Nabi s.a.w Membaca Fatihah Di Perkuburan Melalui Solat Jenazah

Abu Syu’aib, Mohd Khairil Anwar bin Abdul Latif,  dalam sangahan terhadap Artikel Zamihan Mat Zin Al-Ghari  menulis:

“Dari sudut yang lain kita perhatikan masyarakat kita yang pergi untuk menziarahi kubur terutamanya pada hari raya mereka telah melakukan satu kesalahan yang jelas di larang oleh agama untuk membaca al-Quran. Iaitulah dengan duduk di atas kuburan untuk membaca yasin dan sebagainya. Mengapakah perkara ini tidak diambil berat oleh masyarakat kita? Jawapannya disebabkan kerana kejahilan. Tidakkan kita mendengar hadis nabi s.a.w. “Adalah lebih baik bagi seseorang di kalangan kamu duduk di atas bara api sehinga terbakar pakaiannya dan melecur kulitnya daripada dia duduk di atas kubur”. hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam bab “Larangan duduk di atas kubur dan bersolat di atasnya” Maka sekiranya masih berdegil juga untuk melakukannya maka silalah membaca al-Quran di atas kubur secara berdiri, kerana diharamkan untuk duduk di atas kubur.” Rujuk : https://aburedza.wordpress.com/2009/10/22/membaca-al-quran-di-atas-kubur-jawapan-kepada-artikel-zamihan-mat-zin-al-ghari/

Kubur boleh saja dalam kubur, atas kubur, tepi kubur, antara beberapa kubur atau kawasan perkuburan. Jangan duduk boleh juga jangan bertinggung, jangan berjalan, jangan bercangkung, jangan berdiri jika betul-betul di atas jenazah ( di antara 2 batu nisan ). Kalau di tepi , di antara beberapa kubur , di kawasan perkuburan, silakan ……. bacalah quran dan berdoa. Yang tidak dibaca al Quran adalah di dalam kubur.

Demikian saya dan sahabat-sahabat sebagai orang awam memahami duduk di atas kubur. Kami apabila bergotong royong membersih kubur, apabila berehat akan mencari ruang-ruang kosong yang tidak ada batu nisan untuk duduk atau berdiri. Apabila berjalan  atau membersihkan kubur kami akan mengelak melintasi dua batu nisan bagi satu kubur, kami akan berjalan di celah-celah kubur – itu yang saya yang daif ini faham – jika fahaman ini silap , ustaz-ustaz yang membaca tulisan ini , sila betulkan melalui ruang komen. Bagaimanapun tidak di nafikan – bagi kubur yang sesak dan rapat , kami tidak akan duduk di situ kerana takut terduduk di atas kubur/jenazah.

Nabi saw  dan sahabat pernah sembahyang jenazah di kawasan perkuburan ,  tentunya bukan betul-betul di atas jenazah di dalam kubur ( ia itu di antara 2 batu nisan ):

  • Hadis riwayat Abdullah bin Abbas ra.: Bahwa Rasulullah saw. menyalati mayit di atas kubur, sesudah mayit dikubur. Beliau bertakbir empat kali. (Shahih Muslim No.1586)
  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
    Bahwa seorang wanita hitam yang biasa menyapu mesjid, suatu hari Rasulullah saw. merasa kehilangannya (tidak melihatnya). Lalu beliau bertanya kabarnya, para sahabat menjawab: Dia sudah meninggal dunia. Rasulullah saw. menegur: Kenapa kalian tidak memberitahukan kepadaku? Seakan-akan para sahabat menganggap kecil urusannya atau urusan kematian. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Tunjukkan aku kuburnya. Setelah ditunjukkan, beliau menyalatinya kemudian bersabda: Sungguh pekuburan ini penuh dengan kegelapan bagi para penghuninya dan sesungguhnya Allah meneranginya sebab salatku atas mereka. (Shahih Muslim No.1588)
  • Sayyid Sabiq, dlm Fiqh Sunnah jld 4 pada tajuk Solat di Makam, menukilkan sebuah hadith dari Yazid bin Tsabit di mana Nabi saw dan sekumpulan sahabat menziarahi perkuburan Baqi’, baginda terpandang sebuah kubur yg baru. Lalu beliau bertanyakan kubur siapakah itu. Bila diberitahu, Nabi dgn nada marah mempersoalkan kenapa beginda tidak diberitahu. para sahabat menjelaskan ketika pemakaman itu mereka mendapati beliau sedang tidur. Tapi Nabi kemudian melarang perbuatan itu dan hendaklah memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu kerana solat baginda ke atas mayyit adalah rahmat. Lantas baginda membuat saf dan solat di kuburan itu. [HR Ahmad, Nasa’iy, alBaihaqi, al-Hakim dan disahkan oleh Ibn Hibban]

