Syeikh al-Qaradhawi : USAHA PENDEKATAN ANTARA SUNNI DAN SYIAH

Sahabat Syiah saya , Saudara Abu Hassan telah bertanya pandangan saya mengenai usaha pendekatan antara Sunni dan Syiah maka ada baiknya bagi menjawabnya saya perturunkan salinan ucapan Syeikh al-Qaradhawi seperti di bawah :

Syeikh al-Qaradhawi: Sunnah & Syiah – Petikan ucapan beliau pada 31/8/2006 di Al Jazeera TV :

Lapan tahun lepas saya telah melawat Iran, semasa pemerintahan Presiden Khatami . Beliau telah mengadakan satu sambutan besar-besaran untuk saya, begitu juga dengan semua pegawai-pegawaindan ayatullah-ayatullah di Iran. Sekiranya kita benar-benar hendak saling mendekati, beberapa pekara perlu dielakan .

Pertamanya, kita mesti mengelakkan provokasi , yang menghalang kita dari mencapai persetujuan . Antaranya ialah kamu mesti berhenti mengatakan bahawa al Quran masih belum lengkap . Kebanyakan Syiah percaya bahawa al Quran yang ada sekarang adalah Kalam Allah dan mereka membacanya dan bergantung kepada hukum-hukumnya serta segala yang ada di dalamnya , tetapi mereka mengatakan bahawa al Quran ini bukanlah al Quran yang lengkap. Mereka mengatakan bahawa al Quran sebenar adalah 2 kali ganda tebalnya dari al Quran ini, bahawa surah al Ahzab adalah 2 kali ganda kandungannya.

Semua percakapan tentang al Quran seperti itu adalah tidak dapat di terima. Ada setengah dari mereka menolak pekara ini sementara yang lain mempercayainya.

Saya katakan kepada mereka : kita mesti diam tentang Quran dan juga tentang iam-imam Sunah, Al Bukhari, Muslim, Abu Hanifa, Al Malik, Ahmad Hanbal. Dan apa yang lebih penting ialah untuk berhenti mencela para Sahabat Rasullah. Sheikh al Ghazali pernah diberitahu oleh sesetengah Syiah bahawa Ali adalah lebih layak untuk menjadi khalifah berbanding Abu Bakar dan Umar beliau berkata kepada mereka :

Ali telah tiada ( mati ) , Abu Bakr telah tiada, dan Umar juga telah tiada , semunya telah menjadi sejarah, dan kita telah diperintah oleh orang asing.

Penjajah memerintah kita, samaada secara langsung atau hanya di belakang tabir, jadi kenapa kita mesti bercakap tentang pekara ini.

Memaki hamun para sahabat adalah salah satu daripada kepercayaan mereka. Mereka menjadi lebih dekat dengan Allah dengan memaki hamun para Sahabat nabi. Seorang Syiah tidak boleh dipanggil ( diberi nama ) Abu Bakar, Umar, Uthman atau Aisyah.

Saya menambah, dalam usha untuk saling mendekati kita mesti menahan diri daripada mendakyah doktrin masing-masing ke negara-negara yang mempunyai doktrin yang berbeza dengan doktrin kita . Saya tidak akan pergi untuk berdakwah tentang doktrin Suni di Qom atau negara berfaham Syiah . Saya telah memberitahu mereka bahawa adalah tidak boleh diterima untuk menyebarkan faham Syiah di Mesir, Sudan, Algeria dan lain-lain . Mereka ini adalah negara Sunnah sejati. Saya bertanya kepada mereka ; Apa yang kamu akan dapat ? Kamu akan dapat seorang? Dua, sepuluh, atau dua puluh, seratus, dua ratus atau mungkin seribu atau dua ribu , tetapi ini akan menimbulkan penentangan terhadap fahaman kamu. Seluruh negara akan menentangnya.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Syiah telah menembusi Mesir. Dua tahun yang lalu , saya menulis sebuah buku, Pembohongan Tentang Sejarah Kita. Seseorang telah bertindak untuk menjawab buku ini. Beberapa bulan lepas seorang dari saudara kita bertanya kepada saya , Adakah kamu telah melihat buku ini ? Saya jawab Tidak, Buku apakah itu ? Buku itu bertajuk Al Qardawi agen Allah atau agen Dinasti Umayyah? Dia berkata bahawa ia adalah jawapan kepada buku saya, Saya menjangka bahawa ia pasti adalah karya seorang dari Iran, Iraq atau Lebanon, namun di akhir buku tersebut tertulis : Mesir, al Mansoura , no telefon, e mail dan sebagainya. Ada orang Syiah yang mempunyai keberanian menjawab Yusof al Qardawi ? Saya memberitahu setiausaha saya untuk menalifon Al Mansoura dan bertanya tentang malapetaka ini . Setiausaha saya menelefon, dan mereka berkata bahawa seorang saudara mereka telah menjadi Syiah dan mula berulang alik antara Mesir dan Tehran.

Saudara-saudara sekelian, saya menyeru pendekatan antara Sunni dan Syiah dan saya menyokong gerakan penentangan Hizbullah , namun tidak di dalam mana-mana keadaan pun saya akan membenarkan ia menjadi hujah untuk Syiah memasuki negara-negara Suni. Kerana ini akan membawa kepada perbalahan di dalam masyarakat. Dan api akan membaham segala-galanya . Kami orang-orang Mesir tidak biasa dengan pekara ini . Mesir adalah negara Sunni, dan kami tidak mengetahui sebarang pertelingkahan Hanafi, Shafie dan Maliki – ia adalah semuanya Doktrin sunni. Namun konflik sedang melanda Iraq , pembunuhan secara besar-besaran berlaku setiap hari antara puak Sunni dan Syiah. Pekara yang sama boleh berlaku ( di Mesir ) sekiranya semua ini berterusan. Dimana ada dakwah ( Syiah ) nanti akan ada orang yang menentang mereka . Akan berlaku kekacawan di dalam masyarakat dan pembunuhan yang tak kunjung berhenti. Oleh itu saya menyeru agar kita mesti sentiasa berwaspada .

Rujuk :

Advertisements