Siapa Paracletos selepas Nabi Isa

Siapa Paracletos selepas Nabi Isa

Di dalam buku John (Yohanes) bab 16 ayat 7 disebutkan mengenai perkataan Nabi Isa mengikut terjemahan Al-Kitab ;

Namun benar yang Kukatakan ini kepadamu: Adalah lebih berguna bagi kamu, jika Aku pergi. Sebab jikalau Aku tidak pergi, Penghibur itu tidak akan datang kepadamu, tetapi jikalau Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepadamu. – Yohanes 16:7

Manakala di dalam buku John (Yohanes) bab 14 ayat 16 dan 17 disebutkan;

Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikankepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya, yaitu Roh Kebenaran. Dunia tidak dapat menerima Dia, sebab dunia tidak melihat Dia dan tidak mengenal Dia. Tetapi kamu mengenal Dia, sebab Ia menyertai kamu dan akan diam di dalam kamu.– Yohanes 14:16-17

Di dalam Injil Yohanes sahaja kita akan menemui perkataan Paracletos. Kadang-kadang perkataan Paracletos ditulis juga Paraclete. Namun kedua-dua perkataan ini mempunyai tujuan dan maksud yang sama. Apa yang jelas perkataan ini disebut oleh Nabi Isa yang menyatakan bahawa akan datang seorang nabi selepas beliau dan dia hidup bersama-sama dengan umat manusia selama-lamanya.

Di dalam Bible terjemahan bahasa Inggeris menggantikan perkataan Paracletos ini dalam ayat diatas dengan Comforter dan Consoler. Terdapat juga tokoh-tokoh Kristian menafsirkan Paracletos ini sebagai Holy Spirit atau Roh Suci.

Di dalam Al-Kitab (2002) menterjemahkan perkataan Paracletos kepada dua perkataan yang berlainan iaitu Penghibur dan Penolong tetapi ayat ini menjelaskan tujuan yang sama iaitu akan datang seseorang selepas Nabi Isa yang akan menyampaikan risalah kebenaran.

Perlu diketahui bahawa penafsiran Paracletos sebagai Roh Suci jelas bertentangan dengan doktrin agama Kristian yang menetapkan Roh Suci sudah sedia ada kerana dia adalah Tuhan dalam konsep Tritunggal atau Trinity. Justeru, mustahil Roh Suci yang sedia ada akan datang hanya selepas pemergian Nabi Isa. Di dalam buku agama Kristian bertajuk Anchor Bible di halaman 1135 disebutkan;

“Perkataan Paracletos hanya dapat ditemui di dalam tulisan-tulisan St. John sahaja. Secara tradisinya pula, Paracletos dikaitkan dengan Roh Suci tetapi tokoh-tokoh seperti Spitta, Delafosse, Windisch, Sasse, Bultman dan Betz  mempertikaikan pandangan ini. Mereka mengatakan Paracletos pada asalnya adalah seorang manusia penyelamat yang kemudiannya disalah tafsir sebagai Roh Suci”

Perkataan Paracletos sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani Kuno iaitu bahasa bagi Gospel of John dan kalimah yang lebih tepat dalam Yunani Kuno adalah Periclytos. Kamus Alexandre’s Dictionnaire Grec-Francais menjelaskan, perkataan Periclytos berasal daripada suku kata peri dan cleotis. Apabila dicantumkan ia membawa maksud “yang terpuji”.

Semua ini selari dengan nama Ahmad dan Muhammad. Justeru, dalam sesetengah versi Perjanjian Baru yang ditulis dalam bahasa Arab, perkataan Paracletos digantikan dengan perkataan Ahmad.

Terdapat juga tokoh-tokoh Krsitian mengatakan paracletos akhir zaman adalah Nabi Isa dan bukannya Nabi Muhammad. Pendapat ini tidak boleh diterima pakai kerana:

1. Di dalam buku John (Yohanes) bab 4 ayat 16 dengan jelas menyebut

Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selamalamanya”.

Ayat ini menjelaskan, paracletos yang akan datang selepas Nabi Isa adalah “penolong yang lain” dan bukan beliau sendiri.

2. Paracletos menjadi saksi mengenai Nabi Isa dan hal ini disebut dalam buku John (Yohanes) bab 16 ayat 13 hingga 15 yang bermaksud;

“Masih banyak hal yang harus Kukatakan kepadamu, tetapi sekarang kamu belum dapat menanggungnya.Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang. Ia akan memuliakan Aku, sebab Ia akan memberitakan kepadamu apa yang diterimanya dari pada-Ku. Segala sesuatu yang Bapa punya, adalah Aku punya; sebab itu Aku berkata: Ia akan memberitakan kepadamu apa yang diterimanya dari pada-Ku.”

Begitu juga disebut dalam John ayat 26 bermaksud

Sekiranya Penghibur yang akan aku utus daripada Bapa datang…Ia akan

bersaksi mengenai aku”.

Justeru, dia adalah identiti berlainan yang menjadi saksi mengenai Nabi Isa.

3. Paracletos ini mengingatkan manusia mengenai perkara yang pernah disebut oleh Nabi Isa berpandukan buku John (Yohanes) ayat 26 bermaksud;

“Dia bakal mengingatkan kamu semua yang aku katakana kepadamu”.

Sekali lagi ayat inimenjelaskan mengenai orang yang lain daripada Nabi Isa mengingatkan manusia kepada ajaran sebenar beliau.

4. Paracletos ini membawa ajaran baru daripada Tuhan. Perkara ini disebutkan dalam buku Isaiah (Yesaya) ayat 9 hingga 12 terjemahan Al-Kitab Malaysia (1996) bermaksud:

“….Sekarang aku akan memberitahu kamu hal-hal baru sebelum semua itu berlaku. Nyanyikanlah lagu baru bagi TUHAN; pujilah Dia, hai seluruh bumi! Pujilah Dia, hai laut dan semua isinya, bernyanyilah, hai penduduk negeri-negeri jauh! Hendaklah padang gurun dan kota-kotanya memuji Allah; hendaklah orang Kedar memuji Dia…”

Al-Quran adalah “nyanyian baru” daripada Allah. Ia wajib dibaca dengan cara bacaan dan sebutan yang betul dan  bahasa ia diturunkan iaitu bahasa Arab. Isi-isinya mengandungi syariat dan peraturan yang baru dan bersesuaian hingga akhir zaman. Bahasanya adalah baru dan berseni tinggi tanpa tandingan bahkan manusia dan jin tidak dapat mencipta seindah bahasa Al-Quran.

“Daripada tulisan-tulisan saya ini, saya ingin menunjukkan, ajaran Islam yang berkaitan aspek-aspek ketuhanan dan rasul akhir zaman adalah benar. Saya kasihkan Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sebagaimana saya mengasihi Nabi Muhammad dan semua rasul-rasul yang lain”

Sumber :

Muhammad in the Bible

Reverend David Benjamin Keldani,

Bekas paderi Roman Katholik:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s