Dan tentunya nabi saw membaca Fatihah didalam sembahyang tersebut. Hadis “Larangan duduk di atas kubur dan bersolat di atasnya” sudah tentu solat selain solat jenazah.

Tambahan Tulisan Prof. Dr. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy dan Syed Sabiq

Sebagai tambahan suka saya memetik pandangan Prof. Dr. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy di dalam Pedoman Shalat  ms 496 :

Para ulama menyukai kita shalat jenazah di perkuburan dengan berdiri di antara kubur-kubur. Begitulah pendapat Atha’ , Asy Syafi’y, Ahmad, Ishaq dan Ibnul Mundzir.

Beliau juga mengatakan:

Pernah hal ini dilakukan oleh Abu Hurairah dan Umar Ibn Abdul Aziz.

Hadis yang di rujuk :

Ibnu Abbas r.a berkata: “ Pada suatu hari Rasullah s.a.w sampai kekubur yang masih basah, maka beliau bersalat baginya dan bersaf-saflah para sahabat di belakang beliau. Rasullah s.a.w. bertakbir 4 kali. ( H.R. Bukhary, Muslim, An-Nail 4:89)

Sa’ied ibn Al-Musayyab berkata: “Bahawasanya Ummu Sa’din meninggal sedang Nabi s.a.w  tidak ada di kampung. Manakala kembali, beliau bersalat bagi jenazahnya, padahal telah berlalu sebulan lamanya (H.R At-Turmudzy, An-Nail 4:90)

Prof. Dr. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy juga menyatakan :

Sebahagian Ulama tidak membolehkan. Di antara mereka ialah An-Nakha’y, Malik dan Abu Hanifah.

Sebagai tambahan juga Syed Sabiq sekali lagi menulis pada tajuk Solat Jenazah di Tengah Perkuburan:

Mensolatkan jenazah di suatu kubur yang terletak di tengah-tengah perkuburan, dianggap makruh oleh jumhur. Pendapat ini diriwayatkan dari Ali, Abdullah bin Amar dan Ibnu Abbas. Juga menjadi mazhab bagi ‘Atha, Nakhi, Syafii, Ishak dan Ibnul Mundzir, berdasarkan sabda Rasullah s.a.w bermaksud:

” Bumi ini semuanya menjadi mesjid, kecuali perkuburan dan tempat pemandian”

Syed Sabiq menambah,  menurut satu pendapat dari Ahmad, hal ini tidak ada salahnya, kerana Nabi s.a.w. melakukan solat di suatu kubur yang berada di tengah perkuburan. Begitupun Abu Hurairah mensolatkan Aisyah di tengah perkuburan Al Baqi dengan disaksikan oleh Ibnu Umar. Dan Umar Abdul Aziz melakukan pula.

( Tulisan merah nampak macam ada perbedzaan fakta – saya tidak pasti- ini lah kelemahan orang awan seperti saya yang tidak mampu merujuk sumber asal….. )

Kesimpulan:

