Surat kepada Abu Hasan : Nabi dan Rasul

 Oleh : Aburedza

Saudara Abu Hassan,

Saya memetik tulisan saudara :

 Para rasul yang diutus, telah membawa risalah yang bersesuaian dengan akal dan mampu mengujudkan  pula keyakinan kepada perkara-perkara yang akal tidak berupaya mencapaikan nya, tetapi dapat menerima logic keujudan dan keberadaannya seperti keujudan balasan di akhirah, adanya syurga dan neraka dan lain-lain. Beratus ribu para rasul dan nabi diutuskan kepada umat manusia, ada yang membawa risalah berupa syariat untuk diamalkan dan ada yang membimbing umat berdasarkan syariat yang telah ada. Demikianlah sebahagian dari misi para nabi dan rasul yang AB fahami. Ia berbeza dari mazhab penyeleweng yang mengajar bahawa rasul adalah orang yang menerima wahyu dari Allah untuk disampaikan kepada umat tetapi para nabi adalah orang yang menerima wahyu tetapi untuk dirinya sendiri. Aneh sungguh, fahaman mazhab ini, apakah mereka tidak tahu bahawa para ulama pun dipertanggung jawabkan untuk melakukan dakwah inikan pula para nabi…. mashaAllah.

Saudara,

Percaya kepada nabi dan rasul adalah rukun iman. Maksud firman Allah :

Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya, serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barang siapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.

Al Maidah 136

 

Tafsiran ulama tentang nabi dan rasul sejak dulu memang berbedza. Bagaimana pun tafsiran saudara … bahawa rasul adalah orang yang menerima wahyu dari Allah untuk disampaikan kepada umat tetapi para nabi adalah orang yang menerima wahyu tetapi untuk dirinya sendiri …  adalah lebih kerap kita dengar , mungkin kerana sejak di sekolah itu yang kita dengar, tapi kalau kita membuat rujukan pendapat ulama ia sebenarnya berbedza.

 

Berikut saya kutip pendapat ulama daripada tulisan Siapa Itu Nabi-nabi oleh Prof. Madya Dr. Wan Zailan Kamaruddin. Beliau adalah pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akedemi pengajian Islam UM.  Kupasan beliau sangat menarik mengenai pelbagai pandangan dan hujah mengenai permasalahan nabi dan rasul. Hujah beliau sarat dengan rujukan pada catitan nota kaki.

 

Antara tulis beliau yang saya catat juga nota kakinya  seperti berikut :

Makna nabi l boleh dibahagikan kepada beberapa pandangan :

  1. Nabi adalah seseorang yang diberitahu oleh Tuhan mengenai berita-berita dari langit untuk dirinya secara khusus[i] dan dia tidak diperintahkan supaya menyampaikannya kepada orang lain.[ii]
  2. Nabi adalah seseorang yang tidak diberikan kitab dan undang-undang, sebaliknya dia hanya diperintah supaya mengikuti undang-undang yang terdahulu daripadanya[iii] dan tidak diizinkan membatalkan mana-mana bahagian undang-undang itu[iv] seperti yang dilakukan oleh para nabi bani Israel selepas Musa sehingga Isa.[v] Oleh yang demikian, nabi menjadi penjaga undang-undang yang dibawa oleh nabi-nabi lain.[vi]
  3. Nabi adalah seseorang yang dikurniakan wahyu oleh Tuhan menerusi malaikat yang menyampaikan wahyu itu kepadanya. [vii] Mereka dapat melihat malaikat dalam mimpi [viii] dan mendengar suaranya, tetapi tidak dapat melihatnya dalam keadaan sedar.[ix] Dengan cara itu, mereka menerima tugas kenabian[x] seperti yang berlaku kepada Ibrahim dan Muhammad sebelum menerima wahyu.
  4. Para nabi yang menjadi utusan Tuhan boleh dikategorikan mengikut pangkat mereka. Pangkat atau darjat nabi boleh dibahagikan kepada lima. Ada kenabian yang diutus kepada dirinya sendiri sahaja, ada yang diutus kepada ahli keluarga dan anak-anaknya, kepada penduduk sesebuah kawasan, kepada penduduk sesebuah negara dan kepada seluruh umat manusia.[xi]

