Ucapan Umar r.a Selepas Dilantik Menjadi Khalifah

Ucapan Umar r.a Selepas DiLantik Menjadi Khalifah

Abu Bakar r.a meninggal dunia pada malam Selasa 8 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah. Selepas Abu Bakar r.a , Umar r.a  menerima jawatan kepemimpinan pada pagi Se1asa dan menyampaikan khutbahnya:

“Saya menerima ujian dan kamu semua memberi ujian kepada saya. Saya menggantikan kepimpinan untuk kamu semua selepas sahabatsaya (Abu Bakar r.a).  Sesiapa yang hadir maka kita akan member khabar gembira dengan jiwa raga kita dan sesiapa yang tidak hadir maka urusannya adalah tanggungjawab orang yang mempunyai kekuatan dan amanah. Sesiapa yang berbuat baik, maka kami tambah kebaikannya dan sesiapa yang berbuat jahat,kami akan menghukumnya. Semoga Allah memberi ampun kepada saya dan kamu semua”.

Umar r.a  terkenal kerana ketegasan dan kekuatannya. Beliau juga merasakan perkara itu, lalu beliau berdoa:

Ya Allah saya ini sangat keras, lembutkanlah. Saya lemah, berilah kekuatan. Saya bakhil, berikanlah sifat pemurah kepada saya” .

Beliau juga berkata kepada sahabat-sahabatnya:

“Jangan kamu menyangka saya ini keras seperti saya pada zaman Nabi Muhammad. Ini kerana saya adalah pengawal ke atas beliau dan pada masa Abu Bakar pula saya juga pengawal kepadanya. Sekarang ini saya memimpin dan saya adalah orang yang paling lemah di hadapan kebenaran”

Rujukan : Prof. Dr. Amin Qudah – Sejarah Khalifah Rasulullah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s