Surat Kepada Saudara Abu Hassan : Kecintaan Dan Kasih Sayang Melalui Nama

Saudara Abu Hassan

Semuga rahmat dan redza Allah dilimpahi keatas saudara dan para pembaca.

Ramai orang memberi nama anaknya berpangkalkan Muhammad. Anak saya sendiri berpangkalkan nama Muhammad. Ini kerana kecintaan dan kasih sayang  kepada junjungan  saw kita. Saudara sendiri menamakan anak saudara Hassan dan Hussain , kerana kecintaan kepada Hassan as dan Hussain as. Demikian pula ada orang menamakan anaknya Muslim atau Bukhari atau Nawawi atau Jaafar. Sebaliknya tidak masuk akal bagi orang Islam menamakan anaknya dengan Budha, Latta, Uzza atau seumpamanya.

Sehubungan dengan itu saya berusaha untuk mencari apakah nama seperti Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah, Abdul Mutalib dan Abu Talib ada dicatit namanya didalam senarai anak cucu Imam-imam Syiah. Abu Bakar, Umar , Usman dan Aishah adalah nama-nama yang sangat dibenci oleh ulama Syiah. Abdul Mutalib dan Abu Talib pula adalah nama yang sepatutnya disayangi oleh Imam-imam Syiah , hatta oleh Nabi saw sendiri.

Saudara Abu Hassan,

Saudara dan  Syiah saudara sangat membenci Abu Bakar ra, Umar ra, Uthman ra  kerana mereka  dikatakan merampas hak Ali ra, malah Aishah ra  isteri rasullah saw juga di tomah dengan julukan yang buruk.

Di antaranya  dinyatakan dalam Kitab Tuhfah al-Awam Maqbul oleh al-Syed Manzur Husain hal.330. dan di dalam kitab al-Tafsir oleh Abu al-Nadhar Muhammad bin Masud bin lyasy al-Salami al-Samarqandi terkenal dengan panggilan Ibn al-Iyasyi hal. 11 6.  – Petikan ini dipetik dari : http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html

Terjemahannya;

Daripada Abu Hamzah al-Thumali, Abu Jafar a.s. berkata ” Wahai Abu Hamzah sesungguhnya yang beribadah kepada Allah ialah mereka yang mengenal Allah. Maka ………

Aku ( Abu Hamzah ) bertanya lagi, “Siapakah musuh-musuh Allah, semoga Allah memberi kebaikan kepada engkau.” Iajawab, “Empat berhala.” Ia bertanya lagi “Siapa empat berhala itu”? Ia menjawab, “Abu Fusail (Abu Bakar) Rama’ (Umar) Nathal (Uthman) dan Muawiyah dan sesiapa yang menganut agama mereka dan memusuhi kesemua mereka ini (wali Allah), maka sesungguhnya ia telah memusuhi musuh-musuh Allah.”

Saudara boleh juga merujuk tulisan Syaikh Muhibbuddin Al Khatiib di https://aburedza.wordpress.com/2009/06/10/celaan-syiah-kepada-sahabat-nabi/

Saudara,

Anehnya jika di rujuk kepada fakta sejarah Imam-imam sendiri tidak membenci nama-nama tersebut. Pada kitab Para Pemuka Ahlul Bait Nabi Terbitan Al Ta’lif, Mu’assassah Al Balagh, tulisan Ali Muhammad Ali  atau kitab terjemahan  berjudul Tokoh-tokoh Terkemuka Ahlul Bait Nabi  mencatit

Pertama :

Dari Utsman bin Khalid, dari ayahnya, berkata, “Ke­tika sakit yang menyebabkan wafatnya, Imam Ali ibn AI­Husain bin Ali bin Abi Thalib mengumpulkan puteranya:

Muhammad, AI-Hasan, Abdullah, Umar, Zaid, dan AI­Husain. Beliau menyampaikan wasiat kepada puteranya, Muhammad bin AIi, seraya memberinya nama panggilan AI-Baqir, dan menyerahkan urusan mereka semua kepada­nya.” –  Pada nota kaki  di catit Tulisan ini di kutip dari  AI-Bihar, jilid XXXXVI, Bab AI-Nushush ‘Ala Imamatih, dikutip dari Kifayat AI-A tsar.

