NASIHAT RASULLAH S.A.W KEPADA SEPUPU BAGINDA

Tazkirah Malam ke 7 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman:

NASIHAT RASULLAH  S.A.W KEPADA SEPUPU BAGINDA

eriangPerkara yang dapat merosakkan kehidupan, masa depan, waktu, kecerdasan, aktiviti dan amal ibadah kita adalah maksiat. Oleh itu, bersegeralah bertaubat dari pelbagai macam kemaksiatan, sama ada yang nampak ataupun yang tersembunyi. Berikut ini dijelaskan sabda Rasulullah s.a.w kepada sepupunya Ibn Abbas r.a ketika sedang menunggang haiwan ternakan: r71

r72 

 Maksudnya:

“Wahai budak kecil! Jagalah ajaran Allah maka Allah akan menjagamu. Jika kamu memohon maka mohonlah kepada Allah. Jika kamu meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah bahawasanyajika umat ini berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu maka nescaya mereka tidak akan dapat memberikan manfaat itu melainkan seperti yang telah ditetapkan oleh Allah bagimu. Jika mereka semua berkumpul untuk mendatangkan mudarat kepadamu, maka nescaya mereka tidak akan dapat mendatangkan mudarat itu melainkan dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan atas dirimu. Pena telah diangkat dan lembaran ­lembaran catatan amal telah mengering.”[1]

Semoga Allah menjaga kita dari segala kesalahan dan perbuatan dosa. Kerana kesalahan dan perbuatan dosa itu dapat membinasakan diri kita. Perbuatan dosa akan membinasakan para pemuda Islam. Tidak ada perkara lain yang dapat menyia-nyiakan keberadaan generasi Islam selain maksiat. Maksiatlah yang dapat menghapus kecerdasan dan kepandaian mereka, serta melumpuhkan sumber kekuatan dalam kehidupan mereka. Oleh itu Ibn Abbas r.a pernah mengatakan, :

“Maksiat boleh membuat hati menjadi gelap, hilang rasa malu, dibenci orang, dan sukar mendapat rezeki. Sedangkan ketaatan dapat membuat hati menjadi bersih, wajah bercahaya, dicintai orang, dan luas rezeki. Siapa sahaja yang menginginkan kekuatan, ketenangan hati, kebahagiaan di dunia dan akhirat, kecerdasan, kefahaman, dan cahaya maka hendaknya dia taat kepada Allah dan meninggalkan semua perbuatan maksiat.”

Petikan : Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan Oleh Dr. ‘Aid Abdullah Al Qarni, Mukasurat  246-247

 


[1] Hadis sahih diriwayat oleh Ahmad 1/293 , al Tirmizi 2516, Ibn Suni 419, Abu Yaala 2/665

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s