Bagaimana Sunat Tarawikh Orang Syiah?

Bagaimana Sunat Tarawikh Orang Syiah?

Dalam sebok sebok beribadat pada bulan Ramadan ini  , mungkin kita tertanya-tanya bagaimana orang Syiah bersunat Tarawikh.  Mereka tidak menyebut Tarawikh tetapi sekadar menyebut  sembahyang Sunat Di Bulan Ramadan .Saya menyalin di sini apa kata  ulama Syiah mengenainya dengan catitan kakinya sekali :

50. Sembahyang sunat pada bulan Ramadan.

Sembahyang pada bulan Ramadan adalah seperti sembahyang pada bulan-bulan selain daripadanya. Sesiapa yang mahu menambahnya, aka hendaklah dia bersembahyang pada setiap malam sebanyak dua puluh rakaat [66] Lapan rakaat antara Maghrib dan Isyak akhir. Dua belas rakaat selepas Isyak akhir sehingga berlalunya dua puluh malam bulan Ramadan. Kemudian dia bersembahyang pada setiap malam sebanayak tiga puluh rakaat di mana lapan rakaat daripadanya antara Maghrib dan Isyak. Dan dua puluh dua rakaat adalah selepas Isyak akhir. Dibaca pada setiap rakaat daripadanya Surah al-Hamdu dan surah yang senang ( ma tayassara min al-Qur’an) melainkan pada malam kedua puluh satu dan pada malam kedua puluh tiga kerana keistimewaan menghayati kedua-dua malam tersebut. Seorang itu hendaklah bersembahyang pada setiap malam tersebut seratus rakaat, dibaca di dalam setiap rakaat Surah al-Hamdu satu kali dan Surah al-Ikhlas sepuluh kali.

 Nota kaki [66]: Sembahyang Terawih adalah bidaah. Umar adalah orang pertama yang menciptakan sembahyang Terawih.

Fakta di atas di petik dari : AMALI AL-SADUQ -Majlis (ke 93) mengenai Kepercayaan Dan Amalan Syiah Imam Dua Belas) Oleh Syeikh Al-Saduq , wafat 381 Hijrah

Diterjemahkan dari buku aslinya Amali al-Saduq -Majlis ke 93 Karya Abu Ja‘far Muhammad bin Ali bin al-Husain Babuih al-Qummi Cetakan Bahasa Arab: Beirut, 1980

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s