Tugas Nabi-Nabi Di Sisi Syi’ah.

Tugas Nabi-Nabi Di Sisi Syi’ah.

Ahlus Sunnah beri’tikad bahawa nabi adalah merupakan manusia yang paling mulia kedudukannya dari kalangan manusia dan diutuskan oleh Allah ta’ala untuk menyampaikan risalah dan syariat-Nya kepada manusia. Terdapat perbezaan antara nabi dengan rasul iaitu nabi diutuskan tanpa syariat yang baru sebaliknya menyampaikan syariat rasul sebelumnya tetapi rasul diutuskan membawa syariat yang baru daripada Allah ta’ala.[1]

Begitu juga di sisi Syi’ah tugas nabi dan rasul adalah menyampaikan segala yang diperintahkan oleh Allah ta’ala. Namun begitu di sisi Syi’ah terdapat satu lagi tugas penting para nabi dan rasul yang tidak terdapat pada Ahlus Sunnah iaitu menyampaikan tentang kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan perlantikan Ali bin Abi Talib serta anak cucunya sebagai washi dan imam-imam sesudahnya. Kitab-kitab utama mereka tidak sunyi daripada menyebutkan tugasan para nabi ini.


عن أبي عبدالله عليه السلام قال: ولايتنا ولاية الله التي لم يبعث نبيا قط إلا بها.


Daripada Abi Abdillah a.s. katanya: “Walayah kita adalah walayah Allah yang tidak diutuskan seorangpun nabi kecuali membawanya”.[2]

عن محمد بن الفضيل، عن أبي الحسن عليه السلام قال: ولاية علي عليه السلام مكتوبة في جميع صحف الانبياء ولن يبعث الله رسولا إلا بنبوة محمد صلى الله عليه وآله ووصية علي عليه السلام.


Daripada Muhammad bin al-Fudhail daripada Abi al-Hasan a.s. katanya: “Walayah Ali a.s. ditulis dalam semua suhuf nabi-nabi. Allah tidak mengutuskan seorangpun rasul kecuali dengan membawa kenabian Muhammad s.a.w. dan wasiat tentang Ali a.s. (sebagai washi sesudahnya)”.[3]

عن ابي جعفر عليه السلام في قول الله: ولقد عهدنا إلى آدم من قبل فنسي ولم نجد له عزما قال عهد اليه في محمد صلى الله عليه وآله والائمة من بعده فترك ولم يكن له عزم فيهم انهم هكذا وانما سموا اولو العزم انه عهد اليهم في محمد والاوصياء من بعده والقائم عليه السلام وسيرته فأجمع عزمهم ان ذلك كذلك والاقرار به.

Daripada Abi Ja’far a.s. berkenaan firman Allah:

وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَى آَدَمَ مِنْ قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا


Yang bermaksud:
Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi dia lupa dan Kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.

Katanya (Abu Ja’far): “Allah telah berpesan kepadanya tentang Muhammad dan imam-imam selepasnya lalu dia meninggalkan dan ia (Adam) tidak mempunyai keazaman (kepercayaan) yang teguh tentang mereka sedemikian (kepercayaan tentang Muhammad dan imam-imam selepasnya). Sebab mereka (nabi-nabi) dinamakan ulul ‘azm ialah Allah telah berpesan kepada mereka tentang Muhammad dan para washi sesudahnya dan al-Qaim (imam Mahdi di sisi Syi’ah iaitu Muhammad bin Hasan al-Askari) dan sejarahnya lalu mereka meneguhkan kepercayaan tersebut sedemikian dan mengakuinya”.[4]

Terdapat banyak lagi riwayat-riwayat sedemikian di dalam kitab-kitab Syi’ah seperti Tafsir as-Shafi, Mustadrak al-Wasail, Bihar al-Anwar, Tafsir Furat al-Kafi. Namun tiga riwayat di atas yang terdapat di dalam kitab yang paling sahih di sisi mereka sudahpun memadai untuk membenarkan tentang akidah mereka berkenaan nabi-nabi.

Sanggahan terhadap pegangan tersebut.

Pertama: Al-Quran menyatakan dengan jelas bahawa para nabi diutuskan membawa ajaran tauhid dan tidak terdapat satupun ayat al-Quran yang mengatakan bahawa mereka diutuskan untuk menyampaikan tentang walayah Ali r.a. dan anak cucunya.

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ


Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku, oleh itu beribadatlah kamu kepadaKu.[5]

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ


Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut.[6]

Begitu juga penjelasan yang diberikan oleh para nabi kepada kaumnya sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Quran:

لَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَى قَوْمِهِ فَقَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ


Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya.[7]

Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain seperti Hud, Salih, Syu’aib a.s.[8]

Hadith-hadith Nabi s.a.w. juga menjelaskan bahawa tugas rasul ialah menyampaikan ajaran tauhid dan tidak terdapat satupun hadith yang menyebutkan sebagaimana yang diimani oleh golongan Syi’ah.

