Mengingati Guru Falak Saya : Allahyarham Tuan Haji Ab. Rahaman b. Hussain

Allahyarham Tuan Haji Ab. Rahaman b. Hussain

Setiapkali berlaku  gerhana matahari atau bulan , dan setiap kali berlaku  pelbagai peristiwa langit saya saya akan terkenang kepada guru saya Allahyarham Tuan Guru Tuan Haji Ab. Rahaman b. Hussain  , seorang tokoh falak terkenal dari Kelantan.

Setelah lama menyimpan kalkulator sainstifik, setelah mula berguru dengan beliau saya mengeluarkannya kembali. Beliau mengajar kami kecintaan kepada ilmu falak. Beliau mengajar mengira takwim solat secara manual, mencerap anak bulan , mengira bila akan berlaku gerhana dan pelbagai bidang ilmu falak.

Ab. Rahaman Hussain merupakan tokoh falak yang dikenali terutama di Kelantan kerana nama beliau  sering terpapar di kalender dan diari agensi kerajaan negeri Kelantan kerana menghitung waktu solat dan taqwim hijri. Selain itu Almarhum sering diundang menyampaikan ceramah berkaitan agama dan falak. Jika Mohd. Khair Taib berjasa dalam menubuhkan Persatuan Falak Syar’i Malaysia (PFSM), Ab. Rahaman Hussain pula berjasa dalam memimpin PFSM. Beliau mula memimpin PFSM sebagai Yang DiPertua selamat 14 tahun sejak dari Oktober 1992 hingga ke akhir hayatnya, September 2006. Beliau mengambil alih tampok kepimpinan PFSM selepas Dr. Abdullah Ibrahim melepas jawatan sebagai Yang DiPertua yang pertama kerana bertugas di negara Brunei Darusalam pada Oktober 1992. Almarhum adalah Yang DiPertua yang kedua sejak PFSM ditubuhkan.

Akhirnya Ab. Rahaman bin Hussein setelah bersama-sama  menabur bakti ditengah masyarakat telah pulang menemui Yang Maha Esa pada tanggal selasa 3 Ramadhan 1427H / 26 September 2006 jam 4.00 petang di hospital Macang, Kelantan di sisi keluarga, isteri dan anak-anaknya. Berita kematian Almarhum telah disiarkan melalui radio dan RTM TV1 jam 12:00 Rabu 27 September 2006. Almarhum semasa hayatnya dikenali di Kelantan kerana suaranya sering ke udara di radio Kelantan dan juga TV1 RTM . Almarhum telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Machang pada Rabu 27 September 2006 jam 11.00.

Pemergian Almarhum dalam waktu kepimpinannya masih diperlukan lagi dirasakan satu kehilangan yang besar  kepada Persatuan Falak Syari Malaysia dan dalam perjuangan mengembangkan ilmu Falak di Malaysia. Semuga sumbangan dan jasa beliau akan terakam dalam lipatan sejarah dalam mengembang demi memertabatkan semula ilmu falak.

Semoga Allah meredzai dan merahmati keatas ruhnya.

#Biodata di atas  daripada Persatuan Falak Syari Malaysia   di      http://www3.falaksyari.org/

3 thoughts on “Mengingati Guru Falak Saya : Allahyarham Tuan Haji Ab. Rahaman b. Hussain

  1. ASALAMUALAIKUM

    Petua bina kesihatan pakcikli00 – satu

    Panduan hidup adalah al Quran
    rasul diutus memberi ingatan
    yang menjadi petua serta amalan
    demi untuk membina kesihatan

    Mulakan Bismillah setiap urusan
    elok disertai selawat dan salam
    dulukanlah niat sebelum pekerjaan
    mulakan gerakan di sebelah kanan

    Setiap waktu perlulah ditepati
    janganlah suka memungkiri janji
    bahaya dan musuh usahlah dicari
    jangan mudah tidak sedarkan diri

    Lemparkan senyuman setiap hari
    sehingga wajah kelihatan berseri
    seandainya bertemu salam diberi
    janganlah suka meninggi diri

    Bercakaplah cuma jikalau perlu
    sebelum menjawab dengari dulu
    usahlah bertanya bertalu talu
    perangai berleter usahlah ditiru

    Berpakaian biar disenangi orang
    jangan sendat atau pun jarang
    bahagian aurat usah ditelanjang
    sehingga geram jika dipandang

    Selanjutnya sila klik url dibawah :

    http://pakcikli00.wordpress.com/2009/08/26/petua-membina-kesihatan-dua/

    http://pakcikli00.wordpress.com/2009/08/26/petua-membina-kesihatan-tiga/

  2. Keperluan Segara – Fasa 1: Kelulusan Pelan Bangunan dari MPK
    Januari 15, 2010 pada 10:21 am (Uncategorized) Tags: derma kilat, jariah, zakat
    Assalamualaikum..
    Semoga anda semua mendapat rahmat dari Allah
    Kami memerlukan sumbangan SEGERA sebanyak RM3,600 untuk urusan kelulusan Pelan Bangunan daripada pihak Majlis Perbandaran Klang. Bayaran ini termasuklah untuk kelulusan Hoarding, Lesen Iklan, Papan Tanda dan yuran pemprosesan Pelan.
    Sila hubungi AJK yang terlibat, SMS kan hajat anda dan kami akan menghubungi anda semula untuk urusan selanjutnya.
    Sama-samalah kita bagunkan syiar Islam di tanahair kita ini. Wassalam, sehingga berjumpa lagi. Surau Al-Qayyum.
    Bandar Armada Putra Pulau Indah 42000 Pelabuhan Klang
    Pengerusi En Saifullizan Hj Mohd Isa 012 6874 385
    Setiausaha En Khaszemi Mohd Yakim 019 3376 927
    Bendahari En. Mohd Riza Mohd Yusoff 012 3080 362
    Sila SMS jika panggilan tidak dijawab. Kami akan menghubungi anda kemudian. Terima Kasih.

    Sumber: http://suraualqayyum.wordpress.com/

    tolong le sekupang dua

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s