QS. Fussilat Ayat 26

Firman Allah :

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لا تَسْمَعُوا لِهَذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ

Dan orang-orang Yang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah Dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!” ( QS.Fussilat 26 )

Maulana Abdullah Yusof Ali  menghurai ayat di atas mengatakan :

Satu helah dan tiupan yang selalu disukai oleh orang yang mahu menghinakan wahyu ialah bukan sahaja dengan mereka tidak mahu mendengarnya , tetapi juga dengan mereka bercakap-cakap  dengan suara yang lantang dan biadaapanya pada masa ayat suci dibacakan, supaya dengan itu maka orang yang mendengarnya dengan iklas pun, tidak boleh melakukan  tugas rohaniah mereka dengan baiknya. Mereka menyangka mereka sedang menengelamkan suara dari tuhan : sebenarnya mereka sedang menambah-nambah lagi penderitaan dan kecelakaan bagi diri mereka sendiri pada masa akan datang. Kerana suara dari Tuhan tidak boleh disenyapkan.

Catitan hujung:

Orang boleh berhenti tegak hormat apabila lagu kebangsaan dinyanyikan. Sebaliknya bila azan di kumandangkan atau quran di bacakan, masih ada oarang yang bersembang malahan berketawa !

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s