Undian menolak Bajet 2010 : Pembangkang Yang Cuai!

Undian menolak Bajet 2010 :

Isnin lalu, Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak diterima dengan majoriti tiga undi sahaja, iaitu 66 menyokong dan 63 membangkang.

Seramai 20 orang ahli pembangkang telah cuai untuk hadir membangkang. Selain 5 Ahli Parlimen PAS terbabit, 15 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari PKR dan DAP turut dikenal pasti tidak hadir pada sesi pengundian tersebut. Atau apakah mereka berhajat berkecuali ?

Manakala, seramai 7O Ahli Parlimen dari BN turut gagal menyertai sesi pungutan suara itu.

Kegagalan kesemua ahli parlimen pakatan rakyat hadir pada proses pengundian tersebut dikritik hebat oleh media khususnya blog yang mendakwa mereka penyebab Pakatan gagal menolak bajet Najib.

Catitan : Data dari sumber harakahdaily.

Sementara itu  Malaysiakini melapurkan :

Seramai 74 ahli parlimen BN tidak hadir di Dewan Rakyat ketika bacaan kali ketiga Bajet 2010 untuk kelulusan.

Kehadiran ahli parlimen BN cuma 48 peratus, iaitu 66 daripada 137 anggota, berbanding 77 peratus anggota pembangkang, iaitu 63 daripada 82 anggota.

Berma pula melapurkan:

Persidangan kali ini memberi pengajaran kepada anggota parlimen Barisan Nasional (BN) tentang betapa pentingnya kehadiran mereka di Parlimen dalam menentukan masa depan negara dan rakyat.

Kemenangan majoriti tipis dalam undi belah bahagian yang berlaku pada lewat malam Isnin lepas (14 Dis), pastinya menjadi peringatan kepada semua anggota Parlimen BN untuk hadir pada persidangan Dewan Rakyat tanpa mengira masa.

Dalam insiden itu, bacaan kali ketiga Bajet 2010 diluluskan dengan majoriti tiga undi iaitu 66 menyokong daripada anggota Parlimen BN dan 63 membantah daripada anggota Parlimen pembangkang.

Turut mengambil bahagian dalam undian jam 11.15 malam itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bergegas ke Parlimen selepas menghadiri majlis rasmi di ibu kota.

Kejadian itu turut mengundang reaksi Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin yang menegur ketidakhadiran anggota Parlimen kerana implikasinya cukup besar kepada kerajaan.

Menurut beliau, jika kerajaan tewas dalam undi belah bahagian itu, Bajet 2010 tidak akan diluluskan dan ini akan menyebabkan negara tidak mempunyai perbelanjaan pada tahun depan.

Pandikar Amin berkata seandainya perkara itu berlaku, pilihan raya baru juga perlu diadakan.

Selain Bajet 2010, Kementerian Dalam Negeri juga hampir menjadi mangsa pada malam yang sama apabila undi belah bahagian dijalankan untuk meluluskan bajet bagi kementerian berkenaan.

Bagaimanapun, nasib kementerian yang diterajui Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein itu diselamatkan dengan kelebihan satu undi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s