Majlis Masjid-masjid Malaysia Akan Ditubuhkan

KANGAR, 24 Mei (Bernama) — Majlis Masjid-masjid Malaysia akan diwujudkan akhir tahun ini, yang antara lain bertujuan menyemarakkan penggunaan masjid sebagai institusi agama dan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata pada masa ini seminar-seminar sedang berlangsung secara berperingkat di seluruh negara ke arah penubuhan majlis itu.

Bercakap dalam sidang media selepas majlis penutup seminar ke arah penubuhan Majlis Masjid-masjid Malaysia di Kuala Perlis hari ini, Jamil Khir berkata kerajaan berharap melalui majlis itu kelak, idea para imam seluruh negara dapat digabungkan untuk kebaikan umat Islam.

Katanya masjid adalah institusi masyarakat yang penting dan ia perlu berkonsepkan “mesra remaja” bagi memikat golongan remaja mendekati masjid.

Beliau berkata kerajaan juga sedang menimbang kemungkinan untuk menjadikan masjid di seluruh negara sebagai salah satu tempat bagi melahirkan askar wataniah.

Sebelum itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semasa menutup seminar itu menyarankan setiap masjid melahirkan empat askar wataniah setiap tahun.

Selain itu, masjid-masjid juga boleh dijadikan lokasi latihan askar wataniah.

Jamil Khir berkata idea yang dicetuskan oleh Raja Muda Perlis selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sememangnya boleh membentuk masyarakat yang berdisplin.

Ketika berucap sebelum itu, Jamil Khir berkata kerajaan memperuntukkan hampir RM75 juta sebagai imbuhan kepada 14,195 imam mukim dan kariah di seluruh negara tahun ini.

Selain itu sebanyak RM11.4 juta diperuntukkan sebagai elaun mengajar 3,313 orang guru takmir seluruh negara.

– BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s