Kedua: Al-Quran juga menyebutkan tentang perjanjian nabi-nabi dengan Allah ta’ala supaya beriman dan membela mana-mana nabi yang dibangkitkan sesudahnya andaikata mereka sempat dengan zaman nabi tersebut.

وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ النَّبِيِّينَ لَمَا آَتَيْتُكُمْ مِنْ كِتَابٍ وَحِكْمَةٍ ثُمَّ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مُصَدِّقٌ لِمَا مَعَكُمْ لَتُؤْمِنُنَّ بِهِ وَلَتَنْصُرُنَّهُ قَالَ أَأَقْرَرْتُمْ وَأَخَذْتُمْ عَلَى ذَلِكُمْ إِصْرِي قَالُوا أَقْرَرْنَا قَالَ فَاشْهَدُوا وَأَنَا مَعَكُمْ مِنَ الشَّاهِدِينَ


Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya. Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu? Mereka menjawab: Kami berikrar (mengakui dan menerimanya). Allah berfirman lagi: Jika demikian, maka saksikanlah kamu dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu.[9]

Tiada pula satu pun ayat yang menyebutkan bahawa Allah mengambil perjanjian dengan nabi-nabi supaya beriman kepada walayah Ali r.a. dan membelanya.

Ketiga: Tidak terdapat seorangpun dari kalangan Ahlul Kitab yang memeluk Islam dan seterusnya mengakui bahawa terdapat di dalam kitab asal yang menjadi pegangan mereka seperti Injil dan Taurat yang menyebutkan bahawa terdapat di dalamnya wasiat atau perintah supaya berpegang dan menyampaikan tentang walayah Ali r.a. dan anak cucunya sedangkan kitab-kitab yang sama menyebutkan tentang kerasulan Muhammad s.a.w..

Berdasarkan kepada hujah-hujah di atas satu persoalan yang perlu difikirkan ialah dari sumber manakah sebagai hujah bagi Syi’ah untuk mengemukakan dakwaan tersebut?



[1] Tafsir ruh al-ma’ani jil. 11 hal. 172

[2] Usul al-Kafi jil. 1, hal. 438.

[3] Ibid.

[4] Tafsir al-Qummi jil. 2 hal. 67, Usul al-Kafi jil. 1 hal. 417

[5] Surah al-Anbiya’ ayat 25.

[6] Surah an-Nahl ayat 36

[7] Surah al-A’raf ayat 59.

[8] Lihat ayat 65, 73, 85.

[9] Surah Ali Imran ayat 81

http://www.darulkautsar.net/

Syiah: Sahabat-Sahabat Nabi S.A.W. Penyeleweng Al-Quran.





TERJEMAHAN


Agama Syi’ah: Sahabat-Sahabat Nabi S.A.W. Penyeleweng Al-Quran.

Kemudian Ali a.s. mengadap (ke arah mereka) lalu berkata: “Bertakwalah kepada Allah wahai Talhah, engkau wahai Zubair, engkau wahai Sa’ad dan engkau wahai Ibnu ‘Auf. Bertaqwalah kepada Allah dan utamakanlah keredhaan-Nya, pilihlah apa yang terdapat di sisi-Nya dan jangan takut kerana Allah terhadap celaan orang yang mencela”.

Kemudian Talhah berkata: “Saya tidak nampak engkau wahai Aba al-Hasan menjawab persoalan saya tentang al-Quran supaya engkau tidak menyatakannya kepada manusia”.

‘Ali berkata: “Sengaja saya menahan daripada menjawab kepadamu. Ceritakan kepadaku apa yang ditulis oleh Umar dan Uthman apakah semuanya adalah al-Quran atau terdapat di dalamnya sesuatu yang bukan al-Quran?

Talhah menjawab: “Bahkan semuanya adalah al-Quran”.

‘Ali berkata: “Jika kamu berpegang dengan semua isi yang terdapat di dalamnya kamu akan selamat daripada neraka dan akan memasuki syurga kerana di dalamnya terdapat hujjah kami, keterangan tentang hak kami dan kefardhuan untuk mentaati kami.

Talhah berkata: “Cukuplah kepadaku. Jikalah ia adalah al-Quran maka cukuplah kepadaku. Kemudian Talhah berkata: “Ceritakan kepadaku tentang al-Quran yang dimiliki olehmu serta takwilannya, ilmu tentang halal dan haram, kepada siapakah akan diserahkan dan siapakah yang akan memilikinya selepasmu?

‘Ali menjawab: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. memerintahkan aku supaya menyerahkannya kepada penerima wasiatku dan orang yang paling utama untuk memimpin manusia selepasku ialah anakku Hasan, kemudian anakku Hasan memberikan kepada anakku Husain kemudian ia dimiliki silih berganti seorang demi seorang keturunan Husain sehingga yang terakhir dari kalangan mereka (Imam Mahdi) datang ke kolamnya (bersembunyi di tempat persembunyiannya). Mereka bersama al-Quran, tidak berpisah dengannya dan al-Quran juga sentiasa bersama mereka dan tidak berpisah dengan mereka.

