Peristiwa Tahkim

Peristiwa Tahkim

Oleh Muhammad Malullah

www.darulkautsar.net

Prakata: Peristiwa Tahkim mengikut sejarah yang kita pelajari ialah berlaku perebutan kuasa antara Ali dan Mu`awiyah yang membawa mereka ke meja perundingan. Perundingan antara mereka berdua telah diwakili oleh Abu Musa al-`Asyari bagi pihak Ali dan `Amr bin al-`Ash bagi pihak Mua`wiyah. Kedua-dua perunding telah bersetuju untuk memecat Ali dan Mua`wiyah. Menurut sejarah lagi, `Amr bin al-`Ash dengan kelicikannya berjaya memperdayakan Abu Musa yang digambarkan sebagai seorang yang lalai dan mudah tertipu.. Akibatnya, Ali terlepas dari jawatan khalifah.  Tulisan Shaikh Muhammad Malullah ini akan mendedahkan kebatilan riwayat Tahkim.

Oleh kerana peristiwa Tahkim sangat penting dalam sejarah politik negara Islam, adalah perlu untuk kita menyingkap hakikat sebenar babak-babaknya di mana peristiwa ini telah disalahtanggapi dan telah disalahtafsirkan.  Akibatnya timbul kesan buruk iaitu menjatuhkan kedudukan dan martabat para sahabat. Peristiwa Tahkim yang tersebar itu telah menjadikan sebahagian sahabat sebagai penipu dan orang yang mudah terpedaya dan sebahagian yang lain dituduh sebagai perakus kuasa.

Dengan meletakkan riwayat Tahkim di atas neraca kajian dan penilaian, dua perkara dapat diamati, pertama kelemahan pada sanad dan kedua, kegoncangan pada matan atau teks. Dari sudut sanad terdapat dua perawi yang ditohmah keadilannya iaitu Abu Mikhnaf Lut bin Yahya dan Abu Janab al-Kalbi. Abu Mikhnaf seorang yang dhai`if dan tidak thiqah sementara al-Kalbi, menurut Ibn Sa`ad, dia seorang yang dha`if. Al-Bukhari dan Abu Hatim berkta: Yahya bin al-Qattan mendha`ifkannya. Uthman al-Darimi dan al-Nasa’i mengatakan dia dha`if.

Ada tiga perkara yang dikesani pada matannya. Pertama, berkaitan dengan perselisihan antara Ali dan Mu`awiyah yang menjadi punca kepada peperangan antara mereka berdua. Kedua, persoalan jawatan Ali dan Mu`awiyah. Ketiga, keperibadian Abu Musa al-`Asy`ari dan `Amr bin al-`Ash.

Perselisihan antara Ali dan Mu`awiyah

Adalah diakui dan disepakati oleh semua ahli sejarah bahawa sebab pertelingkahan antara Ali dan Mu`awiyah ialah tentang tindakan qisas terhadap pembunuh-pembunuh Uthman. Pada anggapan Mu`awiyah, Ali telah mencuaikan tanggungjawabnya melaksanakan hukuman qisas ke atas pembunuh-pembunuh Uthman. Dengan itu, beliau enggan untuk membai`ah Ali dan taat kepadanya kerana beliau berpendapat hukum qisas perlu ditegakkan sebelum khalifah dibai`ahkan. Pada masa yang sama beliau merupakan wali darah kerana kekeluargaannya dengan Uthman.

Sikap keengganan Mu`awiyah untuk membai`ah Ali kerana menunggu qisas dijalankan dan kegagalan beliau melaksanakan urusannya di Syam telah menjadikan Mu`awiyah dan para pengikutnya dari kalangan penduduk Syam pada pandangan Ali seperti sikap orang-orang yang menentang khalifah. Ali berpendapat bahawa bai`ahnya telahpun sah dengan persetujuan para sahabat Muhajirin dan Ansar yang telah menghadiri upacara bai`ah. Dengan itu, bai`ah tersebut mengikat orang-orang Islam yang berada di tempat yang lain. Oleh hal yang demikian, Ali menganggap Mu`awiyah dan penduduk Syam bersama beliau sebagai penderhaka yang mahu memberontak sedangkan Ali adalah imam sejak dibai`ahkan sebagai khalifah dan beliau memutuskan untuk menundukkan dan mengembalikan mereka ke dalam jamaah walaupun dengan cara kekerasan.

