Abu Bakar As Siddiq r.a

Abu Bakar As Siddiq r.a

Rasullah s.a.w pernah mengatakan:

“Saya tidak mengajak seseorang memeluk Islam kecuali dia mempunyai rasa ingkar, melaikan Abu Quhafah, tidak sedikit pun dia ingkar atau ragu semasa aku memberitahu “.

Abu Bakar atau Abdullah bin Abu Quhafah juga di gelar Siddiq ( Benar ), Atiq (Elok) dan Awwah ( Kasih Sayang dan Rahmat )

Setiap kali Rasullah s.a.w bercerita , Abu Bakar akan berkata: Benarlah apa yang kamu ceritakan. Saya bersaksi sesungguhnya kamu adalah pesuruh Allah.

Apabila Aisyah ditanya kenapa Abu Bakar dinamakan Atiq , beliau menjawab Rasullah s.a.w berkata: “ Beliau ini adalah orang yang di bebaskan Allah daripada seksa api neraka “

Abu Bakar mempunyai sifat kasih sayang yang tinggi kepada sahabat-sahabatnya, kerana itu beliau juga di gelar Awwah.

Al Quran memberi isyarat tentang keutamaan Abu Bakar r.a :

1. Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. QS 92;5-7

Di riwayat oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Urwah :Abu Bakar ra telah memerdekakan 7 orang hamba yang diseksa tuannya kerana beriman kepada Allah , lalu turunlah ayat ini  QS 92: 5-7 sebagai janji Allah kerana sifat dermawan Abu Bakar r.a.

2. Dan kelak akan dijauhkan orang yang paling takwa dari neraka itu, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkannya, padahal tidak ada seorang pun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya, tetapi (dia memberikan itu semata-mata) karena mencari keridaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan. QS 92: 17-21

Di riwayatkan oleh al Bazzar yang bersumber dari Ibnu Zubair ayat QS 92:17-21  turun berkenaan sifat kedermawan Abu Bakar r.a

3.Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah. Sebaliknya hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu. Tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. [al-Nur 24:22]

Allah Subhanahu wa Ta‘ala menerusi ayat tersebut menyuruh Abu Bakar radhiallahu ‘anh supaya meneruskan kebaikan yang dilakukannya. Ini berlaku setelah beliau bercadang untuk menghentikan bantuannya kepada Misthah kerana terlibat menuduh A’isyah radhiallahu ‘anha melakukan perbuatan sumbang. Ayat di atas menunjukkan kelebihan serta kedudukan tinggi yang dimiliki oleh Abu Bakar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala tanpa wujud apa-apa keraguan sama sekali.

4. Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu“. QS.41:30

5. Dalam salah satu peristiwa penting yang menyentuh masa depan umat Islam, iaitu peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dari Makkah ke Madinah. Rasulullah s.a.w. memilih Abu Bakar al-Siddiq r.a. satu-satunya sahabat di kalangan ramai sahabat terkanan waktu itu, untuk sama-sama menempa satu tahap terpenting dalam era pengembangan Islam serta berhadapan dengan kemuncak cabaran yang tidak ada tandingnya. Menyentuh hal ini, Allah berfirman :

Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: “Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita.” Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. QS.9:40

Rujukan :

Sejarah Khalifah Rasullah  : Prof Dr . Amin Qudah

Asbabun Nuzul : As Syayuti

Isu-Isu Kontroversi Dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa’ Al-Rasyidin : Marzuki Hj Mahmood

Keutamaan Para Sahabat : Hafiz Firdaus

2 thoughts on “Abu Bakar As Siddiq r.a

  1. Salam….

    Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: “Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya.” Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.

    Ada tak hadis mcm ni n sapa periwayatnya

    • Salam,
      Terima kasih kerana sudi kunjugi laman saya.

      Kalau hadis berikut ada saya jumpa:

      Tidak dibenarkan manusia sujud kepada manusia, dan kalau dibenarkan manusia sujud kepada manusia, aku akan memerintahkan wanita sujud kepada suaminya karena besarnya jasa (hak) suami terhadap isterinya. (HR. Ahmad)

      Sumber: 1100 Hadits Terpilih (Sinar Ajaran Muhammad) – Dr. Muhammad Faiz Almath – Gema Insani Press

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s