Kedua :

Imam AI-Hadi wafat pada tahun 254 H, dengan me­ninggalkan empat orang anak laki-Iaki, I mam AI-Hasan AI­’Askari, AI-Husain, Muhammad, dan Ja’far, serta satu orang anak perempuan bernama Aisyah. – Pada nota kaki di catit Tulisan ini di kutip dari  Syaikh al Mufid , Al – Irsyad halaman 334

Ketiga :

Dari beliau (Musa AI-Kadzim as ) lahir anak yang terbilang banyak, baik laki­laki maupun perempuan. Yang laki-Iaki ialah: Ali Ar-Ridha, Ibrahim, AI-‘Abbas, AI-Qasim, Isma’il, Harun, AI-Hasan, Ahmad, Muhammad, Hamzah, Abdullah, Ishaq, ‘Ubaidil­lah, laid, AI-Fadhal, dan Sulaiman. Sedangkan yang perem­puan adalah: Fathimah AI-Kubra, Fathimah AI-Shughra, Ruqayyah, Hakimah, Ruqayyah AI-Shughra, Kultsum, Ummu Ja’far, Lubabah, lainab, Khadijah, Aliyyah, Hasa­nah, Barihah, A’isyah, Ummu Salamah, Maimunah, Ummu Kultsum. – Pada nota kaki di catit Tulisan ini di kutip dari  Ali Muhammad Dakhyal, AI-Imam Musa AI-Kadzim, halaman 10, berdasar riwayat Syaikh AI-Mufid.

Di samping itu  sejarah juga mencatitkan Sayyidina Ali a.s. memberi nama putra-putra beliau dengan nama-nama mereka. Yaitu:

Abu Bakar bin Ali bin Abi Thalib. Beliau mati syahid di Karbala’ bersama saudaranya, yaitu Husein a.s.

Umar bin Ali bin Abi Thalib. Beliau ini mati syahid di Karbala’ bersama saudara beliau Husein a.s.

Utsman bin Ali bin Abi Thalib. Beliau ini juga mati syahid di Karbala’ bersama saudara beliau Husein a.s.

Hasan a.s. memberi nama putra-putra beliau dengan nama:

Abu Bakar; Umar; dan Thalhah bin Hasan. Ketiga-tiganya mati syahid di Karbala’ bersama paman mereka Husein a.s.

Husein a.s. memberi nama putra beliau dengan nama Umar bin Husein.

Saudara Abu Hassan

Demikian catitan ringkas saya mengenai nama-nama yang di benci Syiah saudara tetapi dirakam oleh Imam-imam saudara pada nama anak cucu mereka. Ini maknanya imam-imam  Syiah sendiri ada perasan kasih sayang kepada 3 khalifah rasullah saw dan isteri Baginda saw , Aishah ra.  Benarlah maksud firman Allah :

Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud.” (QS: Al-Fath 29).

Saudara,

Kita perhatikan apa yang di tulis Ali Muhamad Ali didalam kitab Para Pemuka Ahlul Bait mengenai imam Jaafar As Sadiq as :

Ibu Imam Jafar as adalah Fathimah ( Umm Farwah ) binti Al Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar, sedang ibu dari ibunya adalah Asma’ binti Abdurrahman bin Abu Bakar. Kerana itu Imam Jaafar as mengatakan , “ Abu menurunkan aku dua kali “ ( Abu mengapa tidak di catit Abu Bakar!!!! )

Penulis lain seperti Shalih bin Abdul Qadir Ad Darwisy Hakim Pengadilan Tinggi Al Qathif menyebut Imam Ja’far ash Shadiq a.s. yang menyatakan:

“Saya dilahirkan oleh Abu Bakar dua kali!”

Saya memahami kata-kata “Saya dilahirkan oleh Abu Bakar dua kali!”  bermaksud kedua-dua nenek Imam Jaafar as adalah cucu Abu Bakar ash-Shiddiq r.a.

Jadi bagaimana mungkin Imam Jaafar as dan anak cucunya berdoa laknat Allah untuk 2 berhala Kuraisy :

“Ya Allah, limpahkanlah sholawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan kutuklah dua berhala, dua sesembahan, dua tukang sihir Quraisy dan kedua anak wanita mereka berdua……”

Saudara,

Satu hal lagi – didalam pencarian saya saya tidak jumpa ( mungkin ada – tapi tak jumpa ) nama Abdul Mutalib dan Abu Talib (Abdul Manaf=BUKAN CIRI NAMA ISLAM) sedangkan mereka berdua adalah bapa atau bapa saudara dan datok kepada Ali as dan Baginda Nabi saw sendiri. Mungkinkah kerana mereka belum Islam?

Catitan hujung :

1. Lagi tulisan berkaitan isu ini boleh dirujuk di sini : https://aburedza.wordpress.com/2009/06/10/surat-kepada-saudara-abu-hassan-kecintaan-dan-kasih-sayang-melalui-nama/

2. Saya akhiri dengan maksud firman Allah :

“Mereka berdoa: “Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami. Janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman.” (QS: Al Hasyr 10).