Memahami pertelingkahan mengikut gambaran ini, iaitu gambarannya yang sebenar akan menjelaskan sejauh mana  kesilapan riwayat yang tersebar tentang peristiwa Tahkim yang menggambarkan pendapat dua orang perunding. Kedua-dua perunding itu dilantik untuk menyelesaikan perselisihan antara Ali dan Mu`awiyah bukan untuk menentukan siapakah yang lebih layak untuk jawatan khalifah. Sebenarnya perbicaraan itu berkenaan dengan menjatuhkan hukuman ke atas pembunuh-pembunuh Uthman, sedikitpun tidak berkait dengan urusan khilafah. Apabila dua orang perunding itu mengabaikan dan meninggalkan persoalan asas ini iaitu maksud diadakan Tahkim dan mereka memutuskan persoalan khalifah sebagaimana yang didakwa oleh riwayat tersebut, bererti mereka berdua tidak memahami tajuk pertelingkahan dan tidak mengetahui persoalan dakwaan dan ini satu perkara yang hampir mustahil.

Jawatan Ali dan Mu`awiyah

Mu`awiyah telah ditugaskan untuk mentadbir Syam sebagai wakil bagi pihak Umar bin al-Khattab dan Syam terus berada di bawah pentadbirannya sehingga Umar meninggal dunia. Kemudian Uthman menjadi khalifah dan beliau mengekalkan jawatan Mu`awiyah. Apabila Uthman dibunuh dan Ali menjadi khalifah, beliau tidak mengekalkan jawatan Mu`awiyah di mana jawatan tersebut terlucut dengan sebab berakhirnya pemerintahan khalifah yang telah melantiknya.

Dengan itu, Mu`awiyah telah kehilangan pusat kekuasannya dan jawatannya sebagai gabenor Syam walaupun sebenarnya beliau masih lagi mempunyai kuasa dengan sebab penduduk Syam menyokong beliau dan mereka berpuas hati dan bersetuju dengan alasan Mu`awiyah yang tidak mahu memberi bai`ah kepada Ali. Sebabnya ialah tuntutan perlaksaan hukum qisas terhadap pembunuh-pembunuh Uthman berdasarkan haknya sebagai penuntut bela kematian Uthman.

Apabila keadaan sebenarnya begitu, keputusan perunding itu menurut riwayat tersebut memberi maksud memecat Ali dan Mu`awiyah. Pemecatan Mu`awiyah itu berlaku bukan pada tempatnya kerana jika kita mengandaikan dua orang perunding itu mengendalikan pertelingkahan Ali dan Mu`awiyah kemudian memecat Ali dari jawatan khalifah. Persoalannya dari jawatan apa, mereka berdua memecat Mu`awiyah? Adakah mereka berdua boleh memecat Mu`awiyah dari hubungan kekeluargaan dengan Uthman atau menghalangnya dari menuntut bela kematian Uthman? Adakah pernah terjadi di dalam sejarah seorang pemberontak dilucutkan dari kepimpinannya dengan sebab resolusi yang diputuskan oleh dua orang hakim? Tidak diragukan lagi ini merupakan satu faktor lain yang menyokong tentang karutnya riwayat Tahkim yang tersebar umum itu.

Keperibadian Abu Musa dan `Amar bin al-`Ash

Tanggapan tentang Abu Musa menjadi mangsa tipu daya `Amr bin al-`Ash dalam peristiwa Tahkim menafikan fakta-fakta sejarah mengenai keutamaan, kepintaran, kefaqihan dan kepercayaannya, lebih-lebih lagi menafikan perlantikannya sebagai hakim dan qadhi di dalam Negara Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. Baginda telah melantik beliau sebagai gabenor Zabid dan `Adn. Umar pula melantiknya sebagai gabenor Basrah sehinggalah beliau mati syahid. Seterusnya Uthman mengekalkannya sebagai gabenor Basrah, kemudian menjadi gabenor Kufah sehinggalah beliau mati syahid dan Ali mengekalkan jawatannya itu. Adakah dapat dibayangkan Rasulullah s.a.w. dan para khalifah sesudah baginda mempercayai seorang sahabat yang mudah diperdayakan dengan tipu helah seperti yang diriwayatkan oleh cerita Tahkim itu?

Sedangkan para sahabat dan ramai dari kalangan ulama Tabi`in mengakui kemantapan beliau di dalam ilmu, kemampuan dalam kehakiman, kepintaran dan kecerdasan dalam pengadilan. Bagaimana mungkin digambarkan kecuaian dan kelalaiannya sampai ke tahap ini? Seolah-olah beliau tidak memahami hakikat sebenar pertelingkah yang beliau menjadi perundingnya lalu mengeluarkan keputusan yang tidak munasabah dengan keperibadiannya. Iaitu keputusan melucutkan jawatan khalifah tanpa alasan yang mengikut syara`dan keputusan pemecatan Mu`awiyah yang didakwa sebagai khalifah itu serta peristiwa maki hamun dan caci mencaci yang berlakukan antara Abu Musa dan `Amr bin al-`Ash. Ini adalah suatu perkara yang sama sekali bertentangan akhlak mulia dan adab bertutur para sahabat yang diketahui secara mutawatir.

