Al Ahkam net: HUKUM BERSEMBAHYANG DI DALAM MASJID SYIAH ( IRAN )

SJ – 2170 : HUKUM BERSEMBAHYANG DI DALAM MASJID SYIAH ( IRAN )
Sumber: http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=95&t=9776
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan Belut Pisang. Sebenarnya permasalahan Sunni – Syiah ini sudah kerap-kali dijelaskan di dalam web al-Ahkam.online ini . Bolehlah dianggap permasalahan ini merupakan di antara masalah yang agak lama sudah dibincangkan di sini dan ianya juga merupakan satu masalah yang sering dipersoalkan oleh para pengunjung web ini .

Masalah bagaimanakah kita selaku Kaum Muslimin Sunni hendak berinteraksi dengan Kaum Syiah juga sudah sering diketengahkan semenjak awal-awal penubuhan web ini , sama ada ianya disentuh oleh Al-Fadhil Webmaster kita ; Ustaz Zain ys , ataupun disentuh juga oleh Tuan Guru kita , Al-Fadhil Ustaz thtl.

Saya sendiri sudah menjelaskan hal yang semacam ini di dalam : SJ – 2070 : MENGENALI ALIRAN AKTIVIS & HUKUM SEMBELIHAN SYIAH http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9050

Diharap saudara dapat merujuk ke dalam url berikut supaya persoalan yang akan kita ikuti ini dapat diikuti dengan lebih jelas dan lebih mudah difahami.

***********************************************************

Di dalam url berikut saya telah menyatakan ( saya hanya memetik beberapa noktah penting sahaja , untuk mengikutinya secara penuh , sila lihat url tersebut ) :

Kata saya :

Kita menghukum setiap orang yang mengucap dua kalimah syahadah adalah sebagai seorang Islam , biar apa pun mazhab yang dipegangnya .

Walaupun begitu , kita juga tetap berpegang kepada usul yang menyatakan bahawa , setiap orang yang mengucap dua kalimah syahadah itu , bila-bila masa sahaja boleh menjadi murtad ( terkeluar daripada Islam ) , apabila terdapat pada dirinya perkara-perkara yang boleh menyebabkan dia menjadi murtad , sama ada melalui :

1 – Lisan / Ucapan .
2 – Perbuatan / Tingkah-Laku .
3 – Aqidah / Kepercayaan .

Jangankan kata bagi mereka yang berpegang kepada mazhab Syiah , ataupun Batiniyyah , ataupun Qadiani , ataupun Taslim , ataupun Al-Arqam ( Ar-Rufaqa’ ) , ataupun Anti-Hadis , ataupun Muktazilah , dan seumpamanya . Bahkan , yang mengaku sebagai penganut Ahlus Sunnah Wal Jama’ah pun bila-bila masa sahaja boleh menjadi kufur dan murtad apabila terdapat pada dirinya perkara-perkara yang telah dijelaskan di atas .

Ertinya secara zahirnya ataupun secara umumnya , kita tetap mengatakan bahawa semua orang Syiah yang mengucap 2 kalimah syahadah itu sebagai orang Islam ( muslim ) .

Namun apabila telah ternyata kesesatan dan kekufuran mereka, sama ada ianya berdasarkan lisan / ucapan mereka ( sama ada yang didengar oleh telinga kita semua , ataupun melalui apa yang dinyatakan oleh mereka sendiri melalui kitab-kitab Syiah mereka ), ataupun sama ada kita mengetahui kesesatan dan kekufuran mereka berdasarkan perbuatan / tingkah-laku dan Aqidah / Kepercayaan mereka , maka sudah pasti pada waktu itu TIADA SEBAB untuk kita bersembahyang di belakang mereka . Mengapa pula begitu ? . Sebab kita sendiri tidak boleh berimamkan seseorang yang telah ternyata sesat , kufur dan murtadnya.

Untuk diketahui asas-asas kekufuran Aqidah / Kepercayaan mereka maka tak dapat tidak , kita mestilah banyak membaca kitab-kitab yang pro-Syiah dan yang anti-Syiah . Namun secara ringkasnya , saya telah menerangkan serba-sedikit mengenai Aqidah / Kepercayaan Syiah yang boleh menyebabkan seseorang itu sesat, kufur dan murtad di dalam url tersebut , iaitu : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9050

Aqidah / Kepercayaan mereka yang menyesatkan dan menyebabkan murtad , di antaranya ialah : Al-Bada’ , Ar-Raj’ah , Al-‘Ismah , Kafirnya Majoriti Para Sahabat ( r.a ) , Wujudnya “ Mushaf Sayyidatina Fatimah Az-Zahra’ “ ( r.a ) dan selainnya.

Jadi kalau saudara dan para pengunjung sekalian tetap mahu berkunjung ke Republik Iran dan tidak rela bersembahyang di belakang mereka , maka silalah bersembahyang bersendirian di dalam masjid-masjid mereka.