 Makna rasul boleh dibahagikan kepada beberapa pandangan :

  1. Rasul adalah seseorang yang menerima berita daripada Tuhan dan dia diperintahkan menyampaikannya kepada orang lain.[xii]
  2. Rasul adalah seseorang yang diutus oleh Tuhan dan diberi kitab[xiii], undang-undang baru, serta diizinkan membatalkan sebahagian hukum dalam undang-undang yang terdahulu,[xiv] bertanggungjawab menyampaikannya kepada manusia dan menyeru mereka mematuhinya.[xv]
  3. Rasul adalah seseorang yang diberi wahyu oleh Tuhan melalui malaikat Jibril yang memperlihatkan dirinya kepada rasul itu secara berhadapan. Malaikat itu menyampaikan wahyu kepadanya dan rasul itu dapat melihat dan berbicara dengannya.[xvi]
  4. Menurut keterangan yang lain, para rasul mempunyai kaitan rapat dengan wahyu kerana mereka  menerimanya     daripada malaikat yang menurunkan wahyu itu dan menyampaikannya kepada mereka. Keistimewaan rasul berbanding nabi adalah mereka dikatakan dapat melihat malaikat menerusi mimpi dalam keadaan jaga dan dapat berbicara dengan malaikat secara bersemuka.[xvii]

Demikian beberapa pandangan pemikir mengenai nabi dan rasul. Menariknya dari tulisan ini jika saudara perhatikan nota kaki no 11 pendapat itu adalah dari as Saduq seorang ulama Syiah – beliau juga mengatakan : Ada kenabian yang diutus kepada dirinya sendiri sahaja, ada yang diutus kepada ahli keluarga dan anak-anaknya, kepada penduduk sesebuah kawasan, kepada penduduk sesebuah negara dan kepada seluruh umat manusia .  Benarlah kata saudara as Saduq pembawa mazhab penyeleweng , yang saudara mengikutinya.

 

Catitan hujung:

Saudara pembaca, Abu Hasan adalah seorang Syiah yang giat berdakwah kebaikan dan kebenaran mazhab Syiah. Beliau banyak menulis email kepada saya tentang kebenaran Syiah dan mengangap mazhab suni adalah menyeleweng. Saya faham beliau berhajat saya mengikutinya atau sekurang-kurang saya bersimpati dengan Syiah. Bagaimanapun kata saya : Katakan tidak pada Syiah. Bagi saya Syiah adalah kaum yang hidup dalam Nostalgia dan terpesona dengan pemalsuan sejarah dan mereka adalah pengikut Abdullah bin Saba. Mereka mengatakan Abdullah bin Saba adalah tokoh khayalan – tetapi didalam kitab Syiah sendiri mengaku akan keujudannya.


[i] Al-Sya’rani. al-Yawaqit. II, h.22. lni adalah kategori pertama dalam hierarki (tabaqat) kenabian. Lihat sarna al-Majlisi, op cit, XI, h.539; al-Kulayni, Usul al-Kafi, I, h.230; al-Muhammadi, Mizan al-Hikmah, IX, h.336.

[ii]AI-Tahawi, Syarh Aqidah al-Tahawiyah, h.167; al-Alusi, Ruh al­Ma’ani, XVII, h.173; al-Diyarbakri, Tarikh al-Khamis, I, h.282; al-Iji, al-Mawaqif, h.337.

[iii] AI-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, III, h.37.

[iv] al-Khu’i, Minhaj al-Bara’ah, II, h.153.

[v] AI-Baydawi, Anwar al-Tanzil, IV, h.57.

[vi] AI-Nasafi, Madarikal-Tanzil, III, h.106; al-Mufid,Awa’il al-Maqalat, h.8.