Apabila ilmu dan pengalaman Abu Musa dalam kehakiman dapat menghalangnya dari tersilap membuat keputusan dalam kes yang diserahkan kepadanya begitu juga keadaan `Amar bin al-`Ash yang diakui sebagai salah seorang cerdik pandai Arab. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan beliau supaya menghakimi perbalahan dua orang lelaki di hadapan baginda. Rasulullah s.a.w. memberi berita gembira kepada beliau ketika beliau bertanya: Wahai Rasulullah adakah saya mengadili sedangkan engkau ada. Baginda bersabda: Apabila seseorang hakim itu mengadili kes dengan berijtihad maka dia akan mendapat dua pahala jika benar dan apabila dia menghukum dengan berijtihad lalu tersilap maka dia akan mendapat satu pahala.

Menerima riwayat Tahkim bererti menghukumkan `Amar bin al-`Ash sebagai seorang yang tunduk pada hawa nafsu dalam menjalankan tugas-tugasnya dan ini adalah satu serangan bukan sahaja terhadap kepintaran dan kemahirannya tetapi terhadapan kewarakan dan ketakwaannya. Sedangkan beliau merupakan sahabat yang termulia dan paling utama serta kelebihannya sangat banyak. Di dalam fatwanya, Ibn Taymiyyah menyebutkan tidak ada seorangpun dari kalangan salaf yang mengkritik `Amr bin al-`Ash dengan nifaq atau tipu helah. Dengan ini, berdasarkan kepada necara kritikan objektif terhadap teks-teks sejarah, jelaslah apa yang dikemukakan dalam tulisan ini tentang pembohongan dalam riwayat peristiwa Tahkim yang tersebar umum itu.

Terjemahan oleh Ustaz Muhammad Hanief bin Awang Yahya untuk www.darulkautsar.net

Ya Allah Ampunilah Aku

Ya Allah ya Tuhanku

bagiMu segala puji

Engkaulah pentadbir semua petala langit dan petala bumi

dan semua yang ada pada keduany.

Dan bagiMu segala puji

Engkaulah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi

dan semua yang ada pada keduanya

Dan bagiMu segala puji

Engaulah cahaya langit dan bumi

dan  semua yang ada padanya

Dan  bagiMu segala puji

Engkaulah yang benar

janjuMu pun benar

bertemu denganMu pun benar

bicaraMu pun benar

surga juga benar

neraka juga benar

Muhammad pun benar

dan kiamat juga benar

Ya Allah, ya tuhanku

kepadaMu aku berserah

denganMu aku beriman

kepadaMu aku bertawakal

kepadaMu aku kembali

kerana menjaga hakMu aku bertengkar

dan kepadaMu aku menerima hukuman

maka ampunilah akan dosa-dosaku

yang terdahulu dan terkemudian

apa yang aku sembunyikan dan dedahkan.

Engkaulah yang terdahulu

Dan Engkaulah yang terkemudian

tiada tuhan melainkan Engkau.[1]


[1] Telah sabit dalam Sahih Bukhari  dan Muslim juga daripada riwayat Ibnu Abbas r.a bahawasanya Nabi s.a.w apabila bangun di tengah malam beliau bertahajjud kemudian  baginda membaca doa ini – dipetik dari  al Azkar oleh Imam Nawawi terjemahan oleh Pustaka Nasional Singapura – muka surat 66

Adakah Nabi Syuib a.s Bapa Mertua Kepada Nabi Musa a.s ?

Adakah Nabi Syuib a.s Bapa Mertua Kepada Nabi Musa a.s ?

Adalah satu kenyataan umum  bahawa  Nabi Musa a.s  adalah menantu Nabi Syuib a.s. Al Quran menceritakan selepas Nabi Musa a.s cuba meleraikan satu pergaduhan, secara tidak senaja beliau telah membunuh seorang bangsa Mesir. Kerana ketakutan dihukum oleh Firaun beliau telah melarikan diri ke Madyan.[1]

21. Musa pun keluarlah dari negeri itu dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya) serta berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim “.

22. dan setelah ia (meninggalkan Mesir dalam perjalanan) menuju ke negeri Madyan, berdoalah ia dengan berkata: “Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku,”.

