Fatwa Kerajaan Negeri Perlis :Pertukaran Cuti Hujung Minggu Dari Hari Jumaat Kepada Hari Ahad

ar65Menekuni senarai fatwa negeri Perlis saya tertarik dengan tajuk di atas. Walaupun masa berlalu,dan Melayu pun telah melupakannya, ada baiknya kita membelek semula. Bagaimana untuk membangkit semula isu ini ? Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis , cubalah ungkitkan balik – cuba peringatkan YAB Md Isa Sabu . Saya salin di bawah ini untuk bacaan saudara :

 

Dipetik dari :http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=955

jalanhutanPertukaran Cuti Hujung Minggu Dari Hari Jumaat Kepada Hari Ahad

Islam tidak mewajibkan cuti pada mana-mana hari pun dalam seminggu, oleh kerana keadaan dan suasana masyarakat pada hari ini memerlukan cuti rehat dalam seminggu, maka bolehlah dipilih hari tertentu untuk dijadikan cuti mingguan, namun begitu, hari cuti tersebut tidak boleh mengikut kebiasaan masyarakat Kristian yang bercuti pada hari Ahad dan merupakan hari penganutnya pergi ke gereja.

Adalah wajar diteruskan cuti mingguan pada hari Jumaat seperti yang menjadi tradisi dan adat resam Melayu di Negeri Perlis.

Masyarakat Islam Perlis telah biasa dan sebati bercuti pada hari Jumaat dan menjadikannya sebagai hari bekerja menimbulkan banyak keburukan dan kesulitan seperti bagi pekerja kilang dan pelajar sekolah yang tidak dapat hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Sementara tindakan menjadikan Hari Ahad sebagai hari cuti mingguan adalah tindakan membesarkan hari tersebut sebagaimana penganut Kristian membesarkannya. Dengan berbuat demikian kita telahpun mengikut jalan dan jejak langkah mereka. Sedangkan rasulullah saw bersabda:

Maksudnya: Sesiapa yang menyerupai atau mencontohi cara hidup sesuatu kaum (bukan Islam) maka dia tergolong dari kalangan mereka.

Oleh itu, Jawatankuasa Syariah bersetuju sebulat suara bahawa cuti mingguan dikekalkan pada hari Jumaat, Jawatankuasa Syariah juga bersetuju sebulat suara mendesak Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan isu itu.

3 thoughts on “Fatwa Kerajaan Negeri Perlis :Pertukaran Cuti Hujung Minggu Dari Hari Jumaat Kepada Hari Ahad

  1. Apakah pejabat mufti johor lebih meraikan orang kristian ke gereja daripada meraikan orang islam ke masjid? Kalau tidak kita cuti lah hari isnin atau selasa atau rabu atau khamis. Mengapa memilih hari ahad. Alangkah selesanya orang Kristian ke gereja kerana ahad hari cuti. Sebaliknya alangkah kalutnya orang islam bergegas ke masjid kerana hari kerja. Berapa ramai budak sekolah tuang jumaat kerana kalut balik lewat. Berapa ramai kita tengok budak sekolah masih tunggu bas sekolah sedang kita telah pi masjid dengan gopah gapah.
    Saudara tidak ada jatidiri sebagai orang islam!

  2. saya sangat-sangat jika kerajaan negeri pahang dan seterusnya kerajaan malaysia sedia menjadikan jumaat sebagai hari cuti mingguan. adakah kita terlalu hormat agama dan bangsa lain sehingga menidakkan islam itu sendiri. ummah kita masih lemah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s