Gerhana Bulan Separa 1 Januari 2010

Oleh Syed Kamarulzaman
Pada 1 Januari 2010, kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan Separa dari jam 1:17 pagi hingga 5:28pagi. Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama Bulan melintasi bayang Bumi.Gerhana pada 1 Januari ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 01:17 pagi waktu Malaysia. Walaubagaimanapunsemasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap.

Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa Bulan memasuki bayang umbra Bumi ( U1 ) mulai jam 2:53 pagi sehingga gerhana maksimum pada 03:24 pagi. Bulan akan keluar dari bayang umbra Bumi (U4) padajam 04:53 pagi. Gerhana masih terus berlaku sehingga 05:28 pagi tetapi fenomenatersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana Bulan berada di kawasan bayang Penumbra Bumi yang kurang gelap. Maklumat lanjut boleh didapati di (infogerhanabulansepara01012010)& daripada NASA

Sumber :  http://www3.falaksyari.org/

Catatan hujung :

1. Lihat  animasi gerhana dan peta langit di sini : KLIK

2. Gerhana Akan Datang :

Gerhana matahari cincin
Tarikh : 15 Januari 2010
Waktu mula : 01.13 petang
Waktu tamat : 04.59 petang
Lokasi : Seluruh Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s