23. dan ketika dia sampai di telaga air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya. Dia bertanya: “Apa hal kamu berdua?” mereka menjawab: “Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya “.

Al Qashash 21-23

25. kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata:” sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”. maka ketika Musa datang mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: “Janganlah engkau bimbang, engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu “.

26. salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”.

27. bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): “Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama delapan tahun; Dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. dan (ingatlah) Aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya”.

28. Musa menjawab: “Perjanjian itu adalah antaraku denganmu (tetap dihormati bersama); Yang mana sahaja dari dua tempoh itu yang aku tunaikan, maka janganlah hendaknya aku disalahkan dan Allah jualah menjadi pengawas terhadap apa yang kita katakan itu”.

Al Qashash 23-28

Ayah kepada kedua wanita tersebut  tidak disebut identitinya oleh Allah. Bagaimanapun beliau telah disebut sebagai Nabi Syuib a.s.

Untuk membuka minda  kita perhatikan nasab keduanya. Ibn Katsir dalam Kisah Para Nabi menulis nasab keduanya seperti berikut;

Syuib bin Mikayel bin Yasyjon , pendapat ini mengikut ibnu Ishak. Ada pula mengatakan  Syuib bin Yasykhar bin Lawwi bin Yakob. Adapula yang mengatakan Syuib bin Nuwaib bin ‘Aifa bin Madyan bin Ibrahim. Ada pula yang mengatakan ibu atau datuk Nabi Syuib adalah anak perempuan nabi Lut. [2]

Musa bin Iram bin Qahats bin ‘Aazar bin Lawwi bin Yaakub bin Ishak bin Ibrahim a.s [3]. Ibn Katsir menyebut dari sumber Ahli Kitab , nabi Musa a.s meninggal dunia pada umur 120 tahun.

Dari nasab di atas zaman Syuib a.s adalah lebih dekat kepada Nabi Ibrahim berbanding nabi Musa a.s. Syuib a.s adalah keturunan ke 4 atau ke 5 selepas nabi Ibrahim al Khalil . Nabi Musa pula adakah keturunan ke 7 selepas nabi Ibrahim al Khalil. Sayangnya kita tidak mengetahu umur nabi Syuib a.s. yang terpat. Saya berkeyakinan atas sebab ini Maulana Abdullah Yusof Ali  di dalam Al Quran Karim , Terjemahan Dan Huraian Maksud, tidak bersetuju bapa kedua wanita persebut adalah nabi Syuib a.s. Beliau berpendapat :

Pendapat yang menyamakan baginda (Syuib a.s) dengan Jethro[4] , ayah mertua nabi Musa a.s , nampaknya tidak mempunyai bukti, dan saya tidak menerimanya …….. jika Syuib adalah keturunan ke empat selepas Ibrahim bermakna Syuib berada pada zaman satu abad selepas nabi Ibrahim  ……  Bible pula memberitahu Mus a.s berada pada abad ke 4 atau ke 6 selepas Nabi Ibrahim.[5]

Kisah nabi Nuh, Hud, Lut,  dan Syuib a.s  nampaknya tersusun dengan tertib dari susunan masanya ……  kalaulah nabi Syuib berada pada keturunan ke 4 selepas Ibrahim  maka mustahil pula baginda  menjadi se zaman nabi Musa yang datang beberapa abad yang banyak kemudiannya. Kesulitan ini diakui oleh Ibn Katsir dan lain-lain ahli tafsir klasik.[6]

Lantaran pendapat Maulana Abdullah Yusof Ali tersebut saya mengutip tulisan Ibn Katsir pada mebicarakan tentang Nabi Musa dan bapa mertuanya[7]:

Para ahli tafsir berbeza pendapat mengenai siapakah sebenarnya orang tua (bapa  kepada 2 wanita) yang dimaksudkan itu? Sebahagian ahli tafsir berpcndapat bahawa beliau adalan Nabi Syuib a.s .. Pendapat ini yang paling masyhur dan dapat ditcrima. Hasan alBasri dan Malik bin Anas termasuk di dalamnya. Sebahagian ulama yang lain menjelaskan bahawa Syuib a.s. terus hidup lebih lama lagi setelah kehancuran kaumnya. Semasa hidupnya beliau bertcmu dengan masa kehidupan Musa a.s. dan beliau menikahkan  puterinya dengan Musa a.s.


