Lima strategi asas Syi‘ah dalam berhujah dan Jawapan Ahl al-Sunnah ke atasnya : Kedua

Untuk menjawab hujah-hujah Syi‘ah ke atas Ahl al-Sunnah, perkara penting yang perlu diketahui bukanlah semua hujah mereka tetapi strategi asas yang mereka gunakan untuk berhujah. Jika diketahui strategi-strategi asas Syi‘ah, maka adalah mudah untuk menangkap dan menjawab hujah-hujah mereka sama ada yang telah berlalu atau yang akan datang, sama ada yang dibahas di dalam buku ini atau yang tidak dibahas. Ini berdasarkan kata hikmah: Jika kamu memberi saya ikan saya akan memakannya untuk satu hari tetapi jika kamu mengajar saya cara menangkap ikan saya akan memakannya seumur hidup.

Terdapat lima strategi asas yang lazim digunakan oleh Syi‘ah untuk berhujah ke atas Ahl al-Sunnah. Sesiapa yang mengkaji hujah-hujah Syi‘ah akan mendapati mereka tidak lari daripada menggunakan lima strategi asas ini, sama ada secara sebahagian atau keseluruhannya. Berikut dikemukakan setiap satu daripada lima strategi asas ini diikuti dengan jawapan Ahl al-Sunnah bagi membatalkannya.

Strategi Asas Syi‘ah yang Kedua:

Mengkhususkan perbahasan berdasarkan
sebab turun dan kelahiran nas

Penjelasannya:

Salah satu strategi penghujahan yang tidak lekang daripada Syi‘ah ialah mengkhusus dan membataskan sebuah ayat al-Qur’an berdasarkan sebab turunnya ayat tersebut (Asbab al-Nuzul). Strategi yang sama juga digunakan ke atas sebuah hadis berdasarkan sebab lahirnya hadis tersebut (Asbab al-Wurud). Oleh itu kita biasa menemui hujah Syi‘ah yang berbunyi: “Ayat sekian-sekian turun kerana ‘Ali……” dan: “Hadis sekian-sekian adalah untuk ‘Ali……”

Jawapan Ahl al-Sunnah ke atas Strategi Asas Syi‘ah yang Kedua:

Sekali lagi Ahl al-Sunnah memiliki kaedah yang jitu di dalam berinteraksi dengan sebab-sebab turun dan lahirnya nas, iaitu:

Yang diambil adalah keumuman lafaz
dan bukan kekhususan sebab.

Penjelasannya:

Asbab al-Nuzul bagi sebuah ayat al-Qur’an tidak berperanan mengkhususkannya jika ayat itu sendiri diturunkan dalam bentuk yang umum. Hikmahnya supaya perbicaraan ayat dapat mencakupi semua generasi manusia dan suasana sehinggalah ke Hari Kiamat. Asbab al-Nuzul hanya berperanan membantu kefahaman perbicaraan ayat.

Jika setiap ayat al-Qur’an dikhususkan perbicaraannya berdasarkan sebab penurunannya (Asbab al-Nuzul), bererti ayat-ayat tersebut hanya sah diperlakukan (valid) kerana faktor penyebabnya. Apabila faktor ini telah hilang, maka hilanglah juga nilai perbicaraan ayat (no longer valid).

Contohnya, apabila sebuah ayat yang umum dikhususkan perbicaraannya kerana satu perbuatan tertentu ‘Ali bin Abi Thalib yang menjadi sebab turunnya ayat, maka nilai perlakuan ayat akan hilang apabila ‘Ali berhenti daripada melakukan perbuatan tersebut. Apatah lagi selepas itu apabila ‘Ali meninggal dunia.

Hal ini pasti tidak mungkin berlaku terhadap kitab al-Qur’an al-Karim yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada seluruh generasi manusia sehingga ke Hari Kiamat.

Penjelasan yang sama juga kepada hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan sebab-sebab kelahirannya (Asbab al-Wurud).

Oleh itu apabila berinteraksi dengan Asbab al-Nuzul dan Asbab al-Wurud, Ahl al-Sunnah hanya mengambil keumuman lafaz dan bukan kekhususan sebab.

Strategi mudah kepada para pembaca:

  • Asbab al-Nuzul dan Asbab al-Wurud tidak berperanan mengkhususkan nas yang bersifat umum.
  • Hukum atau petunjuk agama diambil berdasarkan keumuman nas dan bukan sebab kelahiran nas.

Sumber :http://www.hafizfirdaus.com/

SAMBUNG BACAAN :

SIRI 1:

https://aburedza.wordpress.com/2009/11/18/lima-strategi-asas-syi%E2%80%98ah-dalam-berhujah-dan-jawapan-ahl-al-sunnah-ke-atasnya-pertama/

SIRI 2:

https://aburedza.wordpress.com/2009/11/18/lima-strategi-asas-syi%E2%80%98ah-dalam-berhujah-dan-jawapan-ahl-al-sunnah-ke-atasnya-kedua/

SIRI 3:

https://aburedza.wordpress.com/2009/11/19/lima-strategi-asas-syi%E2%80%98ah-dalam-berhujah-dan-jawapan-ahl-al-sunnah-ke-atasnya-ketiga/

SIRI 4:

https://aburedza.wordpress.com/2009/11/21/950/

SIRI 5:

https://aburedza.wordpress.com/2009/11/21/lima-strategi-asas-syi%E2%80%98ah-dalam-berhujah-dan-jawapan-ahl-al-sunnah-ke-atasnya-kelima/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s