1. Nabi S.A.W  dan sahabat pernah membaca al Quran dan beribadat di perkuburan.

2. Terdapat perbedzaan pendapat ulama mengenai hal ini , kerana itu saya berlapang dada mengenainya.


Lagi hujah menyokong sampainya sedekah bacaan al Quran kepada si Mati oleh  Sheikh Muhaddith Abdullah Siddiq al-Ghummari dalam e book  98 halaman boleh baca atau download di sini :

http://www.scribd.com/doc/22154271/4665625-Hukum-Sedekah-Fatihah-Kepada-Si-Mati

Sayyid Sabiq, dlm Fiqh Sunnah jld 4/120-122 menukilkan sebuah hadith dari Yazid bin Tsabit di mana Nabi saw dan sekumpulan sahabat menziarahi perkuburan Baqi’, baginda terpandang sebuah kubur yg baru. Lalu beliau bertanyakan kubur siapakah itu. Bila diberitahu, Nabi dgn nada marah mempersoalkan kenapa beginda tidak diberitahu. para sahabat menjelaskan ketika pemakaman itu mereka mendapati beliau sedang tidur. Tapi Nabi kemudian melarang perbuatan itu dan hendaklah memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu kerana solat baginda ke atas mayyit adalah rahmat. Lantas baginda membuat saf dan solat di kuburan itu. [HR Ahmad, Nasa’iy, alBaihaqi, al-Hakim dan disahkan oleh Ibn Hibban]

4 thoughts on “Nabi s.a.w Membaca Fatihah Di Perkuburan Melalui Solat Jenazah

  1. Assalamualaikum…
    Rasulullah SAW tidak membaca al-Quran dengan niat menyedekah pahala bacaan kepada si mati tetapi kerana rukun sah solat. Berbeza dengan amalan masyarakat hari ini. Qiyas fasid.
    Wallahua’lam.
    Sila jawab di blog ana. Terima kasih🙂

    • Rasulullah Dan Amalan Para Salaf

      Imam Ibnu Qayyim Al Jauziyah menulis pada Permasalahan 16 Dalam Kitab Ar Roh;
      Rasulullah dan amalan para salaf.
      Kalau ada orang mengatakan, bahwa Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan mereka untuk melakukan puasa, sedekah, haji untuk orang¬-orang mati, tetapi baginda tiada pula mengarahkan untuk membuat bacaan AI-Quran untuk mereka, mengapa?
      Jawabnya: Nabi s.a.w. tidak pernah menyarankan kepada mereka, kerana peranan Nabi s.a.w. ialah untuk menunjukkan mereka jalan keluar dalam jawapannya kepada mereka. Apabila ada seorang menanya¬kan baginda tentang membuat haji untuk si mayat, maka Nabi s.a.w. membenarkannya untuk melakukannya. Dan yang lain pula bertanyakan tentang puasa untuk si mayat, lalu Nabi membenarkannya. Dan yang lain lagi bertanyakannya tentang sedekah, lalu baginda membenarkannya, dan Nabi s.a.w. tidak pula melarang mereka sesuatu selain dari itu, sehingga boleh kita katakan yang itu tidak boleh pula.
      Apalah perbezaannya di antara sampainya pahala puasa yang dia hanya merupakan suatu niat dengan menahan diri dari makan minum, dengan sampainya pahala membaca Al-Quran dan zikir itu?!
      Orang yang mengatakan, bahwa tiada seorang pun dari para salaf yang pernah melakukan yang demikian itu, adalah seorang pengata yang tiada tahu tentang selok-belok amal para salaf, dan ini adalah suatu penyaksian untuk menafikan sesuatu yang dia sendiri tiada tahu apa-apa mengenainya. Dari mana dia tahu, bahwa para salaf tiada pernah membuat serupa itu, dan kalau mereka buat pun, apakah mesti mereka memanggil orang ramai untuk menyaksikan apa yang mereka lakukan itu? Mereka tiada perlu kepada semua itu, bahkan mereka memadai dengan disaksikan Tuhan Maha Mengetahui tentang niat dan maksud mereka, terutama sekali melafazkan niat hadiah itu memang tidak disyaratkan, sebagaimana yang telah terdahulu perbicaraan mengenai¬nya.
      ]elasnya, bahwa rahasia pahala itu adalah milik si pelakunya, maka jika dia suka mendermakannya atau menghadiahkannya kepada saudara¬nya sesama Muslim, niscaya Allah akan menyampaikan pahala itu kepadanya. Apa sebab kita mengkhususkan pahala bacaan AI-Quran ini semata, sehingga kita mengatakan bahwa dia tidak akan sampai kepada seorang saudara yang mati? Apa keutamaannya sehingga dia dibezakan dari lelain pahala amal? Padahal amal ini sudah tersebar luas hingga kepada golongan orang yang mengingkarinya juga turut mengamalkan¬nya pula pada seluruh zaman dan penjuru negara tanpa ditegur oleh para ulama.
      _________________________
      Imam Ibnu Qayyim Al Jauziyah : Ar Roh ms 291

