Muhammad SAW di dalam Bible – 1

MuhammadPenganut agama Kristian hari ini tidak mengakui selepas Nabi Isa akan lahir seorang lagi nabi dan nabi itu bernama Muhammad. Perkara ini sebenarnya sudah dinyatakan oleh Bible berdasarkan bukti-bukti yangnyata. Reverend David Benjamin Keldani, Bekas paderi Roman Katholik menulis didalam : Muhammad in the Bible .

 Saya petik beberapa tulisannya :

 Perkataan Mahamuddim di dalam Bible

 Di dalam Holy Bible pada buku Song of Solomon (Kidung Agung) bab 5 ayat 16 disebut:

 His voice and speech are exceedingly sweet; yes,

he is altogether lovely.

This is my beloved, and this is my friend,

O daughters of Jerusalem!

 Terjemahannya mengikut Bible Indonesia; Al-Kitab (2002) terbitan Lembaga Al-Kitab Indonesia adalah:

 Kata-katanya manis semata-mata,

segala sesuatu padanya menarik.

Demikianlah kekasihku, demikianlah temanku,

hai puteri-puteri Yerusalem!

–       Kidung Agung 5:16

Perkataan “he is altogether lovely” yang terdapat di dalam Bible merupakan terjemahan daripada perkataan Mahamuddim dalam bahasa Hebrew, iaitu bahasa Yahudi. Perkataan asalnya; “Hikko mamittakim kami kullo mahamuddim zehdodeh wa zahrae bayna Yurusalem”. Perkataan “im” dalam bahasa Yahudi melambangkan kemuliaan dan penghormatan. Contohnya, perkataan Elohim, Eloh yang membawa erti “Tuhan” manakala im bererti “Yang Maha Mulia”.

Justeru, Elohim bererti Tuhan Yang Maha Mulia. Apabila kaedah yang sama digunakan terhadap perkataan Mahamuddim, ia membawa erti “Mahamadd yang mulia” atau “Mahamadd yang terpuji”. Maksud ini selari dengan nama Muhammad kerana perkataan Muhammad bermaksud “dia yang terpuji”.

One thought on “Muhammad SAW di dalam Bible – 1

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s