Ibnu Abu Hatim dan periwayat lain menyatakan keterangan yang diterima dari Hasan al-Basri bahawa teman (orangtua / bapa kepada 2 wanita tersebut) itu adalah Syuib. Beliau inilah yang memiliki sumber ayer itu tetapi beliau bukan seorang nabi yang diutus kepada penduduk Madyan. Adapun yang lain pula menyatakan bahawa beliau adalah anak lelaki  daripada saudaranya (Nabi Syuib a.s). Adapun yang lain berkata bahawa beliau adalah seorang mukmin dari kaum Syuib.


Ada lagi yang berkata bahawa beliau bernama Yathran. Seorang kahin di Madyan, iaitu orang yang paling pintar di negeri itu. Demikian menurut keterangan Ahli Kitab dalam catatan kitab mercka. lbnu Abbas dan Abu Ubaidah bin Abdullah mengatakan bahawa nama orang tua itu ,ialah Yathran. Abu Ubaidah menambah bahawa dia adalah anak saudara nabi Syuib a.s . Ibnu Abbas menambah bahawa dia adalah penduduk jati Madyan.

Demikian pendapat ulama mengenai siapa sebenarnya bapa mertua nabi Musa a.s. Sesungguhnya Allah yang maha mengetahuinya.


[1] Terletak di selatan Syam. Dekat  Telok Aqabah dan ke Timur Semenanjung Sinai. Madyan adalah tanah orang Arab. Negeri kaum Luth dekat dengan negeri Madyan. Madyan adalah nama bagi anak nabi Ibrahim al Khalil.

[2] Kisah Para Nabi – Darul Fajr m.s 285

[3] Kisah Para nabi – Darul Fajr m.s  397

[4] Nabi Syuaib juga disebut Jethro berdasarkan versi Injil Kristian.

[5] Al Quran Karim , Terjemahan Dan Hurain Maksud – Dewan Bahasa Dan Pustaka m.s 689. Tafsir surah al A’raf 85

[6] Al Quran Karim , Terjemahan Dan Hurain Maksud – Dewan Bahasa Dan Pustaka m.s 696. Tafsir surah al A’raf 93

[7] Kisah Para Nabi – Darul Fajr m.s 414-415

Adakah Nabi Syuib a.s Bapa Mertua Kepada Nabi Musa a.s ?

Adalah satu kenyataan umum  bahawa  Nabi Musa a.s  adalah menantu Nabi Syuib a.s. Al Quran menceritakan selepas Nabi Musa a.s cuba meleraikan satu pergaduhan, secara tidak senaja beliau telah membunuh seorang bangsa Mesir. Kerana ketakutan dihukum oleh Firaun beliau telah melarikan diri ke Madyan.[i]

21. Musa pun keluarlah dari negeri itu Dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya) serta berdoa Dengan berkata: “Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum Yang zalim “.

22. dan setelah ia (meninggalkan Mesir Dalam perjalanan) menuju ke negeri Madyan, berdoalah ia Dengan berkata: “Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan Yang benar kepadaku,”.

23. dan ketika Dia sampai di telaga air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan Yang sedang menahan kambing-kambingnya. Dia bertanya: “Apa hal kamu berdua?” mereka menjawab: “Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa Kami seorang Yang terlalu tua umurnya “.

Al Qashash 21-23

25. kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya Dengan berjalan Dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata:” sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”. maka ketika Musa datang mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian Yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: “Janganlah Engkau bimbang, Engkau telah Selamat dari kaum Yang zalim itu “.

26. salah seorang di antara perempuan Yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambilah Dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), Sesungguhnya sebaik-baik orang Yang ayah ambil bekerja ialah orang Yang Kuat, lagi amanah”.

27. bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): “Aku hendak mengahwinkanmu Dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, Dengan syarat Bahawa Engkau bekerja denganku selama delapan tahun; Dalam pada itu, jika Engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka Yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. dan (ingatlah) Aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; Engkau akan dapati Aku insya Allah, dari orang-orang Yang baik layanannya”.

28. Musa menjawab: “Perjanjian itu adalah antaraku denganmu (tetap dihormati bersama); Yang mana sahaja dari dua tempoh itu Yang Aku tunaikan, maka janganlah hendaknya Aku disalahkan. dan Allah jualah menjadi Pengawas terhadap apa Yang kita katakan itu”.

Al Qashash 23-28

Ayah kepada kedua wanita tersebut  tidak disebut identitinya oleh Allah. Bagaimanapun beliau telah disebut sebagai Nabi Syuib a.s.

