Kalimah Allah : 10 Negeri Ada Larangan

Oleh Wan Jailani Razak
wanjai@bharian.com.my

SHAH ALAM: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah ‘Allah’ bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan umat Islam.

Timbalan Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Abdul Halem Hapiz Salihin, berkata keputusan itu akan meletakkan pemohon iaitu gereja Katolik sebagai pihak yang melakukan kesalahan jenayah mengikut Seksyen 9 enakmen berkenaan.

Katanya, ia berikutan tindakannya menggunakan kalimah Allah iaitu yang menjadi satu perkataan bersumberkan Islam yang disenaraikan dalam bahagian I jadual enakmen itu yang dilarang penggunaannya oleh orang bukan Islam.

Sepuluh negeri mempunyai peruntukan larangan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam mengikut enakmen itu kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

“Penghakiman ini juga bertentangan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang menyatakan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci khusus bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.

“Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan jika ada unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah itu, ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya bagi pihak majlis itu dalam kenyataan media di sini, semalam.

Mais berkata, bagi memastikan masyarakat Islam jelas mengenainya, majlis itu dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan memberi penerangan secara berperingkat di seluruh negeri.

Pada peringkat awal, katanya, imam di masjid negeri dan masjid di sembilan daerah di negeri ini akan membacakan khutbah Jumaat berkaitan isu itu esok.

SUMBER :

http://kedahlanie.blogspot.com/2010/01/10-negeri-ada-larangan-guna-perkataan.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s