Iktiqaf : satu latihan bersunyian menuju alam kubur

Seorang komando yang pemberani ,di hutan , di laut , di udara atau di kalangan manusia atau jin dan hantu sekalipun, belum tentu ia seorang pemberani di dalam kubur nanti. Kalau seseorang menyuruh anda beriktikaf di dalam sebuah masjid pukul 3.00 pagi seorang diri , apa reaksi anda ? Biasanya ramai yang curiga.

Percayalah jika jawapannya tidak  sanggup, bererti  anda juga tidak sanggup untuk tinggal di dalam kubur bersendirian.

Kenyataan di atas mengingatkan penulis kepada satu lawatan penulis ke Bandar Kelang satu ketika dulu. Penulis bertolak ke Kelang dengan  bas ekspres dan sampai sekitar 4.30 pagi, masih awal sebelum Subuh. Penulis ke Kelang dengan hajat menziarahi anak yang belajar di Kolej Islam Kelang. 

Sesampai di stesyen bas , penulis ditanya pemandu teksi, hendak kemana. Kata penulis, hantarkan saya ke Masjid depan Kolej Islam Kelang. Penulis berhajat untuk beriktiqaf  sementara menunggu subuh, kemundian apabila cerah , boleh terus berjalan ke Kolej Islam Kelang, hanya di seberang Jalan. Penulis terkejut dengan jawapan pemandu teksi tersebut, katanya lebih baik saudara tunggu di sini hingga subuh baru ke sana!

Mengapa?  Tempat itu keras !  Demikian katanya.

Apakah penyelesaian masalah di atas ? Islam memberi satu jalan penyelsaian iaitu  IKTIKAF.  Iktiqaf adalah satu latihan untuk mendekatkan diri kepada Allah semata-mata, meninggalkan segala urusan dunia, tidak takut melaian kan kepada Allah. Dengan beriktikaf ,akan meletakkan diri  berqulwah , bersunyi-sunyi hanya dengan Allah. Diputuskan segala perhubungan dengan makhluk. Jadilah zikirnya kepada Allah dalam keadaan hatinya tulus kepada Allah semata-mata.

Apabila hati seseorang itu telah bersih, telah elok sebagai Islam, dan dia melakukan apa yang diperintah Allah dengan penuh istiqamah , maka iktiqaf akan berlaku dari segi  jasad, roh dan pada masa yang sama hatinya juga beriktikaf untuk Allah. Semuanya untuk mencapai redza Allah. Maka pada masa itu Allah lah yang paling utama. Allah lah yang akan menemaninya , tidak gentar ia akan segala makhluk. Ini adalah satu persiapan diri untuk mencapai kenikmatan dalam kubur bersama Allah.

Ketika Nabi Ibrahim a.s berjaya menunaikan beberapa perintah Tuhan, termasuk di antaranya mendirikan Baitullah (Kaabah) bersama puteranya, Ismail- Tuhan lalu memerintahkan kepada kedua-duanya agar tetap menyucikan rumah Allah tersebut bagi melaksanakana tiga kegiatan ibadah. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam (tempat berdiri) Ibrahim sebagai tempat solat. Dan kami telah membuat janji dengan Ibrahim dan Ismail agar menyucikan rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, yang iktikaf, yang rukuk, dan yang sujud.” (al-Baqarah: 125)

Wahbah az-Zuhaili, guru besar fiqh Universiti Damsyik merumuskan bahawa yang menjadi tujuan iktikaf itu adalah membersihkan hati dengan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t serta menghentikan aktiviti keduniaan pada waktu-waktu tertentu semata-mata untuk beribadah kepada-Nya. Oleh hal yang demikian itu, dianjurkan iktikaf dilakukan dalam keadaan berpuasa, bagi mendekatkan lagi diri kepada Allah s.w.t.

Iktiqaf adalah satu latihan paling baik untuk menghilangkan kegusaran, ketakutan, kegentaran menghadapi mati menuju alam kubur. Demikian kesimpulan dan iktibar mengikuti kuliah mengenai Iktikaf.

Makna ‘Itikaf

Ia bermaksud menetap pada satu tempat (terutamanya masjid) sama ada panjang atau pendek tempoh yang dilakukannya.

Hukum ‘Itikaf

Para ulama’ bersepakat bahawa ‘itikaf hukumnya adalah sunat yang tidak boleh dipaksakan orang lain melakukannya, melainkan ia menjadi hukum nazar yang mesti dilakukan oleh orang yang bernazar.

Pahala ber’itikaf

Sabda Rasulullah seperti yang difirmankan Allah dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud : Apa sahaja yang dilakukan oleh hamba-Ku bertujuan untuk mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan amalan-amalan sunnat hingga Aku menyukainya, apabila Aku menyukainya maka Akulah yang akan menjadi pendengaran apa yang didengarnya, menjadi penglihatan apa yang dilihatnya, tangannya bertindak sesuatu apa yang sepatutnya dilakukan, kakinya melangkah pada apa yang sepatutnya dilakukan, jika dia meminta kepada-Ku, pasti akan Aku perkenankan dan jika dia minta perlindungan daripada-Ku pasti Aku akan melindunginya. (Hadis Sohih riwayat Imam Bukhari 6502).

Rasulullah s.a.w ada menegaskan dalam satu hadis yang bermaksud : Sesiapa yang ber’itikaf dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah SWT, sesungguhnya dosa-dosanya yang telah lalu diampunkan oleh Allah. (Hadis riwayat ad-Dailami daripada Aishah r.a).

Rujukan :

Kuliah Magrib : Iktikaf  Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman

Iktikaf dan persoalannya oleh Ustaz Zainudin Hashim

Semarakkan amalan Iktikaf oleh Mohd Shauki Abd Majid

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s