Harumanis Mahal ?

Buah Harumanis

Buah Harumanis

Musim Harumanis datang lagi. Demikian berita akhbar hari ini. Gah betul , harga  Harumanis mencecah dari RM 5.00 hingga RM 9.00 di pasaran runcit. Di kalangan buah-buahan tempatan rasanya tidak ada buah yang setanding Harumanis dari segi harga pasaran. Harga Harumanis tidak pernah jatuh sejak bertahun-tahun. Masalahnya ialah pengeluaran yang sedikit berbanding permintaan.

Harumanis adalah satu variati mempelam yang hanya sesuai di tanam dan berbuah di Utara Semenanjung , ia itu di Perlis dan Kedah Utara. Keadaan cuaca panas dan kemarau pada bulan Januari – Mac , sesuai  untuk musim Harumanis berbunga. Di Perlis Harumanis sesuai di tanam di kebanyakan jenis tanah, dari kawasan sawah, di perkampungan , di taman perumahan, di dusun  dan malahan di bukit , sesuai dengan Harumanis.

Kenyataannyan di Perlis  Harumanis dikenali kerana ianya di tanam di Pusat Pertanian Bukit Bintang. Petani di kampung tidak banyak menanamnya secara komersil. Harumanis adalah tanaman yang cerewet penjagaannya  bagi petani yang kurang pengetahuan atau malas ( maaf jika kasar ). Oleh itu tidak hairanlah harganya mahal.

Kegagalan pertama penanaman Harumanis ialah pengawalan ulat batang , sedangkan ulat batang bukan menjadi masalah utama jika penanam adalah rajin dan berpengetahuan. Saya akan sentuh hal ini lain kali.

Selepas pokok berbuah ,kerja membalut perlu dibuat apabila buah sebesar telor ayam atau lilitan buah 16 cm ukur lilit.

Sediakan pembalut daripada akhbar terpakai dengan di kelip mengguna stepler no. 10 . Jika pembaca menanam secara komersil, penandaan warna pembalut adalah perlu untuk memudah mengenali buah matang untuk di tunai. Buah boleh di tuai selepas 8 minggu di balut. Buah jika tidak di balut biasanya akan diserang lalat buah dan buah akan berulat.

Apabila buah dituai , pembalut dibuang dan perlu dibasuh. Jika anda penanam komersil atau penanam untuk makan sendiri, anda perlu membasunya. Kecuali jika anda menjual kepada pemborong , pemborong lah yang patut membasuhnya.

Selepas membasuh , saya sebagai penanam penguna sendiri, menanam untuk makan keluarga , saya membuat rawatan air panas. Saya panaskan air menguna periuk besar, sekira-kira 52 darjah celsias atau sekira-kira kalau kita memasukkan tangan kedalam air panas tersebut kita boleh rendam sebentar. Jika anda penanam dan penjual runcit anda boleh masukkan racun kulat kedalam air panas tersebut. Jika ini anda hendak lakukan sila dapatkan nasihat Jabatan Pertanian.

Buruk tampuk tangkai cepat berlaku jika tanpa rawatan air panas

Buruk tampuk tangkai cepat berlaku jika tanpa rawatan air panas

Rawatan Air Panas Selama 5 minit

Rawatan Air Panas Selama 5 minit

Mengapa dibuat rawatan air panas ? Apabila buah diperam, kemudian masak dan dalam masa yang singkat buah akan rosak atau buruk  di bahagian tampuk tangkai.

Rawatan air panas atau rendaman air panas dibuat selama 5 minit. Selepas diangkat , keringkan pada suhu bilik dan peram. Untuk pemasakan seragam dan cepat gunakan aruhan karbide. Bungkus sedikit karbide dan letakkan di dasar kotak kertas pemeraman dan masukkan buah. Tutup dengan akhbar terpakat dengan rapat.

Selepas 3-4 hari diperam, Harumanis sedia untuk di hidang.