[vii] AI-Baghdadi, Usul ai-Din, h.153; al-Farq, h.206; Thn Hajar al­Asqalani, Fath al-Bari, VI, h.302.

[viii] AI-Majlisi, Bihar ai-Anwar, XI, h.539.

[ix] AI-Tabataba’i, al-Mizan, XIV, h.430; al-Kulayni, Usul al-Kafi, I, h.23 I ; al-Burujurdi, al-Khatam, h.21.

[x] AI-Qurtubi, Ahkam al-Quran, VII, h.4472; al-Khazin, Bab al-Ta’wil, III, h.313; al-Razi, Mafatih al-Ghayb, XXIII, h.48; al-Bazdawi, Usul ai-Din, h.22.

[xi] AI-Saduq, al- Tawhid, h.291.

[xii] at-Tahawi, Syarh al-Aqidah al-Tahawiyah, h.167; al-Alusi, Ruh al-Ma’ani, XVII, h.173; al-Sya’rani, al-Yawaqit, II, h.22.

[xiii] AI-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, III, h.37; al-Nasafi, Madarik al-Tanzil, III, h.106.

[xiv] AI-Baghdadi, Usul ai-Din, h.154; al-Khu’i, Minhaj al-Bara’ah, II, h.153.

[xv] AI-Baydawi, Anwar al-tanzil, Iv, h.57.

[xvi] AI-Qurtubi, Ahkam al-Quran, VII, h,4472; al-Khazin, Bab al-Ta’wi/, III, h.313; al-Razi, Mafatih al-Ghayb, XXIII, h,48; al-Majlisi, Bihar ai-Anwar, XI, h.539.

[xvii] AI-Tabataba’i, al-Mizan, XIV, h,430; al-Kulayni, Usul al-Kafi, I, h.231; al-Burujurdi, al-Khatam, h.21.

6 thoughts on “Surat kepada Abu Hasan : Nabi dan Rasul

  1. Assalamualaikum
    Saudara abu redza semoga dirahmati Allah,

    Saya tidak sangka tulisan saya dimasukkan kedalam blok. Kalau saya tau pasti saya tulis dengan terperinci kerana dapat dibaca orang ramai. Selain dari itu eloklah juga saudara pamerkan tulisan saya secara lengkap , jangan sebahagian-sebahagian sahaja, supaya pembaca dapat menelitinya dengan saksama . Kerana seruan saya adalah kepada akal yang sihat tidak taksub.

    Untuk pengetahuan saudara, tanpa membanggakan diri, saya mula membaca secara intensif buku-buku agama, sejarah, dan kebudayaan khususnya sejak 1974 dan majoritinya adalah buku buku sunnah.Kini saya terasa kebanyakkan apa yang saya baca meragukan kecuali halhal yang melibatkan akhlak, seperti kitab ihya ulumuddin dan seumpamanya.

    Dalam banyak perkara saya tidak mampu memetik rujukan kerana ia adalah ingati lama, tambahan pula saya bukan akedamician. Tetapi hampir semua hujah atau maklumat yang saudara berikan biasa saya baca sebelum ini.

    Saya pohon kepada Allah KeampunanNya jika tulisan ini melebihi batasan

    • Saudara Abu Hassan
      Terimakasih atas respon saudara. Saya hanya petik tulisan berkaitan tajuk sahaja. Oleh itu tak perlu keseluruhan . Kalau saya ulas tentang takyiah , akan saya petik berkenaan takyiah pula – insyaalah jika ada kelapangan.

      Terima kasih

  2. Ulasan balas tentang nabi dan rasul

    Apabila saya menulis secara sepintas lalu tentang nabi, itu adalah sebagaimana di ajar kepada umat di Malaysia sejak di bangku sekolah lagi, ia adalah suatu definasi yang di generalize kan. Dalam erti kata lain mengikut faham ASWJ nabi adalah seorang lelaki yang menerima wahyu Allah untuk dirinya sendiri , demikianlah kita di ajar pada masa dulu.