  2. Seperkara lagi, solat jenazah berbeza dengan membaca al-Quran dengan niat sedekah kepada si mati. Jika solat jenazah, jenazah hendaklah berada di hadapan; tanpa kita rukuk dan sujud. Jadi, hendaklah dilakukan di kubur andai jenazah telah dikebumikan berbeza dengan solat ghaib. Membaca al-Quran dengan niat sedekah pula boleh dilakukan di mana-mana. Saya belum membuat kajian mengenai perkara ini, namun, saya terkilan kerana saudara menqiyaskan membaca al-Quran di kuburan dengan solat jenazah dengan alasan kedua-duanya adalah ibadat. Saudara, setiap ibadat ada hukumnya sendiri. Kita tidak boleh mengqiyaskan antara ibadat. Wassalam..

    • Sehingga penulis mendapat hujah yang kuat penulis akan berpandukan penulisan Imam Nawawi didalam Al-Azkar ,Im am Ibn Qayyim didalam Ar Ruh dan Imam al Ghazali didalam Ihya Ulumiddin. Untuk makluman penulis juga telah membaca hujah balas Membaca Al-Quran di atas Kubur: Jawapan kepada Artikel Zamihan Mat Zin Al-Ghari.

      Pendapat Imam Nawawi

      Dalam Kitab Az-Azkar , Pada Bab Apa yang dibacakan sesudah pengebumian beliau menulis:

      Dianjurkan duduk sebentar di kuburan itu setelah selesai pengebumiannya sekadar waktu menyembelih seekor unta serta membahagi-bahagikan dagingnya. Orang yang duduk di situ hendaklah membaca AI-Quran, berdoa bagi si mayit, memberikan nasihat kepada yang duduk di situ dan membawakan cerita-cerita orang yang baik dan berita-berita para salihin.

      Berkata Imam Syafi’i dan para sahabat: Ketika itu dianjurkan membaca sedikit daripada AI-Quran di tepi kubur itu, dan jika dapat mengkhatamkan AI-Quran semua sekali di situ memanglah sangat baik sekali.

      Kami meriwayatkan dengan isnad hasan bahwa Ibnu Umar menganjurkan membaca di tepi kubur setelah selesai penguburan pertama dari surah AI-Baqarah dan akhirnya

      Pendapat Imam Ibn Qayyim

      Dalam Kitab ar-Ruh, Pada Tajuk Membaca Al Quran di atas kubur, Imam ibn Qayyim menulis:

      Pernah disebutkan daripada setengah para salaf, bahwa mereka mewasiatkan supaya dibacakan di at as kubur mereka di waktu penguburannya. Telah berkata Abdul Haq, diriwayatkan bahwa Abdullah bin Umar pernah menyuruh supaya dibacakan di atas kuburnya surah AI-Baqarah. Pendapat ini dikuatkan oleh Mu’alla bin Abdul Rahman. Ada riwayat mengatakan bahwa Imam Ahmad bin Hanbal, pada mula­nya mengingkari pendapat ini kerana dia masih belum menemui sesuatu dalil mengenainya, kemudian menarik balik pengingkarannya itu setelah jelas kepadanya bahwa pendapat itu betul.

      Berkata Khallal di dalam kitabnya ‘AI-]ami’:

      Telah berkata kepada­ku Al-Abbas bin Muhammad Ad-Dauri, berbicara kepadaku Abdul Rahman bin AI-Ala’ bin Lajlaj, daripada ayahnya, katanya: Ayahku telah berpesan kepadaku, kalau dia mati, maka kuburkanlah dia di dalarm lahad, kemudian ratakan kubur itu dengan tanah , kemudian bacakan dikepalaku dengan pembukaan Ayat Surah AI-Baqarah, kerana aku telah mendengar Abdullah bin Umar r. a. menyuruh membuat demikian.

