SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN 1430

Selamat Menyambut Hari Raya Korban  1430 H

Menjelang sambutan Hari Raya Korban  dan perlaksanaan ibadat korban tahun ini mari kita renungkan  firman Allah swt :

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الأنْعَامِ فَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ

Maksudnya : Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah).

QS Al Haj 34

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.

QS Al Haj 37

Kita telah memasuki satu bulan yang mengandungi pelbagai hikmah dan kenikmatan, itulah bulan Zulhijjah, yang mana ibadah haji dilaksanakan oleh seluruh muslimin sebagai bukti ketaatan dan ketakwaan ke hadrat Allah. S.W.T. Selain itu juga tuntutan melaksanakan ibadah korban bagi seluruh umat Islam yang berkemampuan dilaksanakan pada bulan yang mulia ini. Ibadah korban ini sebenarnya adalah suatu pernyataan dari hati yang tulus ikhlas dan tawaddu’ daripada seorang hamba kepada penciptanya. Ini telah terbukti melalui ayat-ayat Allah serta sejarah para nabi terdahulu yang telah melaksanakan ibadah korban bermula pada zaman Nabi Adam, Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim a.s. Tuntutan melaksanakannya berterusan sehingga kini ke atas umat nabi Muhammad S.A.W.

Korban membawa maksud haiwan yang disembelih kerana ibadah pada hari Aidil Adha tanggal 10 Zulhijjah dan pada hari-hari tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan matlamatnya untuk mendamping serta mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Haiwan yang sah disembelih untuk ibadah korban itu hendaklah daripada haiwan ternakan (An’am)  seperti unta atau sejenisnya, kerbau atau yang  sejenisnya dan kambing atau yang sejenisnya seperti biri-biri dan kibas.

Sesungguhnya bukanlah daging  haiwan korban itu dan bukan pula darahnya yang akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah sifat takwa kita  kepadaNya.

Ya Allah, terimalah korban kami tanda ketakwaan kami , kami pohon keredzaan Mu  dan rahmatilah kami.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN 1430

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s