Demikian cerewetnya proses pengeluaran Harumanis. Oleh itu janganlah persoalkan harganya yang tinggi.

Sesungguhnya Perlis mempunyai potensi untuk pengeluaran Harumanis secara komersil, tetapi siapakah yang akan merebutnya  sedangkan banyak tanah masih kosong.

Sedia Untuk Hidangan

Sedia Untuk Hidangan

9 thoughts on “Harumanis Mahal ?

    • Salam
      Saudara Jamal, terima kasih kerana kunjungi laman saya.
      Untuk makluman harga harumanis tahun 2010 , musim sekarang ini lagi mahal, harga ladang atau harga jual kepada peraih sekitar RM6.00 – 8.00. Harga runcit pula mencapai RM 9.00 – 12.00.
      Kepada penanam ini adalah harga yang cukup lumayan tinggi. Rasanya inilah harga tertinggi bagi buah tempatan. Petani dan rakyat Perlis dan Kedah Utara patut rebut peluang ini. Halangan utama bagi penanaman harumanis ialah serangan ulat batang. Mengenai masalah ini insyaallah akan saya singgung dalam tulisan lain nanti.

      Terima kasih

  1. salam…
    saya juga adalah penggemar buah ini.. terima kasih atas penerangan yang baik tentang mempelam harumanis.. cuma disini saya ingin menambah.. walaupun saya bukanlah pekebun harumanis.. tetapi berdasarkan dari pengalaman.. harumanis yang terbaik adalah yang isi apabila masak berwarna seakan-akan jingga (orange).. rasanya lebih enak dari isi yang kuning..

    • Ya. Saya pun pernah merasa kedua-dua jenis isi kuning dan oren. Di Indonesia, jenis isi oren ini dipanggil Gadung (sub-cultivar Harumanis). Saya ingin tahu samada nombor pendaftaran Jabatan Pertanian untuk kedua-dua jenis Harumanis ini sama iaitu MA128. Yang ditanam di Pusat Pertanian Perlis itu jenis yang mana agaknya ? Kalau ada peluang untuk menanam, memang saya pilih jenis Gadung ini.

      Sekian. Terima kasih dan wassalam.

      • Saudara Hasan Basri,
        Assalamualaikum, terimaksih melawat laman saya. Ya harummanis perlis juga asalnya dari Indonesia – begitu saya di fahamkan. Ditanam di perlis sejak awal tahun 80an. Antara kuning dan jingga – yang jingga lebih diminati. Yang saya tahu keduanya MA128. Pada pengalaman saya memerhati dan merasa/makan perubahan warna kuning atau jingga berlaku ikut kaadaan. Bagi saya pokok yang sama boleh terdapat 2 warna – bergantung kepada kesuburan, cuaca dan persekitaran. Tetapi pendapat saya tidak dipersetujui oleh Pegawai2 Jabatan Pertanian. Ya Allah yang maha tahu.

        terima kasih.

  2. saya penggemar buah ini. walaupun ini bertukar ke KL namun bila musim harumanis tiba saya akan seboleh mungkin balik ke utara. namun kadang2 kecewa kerana bekalan terhad. ada yg dijual di tepi2 jalan tapi kualiti tidak sebaik dari jabatan pertanian. buah kelihatan elok tapi tapi bila balik, ada yg diperam tak masak2 dan yg masam. kerajaan negeri perlu exploit pasaran ini dengan membuka lebih banyak ladang harumanis dan jadikan punca utama ekonomi Perlis. Dinegeri lain, mangga ini sukar hidup tapi cuaca dan tanah perlis amat sesuai. Banyak sawah terbiar di Perlis perlu ditukar untuk penghasila lebih banyak mangga super ini. Setiap tahun bila dibuka jualan di jabatan pertanian bt pahat, org berebut2 termasuk saya. apa yg boleh dilaksanakan kumpulkan semua tanah ladang persendirian dan jadiakan komersial lot dgn pemanatauan jab pertanian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s