      Berkata AI-Abbas Ad-Dauri kemudian:

      Aku pergi bertanya Ahmad bin Hanbal, kalau dia ada menghafal sesuatu ten tang membaca di atas kubur. Maka katanya: Tidak ada! Kemudian aku bertanya pula Yahya bin Mu’in, maka dia telah menerangkan kepadaku bicara yang menganjurkan yang demikian.

      Berkata Khallal, telah memberitahuku AI-Hasan bin Ahmad AI­Warraq, berbicara kepadaku Ali bin Muwaffa AI-Haddad, dan dia adalah seorang yang berkata benar, katanya:

      Sekali peristiwa saya bersama-sama dengan Ahmad bin Hanbal dan Muhammad bin Qudamah AI-Jauhari menghadiri suatu jenazah. Setelah selesai mayit itu dikuburkan, maka telah duduk seorang buta membaca sesuatu di atas kubur itu. Maka ia disangkal oleh Imam Ahmad, katanya: Wahai fulan! Membaca sesuatu di atas kubur adalah bid’ah! Apabila kita keluar dari perkuburan itu, berkata Muhammad bin Qudamah kepada Imam Ahmad bin Hanbal:

      Wahai Abu Abdullah! Apa pendapatmu pada si Mubasysyir AI-Halabi?

      Jawab Imam Ahmad:

      Dia seorang yang dipercayai.

      Berkata Muhammad bin Qudamah seterusnya:

      Aku menghafal sesuatu daripadanya!

      Sangkal Ahmad bin Hanbal:

      Yakah, apa dia?

      Berkata Muhammad bin Qudamah:

      Telah memberitahuku Mubasysyir, daripada Abdul Rahman bin AI-Ala’ bin Lajlaj, daripada ayahnya, bahwasanya dia telah berpesan, kalau dia dikuburkan nanti, hendaklah dibacakan di kepalanya ayat-ayat per­mulaan surah AI-Baqarah, dan ayat-ayat penghabisannya, sambil kata­nya: Aku mendengar Abdullah bin Umar (lbnu Umar) mewasiatkan orang membaca yang demikian itu.

      Mendengar itu, maka Imam Ahmad bin Hanbal berkata kepada Muhammad bin Qudamah:

      Kalau begitu, aku tarik balik tegahanku itu. Dan suruhlah orang buta itu membacakannya.

      Berkata AI-Hasan bin As-Sabbah Az-Za’farani pula:

      Saya pernah menanyakan hal itu kepada Imam Syafi’i, kalau boleh dibacakan sesuatu di atas kubur orang, maka jawabnya: Boleh, tidak mengapa!

      Khallal pula telah menyebutkan lagi daripada As-Sya’bi, katanya:

      Adalah kaum Anshar, apabila mati seseorang di antara mereka, sentiasa­lah mereka mendatangi kuburnya untuk membacakan sesuatu daripada AI-Quran.

      Pendapat Imam Al Ghazali

      Dalam Kitab Ihya Ulumiddin pada tajuk ziarah kubur, Imam Al Ghazali menulis:

      Tidak mengapa membaca Quran di atas kubur. Kemudian beliau membawa cerita Ahmad bin Hanbal dan Muhammad bin Qudamah AI-Jauhari seperti kisah dibawa Ibn Qayyim di atas.

      Al Ghazali menambah lagi : Muhammad bin Ahmad al Maruzi berkata , ” Aku menndengar Ahmad bin Hambal mengatakan : Apabila kamu masuk ke perkuburan maka bacalah surah al Fatihah, Surah al Mu’awwaadzatain ( Surah Qul a audzu bi rabbil falaq, Qul a audzu bi rabbil nas ) dan Qul huwallah hu ahad, jadikanlah pahalanya untuk yang dalam kuburan itu, maka pahala itu akan sampai kepada mereka.

      baca di https://aburedza.wordpress.com/2009/10/22/membaca-al-quran-semasa-ziarah-kubur/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s