Mengenali Syiah: Pengikut Tiga Khalifah Pertama Adalah Sesat

Mari kita mengenali Syiah daripada kitab besar mereka :

Kitab Usul Kafi  – Kitabul Hujah Oleh Kulani – Bab 7  Mangenali Seorang Imam Dan Merujuk [segala perkara] Kepadanya (Ma’rifat al-Imam wa al-Radd ilai-hi)

 

(40)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada bapanya, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Muhammad bin Abd al-Rahman bin Abu Laila, daripada bapanya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya kamu tidak menjadi soleh (la takunu salihin), sehingga kamu mengetahui; dan kamu tidak mengetahui sehingga kamu membenarkan; dan kamu tidak membenarkan sehingga kamu menyerah kepada empat pintu[1]. Yang pertamanya tidak ada guna melainkan dengan akhirnya.  Tersesatlah mereka yang mengikuti sahabat yang tiga[2] akan kesesatan yang jauh (wa dalla ashab al-Thalathah wa tahu taihan ba‘idan).

 


[1] Taubat dari syirik, kepercayaan kepada tauhid dan risalah, amalan soleh dan mengetahui Hujjah Allah.

[2] Abu Bakr, Umar dan Uthman.

 

Catitan hujung :

Abu Abdillah as  yang menjadi sumber hadis Syiah ini adalah panggilan kepada Imam ke 6 iaitu Imam Jafar As Shadiq as. Beliau adalah dari keluarga atau keturunan Saidina Abu Bakar ra , iaitu melalui jalur Muhammad bin Abu Bakar ra  dan Abdul Rahman bin Abu Bakar ra.  Adakah  dapat diterima akal beliau mencela nenekndanya sendiri. Tapi itu adalah kata-kata ulama Syiah . Awas saudara pembaca , kita ahli sunah dianggap SESAT oleh Ulama Syiah , bukan oleh Imam Jaafar As Sadiq !