Nasharudin Terima Jemputan Qardawi

Kuala Lumpur, 4 Feb : Timbalan Presiden PAS, YB Ust Nasharudin Mat Isa telah berlepas ke Doha, Qatar pagi ini bagi menyahut jemputan Syeikh Yusuf Al-Qardawi untuk mengikuti satu wacana yang di panggil Multaqa Anak Murid Qardawi yang julung-julung kali di adakan di Qatar.

Program selama lebih satu minggu itu akan turut dihadiri oleh seramai 30 orang ulama yang lain yang telah dikenal pasti dan dijemput sendiri oleh Syeikh Yusuf dari seluruh pelusuk dunia. Nasharudin merupakan sesatunya wakil dari Malaysia yang dijemput ke program tersebut. Menurut Nasharudin, ketika Syeikh Yusuf berada di Malaysia untuk menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah baru-baru ini, beliau telah dijemput secara lisan oleh Syeikh Yusuf sendiri dan diikuti dengan surat jemputan rasmi untuk mengikuti program tersebut.surat  qardawi

Penghormatan yang diberikan kepada beliau itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menimba ilmu daripada ulama terkenal di dunia itu di samping meluaskan jaringan rangkaian bersama lebih 30 ulama yang lain yang akan turut mengikuti program tersebut. “Mudah-mudahan rangkaian yang bakal terhasil nanti akan membantu kita memperkukuhkan gerakan Islam di seluruh dunia”, kata beliau.

Menurut Nasharudin, sebelum mengikuti program tersebut beliau telah dikehendaki untuk membaca lebih 10 kitab terbaru karangan Syeikh Yusuf sendiri. Program tersebut nanti akan membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan usul fiqh dan penumpuan akan diberikan kepada bagaimana untuk melaksanakan usul fiqh dalam konteks kontemporari dengan pendekatan wasatiyah (kesederhanaan).

Menurut Nasharudin lagi, selepas berakhir program tersebut, ijazah akan diberikan kepada semua peserta untuk mempromosikan dan melangsungkan agenda yang cukup besar itu supaya kefahaman tentang Islam dapat diberikan kepada seluruh masyarakat dunia samada dikalangan orang Islam mahupun bukan Islam. Begitu juga untuk menjelaskan peranan gerakan Islam dalam menyampaikan risalah Islam dalam keadaan dunia yang sedang mencabar ini.

Ketika ditanya tentang isu kalimah Allah, Nasharudin berkata, “ saya menjangkakan akan membangkitkan beberapa isu semasa yang sedang berlaku di negara kita khasnya isu yang berkaitan dengan kalimah Allah ini kerana Syeikh Qardawi sendiri pada dua minggu lepas ketika menyampaikan khutbah di masjid beliau telah menyentuh tentang isu yang berlaku di Malaysia. InsyaAllah, saya akan cuba memberikan penjelasan tentang keadaan di Malaysia dan sudah tentulah pandangan-pandangan beliau nanti akan dapat kita ambil untuk saya bawa balik sebagai saranan daripada beliau sendiri.”  – ANN

Sumber : http://www.ann.com.my/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s