DOA MEMOHON KETEGUHAN IMAN

Tazkirah Malam ke 4 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman:

DOA MEMOHON KETEGUHAN IMAN

 r4 

Maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon ke­pada-Mu iman yang tidak akan lepas (murtad), nikmat yang tak akan habiss dan menyertai Nabi Muhammad s.a.w. di syurga yang paling tinggi selama-Iamanya. “[1]

Keterangan dan Petua Beramal

Memohon keteguhan iman adalah antara doa yang paling banyak dipanjatkan oleh Nabi s.a.w. dalam munajat-munajat baginda. Menurut mazhab ahlissunnah wal jama’ah, iman seseorang itu bertambah dan berkurang. Adalah amat malang jika permulaan hidup berada dalam takwa, tetapi ketetapan akhimya, ialah mati dalam su al-khatimah, maka nerakalah tempat kembalinya.

Menurut sebuah hadis sahih riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya amalan kamu dinilai pada bahagian akhimya.”

Maksud hadis ini ketentuan akhimya jika baik, maka syurgalah tempatnya, demikian sebaliknya jika buruk, nerakalah tempatnya.” [2]

Imam Ibn Rajab al-Hanbali berkata, ramai sahabat me­nangis tatkala hampir mati. Apabila ditanya, mengapa me­nangis.

Mereka menjawab, “Allah S.W.t. membahagikan hamba-Nya kepada dua golongan, yang pertama adalah ahli syurga dan yang kedua ahli neraka. Kamu tidak tahu di mana­kah kedudukanmu.”[3]

Petikan : Doa 98  Dari Kitab 101 Doa Dari Hadis Sahih Oleh Ustaz Zahazan Mohamed

 


[1] Riwayat Ibn Hibban no. 2436. 

[2] Riwayat al-Bukhari no. 3208, Muslim no. 2643. 356 Lihat kitab Jami al-Ulum: Hadis ke 4.

[3] Lihat kitab Jami al Um hadis no 4

SELAMAT DATANG RAMADAN

Tazkirah Malam Pertama Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman :

SELAMAT DATANG RAMADAN

Dalam sebuah hadis disebutkan, Ketika Rasullah s.a.w melihat anak bulan , baginda mengucapkan : 

Maksudnya:

“Ya Allah! Bulan Ramadan telah mendatangi lwmi, sedangkan kami dalam keadaan aman dan beriman, serta dalam keadaan selamat dan Islam. Wahai anak bulan! Tuhanku dan Tuhanmu adalahAllah. Dan sesungguhnya engkau adalah anak bulan yang baik dan telah memberi petunjuk kepada kami. [1]

Di awal bulan Ramadan, Nabi s.a.w selalu menyampaikan kepada umatnya  firman Allah s.w.t : 

Maksudnya:

“Setiap perbuatan anak cucu Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu untuk-Ku, dan Aku yang akan membalasnya. [2]

Sahal bin Saad meriwayatkan Rasullah s.a.w bersabda 

Maksudnya:

“Di syurga ada satu pintu yang diberi nama dengan pintu ‘al-Rayyan’. Orang-orang yang berpuasa akan masuk ke dalam syurga melalui pintu itu. Jika mereka telah mas uk, pintu itu akan ditutup semula, sehingga tidak ada orang lain selain mereka yang masuk ke syurga melalui pintu itu. “[3]

Petikan : Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan Oleh Dr. ‘Aid Abdullah Al Qarni, Mukasurat  128-130

 


[1] Hadis sahih

[2] Diriwayat oleh Bukhari no 1904 dan Muslim  no 163 dalam kitab as Shiyam

[3] Diriwayat oleh Bukhari no 1896 dan Muslim  no 1152

SAYYIDUL ISTIGHFAR

cl0030

Tazkirah Malam ke 3 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman:

SAYYIDUL ISTIGHFAR 

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Syaddad bin Aus, Nabi mengajar sepotong doa. Sesiapa yang membaca­nya dengan keimanan pada waktu pagi, lalu dia mati pada petangnya, maka dia akan menjadi ahli syurga. Demikian juga bagi yang membacanya dengan keimanan pada waktu petang, lalu meninggal dunia selepas itu, maka dia tergolong dalam golongan ahli syurga. 

R3

Maksudnya: “Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar me­lainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu, dan aku berjanji mentaati-Mu se­mampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada ke­jahatan kelakuanku. Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkan Engkau. “[1]

Keterangan dan Petua Beramal  

Menurut al-San’ani di dalam Subul ai-Salam, doa ini di namakan “sayyid” yang bermaksud penghulu kerana ia meng­himpunkan makna yang menyeluruh, serta ekspresi keinsafan iaitu taubat seorang hamba kepada Khaliqnya. [2]

Dalam sebuah hadis riwayat Abdullah bin Amru r.a., Nabi s.a.w. pernah bersabda maksudnya:

 “Wahai golongan wanita, banyakkanlah bersedekah dan beristighfar, aku melihat golo­ngan wanita yang paling ramai menjadi ahli neraka!” Lalu seorang daripada mereka bertanya: “Kenapa kami yang ramai menjadi ahli neraka wahai Nabi s.a.w.?” Nabi menjawab, “Aku tidak pernah melihat orang yang paling kurang akal dan agamanya berbanding golongan wanita.” Wanita itu bertanya lagi, “Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan kurang akal dan agama itu?” Jawab Nabi s.a.w : “Kurangnya akal bagi kamu bermaksud persaksian dua orang wanita menyamai seorang lelaki, dan kurangnya agama bermaksud keuzuran seseorang wanita menyebabkannya tidak dapat bersolat dan berpuasa.”[3]

 

Petikan : Doa 74 Dari Kitab 101 Doa Dari Hadis Sahih Oleh Ustaz Zahazan Mohamed

 


[1] Riwayat al-Bukhari no. 6306. 

[2] Lihat kitab Subul aI-Salam syarah Bulughul Maram, Bab Zikir dan Doa. 275 Riwayat Muslim no. 79, Kitab al-1man, Bab  Bayan Nuqsan aI-Iman Binaqs al-Taubat.

[3] Riwayat Muslim no 79