Adapun Mu’awiyah dan anaknya, keduanya akan memerintah selepas Uthman kemudian akan mengiringinya seramai tujuh orang daripada keturunan al-Hakam bin Abi al-‘Ash seorang demi seorang sehingga sempurna dua belas orang pemimpin kesesatan dan merekalah yang dilihat oleh Rasulullah s.a.w. di atas mimbarnya  mengembalikan umat ini kepada kesesatan. Sepuluh orang daripada mereka dari kalangan Bani Umayyah dan dua orang (Abu Bakar dan Umar) adalah merupakan perintisnya. Segala kesalahan umat ini ditanggung oleh mereka berdua sehingga hari kiamat.

Di dalam riwayat Abi Zar al-Ghifari dia berkata: “Setelah Rasulullah s.a.w. wafat Ali a.s. menghimpunkan al-Quran lalu ia membawanya kepada Muhajirin dan Ansar dan mengemukakannya kepada mereka sebagaimana yang diwasiatkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadanya. Bila Abu Bakar membukanya terdapat di muka surat pertama kekejian kaum itu (sahabat) lalu Umar pun melompat dan berkata: “Wahai Ali! Bawalah ia (al-Quran tersebut) pulang. Kami tidak memerlukannya. Maka Ali a.s. pun mengambilnya dan pergi. Kemudian mereka datang bertemu dengan Zaid bin Thabit -dan ia adalah seorang qari- lalu Umar berkata kepadanya: “Sesungguhnya Ali datang membawa al-Quran dan di dalamnya terdapat kekejian Muhajirin dan Ansar. Kami berfikir untuk menulis al-Quran dan mengugurkan daripadanya kekejian dan keaiban Muhajirin dan Ansar”. Maka Zaid bersetuju kemudian ia berkata: “Jikalau saya telah menyelesaikan permintaan kamu dan Ali mengemukakan apa ia telah ditulisnya maka bukankah akan sia-sia apa yang telah kamu usahakan? Dia (Umar) pun berkata: “Oleh itu apakah ada helah yang lain? Zaid menjawab: “Engkau lebih mengetahui helahnya”. Maka Umar pun berkata: “Helah yang lain hanyalah membunuhnya dan kita akan selamat daripadanya”. Lalu Umar pun meletakkan tugas membunuhnya di atas bahu Khalid bin al-Walid dan ia tidak mampu untuk melakukannya.

Bilamana Umar menjadi khalifah ia telah meminta daripada Ali a.s. supaya memberikan kepada mereka al-Quran untuk mereka menyelewengkan apa yang terdapat pada mereka dengan berkata: “Wahai Aba al-Hasan (Ali)! Bolehkah engkau bawakan al-Quran yang telah kemukakannya kepada Abi Bakr sehingga kita boleh sepakat untuk berpegang dengannya? Ali a.s. menjawab: “Tidak sama sekali! Aku mengemukakannya kepada Abi Bakr supaya ia menjadi hujah ke atas kamu (untuk menentang kamu) dan engkau tidak akan berkata lagi pada hari kiamat “Sesungguhnya kami tidak diberi peringatan tentang ini (al-Quran ini)”. Atau engkau akan berkata “Engkau tidak mengemukakannya kepada kami”. Sesungguhnya al-Quran yang berada di sisiku tidak boleh disentuh kecuali oleh orang-orang yang disucikan dan penerima-penerima wasiat dari kalangan keturunanku”.

Umar pun berkata: “Ada terdapat waktu tertentu untuk menyatakannya? Ali a.s. menjawab: “Ya! Bila al-Qaim (Imam Mahdi) dari keturunanku bangkit ia akan menyatakannya dan orang ramai akan berpegang dengannya”.

Kesimpulan:

1.         Golongan Syi’ah berpendapat bahawa sahabat-sahabat Nabi s.a.w. terutamanya Abu Bakar dan Umar r.a. berusaha untuk menyelewengkan al-Quran yang sebenar.

2.         Golongan Syi’ah mengatakan bahawa Abu Bakar, Umar, Uthman, Mu’awiyah, Yazid dan khalifah dari kalangan Bani Umayyah adalah merupakan pemimpin-pemimpin yang telah mengembalikan manusia kepada kesesatan selepas mereka berada di atas petunjuk di zaman Nabi s.a.w.

3.         Golongan Syi’ah mengatakan bahawa segala dosa manusia akan ditanggung oleh Abu Bakar dan Umar.

4.         Golongan Syi’ah beri’tiqad bahawa al-Quran yang sebenar hanyalah yang dikumpulkan oleh Ali r.a. dan keturunannya selepas itu iaitu imam-imam maksum di sisi mereka.

5.         Golongan Syi’ah mengatakan di dalam al-Quran yang asli terdapat kejahatan-kejahatan yang telah dilakukan oleh sahabat-sahabat Nabi s.a.w.

1 thought on “Tugas Nabi-Nabi Di Sisi Syi’ah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s