Sifat Syurga Allah

Firman Allah:

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Ali imran 133 : Maksudnya :

133. Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Bagaimanakah sifat syurga itu ? Bagaimana kita membayangkan sifat syurga itu?

Hadis riwayat Abu Hurairah, ia berkata:
Dari Nabi, beliau bersabda: Allah berfirman: Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang saleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terbesit dalam hati manusia. Bukti kebenaran itu terdapat dalam Alquran: Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. (Shahih Muslim No.5050)

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.:
Bahwa Nabi saw. bersabda: Sesungguhnya Allah berfirman kepada penghuni surga: Hai penghuni surga! Mereka menjawab: Kami penuhi seruan-Mu wahai Tuhan kami, dan segala kebaikan ada di sisi-Mu. Allah melanjutkan: Apakah kalian sudah merasa puas? Mereka menjawab: Kami telah merasa puas wahai Tuhan kami, karena Engkau telah memberikan kami sesuatu yang tidak Engkau berikan kepada seorang pun dari makhluk-Mu. Allah bertanya lagi: Maukah kalian Aku berikan yang lebih baik lagi dari itu? Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami, apa yang lebih baik dari itu? Allah menjawab: Akan Aku limpahkan keridaan-Ku atas kalian sehingga setelah itu Aku tidak akan murka kepada kalian untuk selamanya. (Shahih Muslim No.5057)

Imam al Ghazali dalam Ihya Ulumiddin berkata kalau hendak mengetahui sifat-sifat syurga lihatlah pada al Quran terutamanya pasa surah al Insan, al Waqiah dan ar Rahman :

Al insan

12. Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya), mereka dibalas oleh allah dengan syurga dan (persalinan dari) sutera.

13. Mereka berehat di dalam syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;

14. Sedang naungan pohon-pohon syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.

15. Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) –

16. (keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.

17. Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari “zanjabil”,

18. Iaitu sebuah matair dalam syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai “salsabil”.

19. Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.

20. Dan apabila engkau melihat di sana (dalam syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya).

21. Mereka di dalam syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.

Al waqiah

10. Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), – yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);

12. (tinggal menetap) di dalam syurga-syurga yang penuh nikmat.

13. (di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;

14. Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.

15. (mereka duduk di dalam syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;

16. Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.

17. Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, –

18. Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.

19. Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.

20. Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,

21. Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.

22. Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,

23. Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

24. (semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.

25. Mereka tidak akan mendengar dalam syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; –

26. Mereka hanya mendengar ucapan: ” selamat! Selamat! ” (dari satu kepada yang lain).

Ar rahman

46. dan orang Yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga, –

48. (dua syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; –

50. Pada kedua-dua syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; –

52. Pada kedua syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).

54. Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya – dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.

56. Di dalam syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;

58. Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.

62. Dan selain dari dua syurga itu, dua syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);

64. Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;

66. Dalam kedua-dua syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:

67. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

68. Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,

70. Dalam kedua-dua syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;

72. Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;

74. (bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;

76. Penduduk syurga itu (bersenang-senang di dalamnya  dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.

Demikian indahnya  suasana syurga, penuh dengan kenikmatan dan kesenangan …. satu janji melalui rahmat dan kasih sayang Allah kepada orang-orang beriman.

Tuhanku

Ampunilah aku

Dan rahmatilah aku

Dan terimalah taubatku

Dan Engkaulah sebaik-baik pengasih

Dari kalangan mereka yang mengasihani

Ya Allah terimahlah Aku sebagai penghuni syurgaMu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s