Surat Kepada Saudara Abu Hasan : Sifat Lupa Nabi Pada Riwayat Syiah

Surat Kepada Saudara Abu Hasan : Sifat Lupa Nabi Pada Riwayat Syiah

Saudara Abu Hasan,

Saya memetik tulisan saudara  kepada saya sebelum ini :

”Rasulallah juga tidak akan tersilap di dalam hal penyampaian risalahnya. AS dan AB sama-sama bersetuju dengan  perkara ini. Rasullah tidak akan pernah lupa akan sesuatu perkara pun, demikian kepercayaan AB, tetapi rasullalah pernah terlupa berapa rakaat ia telah bersembahyang, dan beberapa perkara lain, demikian sebagaimana kepercayaan AS, sebab bagi mereka Rasullalah adalah manusia biasa yang menerima wahyu sahaja.”

Sabelum ini saya telah menyangah pekara tersebut melalui e-mail mengikut pandangan Ahlus Sunah (AS), bagi kali ini saya tambah dari pandanagn ulama Ahlul Bait (AB ) :

Riwayat[1] berkenaan Nabi s.a.w. dan nabi-nabi lain lupa bukan hanya terdapat di dalam kitab-kitab Ahlus Sunnah Wal Jamaah tetapi ianya turut dimuatkan oleh ulama-ulama Syiah di dalam kitab-kitab utama mereka. Umpamanya di dalam salah satu daripada Sihah Arba’ah (empat kitab paling sahih) mereka dikemukakan riwayat berbunyi:

Daripada Sa’id al-A’raj katanya, saya mendengar Aba ‘Abdillah a.s. (Ja’far as-Sadiq) berkata: “Sesungguhnya Allah tabaraka wa ta’ala telah menidurkan Rasul-Nya s.a.w. sehingga menyebabkan tertinggal sembahyang subuh sehingga terbit matahari, kemudian dia bangun lalu mula bersembahyang dua rakaat sebelum subuh kemudian bersembahyang subuh. Allah taala juga telah membuatnya lupa di dalam sembahyangnya lalu dia memberikan salam di dalam dua rakaat kemudian ia menggambarkan sebagaimana yang di katakan oleh Dzu al-Syimalain. Berlaku sedemikian kepada Baginda sebagai rahmat kepada umat ini supaya seseorang muslim itu tidak merasakan ia telah binasa bila ia tertidur atau lupa lalu tertinggal sembahyangnya dengan dikatakan kepadanya: “Sesungguhnya perkara ini telah berlaku kepada Rasulllah s.a.w.”.

Pengarang kitab ini[2] telah berkata:

“Sesungguhnya golongan pelampau dan mufawwidhah[3] (semoga Allah melaknat mereka) telah mengingkari berlaku lupa kepada Nabi s.a.w. dan mereka berkata: “Kalaulah boleh berlaku lupa kepada baginda di dalam sembahyang tentu lupa juga boleh berlaku di dalam menyampaikan risalah kerana sembahyang adalah satu kefardhuan sebagaimana menyampaikan risalah adalah satu kefardhuan”. (berkata pengarang kitab ini) dan ini tidak mewajibkan sesuatu kepada kita kerana semua keadaan yang sama-sama wajib ke atas Nabi s.a.w. dan ke atas orang lain dan ia adalah berbentuk pernyataan sebagai seorang hamba seperti sembahyang maka berlaku kepada nabi seperti berlaku kepada orang lain. Maka keadaan yang khusus kepada kenabian yang mana tabligh (menyampaikan) adalah termasuk di dalam syarat-syaratnya (kenabian) maka tidak harus berlaku ke atas Nabi di dalam tabligh apa yang berlaku di dalam sembahyang kerana tabligh adalah ibadat khusus (kepada Nabi) dan sembahyang adalah ibadat yang dikongsi (antara nabi dan selainnya). Dan dengannya (ibadat yang dikongsi) terbuktilah ia sebagai seorang hamba dan berlaku tidur kepadanya sehingga meninggalkan khidmat (ibadat) kepada tuhannya tanpa kehendak dan maksud daripadanya bermakna menafikan ketuhanan daripadanya. Kerana yang tidak mengantuk dan tidur hanyalah Allah al-Hayyu al-Qayyum sahaja. Lupa Nabi s.a.w. bukan sebagaimana lupa kita kerana lupa Nabi s.a.w. adalah daripada Allah ‘azza wa jalla dan Allah menyebabkannya lupa adalah untuk memberitahu bahawa dia adalah seorang manusia serta makhluk supaya tidak dijadikan sebagai tuhan yang disembah dan supaya manusia mengetahui dengan berlaku lupa kepada nabi hukum lupa bila mereka lupa sementara lupa kita pula adalah daripada syaitan dan syaitan tidak boleh menguasai Nabi s.a.w. dan imam-imam salawat daripada ke atas mereka.”.[4]

Begitu juga terdapat di dalam kitab-kitab utama syiah yang  lain seperti Bihar al-Anwar, al-Furu’ min al-Kafi yang menunjukkan berlaku lupa kepada Nabi s.a.w.. Kerana itu berlaku perselisihan pendapat pula di kalangan ulama syiah berkenaan akidah ini di mana sebahagian besar daripada ulama mereka berpegang bahawa di antara suatu kemestian di dalam akidah mereka ialah mengatakan bahawa nabi-nabi tidak bersifat dengan lupa, sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini.(Lihat ‘Aqaaid al-Imamiyyah hal. 91)


[1] Dipetik dari Risalah Tohmahan Terhadap Abu Hurairah r.a. Dan Jawapan  – Oleh: Ust. Muhammad Hanief bin Awang Yahya Darul Kautsar

[2] Iaitu as-Syeikh Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Husain Ibnu Babwaih al-Qummi yang diberikan gelaran Syeikh Saduq bermaksud Syeikh yang sangat benar.

[3] Mufawwidhah mempunyai beberapa maksud. Antaranya perempuan yang mengahwinkan dirinya tanpa mahar, golongan yang menyerahkan ayat-ayat mutasyabihat kepada Allah dan golongan yang menyerahkan segala yang berlaku kepada Muhammad. Yang paling tepat dengan riwayat ini adalah makna yang ketiga.

[4] Man La Yahduruhu al-Faqih jil. 1 hal. 359

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s