Tidak mengapa kita bersembahyang di masjid-masjid mereka . Selagi masjid-masjid itu sendiri tidak diasaskan dan ianya memenuhi syarat-syarat sahnya sesuatu tempat sembahyang .

Bagaimanakah caranya untuk mengelak diri daripada sembahyang berimamkan imam-imam Syiah yang saudara/I merasa was-was dengan ‘Aqidah / Kepercayaan mereka ? .

Ada banyak cara , di antaranya ialah dengan tidak hadir ke masjid mereka di saat mereka sedang mendirikan sembahyang , ataupun saudara/I sendiri boleh bersembahyang dengan kelompok para pengunjung yang bersama-sama saudara / I ( yang bermazhab Sunni ) .

Ataupun , saudara / I sendiri boleh boleh mengatakan kepada mereka ( Syiah ) bahawa saudara / I sudah sembahyang di hotel masing-masing secara jamak & qosar .

Ataupun , jangan masuk ke dalam masjid-masjid mereka ( tapi nanti saudara / I merasa rugi pula ) .

Ataupun yang paling mudah ialah jangan pergi ke Republik Iran langsung !!! . Duit dan perbelanjaan yang ada , lebih afdhal ( lebih fadhilatnya ) dan lebih awla ( lebih utama ) menurut Fiqh al-Awlawiyat ( Fekah Prioriti / Keutamaan ) digunakan untuk menunaikan haji ataupun umrah yang wajib . Ataupun disumbangkan kepada saudara-mara yang berada di dalam kesempitan ( contohnya : menolong saudara-mara dengan melangsaikan hutang-piutang mereka ) , ataupun membantu jiran-tetangga . Ataupun wang yang ada itu disumbangkan FI SABILILLAH untuk mengembangkan Islam dan Jihad, seperti untuk para pelajar , anak-anak yatim , mereka yang berperang mempertahabkan Islam , ataupun kalau tak tahu sangat bagaimanakah hendak digunakan wang tersebut di jalan sepatutnya , maka bolehlah disumbangkan kepada Web al-Ahkam. Online ini sebagai dana untuk memastikan web ini terus wujud dan mengembangkan Islam sampai ke hari akhirat . Amin Ya Rabbal ‘Alamin . :smirk:

Adapun mengenai wujud ataupun tidak Masjid Sunni di sekitar Iran , maka kami tidak mempunyai informasi tersebut. Yang kami ketahui daripada pendedahan beberapa orang ulama’ yang insaf ( yang telah mengkaji mengenai mazhab Syiah ini ataupun yang telah melawat Rep. Iran ) tidak dibenarkan sebarang masjid didirikan di sana untuk komuniti Ahlus Sunnah , walaupun komuniti ini berjumlah 10 % daripada keseluruhan penduduk Iran . Namun hairannya , mengapa pula gereja Kristian dan Haykal ( Biara ) Yahudi dibenarkan pula ? . :p

Di zaman pemerintahan Khomeini sendiri , Rep. Iran pernah membunuh beberapa cendekiawan dan ulama’ Sunni seperti Al-‘Allamah Ahmad Muftizadeh ( rh ) dan Dr. ‘Ali Nasher Mudhafrayah ( rh ) . Perkara ini sendiri dilaporkan oleh Majalah Panji Masyarakat ( Indonesia ) No : 764 XXXIV , 19 Sya’aban 1413 H ( 11-20 Feb . 1993 ) .

Orang-orang yang memahami benar-benar mengenai selok-belok Syiah , sudah tentu akan tersenyum dengan soalan mengapakah tidak diizin kaum minoriti Sunni mendirikan masjid-masjid mereka sendiri walhal dibenarkan pula rumah-rumah ibadat kaum Yahudi dan Kristian ? . Sudah pasti , kaum Sunni yang memahami mengenai masalah Syiah ini sendiri pun boleh menjawabnya ! . :grin:

Untuk mereka yang ingin mengikuti beberapa perbincangan terpenting mengenai Syiah ini di dalam web al-Ahkam ini , silalah klik pada url berikut :

http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9300
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9353
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8519
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8035
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=6917
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=5717

Sila lihat pula keganasan dan kesesatan Syiah di url berikut :

http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=8523

Mudah-mudahan ada manfaatnya daripada jawapan ini .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :

1 – AL-MAUSU’AH AL-MUYASSARAH FIL ADYAN WAL MADZAHIB WAL AHZAB AL-MU’ASIROH ~ WAMY .

2 – AL-KHOMENIYYAH : SYUDUZ FIL ‘AQAID WA SYUDZUZ FIL MAWAQIF ~ Al-‘Allamah Sa’id Hawa (rh ) .

3 – KAMUS ISTILAH SYI’AH IMAMIAH ~ Ibnuraimee Ad-Dimyati .

4 – MAJALAH al-MUSTAQIM ( Bil : 1 , ms 35 – 40 )