Ali r.a. Enggan Menerima Baiah Selepas Wafat Uthman r.a.

Oleh : Aburedza

Ramai ahli sejarah  Syiah menulis , Ali r.a sangat menginginkan jawatan Khalifah selepas Rasullah saw wafat atau selepas Abu Bakar r.a  , Umar r.a. dan Uthman r.a wafat. Tulisan saya sebelum ini dengan rujukan kepada kitab Syiah sendiri iaitu Surat Ali kepada Muawiyah  , surat ke 6 ( baca di sini : https://aburedza.wordpress.com/2009/06/15/surat-khalifah-ali-ra-kepada-muawiiah-bin-abi-sufian-ra/ ) dan khotbah no 91 Ali r.a (baca di sini : https://aburedza.wordpress.com/2009/07/06/nahjul-balaghah-khutbah-92/ ) telah mengambarkan sebaliknya.  Ali r.a  sebenarnya adalah tidak dalam bentuk seorang yang begitu haus sekali kepada jawatan khalifah.

Ramai ahli sejarah memetik banyak ucapan Ali yang membayangkan kononnya beliau cukup marah dengan apa yang berlaku ke atas dirinya setelah jawatan khalifah terlepas dari tangannya semenjak dari zaman Abu Bakar dan Umar lagi.

Sebaliknya jika kita membaca tulisan Prof. Dr. Ibrahim Ali Sya’wat[1] beliau menulis dengan memetik dari al Kamil, jld 3 hlm  98, at Tabari jld 4 hlm 427 cet dar al Maarif mengatakan :

Ibn al-Athir menulis apabila Uthman dibunuh, para sahabat Rasulullah SAW dari kalangan Muhajirin dan Ansar berkumpul bagi membincangkan urusan pelantikan khalifah baru. Di kalangan mereka termasuklah Talhah dan juga al-Zubir. Mereka menemui Ali, lalu berkata: “Orang ramai memerlukan seorang pemimpin”. Jawab Ali: “Saya tidak mempunyai sebarang keperluan di dalam urusan anda itu. Siapa sahaja yang anda pilih, saya akan menyetujuinya”. Ujar mereka: “Kami tidak akan memilih seseorang yang lain selain dari anda sendiri”. Mereka berulang-alik membujuk Ali supaya menerima jawatan tersebut. Akhir sekali mereka menyatakan kepada Ali RA: “Kami tidak mengetahui seorang yang paling layak untuk memegang jawatan khalifah selain dari anda. Tidak ada lagi orang yang paling terdahulu masuk Islam dan paling dekat dengan Rasulullah SAW selain anda”. Jawab Ali: “Jangan anda semua melantik saya menjadi khalifah. Lebih baik saya menjadi seorang menteri dari menjadi seorang pemimpin”.

Kemudian Prof. Dr. Ibrahim Ali Sya’wat  menyambung dengan merujuk komentar al-Sayyid Muhib aI-Din aI-Khatib ke atas Kitab al- Awasim Mina al­Qawasim, hIm. 142. dan hlm. 143, catatan tepi no: 1. :  

Uthman dibunuh, orang ramai menemui Ali, tetapi Ali mengelakkan dari bertemu dengan mereka. Beliau menyembunyikan diri di kebun-kebun di Madinah. Apabila mereka menemuinya, beliau bukan saja menjauhkan diri dari mereka, malah beliau berkali-kali menyatakan tidak ingin masuk campur dalarn urusan mereka dan tidak ingin mendengar ucapan-ucapan yang diucapkan oleh mereka.

Al-Tabari juga melaporkan, orang ramai pernah menemui Ali yang secara kebetulan berada di pasar Madinah dan berkata kepadanya: “Hulurkanlah tangan anda, supaya kami dapat membaiah anda sebagai khalifah Islam”. Jawab Ali:

“Jangan anda sekelian tergesa-gesa berbuat demikian. Sebelum saya, Umar yang merupakan seorang yang sentiasa diberkati oleh Allah mewasiatkan semasa hayatnya supaya dibentuk majlis syura untuk memilih calon khalifah. Tunggulah sehingga orang ramai berkumpul dan bermesyuarat terlebih dahulu”. Setelah itu barulah mereka tidak lagi mendesak Ali supaya menerima jawatan tersebut.

Seterusnya al-Tabari melaporkan apabila penduduk Madinah telah berkumpul, delegasi dari Mesir menyatakan kepada mereka: “And a semua adalah ahli syura dan anda juga pernah melantik khalifah sebelum ini. Pilihlah seorang lelaki yang boleh memegang jawatan khalifah dan kami hanya mengikut sahaja keputusan anda itu”.

Majoriti orang ramai yang hadir dalam pertemuan tersebut menyatakan: “Kami reda Ali bin Abu Talib menjadi khalifah”. Jawab Ali: “Ketepikanlah dahulu saya dan carilah orang lain yang lebih layak dari saya”. Jawab mereka: Tidakkah tuan melihat fitnah yang sedang berlaku sekarang. Tidakkah tuan takut kepada Allah”? J awab Ali: “Sekiranya saya menerima pemilihan anda itu, saya akan mentadbir mengikut yang saya tahu dan jika anda sekelian membiarkan saya, saya sebenarnya hanyalah salah seorang dari anda sahaja. Cuma bezanya saya adalah orang yang paling patuh dan paling taat kepada sesiapa sahaja orang yang anda lantik menjadi khalifah”. Setelah itu mereka semua berpisah dengan keputusan memilih Ali sebagai khalifah orang-orang Islam.

 


[1] Prof. Sejarah Islam Universiti al Azhar dalam tulisannya Kesalahan-kesalahan Terhadap Fakta-fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula.

Tulisan ini boleh juga di baca di http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=2079

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s