Surat Kepada Saudara Abu Hassan : Usaha Pendekatan Antara Suni Dan Syiah 2

Kembali bertemu,  semuga kita dilimpahi rahmat Allah hendaknya.

Suka saya menyambung perberhasan mengenai usaha pendekatan antara Sunni dan Syiah.  Seorang sahabat dari Indonesia ada berkata kepada saya lebih kurang maksudnya :

Jangan kita sampai terpedaya dengan zahir atau yang dipamirkan mereka ( Syiah) . Mereka memiliki strategi yang di sebut taqiyah atau berpura-pura.

Iran bukan bahagian dari Dunia Islam. Iran itu, pertama-tama adalah Parsi, kedua mereka adalah Syiah, dan ketiga baru mereka Islam. Itu pun Islam yang memiliki Quran yang berbedza dengan Umat Islam.

Saya sangat bersetuju dengan pendapatnya , seperti mana saya bersetuju dengan pendapat  Syeikh al-Qardawi, malah jangan langsung dibiarkan Syiah berdakwah di Malaysia ini kerana bagi saya orang  Syiah adalah orang yang di tipu oleh sejarah.

Ada penulis politik  dunia membaca/ meramalkan tentang Syiah , bahawa mereka sedang merancang dan melaksana konspirasi besar  : Penaklukan Menuju ke Mekah dan Madinah.

Konspirasi ini akan bermula dari Iran dengan tercetusnya Revolusi Syiah yang di pimpin Khomeni. Mereka telah berjaya menakluk Iraq dengan pertolongan Amerika dan Israil. Lubnan sedang dalam proses melalui proksi Iran iaitu Hisbullah. Di Syiria mereka juga ada proksinya iaitu Syiah Nusairiyah. Apakah mereka akan berjaya menakluki Makah dan Madinah ?

Teringat saya ketika tentera bergajah menyerang Mekah dan merampas ternakan Abdul Mutalib. Abdul mutalib kemudiannya mendatangani Abrahah mohon dikembalikan ternakannya tersebut. Abrahah hairan mengapa ternakan itu yang dikisahkan, sedangkan aku akan hancurkan kaabah. Abdul Mutalib berkata, ternakan itu aku penjaganya dan kaabah itu Allah yang akan menjaganya.

Sekali lagi : mampukah Syiah menakluk Makah dan Madinah ?

Catitan hujung : Usaha pendekatan Sunni Syiah hanya akan menguntungkan Syiah – yang akan digunakan Syiah sepenuhnya – tiket untuk Syiah bergerak bebas, kerana itu ia tidak perlu. Tidak perlu untuk menolong orang, supaya orang terus tertipu dengan penulisan sejarah.