Baharrudin Bin Zainal [1] menulis :
Setelah kedatangan Islam, ketiadaan asas tahun yang tetap dalam empayar Islam yang berkembang luas merumitkan urusan pentadbiran dan kerajaan. Oleh itu peristiwa hijrah Rasullah s.a.w telah ditetapkan sebagai asas tahun dalam takwin Islam yang kemudiannya dikenali sebagai takwim Hijri. Penetapan ini telah dibuat semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab selepas 17 tahun berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w .
Terdapat perselisihan pendapat di kalangan ahli-ahli falak dan para sejarawan tentang tarikh sebenar 1 Muharam 001 Hijrah. Sebahagian ahli falak yang menggunakan kaedah hisab hakiki menyatakan tarikh awal Muharam 001 Hijrah jatuh pada hari Khamis 15 Julai 622 Masihi, kerana ijtimak bulan baru Muharam telah berlaku sebelum terbenam terbenam matahari pada hari Rabu 14 Julai 622M. Walau bagaimanapun terdapat sebahagian daripada mereka yang menyatakan bahawa awal Muharam 001 Hijrah bermula pada hari Jumaat 16 Julai 622 M berdasarkan peristiwa anak bulan Muharam yang hanya dapat dilihat pada malam Jumaat.
Berdasarkan fakta sains, takwin dan sejarah , maka lebih pasti bahawa 1 Muharam 001 Hijrah jatuh pada hari Jumaat 16 Julai 622 Masihi.
Pada nota kaki Baharrudin Bin Zainal mencatitkan bahawa Kerajaan Negeri Terangganu telah bersetuju menggunakan tarikh 1 Muharam 001 Hijrah pada hari Jumaat berdasarkan kitab Ruh al-Maani di mana Ibn Syatir mengatakan bahawa anak bulan dapat dilihat pada malam Jumaat.
[1] Baharrudin Bin Zainal, Unit Falak KUZA dalam bukunya Pengenalan Ilmu Falak , terbitan DBP cetakan 2002
Pingback: Penukaran Tahun Hijrah Kepada Masihi Dan Sebaliknya « Aburedza
Pingback: Hijrah : Bilakah 1 Muharam Tahun 1 Hijri « Laman Masjid As Syakirin