Untuk membuka minda  kita perhatikan nasab keduanya. Ibn Katsir dalam Kisah Para Nabi menulis nasab keduanya seperti berikut;

Syuib bin Mikayel bin Yasyjon , pendapat ini mengikut ibnu Ishak. Ada pula mengatakan  Syuib bin Yasykhar bin Lawwi bin Yakob. Adapula yang mengatakan Syuib bin Nuwaib bin ‘Aifa bin Madyan bin Ibrahim. Ada pula yang mengatakan ibu atau datuk Nabi Syuib adalah anak perempuan nabi Lut. [ii]

Musa bin Iram bin Qahats bin ‘Aazar bin Lawwi bin Yaakub bin Ishak bin Ibrahim a.s [iii]. Ibn Katsir menyebut dari sumber Ahli Kitab , nabi Musa a.s meninggal dunia pada umur 120 tahun.

Dari nasab di atas zaman Syuib a.s adalah lebih dekat kepada Nabi Ibrahim berbanding nabi Musa a.s. Syuib a.s adalah keturunan ke 4 atau ke 5 selepas nabi Ibrahim al Khalil . Nabi Musa pula adakah keturunan ke 7 selepas nabi Ibrahim al Khalil. Sayangnya kita tidak mengetahu umur nabi Syuib a.s. Saya berkeyakinan atas sebab ini Maulana Abdullah Yusof Ali  di dalam Al Quran Karim , Terjemahan Dan Huraian Maksud, tidak bersetuju bapa kedua wanita persebut adalah nabi Syuib a.s. Beliau berpendapat :

Pendapat yang menyamakan baginda (Syuib a.s) dengan Jethro[iv] , ayah mertua nabi Musa a.s , nampaknya tidak mempunyai bukti, dan saya tidak menerimanya …….. jika Syuib adalah keturunan ke empat selepas Ibrahim bermakna Syuib berada pada zaman satu abad selepas nabi Ibrahim  ……  Bible pula memberitahu Mus a.s berada pada abad ke 4 atau ke 6 selepas Nabi Ibrahim.[v]

Kisah nabi Nuh, Hud, Lut,  dan Syuib a.s  nampaknya tersusun dengan tertib dari susunan masanya ……  kalaulah nabi Syuib berada pada keturunan ke 4 selepas Ibrahim  maka mustahil pula baginda  menjadi se zaman nabi Musa yang datang beberapa abad yang banyak kemudiannya. Kesulitan ini diakui oleh Ibn Katsir dan lain-lain ahli tafsir klasik.[vi]

Lantaran pendapat Maulana Abdullah Yusof Ali tersebut saya mengutip tulisan Ibn Katsir pada mebicarakan tentang Nabi Musa dan bapa mertuanya:

Para ahli tafsir berbeza pendapat mengenai siapakah sebenarnya orang tua (bapa  kepada 2 wanita) yang dimaksudkan itu? Sebahagian ahli tafsir berpcndapat bahawa beliau adalan Nabi Syuib a.s .. Pendapat ini yang paling masyhur dan dapat ditcrima. Hasan alBasri dan Malik bin Anas termasuk di dalamnya. Sebahagian ulama yang lain menjelaskan bahawa Syuib a.s. terus hidup lebih lama lagi setelah kehancuran kaumnya. Semasa hidupnya beliau bertcmu dengan masa kehidupan Musa a.s. dan beliau menikahkan  puterinya dengan Musa a.s.

Ibnu Abu Hatim dan periwayat lain menyatakan keterangan yang diterima dari Hasan al-Basri bahawa teman (orangtua / bapa kepada 2 wanita tersebut) itu adalah Syuib. Beliau inilah yang memiliki sumber ayer itu tetapi beliau bukan seorang nabi yang diutus kepada penduduk Madyan. Adapun yang lain pula menyatakan bahawa beliau adalah anak lelaki  daripada saudaranya (Nabi Syuib a.s). Adapun yang lain berkata bahawa beliau adalah seorang mukmin dari kaum Syuib.

Ada lagi yang berkata bahawa beliau bernama Yathran. Seorang kahin di Madyan, iaitu orang yang paling pintar di negeri itu. Demikian menurut keterangan Ahli Kitab dalam catatan kitab mercka. lbnu Abbas dan Abu Ubaidah bin Abdullah mengatakan bahawa nama orang tua itu ,ialah Yathran. Abu Ubaidah menambah bahawa dia adalah anak saudara nabi Syuib a.s . Ibnu Abbas menambah bahawa dia adalah penduduk jati Madyan.

Demikian pendapat ulama mengenai siapa sebenarnya bapa mertua nabi Musa a.s. Sesungguhnya Allah yang maha mengetahuinya.


[i] Terletak di selatan Syam. Dekat  Telok Aqabah dan ke Timur Semenanjung Sinai. Madyan adalah tanah orang Arab. Negeri kaum Luth dekat dengan negeri Madyan. Madyan adalah nama bagi anak nabi Ibrahim al Khalil.

