23 %)

5. Baja Sebatian NPK SUBSIDI ( 17.5 : 15.5: 10 ) 5 bag sehektar

6. Baja UREA SUBSIDI ( N 46%) – 2 bag sehektar

7. Baja NPK TAMBAHAN ( 17 : 3 : 20 : 2  : 0.8 S + TE )

Sebenarnya bahan baja subsidi ini adalah berbedza di antara Pertubuhan Peladang – saya tidak pasti mengapa perbedzaan ini berlaku.

Nilai  subsidi bagi tanaman padi boleh dilihat di :

http://aburedza.wordpress.com/2009/12/11/subsidi-pertanian/

Cara   dan masa pengunaan baja tersebut adalah seperti berikut :

Klik untuk besarkan tulisan:

A. Jadual Membaja

B. Carta Masa Membaja Dan Kombinasi Pengunaan Baja

C.  Antara Input Dibekal Melalui Skim Subsidi:

D. Panduan Membancuh Baja Cecair ( Baja Foliar /Baja Daun )

Projek Pembajaan Tepat MADA-MARDI boleh baca di sini :  http://www.mada.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=11061&folderId=45950&name=DLFE-1410.pdf

dan di sini :   http://www.mada.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=11061&folderId=45950&name=DLFE-1412.pdf

Membaja Tanaman Padi

PEMBAJAAN

“Hasil yang tinggi diperolehi melalui pembekalan nutrien yang mencukupi dan tepat pada masa yang diperlukan”

Pembajaan penting untuk memastikan sasaran komponen hasil 10 tan sehektar dicapai:

Peringkat pertumbuhan

Sasaran Komponen hasil 10 tan / hektar

15 HLT (3 helai daun) 400 anak benih / m²
35 HLT (Mula beranak) 500 – 600 pokok / m²
50 – 65 HLT
(Pembentukan tangkai)
500 tangkai dengan
120 biji / tangkai
70 – 85 HLT
(Pengisian biji padi)
Lebih 75% bernas dengan berat 1,000 biji 27 gram atau 2.25 gram setangkai
Kadar baja dan masa pembajaan disyorkan mengikut variety adalah seperti berikut:

Membaja (HLT)
(HLT ialah Hari Lepas Tabur)

Peringkat
Tanaman

Jenis
Baja

Kadar
Baja
(kg/ha)

Varieti
matang 105
- 111 HLT
(contohnya
MR 219)

Varieti matang
120 HLT dan
lebih
(contohnya
MR 84)

15 – 20
15 – 20

Mula
beranak

Baja Cmpuran
(Bantuan
Kerajaan)

360 kg/hektar
(4 beg/relong)

35 – 40
35 – 40

Beranak
aktif

Urea (Bantuan
Kerajaan)

100 kg/hektar
(1 beg/relong)

50 – 55
60 – 65

Pembentukan
tangkai

Baja Sebatian
Tambahan
12:12:17:2MgO+TE

175 kg/hektar
(50 kg @
1 beg/relong)

70 – 75
80 – 85

Pengisian
biji

Baja Sebatian
Tambahan
12:12:17:2MgO+TE

175 kg/hektar
(50 kg @
1 beg/relong)

Baja foliar disyorkan untuk digunakan bagi menambah nutrien kepada tanaman pada peringkat 45 HLT dan 65 HLT.
Rujukan : MADA