    Apa yang saya maksudkan ia lah, definasi ini adalah salah sekiranya di generalize kan, kerana terbukti bahawa semua nabi menyampaikan apa yang diperintah oleh Allah kepada ummat tetapi dalam kapasiti dan keadaan yang berbeza dengan para rasul. Saya pernah terbaca lama dahulu satu hadis yang mengatakan bahawa di akhirat nanti setiap nabi akan didatangi umat masing-masing, ada di antara nabi yang akan datang dengan hanya seorang pengikut sahaja. Dalam hadis tersebut tidak disebut adanya nabi yang tidak berpengikut. Sekiranya benar hadis tersebut, ini bererti tiada seorang nabi pun yang tidak melakukan dakwah. Kita boleh menerima bahawa awal tanda kenabian adalah mendengar suara-suara dari langit dan bermimpi benar sebagaimana yang terjadi kepada junjungan kita Muhammad saw, tetapi apakah ia hanya berakhir di situ sahaja? —— Wallahuaklam, harap saudara dapat menyelidik hadis tersebut.

    Daripada rujukan yang saudara petikkan ternyata benar apa yang saya fahami. Dakwah sesaorang nabi kepada dirinya sendiri adalah sangat sadikit berbanding dengan seruan kepada orang lain. Saya pun tak faham apa itu bahasa Ada kenabian yang diutus kepada dirinya sendiri sahaja, . Tetapi sekiranya berita dari langit yang dimaksudkan dan ia dikhususkan kepada sesaorang nabi maka itu adalah satu yang telah difahami dan diterima – tiada masalah langsung. Berita dari langit bukan semestinya perintah menyampaikan dakwah kepada umat. Ia adalah rahsia-rahsia yang Allah tunjukkan kepada sesiapa yang Ia kehendaki, ia juga kadang-kadang di anggap sebagai awal kenabian sebelum perintah berdakwah diturunkan. Apabila kita membicara tentang kenabian, kita akan menyentuh perkara penyampaian ajaran tauhid kepada masyarakat. Oleh yang demikian, Imam Jaafar as Sadiq apabila ditanya tentang perbezaan antara rasul dengan nabi, beliau secara umum membezakan keadaan semasa wahyu diturunkan kepada sesaorang bagi menentukan nabi atau rasul. Seorang nabi ialah seorang yang melihat (malaikat) dalam mimpi, dan mendengar suaranya tetapi tidak melihat (malaikat) semasa sedar . Sementara rasul adalah seorang yang mendengar suara (malaikat) semasa sedar dan melihat nya semasa mimpi dan juga semasa sedar .

    Menuduh As Saduk menyeleweng kerana mengkias terhadap pemahaman daripada apa yang saya tulis adalah tidak adil. Yang menyeleweng adalah membuat kenyataan umum (generalize) yang salah tentang

    nabi, sebagaimana saya dan saudara diajar oleh mazhab ASWJ dulu. As Saduk dan lain lain tokoh AB adalah ulama yang besar, ilmuan, tetapi mereka tidak pernah melebalkan karya mereka sebagai sahih, mereka terdedah kepada kritikan khususnya tentang perkara-perkara furu’. Malah kitab hadist Al Kafi oleh Al Kulaini pun dibuat penelitian dan di saring oleh ulama AB bagi menentukan mana yang sahih dan mana yang daif. Ini telah saya jelas dengan panjang lebar.

    Saya akan menguraikan kekeliruan kaedah ambilan penulis sunnah dalam mengkritik AB. Saya lihat kelemahan yang amat sangat dalam aspek ini sama ada kerana kekurangan maklumat, kedegilan atau niat menyembunyi kebenaran hujah AB, saya tidak tahu mana satunya.

