Menyiksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharram.

Saudara Abu Hasan,

Saudara selalu memperkatakan kebenaran  dan keagungan Syiah. Saudara malah menulis pelbagai fakta kononnya untuk membetulkan salah faham terhadap Syiah, tetapi suatu hal yang saudara tidak pernah sentuh, iaitu berhubung perayaan 10 Muharam , apakah kewajarannya? Saya apabila mengigati  perayaan ini langsung teringat satu  sambutan perayaan hari Asyura di Sumetera Barat pada lawatan saya pada tahun 1980 , rupanya ada orang Syiah di sana. Perayaan itu juga mengingatkan perayaan yang serupa pembawa Kavadi di Malaysia. Sehubungan dengan itu saya petik tulisan mengenainya daripada Risalah JAKIM – Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah :

Menyiksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharram.

Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira’, Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu’, oleh Doktor Musa al-Musawi, hal. 98:

Terjemahannya:

Sebahagian pengikut Syiah memukul tubuh mereka dengan rantai besi.

Perlu kami asingkan satu pasal yang khas mengenai memukul dengan rantai besi ke atas bahu, mengetuk kepala dengan pedang dan menyiksa badan pada hari kesepuluh Muharram sebagai berkabung di atas kematian Saidina Husain.

Amalan yang masyhur ini sentiasa diadakan sebagai satu bahagian daripada musim-musim perayaan sempena kematian syahid Saidina Husain. Amalan ini berlaku di Iran, Pakistan, India dan sebahagian di negara Lubnan pada setiap tahun. Dengan sebab itu berlaku pertempuran darah di antara Syiah dan Ahli Sunnah di beberapa tempat di Pakistan menyebabkan beratus-ratus nyawa yang tidak bersalah terkorban daripada kedua-dua belah pihak yang tidak dapat tidak banyak diperkatakan. Sebagaimana yang kami telah katakan pada pasal yang lalu bahawa Syiah mengadakan perayaan pada hari Asyura semenjak berabad-abad lagi. Selain daripada itu bacaan ziarah yang banyak diperkatakan sebelum ini di mana para pujangga telah menasyidkan beberapa qasidah di hadapan kubur sehingga seorang penyair Arab yang bernama Syarif Reda semasa menyampaikan qasidahnya yang mulia di hadapan kubur Husain yang mana terdapat diawal qasidah tersebut iaitu “Karbala sentiasa kamu berada di dalam kesusahan dan bala’  hingga sampai kepada bait ini iaitu:

“Berapa ramai orangyang telah berperang di atas tanah ini, sehinggalah darah yang mengalir dan mereka yang terbunuh.”

Penyair tersebut menangis sehingga ia pitam. Yang pastinya bahawa Imam-imam Syiah merayakan hari kesepuluh Muharram, mereka duduk di rumah-rumah dengan menerima ucapan takziah daripada orang-orang yang memberikan takziah dan mereka mengadakan majlis jamuan pada hari itu. Imam mereka memberi khutbah dan qasidah bagi mengingati syahidnya Saidina Husain dan Ahli Bait Rasulullah s.a.w. dan kelebihan-kelebihan mereka.

ULASAN

Upacara memukul dada dan menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Husain adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana perbuatan seumpama ini dilarang oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya yang bermaksud,

Bukanlah daripada golongan kami, orang yang menampar-nampar pipi dan mencarik-carikkan baju dan memekik-mekik sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di dalam Islam telah ditentukan adab sopan ketika menziarahi jenazah iaitu dengan membanyakkan doa ke atas simati supaya diampunkan dosanya. Dilarang meraung-raung ke atas kematian seseorang, tetapi dibolehkan menangis tanpa suara yang kuat. Ini bertepatan dengan sabda nabi s.a.w. yang bermaksud,

“Daripada Ibn Umar ra., bahawasanya Rasulullah s.a. w. telah menziarahi Saad bin Ubadah bersama-sama baginda ialah Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abu Waqqas dan Abdullah bin Mas’ud, Ialu Rasulullah s.a.w. menangis. Maka apabila orang ramai melihat Rasulullah s.a.w. menangis, merekapun menangis, lalu Baginda bersabda, ” Tidakkah kamu mendengar bahawasanya Allah
S. W. T tidak akan menyeksa (mayat) kerana air mata dan kesedihan hati, tetapi Allah S. W. T menyiksa atau merahmati seseorang kerana ini, lantas Baginda menunjukkan lidahnya.”

(Riwayat al-Bukhail dan Muslim)

Sumber : Petikan daripada Risalah JAKIM – Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah

One thought on “Menyiksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharram.

  1. kita banyak sekali membuang masa mengulas pasal syiah yang tidak mengikut peraturan2 yang ditetapkan dalam islam sedangkan syiah tidak lebih dari kepercayaan sepertimana hindu, yahudi dan sebagainya malah lebih teruk kerana menggunakan ahlulbait sebagai senjata sebagaimana juga kristian yang hendak juga menggunakan nama Allah. maka tiada bezanya kedua itu. itulah peranan sebenar iblis yang akan menggunakan apa sahaja senjata untuk menyesatkan umat manusia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s