[ii] Kisah Para Nabi – Darul Fajr m.s 285

[iii] Kisah Para nabi – Darul Fajr m.s  397

[iv] Nabi Syuaib juga disebut Jethro berdasarkan versi Injil Kristian.

[v] Al Quran Karim , Terjemahan Dan Hurain Maksud – Dewan Bahasa Dan Pustaka m.s 689. Tafsir surah al A’raf 85

[vi] Al Quran Karim , Terjemahan Dan Hurain Maksud – Dewan Bahasa Dan Pustaka m.s 696. Tafsir surah al A’raf 93

Menanti Dokong Berbunga

Menanti Dokong Berbunga

DOKONG (Lansium domesticum Corr.) adalah sejenis buah-buahan serupa langsat yang banyak di tanam di Kelantan dan Terangganu. Dikatakan ia dibawa masuk dari Thailand. Buahnya manis dan sedap dimakan.

Dokong mula berbunga selepas melalui masa kemarau dan kembali semula musim hujan. Perhatikan gambar-gambar berikut :

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6

Perhatikan gambar 1 – 5 , semua tangkai bunga telah keluar dari tepi tampok tangai buah pada musim yang sudah, kecuali kalau ia kelar pada tempat baru. Gambar 6 adalah gambar tampuk tangkai buah musim sudah yang belum keluar bunga. Saya tidak pasti bunga akan keluar atau dia merajuk kerana ada apa-apa kecederaan pada tampuk tersebut.

Kesimpulan:

Apabila kita memetik hasil dokong  janganlah rosakkan tampuk tangkai buah. Gunakan gunting dan gunting tangkai buah rapat ke batang tetapi jangan sampai rosakan kulit atau tapak atau tampuk tangai buah tersebut. Jangan sekali-kali ambil buah dengan cara RABUT atau RAGUT   atau PULAS.

Ya Allah Mahasuci Engkau, ampunilah kami, begitu agong kurniaMu.

Allah berfirman

وَهُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً۬ فَأَخۡرَجۡنَا بِهِۦ نَبَاتَ كُلِّ شَىۡءٍ۬ فَأَخۡرَجۡنَا مِنۡهُ خَضِرً۬ا نُّخۡرِجُ مِنۡهُ حَبًّ۬ا مُّتَرَاڪِبً۬ا وَمِنَ ٱلنَّخۡلِ مِن طَلۡعِهَا قِنۡوَانٌ۬ دَانِيَةٌ۬ وَجَنَّـٰتٍ۬ مِّنۡ أَعۡنَابٍ۬ وَٱلزَّيۡتُونَ وَٱلرُّمَّانَ مُشۡتَبِهً۬ا وَغَيۡرَ مُتَشَـٰبِهٍ‌ۗ ٱنظُرُوٓاْ إِلَىٰ ثَمَرِهِۦۤ إِذَآ أَثۡمَرَ وَيَنۡعِهِۦۤ‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكُمۡ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يُؤۡمِنُونَ

maksudnya :

Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

QS  Al An’aam 99

Kartika Sari Dewi Shukarnor : Enam Sebatan Adakah Hudud?

“Hukuman enam sebatan yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan ke atas bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor telah diganti kepada khidmat masyarakat selama tiga minggu atas titah Sultan Pahang.”

Demikian berita panas mengenai hukum sebatan yang diampun atau diringankan oleh Sultan Pahang. Berita tersebut mengundang polimik perundangan :

The Malaysian Insider melapurkan : Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM)  kecewa dengan keputusan Sultan Pahang yang membolehkan hukuman sebat ke atas bekas model, Kartika Sari Dewi Shukarno digantikan dengan kerja-kerja khidmat sosial.

Malaysiakini melapurkan  pula Tan Sri Harussani Zakaria  berkata, hukuman sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika sebelum ini bukanlah hukum hudud, sebaliknya hanya takzir yang tertakluk kepada pindaan oleh pemerintah.

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin  pula mempunyai pandangan yang berbeza apabila khuatir peringanan hukuman terhadap Kartika mengambarkan “seolah-olah kuasa raja mengatasi undang-undang”.

“Mungkin dalam kes Kartika ini (peringanan hukumannya) nampak positif. Tetapi esok-esok dikhuatiri boleh berlaku perkara lain pula.