  3. Saudara Abu Hasan

    Terimakasih atas ulasan balas. Saudara kata : Menuduh As Saduk menyeleweng kerana mengkias terhadap pemahaman daripada apa yang saya tulis adalah tidak adil. Yang menyeleweng adalah membuat kenyataan umum (generalize) yang salah tentang …

    Buka saya yang berkata , cuma saya ulangi apa yang saudara kata sebelum ini : Ia berbeza dari mazhab penyeleweng yang mengajar bahawa rasul adalah orang yang menerima wahyu dari Allah untuk disampaikan kepada umat tetapi para nabi adalah orang yang menerima wahyu tetapi untuk dirinya sendiri. Aneh sungguh, fahaman mazhab ini, apakah mereka tidak tahu bahawa para ulama pun dipertanggung jawabkan untuk melakukan dakwah inikan pula para nabi…. mashaAllah.

    Kalau saudara kata menyeleweng – As Saduk juga menyeleweng , kerana itu juga pendapat as Saduk !

  4. Assalammualaikum

    Saudara yang dirahmati Allah semoga di bulan yang mulia ini mendapat barakah yang lebih banyak lagi.

    Terima kasih di atas ulasan balas saudara tentang nabi dan rasul serta tuduhan penyelewengan yang di timpakan kepada As Saduk ( dikiaskan dengan apa yang saya nyatakan dulu).

    Saudara sabenarnya tidak memahami dengan saksama apa yang ditulis oleh As saduk. Beliau tidak membuat generalization ke atas siapa itu nabi. Apa yang beliau menyatakan mungkin terbitan dari hadis dari Imam Jaafar Assadiq Chapter 2: Berkenaan Makham (degrees) para nabi, rasul dan Imam as dari Usul Al Kafi.

    Muhamamad bin Yahya ( – ) Ahmad isn Muhammad ( – ) ……..” Abu Abdillah as berkata: Para nabi dan sarul adalah di dalam empat makham (degrees): Nabi yang melihat kenabian ke atas dirinya – ia tidak memiliki fakulti yang dinyatakan di bawah kecuali yang tersebut; seorang nabi yang melihat ( seorang yang mengarahkan beliau) dalam mimpinya dan mendengar suara tetapi tidak melihatnya semasa sedar – Berliau tidak diutuskan kepada sebarang orang, dan di atasnya ada ketua saperrti Ibrahim as ke atas Lut as : Nabi yang melihat dalam mimpi dan dengar suara dan melihat malaikat – ia diutuskan sebagai rasul kepada kumpulan samaada kecil atau besar …..”

    Hadist ini diklasifasi sebagai dhaif oleh Al Majlisi. Walaubagaimana pun perkara tersebut bukan menjadi persoalan, yang jelas ialah beliau membicara tentang makham para nabi dan rasul, dan sekiranya kenabian itu untuk menyeru diri sendiri, ia masih tergolong dalam lingkungan yang sangat kecil atau tiada langsung sebagaimana yang telah saya jelaskan. Oleh yang demikian adalah mustahil bagi As Saduk untuk meng generalize kan definasi nabi sebagaimana yang kita belajar dulu setelah bagitu banyak hadis sahih dari AB yang tidak menceritakan seperti demikian.

    Saya juga tertarik dengan uraian yang jelas dan konprehensif dari Prof Madya Dr. Wan Zailan Kamaruddin. berhubung dengan nabi dan rasul sebagaimana yang telah saudara kirimkan kepada saya.

    • Prof Madya Dr. Wan Zailan Kamaruddin menulis :

      Tulisan AI-Saduq, al- Tawhid, h.291.:

      Para nabi yang menjadi utusan Tuhan boleh dikategorikan mengikut pangkat mereka. Pangkat atau darjat nabi boleh dibahagikan kepada lima.

      1.Ada kenabian yang diutus kepada dirinya sendiri sahaja,
      2.ada yang diutus kepada ahli keluarga dan anak-anaknya,
      3.kepada penduduk sesebuah kawasan,
      4.kepada penduduk sesebuah negara dan
      5.kepada seluruh umat manusia.

      Terimakasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s