Bilangan rumah ibadat tidak seimbang

Bilangan rumah ibadat tidak seimbang
KUALA LUMPUR – Jumlah rumah ibadah yang kurang seimbang dengan bilangan populasi penduduk, dikenal pasti sebagai antara faktor yang menyebabkan rasa kurang senang dikalangan penduduk negara ini dalam hubungan antara agama.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) , Datuk Haji Mohd Nakhaie Haji Ahmad mendedahkan, kajian yang dijalankan pihaknya di Kuala Lumpur mendapati bilangan masjid jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan rumah ibadat lain, meskipun majoriti penduduk adalah beragama Islam.

“Contohnya terdapat hanya 13 buah masjid dan 62 surau di mukim Sentul di sini, sedangkan terdapat 532 rumah ibadat lain (20 gereja, 72 kuil Hindu/Gurdwara dan 440 tokong Budha).

“Di seluruh Kuala Lumpur pula terdapat 64 buah gereja, 192 buah kuil Hindu, malah bilangan tokong Budha mencecah 819 buah, dan hanya ada 59 masjid dan 218 surau/madrasah “ katanya semasa sidang media Hasil Kajian “Sensitiviti Masyarakat Islam Terhadap Struktur Rumah Ibadah Agama Bukan Islam” di sini hari ini (4 September).

Kajian tersebut dijalankan oleh secara kerjasama antara YADIM dengan Merdeka Centre For Opinion Research, sejak tahun 2007 bagi mengenal pasti dan memahami keadaan semasa, terutamanya selepas beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mengadakan demonstrasi jalanan atas nama agama.

Dalam pada itu menurut Nakhaie, masalah ketidak seimbangan itu disebabkan kurangnya penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan, terutamanya dalam menangani masalah rumah ibadat yang dibina secara haram.

Tambahnya, masalah ketidak seimbangn ini jika dibiarkan berlarutan, pasti akan mengancam keamanan dan keharmonian negara ini.

“Kajian yang ditunjukkan YADIM juga menunjukkan masyarakat Islam cukup bertolerasi dalam hubungan antara agama. 91 peratus daripada responden yang dikaji mereka tidak menghadapi masalah keagamaan di kawasan masing-masing dan 92 peratus mengatakan mereka menghormati hak penganut agama lain,” katanya.

Pada masa yang sama, Mohd Nakhaie juga berharap agar pihak-pihak terbabit tidak mengambil kesempatan dan mempolitikkan perkara ini kerana ianya akan mengeruhkan keadaan.

 

Sumber : http://www.yadim.com.my/berita/BeritaPenuh.asp?newsId=4559

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s