“Kita bimbang nanti kerabat dan orang kenamaan yang melakukan kesalahn juga diampunkan,”

Untuk memahami masalah ini ikuti  petikan :

Kitab Qanun Jinayah Syar`iyah, karangan Hj Sa`id Hj Ibrahim (bekas Mufti Negeri Sabah) – Penerbit Darul Marifah Kuala Lumpur . Cetakan Tahun 1996 . Muka Surat 1 – 3  dan 75 – 78 Atau boleh juga dicapai di  http://alkhatab.tripod.com/id1.html

Hj Sa`id Hj Ibrahim

Mengikut peruntukan hukum syara` yang disebutkan di dalam al-Quran/hadith dan yang dikuat-kuasakan dalam undang-undang jinayah syar`iyah atau undang-undang qanun jinayah syariah bahawa penjinayah-penjinayah yang didakwa di bawah kes jinayah syariah apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir. Hukuman-hukuman ini adalah tertakluk kepada kesalahan yang dilakukan oleh penjinayah-penjinayah itu.

Hukuman Hudud – Hukuman Hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Quran/hadith. Hukuman Hudud ini adalah hak Allah, yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh diubah-suai dan dipinda. Hukuman Hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun. Mereka yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah/rasulNya yang disebutkan di dalam Quran/hadith adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Sepertimana firman Allah swt

وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ ٱللَّهِ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ

yang bermaksud,

“Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Suratul Baqarah:229)

Kesalahan yang dikenakan hukuman Hudud.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman Hudud ialah :

a) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengkut hukum syara`.

b) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya, dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan 4 orang saksi.

c) Minum arak atau minuman yang memabukkan, samada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak.

d) Mencuri, iaitu memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya..

e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, samada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan iktikad kepercayaan.

f) Merompak (hirabah); iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

g) Pendurhakaan (bughat); iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau mendurhaka kepada Ulil Amri yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum Allah.

Kita fokoskan kepada Kesalahan Minum Arak.

Perkara 58: Minum Arak.

1) Arak, ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan Khamar” berasal dari kata “Khamara” ertinya menutupi.

2) Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya, tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah swt.

Perkara 59: Hukum minum arak (Khamar).

Minum arak, hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firman Allah swt

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

yang bermaksud,

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah al-Ma`idah: 90)

Perkara 60: Hukuman orang yang minum arak.

Dalam qanun jinayah Syar`iyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80x sebat dan tidak kurang dari 40x sebat, hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib ra yang bermaksud :

“Rasulullah saw telah melaksanakan hukuman sebat bagi peminum arak sebanyak 40x sebat, manakala Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40x sebat juga, dan pada zaman pemerintah khalifah Umar peminum arak disebat sebanyak 80x sebat. Kesemuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Tetapi yang dibuat oleh Saidina Umar tadi lebih aku sukai.” (HR Muslim)

Perkara 61: Kesabitan kesalahan minum arak.

1) Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak adalah tertakluk di bawah 3 sebab :

i) Minuman yang diminum itu adalah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan menghilangkan akal fikiran manusia.

ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminumnya tadi memabukkan dan menutup akal fikirannya.

iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan.

2) Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak tahu bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas orang yang meminum minuman itu, sekalipun dengan sebab minum minuman tadi ia menjadi mabuk.

3) Seseorang yang meminum minuman yang memabukkan, dan dia menyangka bahawa minuman yang diminumnya itu bukan minuman yang memabukkan tidak boleh juga dikenakan hukuman had ke atas orang yang meminum minuman itu.

4) Dalam qanun jinayah syar`iyah, kes yang disebutkan dalam perkara 61(2) dan (3) dalam penghakiman samalah hukumnya dengan kes “wati syubhah” (persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan yang disangkanya perempuan itu isterinya sendiri). Kes ini termasuk dalam kes yang syubhat yang tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas pelakunya. Penghakiman ini adalah merujuk hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas`ud ra yang bermaksud :

“Tolaklah hukum hudud itu dengan sebab sesuatu perkara yang menimbulkan keraguan.”

5) Seseorang yang tidak tahu bahawa arak itu haram, seperti seseorang yang baru menganut agama Islam, atau orang yang tempat tinggalnya jauh dari orang Islam tidak boleh dikenakan hukuman had, sekalipun ia mengetahui minuman yang diminumnya itu minuman yang memabukkan, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dianggap suatu perbuatan yang sengaja.

6) Jika seseorang mendakwa bahawa ia tidak tahu tentang haram arak itu, sedangkan ia seorang Islam dan tinggal di tengah-tengah masyarakat Islam, wajib dikenakan hukuman had sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 60, kerana alasannya itu tidak boleh diterima dan perbuatan mereka minum arak tadi adalah dianggap suatu perbuatan yang disengajakan.